Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya.

Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. Segala pujian bagi Allah (peringatan ini untuk diri sendiri) . Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Monday, 13 March 2017

Panduan Kaedah Mudah (dan Murah) Mengesan Waktu Ovulasi Menggunakan OPK Air Kencing

Bis-mil-laa-hir-rah-maa-nir-ra-hiiim.
In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful.


Cepat sungguh masa berlalu. Sepuluh tahun yang lepas, Disember 2006, anak-anak kami masih cute (yang sulung tiada dalam gambar kerana beliau jadi tukang gambar, lagipun kini beliau telah berhijab). Gambar sewaktu kami sekeluarga honeymoon.

Kini, yang paling rendah (bert-shirt merah) itulah yang paling tinggi, menghampiri 6 kaki. Si Abang yang chubby tu pula dah 'ganteng', kurus dan kedua paling tinggi (melebihi ketinggian saya). Yang cheeky tu dah semakin bersopan dan tidak lagi disangka anak lelaki (apabila dia berseluar dan ber t-shirt). Pasangan Pokcik dan Mokcik tu pun dah semakin tua dan beruban.....

Tahun ini, tiada lagi yang perlu dihantar ke sekolah. Yang sulung dan yang 'ganteng' pula berada beribu batu di benua lain melanjutkan pelajaran. Yang paling tinggi sudah boleh memandu ke kolej bagi pengajian A Levels. Tiada juga lagi perjalanan setiap hujung minggu ke asrama di Melaka melawat si bongsu. 

Malah, cuti sekolah Mac minggu hadapan, saya tak ambil cuti! Setelah berbelas tahun saya bercuti pada setiap kali cuti sekolah, inilah kali pertama saya bekerja.


Yang bongsu ini kami bawa sewaktu Umrah Januari/Februari baru-baru ini. Ini kali kedua beliau (kali pertama beliau ke sana adalah 10 tahun yang lepas). Pun dah jauh lebih baik perangainya berbanding Umrah dahulu. Gambar sewaktu meghadiri kursus Umrah di masjid berhampiran KLCC.


.
.
.

PANDUAN KAEDAH MUDAH (DAN MURAH) MENGESAN WAKTU OVULASI MENGGUNAKAN OPK AIR KENCING.

Diharap post ini dapat membantu.


Maklumlah, zaman kekangan ekonomi masa kini, mendapatkan rawatan kesuburan yang memerlukan sesi 'follow-up secara TVS' bukanlah murah. Kaedah OPK pula boleh dilakukan sendiri di rumah dan kini strip/kit OPK ada dijual dengan harga yang sangat murah apabila dibeli secara pukal melalui jualan atas talian (berhati-hati kerana 'sensitiviti' ujian boleh berbeza dan menghasilkan keputusan palsu). Menurut pesakit-pesakit saya, harganya hanya sekitar RM30-50 bagi 100 strip, memang sangat murah.


Bagi mereka yang masih belum hamil selepas setahun mencuba, disarankan menjalani pemeriksaan kesuburan terlebih dahulu sebelum hanya bergantung kepada kaedah OPK ini. Pastikan terlebih dahulu bahawa :


- ovari anda subur (TVS atau ujian darah mid-luteal progesteron sebagai bukti ovulasi)
- rahim anda subur (TVS)
- tiub falopian anda tidak tersumbat (ujian HSG)
- sperma di dalam air mani suami juga bagus 


Kaedah OPK membantu pasangan yang jarang melakukan hubungan seks untuk mengenalpasti waktu subur. Umum sedia maklum bahawa melakukan hubungan seks sekerap selang semalam atau selang dua malam lebih memberikan peluang kehamilan berbanding mereka yang 'hanya bertumpu kepada waktu subur sahaja'. Ini telahpun banyak dikaji dan dilaporkan.


Namun, kesibukan dan keletihan bekerja (antara alasan yang sering diberikan apabila saya bertanya), kaedah OPK diharap dapat membantu memberi semangat untuk mereka 'bersama'. 
.
.
.


Sesi ini diolah dalam bentuk 'saya sendiri tanya' dan 'saya sendiri jawab'.


APAKAH OPK?

OPK adalah singkatan bagi Ovulation Prediction Kit. Ia adalah kit/alat ujian yang digunakan untuk menjangka (predict) bilakah kemungkinannya ovulasi akan berlaku. Maka, ia 'memberitahu' bilakah tempoh waktu kesuburan (ovari) anda pada kitaran itu. 



APAKAH PRINSIP UJIAN OPK?

Kebanyakan OPK mengesan bilakah 'LH surge' berlaku. Bolehlah anda rujuk/ulangkaji semula rajah 'menstrual cycle' untuk pemahaman lanjut. Ini ada diajar dari sewaktu subjek Biologi sekolah menengah dan diulang berkali-kali sehinggalah kursus kepakaran Obstetrik Ginekologi. Untuk memudahkan pemahaman, saya juga tidak akan bincangkan hormon lain yang turut diuji bersama LH ie hormon E3G (estrone-3-glucuronide).

Kan tujuan kita nak 'periksa waktu subur' dengan mudah dan murah?

'LH surge' berlaku sejurus sebelum ovulasi. Ini bermakna, anda ada telur yang sedang subur di dalam folikel/kantung yang besar dan diramalkan akan keluar/ovulasi tidak lama lagi. Maka, bolehlah anda bersedia untuk hubungan seks dalam tempoh yang saya akan nyatakan di bawah ini.



BILAKAH OPK PATUT DILAKUKAN ?

Bergantung kepada bilangan kitaran haid.
Sekiranya sekitar 28-30 hari, eloklah mulakan dari CD-10 (cycle-day 10).
Bagi kitaran yang lebih singkat (25-27 hari), mulakan lebih awal eg mulai CD7.
Bagi kitaran lebih panjang pula, bolehlah dimulakan lebih lewat, tetapi tidak salah jika anda mahu mulakan dari CD10 juga.

Seeloknya, ujian ini dilakukan pada lewat hari eg selepas waktu tengahari.

Mengapa?

Ini kerana lazimnya LH surge kita berlaku pada waktu pagi dan ia lazimnya mengambil masa sekitar 4 jam untuk LH itu dikesan pula di dalam air kencing. Saya selalu cadangkan pesakit-pesakit saya lakukan  di antara pukul 11am-3pm, lebih mudah pada sekitar 'lunch break' atau sekitar pukul 2pm sebelum mereka masuk waktu bekerja semula.

Sementara menunggu harinya OPK positif, tiada halangan untuk anda melakukan hubungan seks, malah digalakkan.



BILAKAH OPK DIKATAKAN POSITIF UNTUK LH SURGE ?

Lazimnya 'strip' murah ini memberikan keputusan dalam bentuk garisan pada. Strip ini juga tiada ditandakan dengan 'C' (control) atau/dan 'T' (test). Anda bolehlah membaca panduan yang disertakan untuk mengetahui kedudukan garisan apabila ia muncul untuk 'T' dan juga untuk 'C'.

Hanya apabila 'garisan untuk T' sama jelas atau lebih jelas daripada 'garisan untuk C' barulah OPK dikatakan positif untuk LH surge. 'Garisan  untukT' yang masih kabur belum lagi menandakan OPK positif.



BILAKAH OVULASI DIJANGKA BERLAKU SELEPAS OPK POSITIF UNTUK LH SURGE ?

Ovulasi dijangka berlaku 36 jam jam selepas 'the actual LH surge'.

Ovulasi lazimnya dijangka berlaku dalam masa 12-36 jam selepas OPK air kencing positif.

(Ingat, LH surge sebenarnya telahpun berlalu beberapa jam sebelum OPK air kencing positif).

Kadangkala, ovulasi lebih awal seawal 9 jam selepas OPK positif atau lewat selewat 51 jam selepas OPK air kencing positif.




MAKA, BILAKAH ANDA PATUT MELAKUKAN SEXUAL INTERCOURSE APABILA OPK POSITIF UNTUK LH SURGE ?

Pada hari/malam tersebut

DAN

Pada malam berikutnya

(maknanya, hubungan seks 2 malam berturut-turut);

SERTA SEELOKNYA JUGA

Pada malam selepas itu juga (i.e. 3 malam berturut-turut).


Ada kajian yang mendapati bahawa peluang kehamilan seseorang paling tinggi apabila hubungan seks dilakukan pada hari sebelum ovulasi dan hari ovulasi.

Kini, didapati rupa-rupanya telur hanya dapat bertahan tidak sampai 24 jam (tidak seperti yang kita sangka dahulu). Jika tiada persenyawaan dalam masa itu, telur akan menjadi tidak sesuai untuk disenyawakan dan 'mati'.



BOLEHKAN OPK POSITIF DIPERCAYAI ?

OPK sepatutnya dijadikan panduan sahaja. Ujian ini mempunyai 99% 'specificity' sekiranya ia menggunakan paras >25 IU/L sebagai penanda aras positif. 80% wanita dijangka ovulasi dalam masa 24 jam selepas OPK positif.

OPK betul untuk kebanyakan wanita, bukan kesemuanya.

Dalam 10% wanita, OPK memberikan keputusan 'false negatif' ie. mereka sebenarnya akan ovulasi tetapi ia tidak dapat dikesan dalam kit OPK. Dalam keadaan ini, mereka digalakkan melakukan OPK sekerap 2 kali setiap hari, sekitar pukul 2 petang dan 8 malam.

Dalam sekitar 5-9 % peratus wanita pula, ovulasi tidak berlaku walaupun OPK positif (false positive).

OPK juga boleh sentiasa positif dalam wanita PCOS yang paras hormon LH sedia tinggi melebihi   25 IU/L (segolongan kecil wanita PCOS).

Dalam wanita menopaus atau peri-menopausal juga, OPK sentiasa positif.

OPK juga boleh sentiasa negatif dalam wanita hypo-hypo (hypogonadotropic hypogonadism) kerana kelenjar pituitari mereka tidak dapat menghasilkan hormon LH.

.
.
.

Sekian.


Solan lain yang berkaitan :


Adakah ujian pengesanan ramalan ovulasi selain OPK air kencing?

Ada beberapa kaedah lazim:


1. Pengesanan secara ultrasound. Dalam kes kesuburan, ultrasound secara TVS lebih jelas.

Kaedah ini juga mudah, tetapi memerlukan pesakit ke klinik dan perbelanjaannya lebih (tambang perjalanan, bayaran konsultasi, scan dan masa yang diluangkan). Walau bagaimanapun, bagi yang mengambil ubat kesuburan, pemeriksaan TVS lebih sesuai untuk mendapatkan maklumat tambahan ie berapa banyakkan folikel telur yang berjaya disuburkan, apakah keadaan rahim sesuai untuk implantasi kelak dll.


2. Ujian darah 'LH'. 

Cuma, tidak semua makmal dapat memberikan keputusan dalam hari yang sama (2-3 jam selepas darah diproses). Saya ada melakukan ujian ini dalam kes tertentu (tidak semua). Berdasarkan paras hormon 'LH' di dalam darah (ada dinyatakan angkanya dalam unit IU/L dan bukannya sekadar positif garisan pada OPK air kencing), saya akan mengatur pada hari apakah dan pada waktu bilakah IUI paling sesuai dilakukan. Ujian ini juga penting dan saya lakukan bagi mereka yang menjalani FET menggunakan kaedah 'natural cycle'.


3. Memeriksa sampel mukus vagina untuk diperiksa di bawah mikroskop. 

Corak 'ferning' menandakan anda sedang subur. Teknik lama ini kini telah ditinggalkan oleh kebanyakan doktor kesuburan.


4. Mengunakan air liur.

Dalam kaedah ini, air liur diletakkan di atas permukaan kaca pada satu penghujung alat itu dan diamati dari penghujung bertentangan akan coraknya (ada cahaya dari kuasa bateri pada alat tersebut) sama ada telah ada corak 'ferning' atau belum. Kit ini lazimnya dalam bekas berbentuk 'lipstick'.


5. Memeriksa kelikatan mukus serviks.


Saya tidak masukkan kaedah BBT kerana ia tidak sesuai untuk kitaran semasa, tetapi lebih untuk kitaran akan datang. BBT naik apabila ovulasi telahpun berlaku dalam kitaran semasa itu, bukannya akan berlaku.

.
.
.

Maka, apakah kaedah yang paling sesuai untuk digunakan?

Ikut keinginan anda. Jika anda suka-suka sahaja ie. tidaklah mengharapkan sangat sama ada anda hamil atau tidak pada tempoh/tahun itu, maka ujian OPK menggunakan air kencing atau air liur boleh digunakan. Anda juga boleh memeriksa sendiri kelikatan mukus vagina anda setiap hari.


Jika nak buat kedua-dua kaedah (monitor sendiri guna OPK air kencing atau air liur dan minta bantuan doktor monitor dengan TVS), pun boleh.


Dengan pengambilan kaedah rawatan kesuburan, seeloknya anda menggunakan kaedah TVS kerana banyak maklumat lain dapat diperolehi eg ketebalan lapisan endometrium dll.


Pilihan di tangan anda.


Dalam masa yang sama, ingatlah bahawa kualiti telur menurun dengan pertambahan usia wanita. Tetapkan target/sasaran waktu anda dalam memilih sesuatu kaedah sebelum berpindah ke kaedah lain yang lebih tinggi peluang kehamilannya. 


Ingatlah juga, kaedah-kaedah di atas (selain TVS) hanyalah mengesan kesuburan ovari (ovulasi) sahaja. Kesuburan wanita bukan sahaja bergantung kepada kemampuannya ovulasi, tetapi juga rahim dan tiub falopian yang subur.

.
.
.


LH surge

LH surge membolehkan telur (primary oocyte) menyambung semula proses meiosis yang 'pause' pada peringkat dichyotene (diplotene prophase I) meiosis selama bertahun-tahun dari zaman ia berada di dalam rahim ibunya untuk 'on' semula dan meneruskan perkembangannya menjadi  secondary oocyte peringkat 'metaphase II' pula dan 'pause' sekali lagi sementara menunggu persenyawaan oleh sperma. Kebanyakan pesakit IVF dah faham mengenai telur M II yang sebenarnya merujuk kepada telur (secondary oocyte) pada peringkat metaphase  meiosis II

Ingat lagi teori mengenai meiosis?

Topik 'bersejarah' saya sewaktu SPM Biologi dahulu .......



Hmm....
Tak sangka bab OPK pun boleh panjang.
Sebenarnya boleh dipanjangkan lagi, boleh juga disingkatkan lagi.


Al-ham-du-lil-lah.
All praise is due to Allah.

Wednesday, 8 March 2017

Freeze-all-transfer-later lagi : TESE-ICSI-FET

Bis-mil-laa-hir-rah-maa-nir-ra-hiiiiiim.
In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful.


.
.
.

Post ini tidak disertakan gambar (saya masih menghadapi masalah 'memindahkan' gambar dari hp veteran saya ke laptop ini).


Terima kasih kepada pasangan ini yang memberi kebenaran untuk dikongsi kisah perjalanan rawatan kesuburan mereka. Semoga ia memberi semangat kepada yang lain untuk terus berusaha dan berdoa supaya dikurniakan cahayamata pada tahun ini.

.
.
.

Latarbelakang
Isteri 33 tahun 
Berkahwin Februari 2010
Masalah  kesuburan : suami (cryptozoospermia) dan isteri PCOS dan obes

Pilihan rawatan yang paling sesuai untuk pasangan ini adalah : ICSI menggunakan 'sperm retrieval' (ada beberapa kaedah)

.
.

ICSI kali pertama pada April 2013 di Klang.

- 'protokol agonist panjang' (Long Agonist Protocol)
- Jumlah dos suntikan FSH = 2250 IU
- OPU : dapat 11 telur. 
- TESA-ICSI : 7 tersenyawa
- Fresh ET Day-2 : masuk 2 embrio (2-sel dan 4-sel)
- 5 lagi embrio tidak membahagi dan dibuang.
- Tiada lebihan embrio mahupun sperma untuk dibeku-simpan.
- Tidak hamil.

.
.

ICSI kali kedua pada Jun 2014 di Pulau Pinang.

- Long Agonist Protocol
- Jumlah dos suntikan FSH : 1525 IU
- OPU : dapat 11 telur (10 telur matang i.e. MII)
- TESE-ICSI : 7 telur tersenyawa.
- Fresh ET Day-3 : 3 embrio dimasukkan (kesemuanya pada tahap 8-sel)
- 4 lagi embrio dibeku-simpan di dalam 1 straw (gred 8C1, 7C1, 6C1, 4C1)
- Tiada lebihan sperma untuk dibekusimpan.
- Tidak hamil

.
.

Beliau ada embrio beku kan?

Kami uruskan untuk 'pindahkan' embrio tersebut ke PHKL.

FET (percubaan IVF kali ketiga beliau)

- Saya buat kaedah 'endometrial priming'.
- Kemudian 'luteal phase support' menggunakan vaginal progestin.
- Embriologis pula 'thawed' straw yang mengandungi kesemua 4 embrio beku itu.
- Kemudian diteruskan kultur sehingga mencapai usia day-5.
- Hanya 1 sahaja embrio yang membentuk blastocyst, itupun gred 4CC.
- 3 lagi embrio menunjukkan 'arrested development' pada tahap blastomere dan dibuang.
- Tidak hamil.

.
.

ICSI kali ketiga (percubaan ke-4 beliau) pada September 2016 di PHKL

- Saya gunakan Antagonist Protocol
- Jumlah dos suntikan FSH : 2300 IU
- Pakar Urologi memulakan prosedur TESE ke atas suaminya untuk mendapatkan sperma.
- Saya pula kemudiannya lakukan OPU ke atas isterinya : dapat 12 telur (8 telur matang MII dan normal, 1 telur MII abnormal, 2 MI dan 1 GV)
- TESE-ICSI : 5 daripada 8 telur MII normal berjaya tersenyawa, 4 daripadanya terus membahagi
- Day-5 : kesemua 4 embrio dibekusimpan di dalam 2 straw. Setiap 1 straw mengandungi 2 embrio (2AB, 2BC) dan (morula, 7C3)
- Tiada pula lebihan sperma untuk dibekusimpan.
- Haid berikutnya, beluau bersedia untuk FET

- FET menggunakan kaedah seperti di atas : endometrial priming dan kemudiannya luteal phase support 
- 1 straw yang mengandungi 2 embrio blastocyst itu pun dikeluarkan dan pada masa dimasukkan, ia berkembang menjadi blastocyst gred 4BB dan 3CC
- 1 daripada embrio ini berjaya implantasi.
- Kali terakhir beliau berjumpa saya sebulan yang lepas, ketika kandungan memasuki usia 18 minggu (lama saya jaga dia ni, kebiasaannya melebihi usia 14 minggu saya dah rujuk kepada Pakar Perbidanan yang lain untuk penjagaan seterusnya).
- Beliau masih ada 2 embrio dibeku-simpan.


.
.
.

Nota kaki :

Analisa sperma

A-zoospermia : Tiada sperma di dalam air mani

Crypto-zoospermia : Tiada sperma dikesan di dalam air mani apabila menggunakan kaedah pemeriksaan biasa, tetapi setelah keseluruhan air mani tersebut dilakukan 'centrifugation' dan sampel diperiksa semula : ada kelihatan beberapa ekor sperma. 

Oligo-zoospermia : bilangan sperma kurang 

Astheno-zoospermia : sperma 'lemah' / perlahan pergerakannya

Terato-zoospermia : sperma berbentuk tidak normal

Oligo-astheno-terato-zoospermia : bilangan-pergerakan-bentuk kurang daripada sepatutnya.

.
.
.

Teknik-teknik mengambil sperma menggunakan kaedah 'pembedahan' :


TESA : Testicular Sperm Aspiration 

PESA : Percutaneous Epididymal Sperm Aspiration

PESA dan TESA secara perbandingan dengan teknik-teknik lain : kurang 'traumatic' kerana ia tidak melibatkan belahan ke atas skrotum. Ia menggunakan jarum halus untuk 'menyedut' /(aspirate) ke dalam epididimis ataupun testis bagi mendapatkan sperma.

.
.

MESA : Microsurgical Epididymal Sperm Extraction : lebih teliti, ia menggunakan mikroskop untuk mencari tiub-tiub halus pada epididimis yang dijangka mengandungi sperma. Sebelum itu, belahan dilakukan ke atas kulit skrotum.

TESE : Testicular Sperm : ia menggunakan kaedah belahan ke atas skrotun untuk dilakukan biopsi tisu testis bagi mendapatkan sperma.

MESA dan TESE lebih 'traumatic' kerana ia melibatkan belahan ke atas skrotum terlebih dahulu.

.
.

Saya tiada kemahiran melakukan prosedur ini dan tidak pula berniat untuk mendalami teknik ini. Kebanyakan doktor pakar lelaki bahagian kesuburan memang melakukan prosedur ini sendiri. Bagi pesakit saya pula, saya aturkan supaya prosedur ini dilakukan oleh Pakar Urologi, seperti pasangan di atas.

.
.
.

Tahukah anda?

Epididimis (tempat penyimpanan / transit sperma) apabila 'dibuka' , ia boleh menjadi sepanjang 6-7 meter? Bayangkan berapa puluh / ratus juta sperma boleh berada di sepanjang epididimis itu.

Sperma adalah sel terkecil pada manusia, manakala telur wanita (ovum) pula adalah sel terbesar pada manusia.



Sekian.

Al-ham-du-lil-lah.
All praise is due to Allah.