Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya.

Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas ibubapa saya dan ibubapa mertua saya. Juga ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. Segala pujian bagi Allah (peringatan ini untuk diri sendiri) . Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Wednesday, 11 October 2017

(Entry tanpa tajuk)

Bis-mil-laa-hir-rah-maa-nir-ra-hiiiiiim.
In the  name of Allah, Most Gracious, Most Merciful.


Lama saya tinggalkan blog ini, demi menunaikan 'hutang' sedekah khatam Al-Quran di samping amalan bacaan surah-surah tertentu untuk aruah Mak.
 
Saya memang 'kura-kura' dalam banyak hal (memandu terutamanya), termasuklah mengaji Al-Quran. Kali ini, lebihlah perlahan dengan membaca makna di dalam Bahasa Melayu terlebih dahulu barulah disusuli dengan bacaan dalam bahasa Arab, mukasurat demi mukasurat dan dibaca seperti yang disuruh dalam ayat dalam surah Al-Muzzammil (73:4) supaya kita berfikir dan lebih memahami kandungannya. 
 
 
"...dan bacalah Al-Quran itu dengan tartil (perlahan-lahan)."
 (Al-Muzzammil 73:4) 
 
 
Dah beberapa pesakit menegur saya dah lama tak update blog. InsyaAllah, post akan menyusul tidak lama lagi : bermula dengan siri motivasi kesuburan.
 
.
.
.
 
Tahukah anda purata hayat kura-kura?
Setakat 100 tahun itu, biasa.
 
Bagaimana pula dengan arnab?
Tak sampai pun 20 tahun.
 
Kuda?
Pun kebiasaannya tak sampai 40 tahun.
 
Biar lambat, asal selamat.
 
(tak ada kaitan pun dengan purata hayat manusia, mungkin juga tiada kaitan dengan kadar degupan jantung, saja je nak buat perbandingan....)


Al-ham-du-lil-lah.
All praise is due to Allah.


4 comments:

  1. Assalamualaikum Dr Adilah,
    Saya merupakan salah seorang pesakit doktor yg tidak berjaya melakukan IUI tempoh hari. Saya terlupa nak tanya doktor, kalau nak buat IVF nanti, bayaran kena sekaligus atau ada stage2 dia? Contohnya kalau RM20,000.. Adakah itu dah termasuk dengan consultation+ubat dari first day hingga tamat procedure?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayaran mengikut peringkat, contohnya sewaktu monitoring hanya perlu bayar caj konsultasi dan scan serta ujian darah berkitan (jika ada dibuat).

      Delete
  2. Dr... 😊 Lama betul tak menulis. Welcome back πŸ’
    Bila Dr tulis baca/tilawah/tadabbur sikit2 Al Quran tetapi berterusan tiap hari..teringat saya satu Hadis amalan yg disukai Allah ialah amalan yg berterusan walaupun sedikit

    May we continue remain steadfast in Ibadah..Ameen..

    Much love
    Mama Ziyad + Saad
    Down under

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doakan saya yang sentiasa kura-kura dalam banyak hal ni ....

      Delete