Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya.

Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. Segala pujian bagi Allah (peringatan ini untuk diri sendiri) . Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Wednesday, 8 March 2017

Freeze-all-transfer-later lagi : TESE-ICSI-FET

Bis-mil-laa-hir-rah-maa-nir-ra-hiiiiiim.
In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful.


.
.
.

Post ini tidak disertakan gambar (saya masih menghadapi masalah 'memindahkan' gambar dari hp veteran saya ke laptop ini).


Terima kasih kepada pasangan ini yang memberi kebenaran untuk dikongsi kisah perjalanan rawatan kesuburan mereka. Semoga ia memberi semangat kepada yang lain untuk terus berusaha dan berdoa supaya dikurniakan cahayamata pada tahun ini.

.
.
.

Latarbelakang
Isteri 33 tahun 
Berkahwin Februari 2010
Masalah  kesuburan : suami (cryptozoospermia) dan isteri PCOS dan obes

Pilihan rawatan yang paling sesuai untuk pasangan ini adalah : ICSI menggunakan 'sperm retrieval' (ada beberapa kaedah)

.
.

ICSI kali pertama pada April 2013 di Klang.

- 'protokol agonist panjang' (Long Agonist Protocol)
- Jumlah dos suntikan FSH = 2250 IU
- OPU : dapat 11 telur. 
- TESA-ICSI : 7 tersenyawa
- Fresh ET Day-2 : masuk 2 embrio (2-sel dan 4-sel)
- 5 lagi embrio tidak membahagi dan dibuang.
- Tiada lebihan embrio mahupun sperma untuk dibeku-simpan.
- Tidak hamil.

.
.

ICSI kali kedua pada Jun 2014 di Pulau Pinang.

- Long Agonist Protocol
- Jumlah dos suntikan FSH : 1525 IU
- OPU : dapat 11 telur (10 telur matang i.e. MII)
- TESE-ICSI : 7 telur tersenyawa.
- Fresh ET Day-3 : 3 embrio dimasukkan (kesemuanya pada tahap 8-sel)
- 4 lagi embrio dibeku-simpan di dalam 1 straw (gred 8C1, 7C1, 6C1, 4C1)
- Tiada lebihan sperma untuk dibekusimpan.
- Tidak hamil

.
.

Beliau ada embrio beku kan?

Kami uruskan untuk 'pindahkan' embrio tersebut ke PHKL.

FET (percubaan IVF kali ketiga beliau)

- Saya buat kaedah 'endometrial priming'.
- Kemudian 'luteal phase support' menggunakan vaginal progestin.
- Embriologis pula 'thawed' straw yang mengandungi kesemua 4 embrio beku itu.
- Kemudian diteruskan kultur sehingga mencapai usia day-5.
- Hanya 1 sahaja embrio yang membentuk blastocyst, itupun gred 4CC.
- 3 lagi embrio menunjukkan 'arrested development' pada tahap blastomere dan dibuang.
- Tidak hamil.

.
.

ICSI kali ketiga (percubaan ke-4 beliau) pada September 2016 di PHKL

- Saya gunakan Antagonist Protocol
- Jumlah dos suntikan FSH : 2300 IU
- Pakar Urologi memulakan prosedur TESE ke atas suaminya untuk mendapatkan sperma.
- Saya pula kemudiannya lakukan OPU ke atas isterinya : dapat 12 telur (8 telur matang MII dan normal, 1 telur MII abnormal, 2 MI dan 1 GV)
- TESE-ICSI : 5 daripada 8 telur MII normal berjaya tersenyawa, 4 daripadanya terus membahagi
- Day-5 : kesemua 4 embrio dibekusimpan di dalam 2 straw. Setiap 1 straw mengandungi 2 embrio (2AB, 2BC) dan (morula, 7C3)
- Tiada pula lebihan sperma untuk dibekusimpan.
- Haid berikutnya, beluau bersedia untuk FET

- FET menggunakan kaedah seperti di atas : endometrial priming dan kemudiannya luteal phase support 
- 1 straw yang mengandungi 2 embrio blastocyst itu pun dikeluarkan dan pada masa dimasukkan, ia berkembang menjadi blastocyst gred 4BB dan 3CC
- 1 daripada embrio ini berjaya implantasi.
- Kali terakhir beliau berjumpa saya sebulan yang lepas, ketika kandungan memasuki usia 18 minggu (lama saya jaga dia ni, kebiasaannya melebihi usia 14 minggu saya dah rujuk kepada Pakar Perbidanan yang lain untuk penjagaan seterusnya).
- Beliau masih ada 2 embrio dibeku-simpan.


.
.
.

Nota kaki :

Analisa sperma

A-zoospermia : Tiada sperma di dalam air mani

Crypto-zoospermia : Tiada sperma dikesan di dalam air mani apabila menggunakan kaedah pemeriksaan biasa, tetapi setelah keseluruhan air mani tersebut dilakukan 'centrifugation' dan sampel diperiksa semula : ada kelihatan beberapa ekor sperma. 

Oligo-zoospermia : bilangan sperma kurang 

Astheno-zoospermia : sperma 'lemah' / perlahan pergerakannya

Terato-zoospermia : sperma berbentuk tidak normal

Oligo-astheno-terato-zoospermia : bilangan-pergerakan-bentuk kurang daripada sepatutnya.

.
.
.

Teknik-teknik mengambil sperma menggunakan kaedah 'pembedahan' :


TESA : Testicular Sperm Aspiration 

PESA : Percutaneous Epididymal Sperm Aspiration

PESA dan TESA secara perbandingan dengan teknik-teknik lain : kurang 'traumatic' kerana ia tidak melibatkan belahan ke atas skrotum. Ia menggunakan jarum halus untuk 'menyedut' /(aspirate) ke dalam epididimis ataupun testis bagi mendapatkan sperma.

.
.

MESA : Microsurgical Epididymal Sperm Extraction : lebih teliti, ia menggunakan mikroskop untuk mencari tiub-tiub halus pada epididimis yang dijangka mengandungi sperma. Sebelum itu, belahan dilakukan ke atas kulit skrotum.

TESE : Testicular Sperm : ia menggunakan kaedah belahan ke atas skrotun untuk dilakukan biopsi tisu testis bagi mendapatkan sperma.

MESA dan TESE lebih 'traumatic' kerana ia melibatkan belahan ke atas skrotum terlebih dahulu.

.
.

Saya tiada kemahiran melakukan prosedur ini dan tidak pula berniat untuk mendalami teknik ini. Kebanyakan doktor pakar lelaki bahagian kesuburan memang melakukan prosedur ini sendiri. Bagi pesakit saya pula, saya aturkan supaya prosedur ini dilakukan oleh Pakar Urologi, seperti pasangan di atas.

.
.
.

Tahukah anda?

Epididimis (tempat penyimpanan / transit sperma) apabila 'dibuka' , ia boleh menjadi sepanjang 6-7 meter? Bayangkan berapa puluh / ratus juta sperma boleh berada di sepanjang epididimis itu.

Sperma adalah sel terkecil pada manusia, manakala telur wanita (ovum) pula adalah sel terbesar pada manusia.



Sekian.

Al-ham-du-lil-lah.
All praise is due to Allah.








No comments:

Post a Comment