Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya.

Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas ibubapa saya dan ibubapa mertua saya. Juga ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. Segala pujian bagi Allah (peringatan ini untuk diri sendiri) . Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Wednesday, 4 January 2017

Suntikan GnRH analog (tahan period) : Bilakah 'period' dijangka datang semula?

Bis-mil-laa-hir-rah-maa-nir-ra-hiiiiiim.
In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful






Suntikan GnRH-analog ada digunakan dalam beberapa rawatan seperti penyakit endometriosis, fibroid, kanser payudara, kanser prostat etc. Suntikan yang mengandungi hormon GnRH-a ini ada dalam beberapa jenama yang saya tidak dapat dinyatakan atas dasar profesional yang tidak membenarkan doktor mengiklankan jenama ubat.


Bagi wanita, suntikan ini memberi kesan kepada haid mereka sehingga ada yang menggelarnya 'ubat hentikan haid', walaupun tujuan sebenar ubat tersebut diberikan bukanlah untuk menghentikan haid tetapi lain. Contohnya, dalam rawatan endometriosis, tujuan suntikan ini diberikan adalah untuk menurunkan paras hormon estradiol (estrogen) bagi menjadikan sisa penyakit endometriosis tidak aktif.


Pesakit akan diberitahu mengenai kesan samping ubat yang mungkin berlaku iaitu menyerupai apa yang dialami wanita menopaus (hot flushes, kekeringan kulit, mood swing, sakit belakang, rambut gugur dll). Satu lagi kesan samping adalah ketiadaan haid buat sementara waktu.

.
.

Bilakah haid dijangka datang semula?


Saya lazimnya akan memberitahu pesakit-pesakit saya mengenai perkara ini sebelum mereka bertanyakan saya, supaya mereka tidak ternanti-nanti atau tidak panik. Saya akan beritahu lebih awal iaitu sewaktu suntikan pertama, mengenai 'bilakah haid dijangka datang semula'. Ini bukanlah kerana saya pandai menilik tetapi ia berdasarkan pengalaman peribadi, menerusi pertanyaan kepada pesakit-pesakit saya lama dahulu sebelum ini, saya dapati kebanyakan mereka didatangi haid pada tempoh di bawah ini. Maka, saya gunakan jawapan pesakit-pesakit lama saya untuk memberitahu pesakit-pesakit baru mengenai perkara ini. Terima kasih kepada mereka, kerana pengalaman haid mereka saya gunakan dalam kaunseling/consultation pesakit-pesakit kini.


Secara lazimnya :

Selepas menerima suntikan, bukanlah haid terus berhenti. Anda akan didatangi haid 'sekali' selepas suntikan pertama (kecuali jika anda diberikan suntikan pada awal haid, maka anda tidak didatangi haid dalam bulan berikutnya). Ini dijangka berlaku dalam lebih 90% pesakit-pesakit saya.


Kemudian, barulah anda mendapat kesan samping 'ketiadaan haid' untuk tempoh tertentu (seperti di bawah):

1. Bagi suntikan hormon GnRH-a jenis Leuprorelin acetate :

- Sekiranya suntikan Leuprorelin acetate yang diberikan ini berdos 3.75 mg i.e. setiap 4 minggu dan lazimnya untuk 3 kali, maka haid seterusnya dijangka sekitar 11 minggu selepas suntikan ketiga (atau lewat 1-2 minggu berikutnya). Mengapakah angka 11 minggu dan bukannya 12 minggu atau 3 bulan atau angka lain? Tanyalah pesakit-pesakit saya. Kebanyakan mereka memang didatangi haid sekitar 11 minggu selepas suntikan ketiga.

- Jika masih tidak didatangi haid, saya akan nasihatkan pesakit-pesakit saya tunggu seminggu lagi sebelum menjalani ujian pengesahan kehamilan kerana ada kemungkinan mereka sebenarnya hamil. Kes-kes ini memang ada berlaku. Hanya segelintir kes sahaja yang lebih lewat didatangi haid melebihi 12 minggu.

- Sekiranya suntikan Leuprorelin acetate yang diberikan itu berdos 11.25 mg i.e. hanya satu suntikan untuk meliputi tempoh 12 minggu, maka haid seterusnya dijangka sekitar 19 minggu selepas suntikan tersebut, atau mungkin 1-2 minggu lebih lewat.



2. Bagi suntikan hormon GnRH-a jenis Triptoreline embonate pula

- Memandangkan ianya sebelum ini didatangkan dalam bentuk 1 dos sahaja iaitu 11.25 mg dan itulah yang saya kerap gunakan, saya hanya dapat memberikan jangkaan untuk dos 11.25 mg ini. Saya belum pernah lagi memberikan pesakit-pesakit saya dos 3.75 mg yang baru sahaja dipasarkan dalam setahun ini, maka 'no comment' dari pihak saya untuk dos 3.75 mg..

- Untuk dos 11.25 mg pula, saya dapati, sekiranya Triptoreline embonate digunakan, kebanyakan pesakit-pesakit saya lebih lambat lagi didatangi haid sehingga 4 minggu lebih lewat berbanding suntikan Leuprorelin acetate iaitu sekitar 23 minggu selepas suntikan tersebut diberikan.



3. Bagi suntikan GnRH-a jenis Gosereline acetate (sama ada 3.6 mg ataupun 10.8 mg)

- Pun saya tidak dapat komen kerana telah bertahun saya tidak gunakan, salah satunya kerana saiz  diameter jarumnya yang besar. Sewaktu saya kerap menggunakannya dahulu (zaman saya masih menjalani kursus kepakaran), saya tidak pula 'mengumpul' rekod atau corak bilakah mereka didatangi haid semula. Maka : 'no comment'.

.
.

Secara perbandingan suntikan, Gosereline acetate adalah sejenis implant dan disediakan dalam bentuk 'pellet' kecil yang memerlukan jarum berdiameter lebih besar untuk 'menolak' pellet tersebut ke dalam tisu lelemak anda. Leuprorelin acetate dan Triptoreline embonate pula dalam bentuk serbuk yang perlu dibancuh dengan cecair pelarut sebelum disuntik ke dalam tubuh. Leuprorelin acetate lebih mudah dibancuh kerana didatangi dalam syringe khas yang mengandungi kawasan berasingan bagi serbuk dan cecair. Triptoreline embonate pula memerlukan masa tambahan untuk doktor menggunakan syring dan jarum untuk menyedut cecair dari satu vial, kemudiannya memasukkannya ke dalam vial yang mengandungi serbuk untuk membancuhnya sebelum menyedut semula bancuhan ini dan menukar jarum kepada saiz lebih kecil untuk disuntik ke dalam pesakit. Perbezaan harga dan teknik bancuhan/suntikan lah yang lazimnye mempengaruhi pilihan doktor/pesakit.


Teknik suntikan juga penting dalam mempengaruhi bilakah didatangi haid seterusnya. Bagi satu jenis bahan, suntikan secara sub-cutaneous memberikan 'terminal half-life' berbeza berbanding sekiranya ia diberikan secara intra-muscular. Teknik sesuatu kaedah juga penting dipelajari, contohnya teknik intra-muscular, supaya dapat mengelakkan ubat daripada 'terkeluar' ke permukaan kulit ataupun ke tisu subkutan dan mengurangkan jangkamasa keberkesanan ubat itu.

.
.
Maka,

Kepada yang bertanya (bukan pesakit-pesakit saya);


Seeloknya anda bertanya doktor anda sendiri kerana dengan banyak pilihan jenama ubat yang ada bagi tujuan/penggunaan yang sama, doktor anda mungkin menggunakan jenis ubat yang berlainan daripada saya. Kebanyakan doktor lazimnya menggunakan 1-2 variasi sahaja yang mungkin berlainan daripada apa yang saya gunakan. Apa pun jenis bahan yang digunakan, yang lebih penting adalah bagi kami doktor untuk mengetahui dengan mendalam akan kesan ubat tersebut, kesan sampingnya serta perkara-perkara lain yang mungkin nampak remeh pada kacamata doktor tetapi sebenarnya penting untuk awam, seperti soalan berkaitan bilakah didatangi haid semula.


Selain persoalan di atas, pesanan lain yang juga penting adalah mengenai perlunya pasangan ini mencegah kehamilan sewaktu tempoh rawatan suntikan ini, lazimnya menggunakan kondom. Ini kerana dikhuatiri ubat ini memberik kesan negatif kepada pembentukan/pembesaran sifat janin. Kemungkinan anda hamil sewaktu tempoh suntikan memang ada. Suntikan GnRH-a ini bukanlah ubat pencegah kehamilan.




Sekian.

Al-ham-du-lil-lah
All praise is due to Allah

3 comments:

  1. assalam dr adilah..sy yus dari subang!!sy ingin btanya mngenai rawatan kesuburan!!sbb sy mpunyai masalah melahirkn zuriat...sy harap dr dpt bantu sy!!terima kasih dr..

    ReplyDelete
  2. Ubat ni x mnghalang utk pregnant kan selepas tamat? Dan blh ke sy truskan pengambilan accutane dgn ubt ni.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete