Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya.

Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas ibubapa saya dan ibubapa mertua saya. Juga ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. Segala pujian bagi Allah (peringatan ini untuk diri sendiri) . Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Wednesday, 30 March 2016

Hydrosalpinx : hamil selepas tiub dibuang

Bismillahirrahmanirrahim
(In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful)


Ini gambar embrio-embrio beliau pada Day-3. Jika saya buat ET pada Day-3, sukar untuk memilih embrio yang paling cantik. Pada tahap blastocyst (Day-5 atau 6 atau 7), pemilihan embrio gred cantik dapat dibuat dengan peratus kehamilan yang lebih tinggi. Baca kisah selanjutnya di bawah.

Kali ini kisah pasangan yang mempunyai beberapa masalah termasuklah hydrosalpinx.
Terima kasih kepada beliau kerana memberi kebenaran untuk dikongsi kisahnya di sini.

.
.

Pertama kali berjumpa saya pada September 2013.

Ringkasan profil pasangan
- Berkahwin Ogos 2008 (dah nak masuk 8 tahun)
- Sperma : kualiti rendah VxCxM = 0.85 million sahaja (memang perlu ICSI)
- Endometriosis : telah menjalani pembedahan endometriosis dan 'membetulkan' kedudukan rahim' pada 2012 (endometriosis tahap moderate/severe boleh menurunkan peluang kejayaan kehamilan IVF)
- AMH selepas pembedahan rendah : 10.9 pmol/L sahaja (hmm..perlukan dos suntikan FSH yang lebih tinggi)
- Beliau ada mengambil produk serbuk protein soya (saya nasihatkan berhenti kerana soya mengandungi hormon estrogen dan kita tahu estrogen boleh merangsang perkembangan penyakit endometriosis)


Dengan bilangan dan kualiti sperma sedemikian, saya nasihatkan buat ICSI.

.
.

Sejarah IVF di PHKL

IVF kali pertama
OPU 18.10.2013 : dapat 9 telur (4 telur MII, 3 telur MI, 2 GV)
Embriologis buat ICSI ke atas 4 telur MII : 3 fertilized
Buat fresh ET tetapi ditangguhkan kepada day-6 (24.10.2013) baru dapat blastocyst.
Itu pun 1 sahaja dibuat ET dan gred pula tak cantik (3CC).
2 lagi embrio masih pada tahap morula pada day-6 dan dibuang kerana dah degenerated.
Beliau tak hamil.

.
.

Sementara itu, beliau sakit dan dimasukkan ke wad sebanyak 2 kali.


Pada Disember 2013 : disyakki mengalami peradangan ovari kiri dan PID. Sewaktu ini belum ada hydrosalpinx.
Pada Februari 2014 : disyakki mengalami jangkitan buah pinggang kiri.

Oktober, beliau datang semula, bersedia untuk IVF kali kedua.
Penilaian semula mendapati beliau kini ada bengkak tiub falopian kiri (hydrosalpinx).
Beliau pun menjalani pembedahan membuang tiub falopian tersebut.
Pada masa yang sama, pembedahan endometriosis juga .

Persiapan dibuat dengan beliau mengambil suplemen vitamin yang diperlukan.

.
.

Kita update profil beliau:
- Usia kini 35 tahun
- Endometriosis (ujian darah dan scan menunjukkan belum ada 'recurrence')
- PID dengan 'left hydrosalpinx' (tiub itu baru dibuang, maka baguslah tu, sewaktu pembedahan juag didapati tiada endometriosis baru)
- AMH rendah (akibat endometriosis dan pembedahan ke atas ovari dahulu, kena guna suntikan FSH dos lebih tinggi)
- Sperma : severe OATs (memang kami buat ICSI pun)
- Pernah menjalani IVF sekali sebelum ini tetapi tidak berjaya ('saspen' juga ni, harap-harap kali ini berjaya hamil)

.
.

IVF Kali ke-2

Saya pilih pendekatan
- Antagonist Protocol with Agonist Triggering
- ICSI
- Freeze-All-Transfer-Later
- FET using modified endometrial priming

Stimulation menggunakan rec-hFSH sebanyak 225 IU setiap hari. 
OPU (29.01.2016) : dapat 12 telur (10 telur MII, 2GV)
ICSI ke atas semua 10 telur MII : 9 fertilized (ICSI fertilization rate = 90%)
Embrio menjalani extended culture.

3 embrio telah menjadi blastocyst pada day-5 manakala 2 lagi embrio menjadi blastocyst hanya pada day-6.
Hanya embrio blastocyst sahaja dibekukan : ada 5
4 lagi embrio walaupun dikutur sehingga day-7 tetapi masih belum mencapai tahap blastocyst dan kemudiannya dibuang kerana tidak menunjukkan perkembangan yang bagus (masih pada tahap morula, 7C3, 3C3 dan 5C3).

FET cycle
Saya gunakan 'modified endometrial priming' dengan tambahan ubat hormon.
Embriologis mulanya thawed 1 straw yang mengandungi day-5 frozen embryos (ada 3) tetapi 'no survival'.
Terpaksalah FET ditangguhkan sehari.
Embriologis kemudiannya thawed straw yang mengandungi 2 day-6 embryos.
FET dibuat keesokannya.


Dapat 2 blastocysts - kedua-duanya hatching walaupun gred kurang cantik (4BC dan 4CC).

.
.

Pengesahan Kehamilan

Seperti pesakit-pesakit FET lain, kira-kira seminggu selepas FET, pesakit ini pun menjalani ujian darah.

Secara 'Biochemical Pregnancy' : BhCG dah dikesan di dalam darah. Serum progesterone pun cantik.




Secara 'Clinical Pregnancy' : Tadi, pada usia kandungan 5 minggu 5 hari, scan dah menampakkan kantung (IUGS = Intra Uterine Gestational Sac) dan yolk sac.


Malah, apabila dibuat kaedah 'doppler' pula, dah dapat kesan degupan jantung janin walaupun masih perlahan.

.
.

Masih awal lagi ni.
Masih kena sambung ubat-ubat hormon.


Perbincangan
Hydrosalpinx : perlukah tiub dibuang dahulu?

(bersambung kemudian. Sya 'hutang' fibroid dan hydrosalpinx)

Alhamdulillah
(All praise is due to Allah)

Tuesday, 29 March 2016

Forum IVF Sabtu 9hb April 2016

Bismillahirrahmanirrahim
(Dengan nama Allah, Maha Pemurah, Maha Mengasihani)


(Bolehlah merujuk kepada post sebelum ini untuk maklumat lanjut)

Terhad 15 pasangan sahaja (penat juga nak beri ceramah 20-30 minit kemudiannya berkaunseling terus-menerus-tanpa-rehat-berturut-turut 15 pasangan x 6 minit setiap pasangan ni)


Alhamdulillah
(Segala puji bagi Allah) atas ilmu pengetahuan yang diterima

Monday, 21 March 2016

Forum IVF Sabtu 26 hb Mac 2016

Bismillahirrahmanirrahim
(In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful)


Tahun ini ada sedikit kelainan

Seperti Forum IVF Februari lepas;

- Terhad kepada 15 pasangan sahaja. Tiada bayaran dikenakan (kecuali parking kereta)

- Hanya mengenai IVF sahaja. Maka seeloknya yang masih belum terfikir/bersedia untuk menjalani IVF tahun ini (sama ada di PHKL mahupun di tempat lain), berilah peluang kepada orang lain kerana tempat terhad. 



Pendaftaran kesemua 15 pasangan seawal 9am (ada sedikit minuman disediakan sementara menunggu waktu sesi bermula).


ATURCARA
- Sesi dimulakan tepat 9.30 am waktu tempatan.

- 9.30am - 9.50am : ceramah oleh ehem ehem...sayalah. (masa kecederaan 10 minit)

- 10.00am - 11.30am : sesi 'consultation' saya bersama pasangan (5-6 minit sahaja) dan juga sesi embriologis bersama pasangan (pun 5-6 minit sahaja) secara berasingan/peribadi (tetapi bukanlah secara tertutup). Untuk meng-optimum-kan masa 'consultation'. terlebih dahulu pasangan diminta mengisi maklumat mengenai rawatan kesuburan sebelum ini di dalam borang yang akan diedarkan. 

- Sesi tamat tepat 11.30 am (sebab itulah hanya terhad kepada 15 pasangan).


Semoga dapat memberi manfaat/pencerahan.


Alhamdulillah
(All praise is due to Allah)







Thursday, 17 March 2016

(selingan) : Melaka River Cruise - Menyusuri Sungai Melaka

Bismillahirrahmanirrahim
(In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful)




Kapal dagang dari seberang;
Sarat muatan kayu meranti;
Dari jauh Tuan Puan datang;
Orang Melaka sedia menanti.




Lembu punya susu, sapi dapat nama. 
Kancil punya penat berlawan, (pokok) Melaka yang dapat nama.
Bayangkan negeriku ini diberi nama Negeri Kancil....


Bayangkan.... jika Melaka berjaya ditakluk oleh Siam (mujurlah ada perlindungan / hubungan diplomatik dari China). Pernah dengan nama Laksamana Cheng Ho? Di Melaka ada Cheng Ho Cultural Museum, saya teringin sangat melawatinya. Beliau diceritakan sekali belayar membawa 30,000 orang belayar bersamanya, sekali pelayaran sahaja ada lebih 300 kapal. Dengar cerita, ketinggian beliau 7 kaki (What?).

Bayangkan.... zaman kegemilangan Melaka. Kesibukan Selat Melaka. Kesibukan Sungai Melaka. Penuh sesak jalanraya laluan Selat Melaka dan Muara Sungai Melaka dengan kapal pedagang.

Bayangkan.... banyaknya kapal dari negara lain. Berapa jumlah keseluruannya itu?

Bayangkan.... keriuhan dan kesibukan kawasan di kiri dan kanan Sungai Melaka. Diceritakan ada lebih 80 bahasa dituturkan ketika itu.

Bayangkan.... kemasyhuran Melaka waktu itu dengan beratus-ratus gudang, rumah penempatan pedaganag yang berkelompok mengikut Negara/bangsa (sebab itu agaknya ada Bukit Cina, Tanjung Kling, Kampung Jawa, Perkampungan Portugis dll) etc etc.

Bayangkan.... banyaknya peluang perniagaan di situ ketika itu : hotel, makanan, pakaian, dobi, membaiki kapal dll. 



Kota Melaka (The Malacca Port Fort)


Kita lihat dari lebih dekat kesemua 5 gambar klasik yang ada pada papan info di atas.


Melaka pada 1508 - setahun sebelum kedatangan Lopez de Squera (1509) dan 3 tahun sebelum dijajah Portugis (1511). Sewaktu kemasyhuran Melaka ini, telah pun ada Kota Melaka (yang dibuat daripada kayu) sebagai kubu pertahanan dan di dalam kota ini ada istana, masjid, bangunan pentadbiran, menara kawalan dan kediaman pembesar.

Kalau roboh Kota Melaka;
Papan di Jawa hamba dirikan;
Kalau sungguh bagai dikata;
Badan dan nyawa hamba berikan. (Erk! Itu macam kah?).


Malangnya, Kota Melaka 'roboh' juga.

Kemudian penjajah Portugis telah mengubahsuai Kota Melaka ini dan mengasingkan diri mereka dari orang tempatan di luarnya. Dari masa ke semasa, ia diperluaskan dan diperkuatkan dengan dinding batu serta ditambah menara dan kemudiannya ditambah pula dengan bastion. Baru ku tahu batu-bata yang dibuat A Famosa atau The Famous One (Fermosa = Famous) rupa-rupanya diambil dari batu-bata masjid, istana dan batu perkuburan di situ.... Jika benarlah kisah itu, IDK what to say, sampai nya hati mereka.....

Bayangkan keutuhan kota/kubu tersebut; dengan ketinggian 240 kaki dan dinding pula setebal 8 kaki, kota itu sukar ditembusi orang tempatan yang cuba menawan semula dengan kekurangan peralatan perang berbanding senapang dan meriam Portugis. Selain itu, ada juga dibina menara kawalan dengan tambahan 120 kaki di atas kubu tersebut, menjadikannya setinggi bukit itu.

Yang tinggal kini hanyalah Porta de Santiago (salah satu daripada 4 pintu masuk ke A Famosa) di kaki bukit berhampiran Istana Melaka sekarang. 

Namun, setebal-tebal kubu mereka, Portugis kalah juga kepada Belanda.

Sewaktu pemerintahan VOC (Belanda), Kota Melaka semakin mereka cuba perkukuhkan (saya tak suka nak guna perkataan gagah). Tidaklah saya ketahui mengapa, Belanda ingin berlindung daripada siapa pula. Juga, apakah keuntungan/kemajuan yang ada diberikan kepada rakyat Melaka.


Inggeris pula memusnahkan Kota Melaka dalam usaha untuk mengalihkan perhatian/minat pedagang untuk berniaga di Pulau Pinang. Setelah dimusnahkan Inggeris, Kota Melaka yang tinggal hanyalah apa yang ada kini.


Hmm.... dari mana pula mereka dapatkan batu-bata tu?

Cukup 5 gambar.



Bayangkan.....
Apakah sebenarnya yang mereka wariskan kepada kita?

.
.
.

Hmm....
Biarlah saya bayangkan yang elok-elok sahaja.
Zaman kegemilangan Melaka sebelum dijajah.

.
.
.

Fast forward.

Tahun 2016.

Setelah usia saya melepasi 45 tahun, barulah saya berkesempatan manyusuri Sungai Melaka dan cuba menghidupkan imaginasi saya mengenai zaman kegemilangan Melaka.

Saya pun mengajak Jake Jebat Cikgu ke sana.

Memandangkan ibubapa saya masih di Melaka, My-Clone pula bersekolah di Melaka, saya juga setiap minggu ke Melaka, maka agenda lawatan cuti-cuti Melaka dibuat secara 'slow and steady' dan 'one at a time'.


Lawatan kali pertama : Kami mulakan dengan Melaka River Cruise!

Musim cuti Hari Wilayah yang lepas, kami pun ke sana.

.
.
.

MELAKA RIVER CRUISE


Sedikit mengenai Sungai Melaka
Panjang sebenarnya sekitar 40km, bermula dari muara Sg Melaka sehinggalah ke Kg Gadek.
Tidaklah sepanjang Sungai Perak yang 10 kali ganda lebh panjang (400km), apatah lagi Sungai Elbe di Hamburg (dari muara sungai ke bandar Hamburg sahaja sudah 130km dan panjang keseluruhan Sungai Elbe pula lebih 1000km).

.
.

Sewaktu saya bersekolah rendah dahulu, Sungai Melaka bolehlah dikatakan penuh tercemar dengan sampah dan bau yang tidak menyenangkan. Setahun sekali saya menemani Emak menyeberangi Sungai Melaka (ada jambatan) dari Kampung Jawa menuju ke Jalan Bunga Raya membeli baju raya kami. Emak akan belanja kami makan cendol di gerai di tepi sungai itu. Memang bau air Sungai Melaka ketika itu sangatlah busuk dan kebersihannya pula tidak dijaga. Itulah memori saya mengenai Sungai Melaka.

Tetapi....

Kini Sungai Melaka boleh dikatakan bersih dan cantik!

Dahulu, Tom Pires, sejarahwan Portugis pernah menamakan Melaka sebagai Venice di Timur ('Venice of The East'). Mungkin, jika bot-bot pelancong kini diganti dengan bot yang lebih cantik, gelaran ini mungkin boleh dipakai semula. Mungkin.

.
.

Bagi mereka yang lebih berstamina, bolehlah menyusuri Sungai Melaka dengan berjalan kaki di tepinya. Ada disediakan laluan pejalan kaki di sepanjang Sungai Melaka. Trek 10,000 langkah ini ada ditulis pada 'bunting' bermaskot sang kancil, perjalanan pergi balik ini bersamaan 6km (dari Muzium Maritim sehingga ke Jambatan Pasar dan pulang semula) dikira dapat membakar sekitar 400kcal, dan ditulis di situ bersamaan sepiring nasi lemak atau semangkuk mi sup.

Tetapi... dengan musim panas dan kelembapan sehingga peluh melekit ini, kemalasan saya berjalan kaki di luar semakin menjadi-jadi. River cruise lah pilihan kami.

.
.

Melaka river cruise ini membolehkan anda melihat beberapa bangunan bersejarah di samping berehat duduk di dalam bot dan sempat juga berangan-angan. Maklumlah, river cruise sepanjang 6 km memakan masa sekitar 45 minit pergi dan balik (dari jeti Muara Sg Melaka, ia akan terus U-turn apabila sampai di Taman Rempah). Dapatlah anda merehatkan kaki setelah penat berjalan ke tempat-tempat bersejarah lain yang berhampiran di situ eg Stadhuys, A Famosa dan Bukit St Paul.


Anda boleh memilih sama ada nak mula di Jeti Muara Sungai Melaka ataupun Jeti Taman Rempah (Spice Garden Jetty). Saya 'googled' dan bertanya rakan-rakan sekolah rendah yang masih tinggal di Melaka : mereka mencadangkan 'naik' river cruise dari jeti Taman Rempah kerana lebih mudah untuk mendapatkan tempat 'parking' kereta. Tetapi memandangkan waktu tu dah hampir senja dan saya tak tahu di mana terletaknya Taman Rempah, maka Jebat Jake (bukan nama sebenar) pun memandu ke arah Jeti Muara Sg Melaka. Memang betul, susahnya nak cari tempat 'parking' kereta, asyik penuh sahaja. Dua kali pusing kawasan situ tak dapat 'park' kereta, dia 'parked' kereta di kawasan Bangunan Lembaga Tabung Haji di Jalan Bandar Kaba dan kami berdua pun berjalan kaki menuju ke Jeti Muara Sungai Melaka sambil berhenti mengambil gambar-gambar di atas. 


Waktu malam tidaklah terlalu panas. Dari Jalan Bandar Kaba, kami berjalan menuju ke arah jeti Muara Sungai Melaka. Saya terus terpikat dengan bangunan di sebelah kanan itu, tetapi pada waktu itu, kami telahpun checked-in di tempat lain (bersebelahan sekolah My-Clone).


Hmm.... hati semakin teruja untuk menginap di sini pula akan datang, resort yang sama dalam gambar di atas kini berada pada kiri gambar. Waktu ini, kami baru sahaja menaiki bot (sama seperti bot yang kelihatan di dalam gambar ini).


Saya tidak pasti apakah fungsi tambahan kincir air yang baru dibina pada tahun 2007 ini selain sebagai hiasan panorama Sungai Melaka...... Kincir air ini menyerupai kincir air sewaktu zaman kesultanan Melaka dahulu. Pada zaman itu, kincir air digunakan untuk mengalirkan air dari anak sungai untuk kegunaan pedagang (salah satu tarikan utama para pedagang untuk berniaga di Melaka adalah kemudahan bekalan air). Apakah kincir air yang baru dibina ini boleh berfungsi mengalirkan air? 


Nampak bangunan merah yang dibina sewaktu pemerintahan Belanda. Mungkin dahulu ia tidak dapat kelihatan dari sungai kerana ia dikelilingi tembok kubu batu. Bayangkan rakyat kita dipinggirkan penjajah dengan tembok kubu setinggi sedangkan di dalam itulah sebelumnya terletaknya istana Melaka, masjid, kawasan perdagangan kita dsb. Bukan untuk setahun, bukan untuk 50 tahun, malah beratus tahun.... Warna merah pada dinding mengingatkan kita kepada kisah kebencian rakyat terhadap penjajah (baca semula post Belanda saya klik sini).


Lebih indah pemandangan waktu malam dengan lampu-lampu dan suasana yang lebih nyaman (untuk tidak merosakkan kenangan, bolehlah kita abaikan bangunan penjajah itu).


Kebanyakan dinding bangunan rumah/rumah kedai/kedai ada lukisan mural yang mengindahkan pemandangan. Saya menjadi leka melihatnya sehingga tidak sempat mengambil gambar lukisan mural yang banyak.



Tips memilih tempat duduk di dalam bot:
- Duduk di bahagian paling berhampiran dengan pemandu bot (maknanya di belakang la tu)
- Memandangkan ada 4 barisan kerusi yang diatur secara memanjang, saya cadangkan duduk di barisan luar/tepi sama ada di kanan atau di kiri bot. Saya pilih di sebelah kanan bot (di sebelah kanan pemandu bot). 
- Walaupun tempat paling berhampiran pemandu dikira tempat duduk paling belakang, tetapi ia lebih 'selamat' kerana apabila berselisih dengan bot lain pada arah bertentangan, arus sungai boleh masuk ke dalam dan membasahi penumpang yang duduk paling hadapan. Walaupun Sungai Melaka kelihatan bersih daripada sampah fizikal, tetapi dari warna air sungai, kita dapat meneka ia bukanlah betul-betul bersih daripada cecair sampah.

Bayangkan keriuhan pedagang menyusuri sungai ini.
Bayangkan kesibukan pada dua-dua belah benteng sungai ini.
Bayangkan kemasyhuran Melaka dahulu.
Bayangkan gudang-gudang di kanan dan kirinya.
Bayangkan istana di atas bukit itu.
Bayangkan .........

Kemudian, fikirkan apakah kekurangan kita sehingga berjaya diterobos penjajah.
Dan kekal dijajah selama beratus tahun.
Supaya kita dapat memperbaikinya dan mengatasinya.
Supaya kita tidak mengulangi sejarah buruk itu.
Adakah minda kita masih dijajah kini?


Dalam keseronokan membayangkan zaman kegemilangan Melaka dahulu, tiba-tiba ternampak bangunan moden pula (hotel agaknya). Haish! Lantas ku terbangun dari angan-anganku.



Kami lalu bawah banyak jambatan. Jika tak silap saya, ada 7 jambatan kesemuanya:
Jambatan Tan Kim Seng
Jambatan Chan Koon Cheng
Jambatan Kampung Jawa
Jambatan Pasar
Jambatan Hang Tuah
Jambatan Stesen Bas Lama
Jambatan Kampung Morten

Dahulu, jambatan sangat penting menghubungkan kedua belah sungai.
Sewaktu Portugis ingin menawan Melaka dahulu, mereka telah memutuskan jalan hubung secara meruntuhkan jambatan Sungai Melaka. Maka, kita pun lebih cepat dikalahkan kerana bantuan dari seberang sungai tidak dapat sampai.


Satu kemusykilan saya, sistem laluan bot ini tidak mengikut sistem laluan sungai yang saya faham. Sefaham saya, untuk mengelakkan perlanggaran, keseragaman pengangkutan maritim disistemkan secara : bot menyusuri berhampiran sebelah kanan sungai (starboard side). Entahlah...mungkin ingatan saya sewaktu river cruise ini terlupa tetapi gambar ini menguatkan ingatan saya bahawa bot itu memang menyusuri berhampiran arah kiri sungai (port side).


Sungai Melaka diterangi lampu-lampu dan lukisan mural.


Jake Jebat Siapa lelaki di hadapan saya ini? Kepalanya memenuhi hampir separuh daripada gambar ini. Inilah satu kekurangan apabila duduk di belakang orang lain.


Kampung Morten. Memang cantik bercahaya. Dah macam malam Raya pula.
Inilah rupanya rumah tradisional kami orang Melaka. Kini, Kampung Morten adalah kampung warisan Melaka.

Jebat, Kasturi, Lekir dan Lekiu;
Mengiring Sultan duduk bertakhta;
Anjung serambi bertanggakan batu;
Lambang kemegahan rumah Melayu Melaka.


Ehem, ehem....
Tidak perlu terkejut dengan kebersihan halaman rumah kami. Orang Melaka memang terkenal dengan kebersihan terutamanya halaman rumah. Bangun pagi je dah turun menyapu halaman tau. Petang lepas Asar pun menyapu halaman lagi. Sambil tu, berbual dengan jiran sebelah-menyebelah. Cuma, bila orang Melaka yang seorang ni dah bermastautin di KL, sifat kebersihan tahap kiasu ini tertinggal di kampung halamannya, maka halaman pun ibarat mini Taman Negara, dibiarkan ala-ala natural gitu. 


Ada 2 rakan sekolah rendah saya tinggal di Kampung Morten dahulu. Saya pernah berjalan kaki mengikutinya ke sana dari sekolah (sewaktu tengahari semetara menunggu sesi sukan petangnya) only to be caught by my father who later gave me silent treatment as a sign of disapproval and disappointment. That was my first and last visit to Kampung Morten.



Eh! Kat New York Melaka pun ada tangga cantik! Tangga spiral di belakang bangunan ini mungkin peninggalan British, saya tak pasti.


Ada bangunan yang ditulis sebegini. Begitu panjang bangunan ini membuat saya meneka, mungkin ini bangunan zaman Belanda.


Dah sampai semula ke jeti Muara Sg Melaka. Hmm.... saya dah tahu nak menginap di mana pada lawatan cuti-cuti ke Melaka akan datang.


Jake Jebat Cikgu dan saya dalam penampilan santai (add the smell of sweat). Seperti percutian yang lain, saya lebih selesa pakai tudung sarung (tak de nak melilit-lilit terbelit tu dah) dan bercermin-mata ala 'nerdy'. 


Ada juga replika kapal Portugis Flor de la Mar yang dikenali sebagai Muzium Samudera. Ia terletak berhampiran jeti Muara Sungai Melaka. Saya tak terniat pun nak ke muzium ini. Mungkin kerana saya tidak boleh terima pemilihan Flor de la Mar untuk 'dibina' semula pada zaman ini. Cukuplah kita pernah dijajah secara zahir pada zaman dahulu. Hmm....pada pendapat sayalah, mungkin replika kapal Melayu yang patut dibina apabila ingin mengenagkan zaman kegemilangan Melaka dahulu. Atau mungkin replika kapal Cheng Ho (yang memang dikenali kapal terbesar dan terpanjang pada era itu) yang tidak bermusuhan dengan Melaka dahulu (malah menjalin hubungan diplomatik dan membantu menjauhkan Siam dari menyerang Melaka) yang lebih sesuai 'dibina' semula. Kemasyhuran rombongan pelayaran Laksamana Cheng Ho ini menarik minat saya untuk melawati Muzium Budaya Cheng Ho dalam lawatan akan datang. Pada pendapat 2-sen saya sahaja....


Perjalanan balik (U-turn dari kawasan jeti Taman Rempah) barulah disertai dengan penerangan dalam Bahasa Melayu melalui speaker. Seeloknya kita mengambil tahu dahulu serba-sedikit mengenai Sungai Melaka kerana penerangan ini tidak jelas kedengaran (maklumlah, dengan bunyi enjin bot dan persekitaran).

Diberitakan ada pokok Melaka di tepi sungai, tetapi saya tak pasti yang mana satukah pokok Melaka itu.

Tamat river cruise.

Tak semak pula berapa harga tiketnya. Sewaktu Jake beratur membeli tiket, saya pula leka di kedai sebelahnya mencari souvenir.
Dicadangkan mula melawat kawasan Banda Hilir ini pada waktu pagi kerana ada banyak tempat bersejarah. Apabila menghampiri waktu senja pula, barulah menaiki river cruise untuk menikmatinya siang dan malam.


Kami pun pulang semula ke tempat penginapan di Ayer Keroh.


Masa ni saya tak suka gambar diambil, maka saya protes dalam diam secara pose begini, sambil mengira banyaknya kayu digunakan untuk membina tempat ini.

.
.
.

Cuti-cuti Melaka Part 2

Penginapan : river front resort yang di dalam gambar di atas.



Banyak boleh dilihat dari balkoni bilik ini. Pusing kiri nampak ini. Saya berangan lagi, membayangkan suasana perdagangan di Sungai Melaka dahulu kala.

Kemudian....

Teringat berpuluh rangkap pantun 4 kerat ilmuan terkenal, Hamka.
Mengenai nasib rakyat di tanah sendiri.......

Bermula dengan rangkap pertamanya;

Di atas runtuhan Melaka lama;
Penulis termenung seorang diri;
Ingat Melayu kala jayanya;
Pusat kebesaran nenek bahari.

Dan di antara rangkap-rangkapnya berikutnya;

Mengapa ini bekas yang tinggal;
Umat yang lemah terkatung-katung;
Hidup menumpang tanah terjual;
Larat wahai larat dipukul untung.

Sebelum engkau mengambil simpulan;
Sebelum Portugis engkau kutuki;
Inggeris Belanda engkau cemarkan;
Ketahui dahulu salah sendiri.

selang beberapa rangkap kemudian pula;

Berapa pula penjual negeri;
Mengharap emas perak bertimba;
Untuk keuntungan diri sendiri;
Biarlah bangsa menjadi hamba.

Ini sebabnya umat akan jatuh;
Baik dahulu atau sekarang;
Inilah sebab kakinya lumpuh;
Menjadi budak belian orang.

Sakitnya bangsa bukan di luar;
Tapi terhunjam di dalam nyawa;
Walau diubat walau ditawar;
Semangat hancur apalah daya.

selang satu rangkap pula;

Tidaklah Allah mengubah untung;
Suatu kaum dalam dunia;
Jika hanya duduk terkatung;
Bepeluk tubuh berputus asa.

selang satu rangkap lagi;

Riwayat yang lama tutuplah sudah;
Apalah guna lama terharu;
Baik berhenti bermenung gundah;
Sekarang buka lembaran baru.

selang 2 rangkap kemudian;

Bercermin pada sejarah moyang;
Kita sekarang mengubah nasib;
Di zaman susah ataupun riang;
Tolong tetap dari Yang Ghaib.

selang satu rangkap lagi;

Semangat yang lemah dibuang jauh;
Jiwa yang kecil kita besarkan;
Yakin percaya, iman pun teguh;
Zaman hadapan penuh harapan.

dan diikuti beberapa rangkap lagi sehingga habis.

.
.
.


Pusing kanan pula nampak ini. Nampak kapal Flor de la Mar, hmmph... musnah lagi angan-anganku. Nampak jeti untuk river cruise. Boleh nampak Selat Melaka juga dan membayangkan ada ratusan kapal-kapal berlabuh di situ.

Lancang Kuning lancang pusaka;
Nampak dari Tanjung Tuan;
Kalau kering Laut Melaka;
Barulah saya lupakan Tuan.

(dah baca sejarah kapal Lancang Kuning?)

Saiznya walaupun 50 meter persegi (sekitar 538 kaki persegi) tetapi dibuat secara memanjang (macam zaman Belanda pula). Saya anggarkan 10 kaki lebar sahaja (cukai pintu ikut kelebaran unit rumah sewaktu Belanda pun murah) x 50 kaki panjang (yang ini tak dikira dalam cukai Belanda). 



Inilah pangkal Heeren Street (kini dinamakan Jalan Tun Tan Cheng Lock). Lokasinya sangat berhampiran dengan tempat penginapan kami, berjalan kaki sekitar tak sampai 5 minit sahaja. Nampak saiz kelebaran rumah kedai ini? Boleh kira? Agak-agak 14-18 kaki kot? Belanda mengenakan cukai sama seperti di negaranya, tetapi kita pun cerdik juga, maka orang kita buat rumah kurus memanjang untuk mengurangkan bayaran cukai, ahah! Tidak semestinya mereka juga boleh menjajah minda kita kan!



Rumah kedai yang sama di atas, pandangan sisi. Nampak sempit kelebaran rumah kedai ini? Nampak panjangnya rumah kedai itu pula? Tak mustahil dalam 100 kaki panjang. Inilah rumah yang sama kita dapat lihat dari river cruise (ada dalam gambar di atas tadi - perhatikan tulisan itu).


Dalam cuti-cuti episod ke-2 ini, kami hanya berjalan di sebelah kiri Sungai Melaka ini sahaja. 
Jonker Street. 
Heeren Street. 
Makan di restoran asam pedas claypot berhampiran (pun berjalan kaki ke sana).

Itu sahaja.

Plan awal nak ke Muzium Budaya Cheng Ho yang juga berhampiran Jonker Street dan menaiki river cruise sekali lagi terpaksa ditunda ke episod lawatan yang lain kerana suasana resort ini membuat saya tak nak keluar pun.

Kenalah ada cuti-cuti Melaka episod ke-3 nanti.

.
.
.

Sebut pasal asam pedas Melaka ni. Lapar? 
Jangan lupa cuba Asam Pedas Melaka tau. 
Nak yang jauh lebih sedap, datanglah makan di rumah orang Melaka, 'home cooked', memang tak sama dengan yang di kedai. Ataupun jika berkesempatan menghadiri kenduri perkahwinan di Melaka, jika dihidangkan nasi putih, lazimnya ada lauk asam pedas daging bercampur tetel (sewaktu kenduri kesyukuran yang lain pula kami biasanya hidangkan asam pedas ikan parang atau tenggiri). Memang sedap terutamanya apabila dimakan bersama sambal belacan, ikan goreng, telur masin rebus dan sayur kobis masak lemak putih atau sayur nangka masak lemak. 
Mmmmmm.....memang sedap.

Dah cuba makan asam pedas tulang rusuk lembu? Yang ini lagi best! Resipinya lain berbanding asam pedas ikan atau telur ikan. Asam pedas tulang rusuk lembu memanglah 'signature dish' orang Melaka. Kini dah ada 'pressure cooker' dan 'blender', kehidupan menjadi lebih mudah. 30 tahun dahulu, saya masih kena mencangkung untuk menggiling cili kering dan lama di dapur nak tunggu daging empuk. Mmmm.....


Selamat bercuti sekolah.
My-Clone baru mula cuti hari ini, dia dan rakan-rakan Tingkatan 5 ada kem di Gunung Senyum, Pahang. Saya memang tak layak masuk sekolah dia kerana saya memang 'Si Lembik', tak tahan dengan jadual ko-kurikulum mereka.
My-Clone cuti, maka kini saya pun cuti juga.
Kali ini, kami cuti-cuti Melaka KL.


Jika ke Melaka, jangan lupa bawa balik buah tangan :
- Belacan Melaka (bakar dan simpan dalam petiais untuk kegunaan akan datang)
- Cencaluk (tapis dahulu untuk buang air masinnya, campur air didihan nasi, perah limau kasturi, hiris ciliapi)
- Udang geragau segar (bermusim sahaja - buat goreng cucur udang - campur daun kunyit dihiris, daun cekur dihiris, bawang besar dihiris)
- Gula Melaka (buat air mata kucing selain kuih tradisional)

.
.
.

Siapa lagi orang Melaka ? Bolehlah berkongsi cerita di sini.
Ada lagi pantun 4 kerat dengan perkataan Melaka di dalamnya? Bolehlah dikongsi di sini juga.




Sekian.
Alhamdulillah (All praise is due to Allah)

Wednesday, 16 March 2016

Fibroid dan Kesuburan - Penantian 12 tahun

Bismillahirrahmanirrahim
(In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful)


Hari ini dalam sejarah akademik saya. Pada hari ini 2 tahun yang lepas, saya ditemani Cikgu Malaysia ke Hamburg untuk 'refresh' ilmu IVF dengan Cikgu Jerman saya itu. Dua tahun sebelumnya saya ke situ bersendirian, pun atas sebab nak update ilmu.

Hmm....dah sampai masa untuk mengulangkaji / update ilmu IVF dengan Cikgu Jerman ini semula. Manalah tahu ada lagi rahsia rawatan IVF beliau yang belum dikongsi dengan saya. Saya selalunya akan bawa buku nota untuk tulis apa tips yang diajar kerana ia memang tiada di dalam buku.

** Itu bukan pintu masuk FCH (Fertility Centre Hamburg)
.
.
.
Post kali ini.
Satu lagi kisah kehamilan IVF dengan fibroid.


Usianya 38 tahun (lahir Julai 1977, bulan kelahiran saya tu).
Telah berkahwin hampir 12 tahun yang lepas (April 2004).
Ketinggian beliau hampir menyamai ketinggian saya (tetapi berat badan beliau masuk kategori ideal, saya pula ehehe ...... overweight...)

Pertama kali bertemu saya pada April 2015.

Beliau mempunyai fibroid jenis submukosal (menindih endometrium) pada sebelah hadapan dan kanan (right antero-lateral submucosal fibroid), tidaklah besar pun fibroid itu, cuma saiznya baru sekitar 4cm diameternya.

Uterus beliau juga pada posisi retroverted dan retroflexed
Hmm...berkemungkinan beliau juga ada penyakit endometriosis.

Beliau juga ada masalah IGT (Impaired Glucose Tolerance) dan diberi pendekatan rawatan secara diet modification., belum lagi memerlukan ubat kencing manis

Secara ringkasannya (kita ulang semula profil beliau):
- 38 tahun
- 12 tahun mencuba
- Submucosal fibroid 4cm diameter
- Mungkin ada juga endometriosis (fibroid dan endometriosis selalunya 'berkawan')
- IGT dengan BMI ideal dan cukup dikawal dengan modifikasi diet sahaja

Setelah menimbangkan 'pros vs cons', saya tidak mencadangkan pembedahan membuang fibroid etc tetapi meneruskan dengan IVF.

Sebelum itu, saya hanya tambah suplemen vitamin tertentu, sehingga beliau didapati sesuai menjalani IVF.

.
.
.

Dipendekkan cerita, beliau pun menjalani IVF pada November 2015.

Saya pilih pendekatan/protokol:
1. Antagonist Protocol
2. Agonist triggering
3. ICSI
4. Freeze-all-transfer-later
5. FET using modified LPS regime/medication


Antagonist Protocol with Agonist Triggering
Beliau pun mengambil suntikan rangsangan yang mengandungi rec-hFSH sebanyak 225 IU setiap hari, kemudiannya dikurangkan kepada 150 IU (jumlah keseluruhan hanya 1650 IU, memang sedikit sahaja berbanding usia beliau).
Apabila bersedia, kemudian ditambah pula suntikan GnRH antagonist.
Apabila folikel telur telah cukup saiznya, beliau pun mengambil suntikan 'triggering' menggunakan GnRH agonist.


OPU pada 02.11.2015 : dapat 9 telur.
7 telur matang MII (tetapi embriologis memberitahu 2 daripadanya tidak normal) dan 2 GV.

ICSI ke atas 5 telur matang yang normal: 4 jadi embrio (ICSI fertlization rate embriologist saya 4/5 = 80%)

Selepas ity, 'freeze-all-transfer-later'.
'Freeze-all embryos' dibuat menggunakan teknik vitrification pada day-5.
Embrio disimpan dalam 2 straw berasingan.
1 'straw' mengandungi 2 embrio peringkat blastocyst, manakala 1 lagi straw mengandungi embrio peringkat morula.


FET
FET dibuat pada bulan/kitaran berikutnya
Setelah meneliti semula profil beliau, saya ubah dos pengambilan ubat beliau berlainan daripada pesakit-pesakit lain.

Last period (LMP) = 28.12.2015
Beliau menunjukkan respon yang baik dengan rejimen ubat ini.
FET pada 19.01.2016 (Day-23 beliau)

Embriologis thawed 1 sahaja straw yang mengandungi 2 blastocyst. Satu lagi straw tidak dikeluarkan dari tangki penyimpanan.


Pada hari FET
Masuk 2 embrio blastocysts : gred 4BB hatching (embrio di sebelah kanan gambar) dan gred 2CC
2 lagi embrio (peringkat morula) tidak di-thaw dan masih tersimpan-beku.

Luteal support menggunakan vaginal progesterone.


Keputusannya
BhCG pada (pengesahan kehamilan secara ujian darah ini dikira sebagai 'biochemical' pregnancy)
Scan pada pula dah nampak janin dan dengar degupan janin (pengesahan kehamilan secara kehadiran kantung di dalam rahim pula dikenali sebagai clinical pregnancy)


Baru-baru ini (10.03.2016) kandungan dah berusia 10 minggu. Masih nampak 1 janin.
Fibroid masih pada saiz yang sama, sekitar 4cm.

Besar kemungkinan, janin itu berasal dari embrio yang 'hatching' dan gred bagus (gambar pertama : embrio di sebelah kanan).


.
.
.


Perbincangan dalam post akan datang : Fibroid dan Kesuburan

(seperti biasa, ia akan disediakan dalam bentuk 'saya buat-buat tanya dan saya jawab sendiri').

1. Adakah fibroid akan menyebabkan saya tidak hamil?
2. Perlukah fibroid dibuang terlebih dahulu sebelum menjalani IVF?
3. Jika saya hamil, sdakah fibroid meningkatkan risiko saya keguguran?
4. Adakah fibroid akan mendatangkan kpmplikasi sewaktu saya hamil?
5. dan soalan-soalan lain yang boleh ditanya oleh pembaca



Sekian.
Alhamdulillah (All praise is due to Allah)





Saturday, 5 March 2016

Salam dari Mouaz dan Mouiz di Korea

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful


Sementara saya habiskan menulis mengenai Melaka negeriku, kita tonton dahulu klip video Mouiz (Abdullah Mouiz) yang kini berada di Korea bersama kembarnya Mouaz (Abdullah Mouaz) dan kedua ibubapa mereka.



Saya terpegun dengan kepandaian Mouiz. Kembar ini belum pun 2 tahun usia mereka. Pandainya!
Sehinggakan saya bertanya semula kepada ibunya mengenai usia mereka. Seolah tak percaya.


 Inilah Mouiz. Ingat tak dahulu saya letak klip video Mouiz mengikut ayahnya azan sehingga habis?

Ini pula Mouaz

Yang dibelakang itu adalah Babysitter aka Nanny aka Domestic Manager aka Kindergarten Teacher aka Si Ibu yang banyak berkorban menyuntik dirinya berhari-hari sewaktu rawatan IVF, kemudiannya menanggung penyakit hipertiroidism, kemudiannya mengandungkan mereka berdua, kemudiannya dimasukkan ke hospital lagi kerana mengalami kontraksi pra-matang, kemudiannya menjalani pembedahan Caesarean dan kini bersama Si Bapa menjaga serta mendidik Mouaz dan Mouiz dengan limpahan kasih sayang.

Bertuahnya Mouaz dan Mouiz ini.

.
.
.

Saya lihat ibubapa masa kini lebih arif dan sentiasa 'meng-update' ilmu didikan anak. Maklumlah, zaman siber ini membolehkan mereka 'meng-google' ilmu, berkongsi pengalaman sesama ibubapa, membaca banyak bahan ilmiah dll.

Bertuahnya anak-anak zaman sekarang.

Baguslah begitu.
Asalkan kita ibubapa semua semakin bertambah baik / maju ke hadapan dari generasai ke genarasi berikutnya.
Asalkan kita menjadi ibubapa yang lebih baik daripada ibubapa kita, anak kita pula kelak menjadi ibubapa yang lebih baik daripada kita.

.
.
.

Saya sendiri dahulunya tidak mampu memberi perhatian sedemikian kepada My-Clone. Namun saya bernasib baik kerana My-Clone dahulu dididik oleh Tok (neneknya aka ibu mertua saya yang juga mengendalikan sebuah nurseri dan tadika (Little Tots dan Littlefoot) dari bayi lagi. Ketika itu masa saya terpaksa dibahagi-bahagikan dengan jadual on-call dll. Saya amat berterima-kasih kepadanya dan juga anak-menantunya yang lain yang selalu membantu menjaga Iman, jasa yang saya tidak dapat terbalas.  

.
.
.

Kini, apabila saya dan Jake (bukan nama sebenar) berjalan-jalan di luar dan melihat si anak melekap pada dada ibu atau bapanya, kami dapat rasakan kebahagian/kegembiraan mereka dan kadangkala akan menegur;

"Wah! Seronoknya! Enjoy these moments while you can. They grow up so fast."

Apabila melihat si ibu atau si bapa memarahi anaknya, kami akan berkata sesama kami;

"Alahai....kasihannya. Masa inilah anak-anak nak melekat kat kita. Nanti dia orang dah besar, rumah dah kosong, sunyi..." 

.
.
.

Kini, seorang demi seorang 'meninggalkan' kami.

Yang sulung dah Tahun 3 di sana, merentas benua dan lautan.
Yang kedua pun belajar di negara yang sama dengan kakaknya, baru Tahun 1.
Yang ketiga baru lepas SPM, nak mula A Levels Julai ini. Hmmmm....ada masa 2 tahun lagi bersamanya sebelum dia pula mengikut abang kakaknya.
My-Clone pula masih di asrama, ada 9 bulan lebih lagi sebelum dia kembali ke rumah. Bila jumpa petang nanti, saya nak peluk dia lama-lama. Rindunya.....

Cepat sungguh anak-anak ni membesar......

Mmmmmm......
Sayu tak baca kisah kami?
Ehem! Ehem!
Kalau tersentuh hati tu, pinjam-pinjamkanlah anak tu ke sini barang sehari-dua untuk kami menumpang memberikan kasih-sayang.
Jangan lupa P.M. tau! 


Malam tadi saya ke rumah Kak Faudziah menghantar kain untuk dijahit jubah (saya kan tinggi dan badan pula saiz banyak XL, susah nak cari jubah panjang di sini). Ibubapa Ammar (Muhammad Ammar Rifqi) sanggup turun ke KL untuk berjumpa kami. Ammar 'moody' kerana mengantuk dan asyik melekap pada ibunya sehingga tertidur semula dalam dakapan ibu, cemburunya saya. Lihat cara bapanya memegang Ammar, penuh 'secure' demi nak pastikan Ammar tak terjatuh. Begitulah kasih ibu dan ayah....


Selamat berhujung minggu.

Sayangkan anak, tangan-tangankan peluk-cium dan didik-dengan-penuh-kasih-sayang etc etc banyak-banyak.


Sekian.
Alhamdulillah.
(All praise is due to Allah).