Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya.

Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. Segala pujian bagi Allah (peringatan ini untuk diri sendiri) . Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Thursday, 8 December 2016

(selingan) Saya Pergi Belajar Lagi : Poseidon

Bis-mil-laa-hir-rah-maa-nir-ra-hiiiiiim.
In the name of Allah. Most Compassionate, Most Merciful.








Setelah membaca mengenai 'air turbulence' sekali lagi, tibalah hari yang dinantikan. Saya 'naik' kapalterbang lagi kira-kira 3 minggu yang lepas. Kali ini dekat sahaja, ke Bangkok, Thailand. Ada persidangan IVF mengenai LH dan turut membentangkan konsep rawatan IVF menggunakan pendekatan baru yang dinamakan POSEIDON (singkatan bagi Patient-Oriented Strategies Encompassing IndividualizeD Oocyte Number). Dengan mengenalpasti/ mengasingkan hypo-responders daripada poor responders, rawatan yang sesuai dapat diberikan.




Wajah-wajah yang tidak asing lagi. Mereka yang 'popular' dengan 'special interest in LH' atau Lutenising Hormone. Mereka jugalah sebahagian dari 12 pakar yang menjalankan kajian Poseidon ini. Masing-masing dari negara berlainan : Jerman, Itali, Brazil dan Denmark.

Persidangan ini adalah anjuran Excemed. Cikgu IVF saya sebagai moderator/pengerusi memandangkan beliau orang Excemed (ada saya tulis pada post terdahulu (klik sini) : My IVF Mentor



Jadual kami memang singkat dan ringkas. Memang datang cukup-cukup hari seminar sahaja. Maklumlah, My-Clone sedang menghadapi SPM pada musim itu. Jumaat pagi (dia tak ada 'paper'), kami ke sekolahnya melepaskan rindu. Kemudian berkereta semula dan singgah di masjid di Sepang untuk solat Jumaat, kemudian barulah ke KLIA dan 'parking' kereta di sana. Penerbangan pukul 4.30 petang. Sampai KLIA Ahad 11 malam. Isnin kerja semula.


My-Clone dan saya sewaktu menunggu penerbangan kami ke Bangkok 9 tahun yang lepas (2007). Waktu itu pun saya menghadiri persidangan, saya bawa adik saya Liza untuk babysit My-Clone dan juga menjadi jurugambar kami :) Memang saya suka bawa My-Clone ke masa sahaja persidangan diadakan (kecuali ke Hamburg).



Kali ini, saya menaiki MH. Kali terakhir kami menaiki MH adalah pada tahun 2012, sewaktu 'clinical attachment' IVF di Hambung. KUL-FRA (Kuala Lumpur - Frankfurt). Kemudian tukar kapalterbang LH dari FRA-HAM (Frankfurt-Hamburg). Saya tiada pilih kasih dalam memilih syarikat penerbangan. Faktor utama kami 'value for money' dan 'values' tersebut berubah-ubah mengikut keperluan/kehendak. Kira-kira RM600 tiket kelas ekonomi, dan sesuai dengan waktu yang kami sempat.



Makanan ini boleh dijadikan satu lagi 'value' dalam pemilihan syarikat penerbangan. Roti putar tu memang sangar sedap! Sangat, sangat sedap. Kali pertama merasa roti putar dalam MH, 2 keping memang tak cukup.



Saya ingatkan roti putar tu sama rasanya dengan roti bom tetapi tidak untuk yang ini. Kalaulah saya dapat membayangkan dengan jelas : lapisan-lapisannya terserlah cantik, ketebalannya 'just nice', sangat kurang minyak, gebu, boleh dimakan begitu sahaja. Terniat juga nak tanya, dari mana mereka order roti putar ni (dalam website Brahim's tak ada pula produk ni), kalau ada dijual, memang saya nak order juga. Ada sesiapa yang tahu?



Saya ada tulis sebelum ini, kami ambil seat 12 dan 14 sewaktu pergi dan balik. Dapat tanggungjawab tambahan : kena tahu cara dan kena buka pintu apabila ada kecemasan (jika perlu). Sambil membayangkan cerita "Sully" mengenai Flight 1549 tahun 2009 di mana mereka berdiri di atas sayap kapal terbang sementara menunggu bantuan keselamatan.




Bagi yang bertanya : jika ke utara, bagaimanakah paras ketinggian FL sewaktu cruising, genap atau ganjil? 'Odd North East' : bermakna angka ganjil apabila terbang ke Utara dan Timur : FL (dalam ukuran kaki) pada angka ganjil. Tidak pula dinyatakan dalam 'kaki' pada monitor MH, sebaliknya dalam 'meter' sahaja. Lebih kurang 33,000 kaki (FL 330) penerbangan ini pada agakan saya. Penerbangan mengambil masa 2 jam sahaja. Tak sempat nak rasa takut dengan turbulence. 




Kami tiba di tempat penginapan pada malamnya.  Tak dapat 'conference hotel/ kerana penuh, kami menginap di resort berhadapannya yang bersebelahan dengan Sungai Mekong. Anantara Riverside Bangkok Resort.



Keadaan 2 peserta pada hari pertama dan kedua persidangan. Nampak bersemangat (walaupun sebenarnya seorang tu asyik tidur sahaja pada hari kedua persidangan berjalan). Saya memang peserta yang rajin dan bersemangat.




Pada pagi hari kedua, Dr Fischer datang kepada kami menunjukkan tali leher yang dipakainya, yang kami hadiahkan pada hari sebelumnya. Hmm..... pandai rupanya peserta lagi seorang tu pilih corak sebab Dr Fischer berkenan akan souvenir talileher ni.



Kami memang tidak melancong ke mana pun. Tempat persidangan jauh daripada kawasan pelancong membeli-belah (kalau dekat, ramai yang cabut pergi shopping). Hari pertama sahaja kami menaiki bot yang disediakan oleh pihak resort untuk ke seberang, tetapi ia memakan masa yang lama. Hari-hari berikutnya, kami naik teksi untuk ke 2 tempat sahaja : kedai  sutera Thai di Surawong membeli souvenir dan ke kedai makan Usman di Sukhumvit untuk makan tomyam. Tambang teksi di bawah 200 Bhat (100 Bhat = RM12.40) bagi setiap perjalanan.



Memang sedap tomyam di kedai ini. Agak sukar mencari kedai ini dengan menaiki teksi kerana ia terletak di lorong kecil. Hari berikutnya kami dah pandai, minta teksi hantar ke hotel Marriott di Sukhumvit 22 dan kami hanya perlu berjalan tidak sampai 20 meter di lorong bersebelahan hotel ini. Apabila ingin pulang ke hotel, tuan restoran ini (dalam gambar di sebelah peserta) menelefon Grab-car untuk kami. Seorang peserta itu pun membawa pulang sedozen paste tomyam yang disusun rapi di dalam kotak (nampak beg hijau di tangannya). Murah sahaja (cuma berat), satu tin 50 Bhat seberat kira-kira 500gm.



For those who are keen to learn more about LH and other topics presented during the conference, you can go to this Excemed link. The lectures are online and they are free and you can watch/listen to them at your own leisure, you just have to register before being able to do that (registration is also free). You still miss the interesting Question-and-Answer sessions, though.. (click here)



A new perspective : listen/watch the lecture titled : How Many Oocytes Are Needed For One Euploid Embryo? 


The number of oocytes (eggs).

An important thing to reconsider : the stimulation dosage and protocol in obtaining that required number of eggs to get at least ONE euploid (normal chromosome) embryo. As such, I, will continue using moderate stimulation (not mild, nor minimal stimulation) and Poseidon approach will assist me in deciding the best approach/protocol to use.





Sekian
Al-ham-du-lil-lah
All praise is due to Allah.









5 comments:

  1. Doc, i pun nampak roti putar tu mcm roti bom. U cuba roti 'kawan', packing dia color purple, kecik mcm gitu la dan sedap! Skrang gigih u/kaji belog u dah, tak lama lagi muncul lah di clinic tuuu hihihi :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Esok pagi-pagi akan gigih mencari roti Kawan ni

      Delete
  2. Dr ni kelakar jugak in writing... ❤️Alhamdulilah for everything kan Dr...

    ReplyDelete
  3. Assalammualaikum Dr Adilah
    Harap utk next cycle period sy dh jugak jumpa dr.teringin sangat.period kali ni x sempat sbb dr akan bercuti.sanggup tunggu. ^_^

    ReplyDelete