Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya.

Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. Segala pujian bagi Allah (peringatan ini untuk diri sendiri) . Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Wednesday, 7 December 2016

Freeze-all-transfer-later lagi : 36 tahun (berkahwin 9 tahun), 2 embrio blastocyct , 1 janin

Bis-mil-laa-hir-rah-maa-nir-ra-hiiiiim.
in the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful.




2 blastocyst : Di kiri gambar adalah hatching blastocyst dan di kanan gambar pula completely hatched blastocyst meninggalkan sarung kosong ZP (Zona Pellucida) yang berada di tengah gambar ini.


Ringkasan cerita:
- Berkahwin November 2007
- Usia isteri 36 tahun
- Satu tiub falopian tersumbat (kanan)
- IUI x 3 : tidak berjaya
- Pembedahan laparoskopi 2013


Mereka menjalani IVF pada April 2016.
Saya gunakan pendekatan:
1. Antagonist protocol
2. Agonist triggering (bukan hCG triggering)
3. ICSI on all MII eggs
4. Freeze-all-transfer-later


Hari OPU : 11hb April 2016


Dapat 5 telur, Kesemua 5 telur matang (MII) tetapi 1 daripadanya 'lysed' selepas proses 'denudation' maka ia tidak boleh digunakan.

Embriologis lakukan ICSI ke atas baki 4 telur MII ini.
Keesokannya, didapati 3 telur berjaya disenyawakan. Maka, ICSI fertilization rate embriologis saya dalam kes ini = 3/4 = 75%

Kultur diteruskan di dalam inkubator.


Day-3
Kesemua 3 membentuk embrio bersel dan dibeku-simpan (vitrified and cryopreserved).
Kesemuanya disimpan dalam 1 straw.

Beliau bersedia untuk FET pada bulan Julai.


FET

Saya gunakan kaedah endometrial priming.
Haid beliau bermula 17hb Julai, 2016.
Apabila bersedia, saya tukar ubat bersesuaian dengan tarikh FET.
Embrilogis juga 'thawed' embrio-embrio bersesuai dengan jadual FET dengan pengiraan pada hari FET embrio-embrio akan menjadi blastocyst.


FET pula dijadualkan pada 15hb Ogos 2016 (Day-30 cycle)

2 embrio ini dimasukkan. Gred memang cantik : 5AA dan 6BB
Satu lagi embrio pula kurang elok grednya, kekal pada tahap EB (early blastocyst) sehinggalah usia day-7 maka embrio ini dibuang.



Keputusannya;
Beliau hamil seorang janin.


Apabila kehamilan beliau disahkan secara scan, beliau memeluk saya sambil menangis dan berkata ;

"... 9 tahun (kami tunggu kehamilan ini), doktor. "


Saya 'jaga' sehingga kandungan beliau 15 minggu, awal bulan November lepas.
Selepas itu, penjagaan beliau telah berpindah tangan ke HUKM.
Kini usia kandungannya memasuki 19 minggu, dah separuh perjalanan.
Detailed scan : nampak normal
Dah tahu jantina 'baby'.



Terima kasih kerana memberi kebenaran untuk dikongsi sebagai motivasi kepada yang lain.

.
.
.

Sedikit perbincangan

Mengapakah satu lagi embrio tidak berjaya implantasi walaupun gred kedua-duanya cantik?

Saya tak boleh nak bagi jawapan tepat. Mungkin 'appearance' sahaja nampak cantik tetapi struktur genetik/kromosomnya tidak. Ada kajian yang mendapati bagi usia beliau, kebarangkalian embrio blastocyst mengandungi komposisi genetik/kromosom yang normal adalah pada nisbah 1:3. Saya tidak melakukan PGS dalam kes ini, maka sebab itulah saya tidak dapat memberikan jawapan yang tepat untuk beliau.

Saya juga tak boleh jawab dengan tepat : embrio yang mana satukah yang berjaya implantasi? Mungkin yang gred 5AA (saya teka sahaja).


Pada usia 36 tahun, percubaan pertama IVF.
Beliau ada 5 telur matang (MII). 1 'lysed' maka hanya 4 digunakan untuk ICSI.
3 daripada 4 telur-telur ini berjaya disenyawakan dan terus membahagi menjadi embrio bersel.
2 daripadanya berjaya berkembang menjadi blastocyst gred bagus, manakala 1 lagi terbantut perkembangan pada tahap EB.
2 blastocyst dimasukkan sewaktu FET
1 daripadanya berjaya implantasi dan kini masih sihat pada usia 19 minggu.


Sekali lagi;
Jangan bimbang apabila menyedari tarikh FET anda dijadualkan pada day-30 atau apa-apa tarikh melebihi day-21 (atau sebaliknya jika lebih awal). Ada panduannya dalam menggunakan pendekatan endometrial priming saya ni.

dan

Jangan bimbang jika Embryo Freezing dilakukan pada usia day-3. Apabila dijadualkan untuk FET, embrio-embrio ini akan di-thaw lebih awal selaras dengan jangkaan ia berkembang menjadi blastocyst pada tarikh FET.


Al-ham-du-lil-lah
All praise is due to Allah.

1 comment:

  1. Alhamdulillah. Berapa kos untuk buat IVF/ICSI dengan Dr? Saya pernah buat 1 kali IUI tapi gagal. Sebab gagal Dr kata sebab 'only few good sperm alive'. Dr lama saya suggest buat IVF. Boleh Dr beri pandangan?

    ReplyDelete