Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya.

Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas ibubapa saya dan ibubapa mertua saya. Juga ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. Segala pujian bagi Allah (peringatan ini untuk diri sendiri) . Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Friday, 30 December 2016

Freeze-all-Transfer-later lagi : 36 tahun, 9 tahun berkahwin, 3 x IUI, sebelah tiub falopian tersumbat

Bis-mil-laa-hir-rah-maa-nir-ra-hiiiiiim.
In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful.


Kita sambung kisah motivasi kesuburan.
Seperti biasa, terima kasih kepada pasangan ini yang memberi kebenaran untuk kisah mereka dikongsi. Semoga ia dapat membantu memberi semangat pasanganlain untuk terus mendapatkan rawatan kesuburan bersesuaian dengan keadaan mereka.


Dah 21 minggu pun usia kandungannya sebulan lepas, kali terakhir beliau menjalani pemeriksaan. Saya jarang follow-up sehingga melebihi 20 minggu, tetapi dalam keadaan beliau, ia tidak boleh dielakkan kerana temujanji Pakar Obstetrik beliau hanya diperolehi bulan hadapan sahaja.

.
.
.

Kisah mereka :

Usia isteri 36 tahun. Telah menjalani HSG pada tahun 2012 dan didapati tiub falopian kirinya tersumbat. Tiub falopian kanan masih tidak tersumbat. Ruang di dalam rahim didapati normal.

Pernah menjalani IUI sebanyak 3 kali sebelum ini
Dalam  IUI kali pertama, beliau berjaya hamil, tetapi beliau keguguran sewaktu kandungan 10 minggu dan menjalani prosedur 'cuci' (Dilatation and Curettage). Ketika itu, pada tahun 2012.
IUI kali kedua dan ketiga : tidak berjaya hamil.


Pertama kali berjumpa saya pada pertengahan 2015.
Scan : dikesan keabnormalan pada bahagian endometrium rahim di mana ada bahagian yang 'terputus' tanpa endometrium. Beliau mengalami Asherman Syndrome.


Dipendekkan cerita;
Beliau menjalani pembedahan 'memotong' tisu-tisu melekat di dalam ruang rahimnya pada Oktober 2015. Saya masukkan IUD (alat dalam rahim) dan beliau turut diberikan pil hormon untuk merangsang pertumbuhan tisu endometrium pada kawasan melekat yang telahpun dipisahkan itu.

Selepas 3 bulan, IUD kemudiannya dikeluarkan. ubat hormon pun dihentikan.

Dengan 3 x IUI, sebelah tiub falopian tersumbat, usia perkahwinan 9 tahun,  usia isteri pula telah 36 tahun, mereka membuat keputusan menjalani IVF. Maka saya tidaklah melakukan ujian HSG semula kerana untuk IVF, tiub falopian tidak diperlukan.

Untuk IVF, saya hanya perlukan :
- sperma
- telur
- rahim yang elok

.
.
.

Beliau pun menjalani IVF (ICSI) pada bulan Mei 2016.

Saya gunakan :

- Antagonist Protocol dengan dos rangsangan FSH sebanyak 225 IU setiap hari
- Agonist Triggering
- ICSI on all MII eggs
- Freeze-all embryos (vitrification and cryopreservation)
- Transfer-later


Pendekatan freeze-all transfer-later ini lebih dikenali sebagai "segmentation" kerana ada segmen : stimulation-OPU-ICSI/IVF-freeze all pada cycle itu dan segmen ET pula dilakukan pada cycle yang lain.

.
.
.

OPU pada 24.05.2016

Dapat 12 telur, kebetulan, kesemuanya telur matang (MII)


ICSI : 10 daripada kesemua 12 telur MII itu berjaya disenyawakan (ICSI fertilization rate embriologis saya untuk kes ini = 10/12 = 83.3%).


Embrio-embrio terus dikultur di dalam inkubator sehingga day-3 sebelum dibekukan dan disimpan (vitrified and cryopreserved). Ada 3 straw : setiap satunya mengandungi 3 embrio. 9 embrio dibekukan. 

.
.
.

FET

Beliau didatangi haid pada 17.06.2016
Saya mulakan rawatan endometrial priming

Apabila bersedia, saya jadualkan tarikh FET pada 14.07.2016 (Walaupun ini bermakna cycle day-28 tetapi saya yakinkan kepada mereka supaya jangan khuatir dengan kaedah rawatan ini. Yang penting adalah 'timing' ubat-ubatan yang digunakan. Kena faham teori dengan mendalam supaya boleh tahu bila nak mula guna). Endometrium telah 'menebal' dengan cantiknya tanpa kawasan 'terputus-putus' seperti dahulu. 

Embriologis thawed 1 straw yang mengandungi 3 embrio dan meneruskan kultur sehingga tarikh FET. Dua lagi straw yang mengandungi jumlah 6 embrio beku masih tersimpan.

Pagi hari FET (14. 07.2016),

Didapati ketiga-tiga embrio dari straw pertama dahulunya dibekukan pada day-3) yang menjalani thawing telah berkembang menjadi blastocyst (survival rate and blastulation rate bagi embrio-embrio dalam straw ini = 3/3 = 100%). Memandangkan kami membuat keputusan untuk memasukkan 2 sahaja embrio, 1 daripadanya dibekukan semula dan disimpan.


2 embrio (blastocyst gred 5BA dan 4BA) lagi dimasukkan ke dalam uterus pada waktu tengaharinya. 1 lagi telah dibekukan pagi tadinya.

Ubat luteal support diteruskan.
Satu sahaja embrio yang berjaya implantasi.
Beliau hamil seorang janin.

.
.
.

ASHERMAN SYNDROME : Saya belum pernah bincangkan topik ini, rasanya lah...


Sekian
Al-ham-du-lil-lah











1 comment:

  1. salam doktor, boleh share lebih lanjut mengenai asherman's syndrome?
    saya dua kali buat D&C sbb blighted ovum..dan sekali complete miscarriage..stlh cuci kali kedua period saya tak bnyk spt sblmnya dan sy juga mengalami senggugut..sblm ni tak pernah senggugut..bnyk doktor saya jumpa hanya kata sbb hormon (sy juga disahkn pesakit PCOS)..bagaimana nak rule out sbb period sy berubah ni bukan disebabkn asherman's syndrome?

    ReplyDelete