Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Thursday, 3 November 2016

Berapakah Bilangan Telur Yang Paling Sesuai Sewaktu OPU?

Bis-mil-laa-hir-rah-maa-nir-ra-hiiiiiim.
In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful.



The best feeling about solving a jigsaw puzzle is : when you get to put the last piece. The feeling is ecstatic that sometimes one purposely hides a piece to ensure that he/she gets to complete it  do the closing ceremony while laughing at the others who look at him/her in exasperaton (because they realise that someone must have been hiding it in her or his pocket).

The frustrating part is when everybody realises that that last piece is actually missing.
This is what I am feeling right now when I realise that one piece is missing! Jenuh nak mencari kepingan yang tak sampai 1.5 sm lebar ni. Rasa nak menangis pun ada....

.
.
.

Topik kali ini :  Berapakah bilangan telur yang sesuai sewaktu IVF? (dalam fresh cycle)

Ada satu kajian yang popular sering disebut sewaktu pembentangan dalam persidangan-persidangan IVF. Saya pernah 'quoted' kajian ini dalam pembentangan seminar di Pulau Pinang awal tahun lepas.

Memandangkan di UK, ada Badan Penyelia (HFEA : Human Fertilisation and Embryology Authority), maka mereka dapat mengumpulkan data IVF seluruh UK. Ia mengkaji IVF yang dilakukan dari 1991-2008. Dari seramai lebih 3/4 juta (787,030)  'IVF treatment cycles' sepanjang tempoh 18 tahun itu, mereka mendapat saiz sampel yang bagus di mana 50.8% (400,135 treatment cycles) sesuai atau layak dimasukkan ke dalam kajian. Mereka mengenepikan data rawatan GIFT, ZIGT, egg donation, egg sharing, PGD, FET dll termasuk kes sekiranya sewaktu OPU tiada telur didapati.

Sedikit perbandingan dengan bilangan 'treatment cycles' di Malaysia. Bilangan sebanyak 780 ribu 'IVF treatment cycles' sepanjang 18 tahun atau secara purata lebih 43 ribu kes setahun untuk populasi UK (64 juta pada 2013) yang hanya sedikit lebih 2 kali ganda populasi Malaysia (30 juta pada 2013). IVF di sana ditanggung oleh kerajaan (taxpayers), maka tidak hairanlah mereka dapat melakukan banyak kes. Di Malaysia pula mengikut anggaran saya tidaklah sampai 10% daripada itu (4 ribu kes) setahun pun.


Berbalik kepada kajian tersebut.

Beberapa 'points' dari kajian tersebut (sila maklum bahawa ini hanya melibatkan 'fresh cycles' sahaja.

- LBR (Live birth rate) meningkat dengan bilangan telur, asalkan bilangannya di bawah 20. Apabila bilangan telur melebihi 20, peratus LBR didapati menurun.

- Peluang terbaik LBR adalah apabila bilangan telur sekitar 15 bagi kitaran fresh cycles di samping menurunkan risiko OHSS. Di antara 16-20 telur, graf LBR didapati mendatar dan menurun apabila melebihi 20. (ada kajian lain yang menyebut bilangan telur di antara 7-16 memberikan peluang optimum, ada pula yang mendapati 10-15 telur).

- Overall LBR kini lebih baik berbanding dekad sebelumnya. Pada tahun 1991-2000, LBR berada pada sekitar 15-20%. Kini, LBR meningkat kepada sekitar 25%. (Bezakan LBR dan CPR atau Cninical Pregnancy Rate).

- LBR menurun apabila umur meningkat. Semakin meningkat usia wanita, semakin rendah LBR. Pada usia 40-42 tahun, LBR didapati sebanyak 11.9% dan pada usia 43-44 tahun pula hanya 3.4% (ingat, mereka tidak memasukkan data egg donation dan surrogacy).

- Mereka meyokong rawatan secara 'moderate stimulation' berbanding 'mild stimulation' atau 'aggresive stimulation'.

Kepada yang berminat, bolehlah baca labih lanjut mengenai kajian ini pada pautan laman web di bawah ini :


.
.
.

Dah lama tak berkongsi kisah kehamilan.
Kebanyakannya cerita yang hampir sama.

Tiada kaitan dengan kajian di atas (kerana kes ini adalah 'freeze-all-transfer-later')

Pasangan ini sudi berkongsi kisah mereka.
Isteri : usia 33 tahun, berkahwin 4 tahun.
Pernah menjalani IUI sebanyak 3 kali sebelum berjumpa saya, masih belum hamil.
Pertama kali berjumpa saya pada Februari 2016 dan bercadang menjalani IVF pula.

Beliau ada PCOS, berbadan kurus, AMH pula tinggi (81 pmol/L). 
Memanglah berisiko tinggi untuk OHSS.

OPU pada 31hb Mei dapat 28 telur : 21 telur matang (MII), 2 telur tak matang (MI), 2 telur sangat tak matang (GV) dan 3 lagi telur matang MII tetapi berbentuk abnormal. 
Banyaknya.....
Dah bertahun tak dapat bilangan telur sebanyak melebihi 20 ni.
Saya pun tak suka, tetapi dalam keadaan dia memang dah kena 'anticipated' berdasarkan profil beliau.


Dengan dos rangsangan suntikan FSH sebanyak 150 IU setiap hari, jumlah keseluruhan 1350 IU, pada usia 33 tahun, dapat 28 telur......
Mujurlah guna GnRH agonist sebagai suntikan 'triggering' (bukannya suntikan hCG).
Juga gunakan pendekatan freeze-all-transfer-later.
Maka beliau tidaklah mendapat OHSS.


All ICSI. Berpinar mata embriologis saya nak cari 24 sperma bagus dan kemudiannya buat ICSI 24 kali (dah macam buat jigsaw puzzle dah)


Daripada 21 telur MII normal : 18 tersenyawa.
Daripada 3 telur MII abnormal : tiada persenyawaan terjadi.

Day-3 (3hb Jun): embrio-embrio ada 15 yang dibekukan secara vitrification. 3 lagi embrio pula dibuang kerana kualiti yang tidak bagus.  


Julai 2016.
Beliau bersedia untuk FET (saya panggil cryotransfer cycle).


Saya gunakan pendekatan 'endometrial priming'.
Apabila didapati dah bersedia, saya dan embriologis aturkan hari FET. 
Bab ini sangat penting, tips ini saya perolehi dari guru IVF saya, ia tiada di dalam buku.
'Timing' sangat penting.
Kena tahu apa jenis ubat luteal support yang sesuai, bila nak mula, berapa dos dan apa nak monitor.
Kena pula selaraskan 'timing' dengan waktu ET dilakukan.
Jika tidak, berkemungkinan tidak akan berlaku 'implantation'.


Saya masukkan 2 embrio. Kedua-duanya blastocyst.




Beliau hamil kembar, tetapi satu daripadanya keguguran pada usia 6 minggu.


8 minggu. Kantung yang satu lagi dah tak nampak dah.


Kali terakhir saya periksa pada usia kandungan memasuki 13 minggu, sebelum saya rujuk kepada Pakar Obstetrik lain untuk pemeriksaan lanjut dan bersalin kelak.

.
.
.


Reproduction (in jigsaw puzzle form) of the famous 'Bouquet de printemps' (Spring bouquet) by Renoir. 

Saiz kedua-dua jigsaw puzzle ini hampir sama (50cm x 75cm) tetapi bilangan keping berbeza dua kali ganda. Sebenarnya saya terbeli 2 sebab lupa dah ada 1.
Lukisan asalnya dihasilkan pada tahun 1866 dan bersaiz 80 cm x 105 cm dan kini (sejak 1943) berada di The Fogg Museum  (salah sebuah Harvard Art Museum) di Cambridge, Massachusetts, USA. Maklumat lanjut di pautan laman sesawang ini (klik sini)


Di dinding berhampiran pintu masuk ke Wad C2 / IVF OT juga ada gambar 'bouquet de printemps' ini. Bolehlah berangan seolah-olah kita berada di muzium.

Ada orang tu dah mengeluh sakit kepala sebab tahu dia akan kena paksa tolong buat. Memang mencabar untuk kami yang dah dapat rabun tua ni. 



Sekian.
Al-ham-du-lil-lah.
All praise is due to Allah.









2 comments:

  1. Salam dr,

    Boleh bagi info di mana hospital bagus untuk buat PGD?memandangkan kos yang tinggi tu sy takut x sukses kena ulang lagi..ini kerana wife sy mempunyai abnormal (kromosom translocation kromosom).dan disahkan oleh genetik HKL.

    Harap bantu bagi info..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh saya tahu masalah translokasi kromosom ke berapa? PGD lazimnya menguji kromosom 13, 18 dan 21. PGS mungkin lebih sesuai (tetapi lebih mahal).

      Delete