Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Wednesday, 5 October 2016

Saya bersama mereka

Bis-mil-laa-hir-rah-maa-nir-ra-hiiiiim.
in the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful.


Wajah orang-orang yang kepenatan selepas menggunakan mikroskop (kecuali saya dan Ida) dan kini kelaparan. Dari kiri : Tham, saya, Chew Fang, Farizah dan Ida. 


Saya nak rekodkan 'outing' kami.
Kumpulan mereka kecil sahaja.
Inilah kali pertama saya bergambar dengan mereka semua di luar kawasan hospital.

Jika tidak, kami hanya makan-makan di mana-mana kafe yang ada di hospital Pantai ini. Birthday girl yang masih single tetapi 'unavailable'.


Kumpulan mereka ada 3 'officers' yang kesemuanya Master's degree holders.
1. Chew Fang
2. Farizah
3. Tham

Ringkasan profil mereka ada di dalam laman web terbaru kami (klik di bawah) :

(klik sini) newlifephkl.com



Seperti Chew Fang, Tham pun masih single (dan available).
Farizah dah pun berkeluarga dan mempunyai sepasang anak perempuan dan lelaki.


Apabila saya berjalan bersama Chew Fang dan Fariza, kelihatan seperti saya ibu mereka kerana mereka kelihatan sangatlah muda malah saiz pun 'cute' sahaja berbanding saya.


Mereka yang pernah menjadi pesakit saya sebelum 2014 mengenali Puan Ida kerana Ida dahulu pembantu klinik saya di Blok B. Kini setelah Ida 'dipinang' masuk ke Unit IVF, saya mendapat pengganti baru : Puan Salina. Ramai yang menyangka Salina ini lebih muda daripada saya atau mereka. Sebenarnya Puan Salina 3 tahun lebih tua daripada saya.


Maka, bagi meraikan 'World Embryologists Day' Julai lepas, kami keluar makan tengahari. Memandangkan ramai yang lebih gemarkan makan nasi, kami pun memilih makanan ala Thai di Restoran Amarin di Mid Valley Megamall yang berhampiran dengan hospital. Untuk pengetahuan, Chew Fang kita ni keturunan Thai, ibunya memang orang Thailand, maka Chew Fang memang fasih berbahasa Thailand.

Saya paksa Tham berpindah duduk di sebelah saya bagi meneutralkan keadaan, maklumlah, di sebelah kiri saya tu kan comel saiznya. Agaknya mereka saja letak pinggan nasi banyak-banyak sebab nak 'mask' kami makan lauk banyak.


Dah ada pihak IVF centre lain yang merisik malah meminang Chew Fang. Maklumlah, dengan kepakaran mereka, siapa yang tak nak? Dah tak perlu nak hantar 'training' lagi dah.


Kumpulan mereka ini bermula dengan Chew Fang sahaja, solo. Saya 'screened' senang sahaja. Beliau ada pengalaman IVF dan ICSI di 'animal lab'. Pandangan logik saya mudah sahaja : kalau dia boleh buat ICSI ke atas telur-telur haiwan sekecil ovum tikus, setakat ovum manusia apalah sangat kan?


Tetapi, saya minta pihak hospital hantar juga dia untuk 'clinical training' untuk prosedur IVF dan ICSI manusia secara hands-on (lihat link di atas).


Begitu juga dengan Fariza. Dia juga mempunyai latar belakang bekerja di 'animal IVF lab'. Tidak hairanlah 'ICSI fertilization rate' mereka melebihi 70% secara purata. Ini bermakna, sekiranya ada 10 telur matang MII yang dilakukan ICSI, saya boleh jangkakan mendapat 7 zygote (fertilized egg) keesokan harinya. Ini secara purata. Ada kalanya lebih 90% dan ada kalanya sekitar 50% sahaja, tetapi purata masih di atas 70%.


Tham pula, walaupun mempunyai pengalaman / dihantar menjalani IVF di tempat yang sama dengan Chew Fang dan Fariza, tetapi dia lebih berminat (dan sebenarnya, sangat diperlukan kemahirannya di dalam Makmal Andrologi). Namun, dia masih menghadiri seminar dan bengkel latihan IVF di dalam dan luar negara bersama Chew Fang dan Fariza sebagai pengetahuan. 'Pakar sperma' kami tu :)


Setiap tahun, mereka akan menjalani 'clinical training' atau 'refresher training' di pusat IVF pilihan di luar negara yang berprestasi tinggi dan menghadiri seminar berkaitan kesuburan di dalam dan di luar negara. Kami kena sesuaikan masa, kebiasaannya mereka pergi sewaktu saya bercuti sekolah ataupun sewaktu bulan puasa. Tahun ini, Chew Fang mengikuti saya ke Hamburg menjalani 'clinical refresher training' dalam 'embryo biopsy for PGD/PGS' serta 'clinical training' dalam 'polar body biopsy'. Bulan puasa lepas pula, Chew Fang dan Fariza ke Tokyo menjalani 'clinical refresher training' dalam 'embryo, sperm and egg cryopreservation'. Tham pula ke Singapura menjalani latihan 'Time-lapse embryo imaging. '


Makin tinggi saham mereka ni.....


Semoga kami kekal bekerja bersama. 


Walau bagaimanapun, saya tidak berkecil hati sekiranya mereka berhasrat berpindah ke tempat lain. Dari masa ke semasa, kita mungkin perlu mengubah prioriti hidup, mengikut keadaan semasa. Tetapi, memandangkan mereka masih sayangkan saya (perasan!), sebab itulah mereka masih setia di sini.


Sekian.
Al-ham-du-lil-lah.
All praise is due to Allah.






No comments:

Post a Comment