Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Saturday, 17 September 2016

(Tambahan) Celebating Miracle Babies of PHKL : Elective Single Embryo Transfer lagi.

Bis-mil-laa-hir-rah-maa-nir-ra-hiiiiiim.
In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful



Slot "Tertinggal Keretapi (salah saya)"

Memang salah saya pun kerana lambat mendapatkan kebenaran.

Terima kasih kepada beliau kerana memberi keizinan untuk dimasukkan kisah sebagai panduan umum.


AARIZ ( Yang Dihormati / Leader) 

Dari gaya Aariz senyum nakal ini pada usia tidak sampai 4 bulan, memanglah Aariz anak yang pandai.

Cheeky boy!
Cuba teka apa yang berlaku pada waktu itu?
Menurut ibunya, pada waktu itu, beliau sedang tegur Aariz sebab nak suruh tidur, tetapi Aariz gelak-gelak tak mahu tidur.

Selepas menjalani pembedahan, disusuli IUI 3 kali (2 IUI terakhir tersebut bersama saya), akhirnya ibubapa Aariz bersetuju menjalani IVF. Pada usia ibunya 28 tahun sewaktu menjalani IVF, peluang IVF berjaya memanglah dijangka tinggi.

Aariz dilahirkan pada 2hb Mei 2016 pada usia kandungan 40 minggu + 1 hari seberat 3.4kg, di PHKL secara vacuum bersama Dr Idora, selepas lebih 4 tahun ibubapanya berkahwin.



The lucky embryo
Blastocyst dengan gred 4BC (hatching)

Ini adalah satu lagi embrio yang walaupun gred (trophectoderm( diberikan 'C' oleh embriologis, tetapi  menjadi dan selamat dilahirkan sempurna sifat.



Sewaktu OPU pada 6hb Ogos 2015, dapat 9 telur. Kesemuanya telur matang (M II) maka dapatlah dibuat ICSI. Keesokannya didapati 7 berjaya disenyawakan manakala baki 2 lagi pula tidak.



Penilaian pada Day-3.
Kesemua 7 embrio membahagi (cleaving).
Kami teruskan kultur sehingga day-5.

Setelah berbincang, ibubapa Aariz bersetuju untuk memasukkan satu sahaja embrio.



Penilaian pada day-5 (11hb Ogos 2015).


Ada 4 blastocyst, 1 compacting morula dan 2 morula.
Embriologis pilih 1 embrio blastocyst (seperti gambar berlatar belakang biru di atas), selebihnya 6 embrio terus dibekukan dan disimpan pada pagi tersebut. Saya pula lakukan ET pada sebelah tengahari. Pada waktu itu, embrio blastocyst tersebut telahpun mula hatching.


Cantiknya mereka berpakaian sebegini.



Pada hari majlis, saya tiada gambar mereka sekeluarga sendirian. Ini sahaj gambar yang ada dalam simpanan saya. 


Pengajaran (untuk majlis akan datang) :

Sediakan jurugambar khas untuk mengambil gambar di 'photo booth' dan juga jurugambar berasingan untuk mengambil gambar sepanjang majlis.


Terima kasih kepada pasangan ini kerana bersetuju dengan cadangan saya supaya dimasukkan eSET (elective single embryo transfer). Dalam fresh cycle, saya lebih suka memasukkan 1 embrio sahaja. Dengan hamil seorang janin (bukannya kembar), kandungan selamat sehingga cukup bulan.


Kepada pasangan-pasangan lain yang hadir ke majlis Celebating Miracle Babies of PHKL pada 30hb Julai, 2016 baru-baru ini dan belum dimasukkan gambar-gambar mereka di dalam blog ini dan sudi berkongsi gambar serta pengalaman rawatan kesuburan, saya pohon whatsapp ke saya (sekiranya bersetuju) dan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

.
.
.

Sebut mengenai whatsapp ini, Puan Siti Sarah yang mengasaskan support group TTC WhatsApp melaporkan beliau kini dihujani dengan mereka yang ingin masuk support group tersebut. Besar pahala Sarah ni. Beliau seorang guru. Seperti saya selalu katakan mengenai guru-guru kita :

Teachers ;
They teach
They lead
They inspire.

Amazing!


Sekian.
Al-ham-du-lil-lah.
All praise is due to Allah.



1 comment:

  1. Assalammualaikum Dr Adilah,

    Saya, Farina...
    Nak minta nasihat apa yang perlu di jaga @ di beri perhatian ketika melalui Single Embryo Transfer (FET) ?

    ReplyDelete