Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Thursday, 8 September 2016

Celebrating Miracle Babies of PHKL Part 3b : 'Sharing Your Fertility Treatment Experiences' : An On-going IVF Pregnancy after Two Second-trimester IVF-Miscarriages

Bis-mil-laa-hir-rah-maa-nir-ra-hiiiiiim.
In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful.


Masih lagi slot "SHARING MOMENT"


Memandangkan pasangan pertama (dalam post sebelum ini) tiba-tiba ada halangan dan tidak dapat hadir ke majlis, serta-merta pasangan ini pun 'diterjah' (dia kan masih di dalam wad untuk berehat) untuk menjadi bidan terjun. 

Mujurlah beliau bersetuju.

Ini bidan terjun kami. Mujurlah mereka ada.

Si isteri sebenarnya masih hamil, pada waktu majlis ini, kandungan beliau baru sahaja berusia 12 minggu.

Kisah mereka ada saya tuliskan dalam 2 post lama dahulu. Klik link di bawah untuk membacanya :




Ini adalah kehamilan kali ketiga buat mereka. Yang pertama adalah kehamilan kembar tetapi berakhir dengan  'severe prematurity' pada usia kandungan hanya 22 minggu. Ingatkan disebabkan oleh 'cervical incompetence', maka sewaktu kehamilan kedua 'singleton', Pakar Obstetrik beliau memasang 'cervical cerclage', tetapi kandungan tersebut masih berakhir secara keguguran trimester kedua, malah pada usia kandungan lebih awal i.e. 16 minggu. Saya lakukan penyiasatan 'recurrent miscarriages' (walaupun belum 3 kali keguguran berturut-turut), kesemuanya memberikan keputusan normal. Saya pening kerana tak dapat jawapan pasti apakah punca keguguran 2 kali ini.

1st attempt Julai 2014 : saya masukkan 2 blastocyst. Hamil kembar sehingga 22 minggu.


2nd attempt April 2015 : saya masukkan 2 frozen-thawed blastocyst. Hamil seorang sehingga 16 minggu.


3rd attempt Mei 2016 baru-baru ini : saya masukkan 2 frozen-thawed blastocysts. 

Kali ini,  kandungan kembar lagi. Ini kerana sewaktu dibekukan, embrio-embrio mereka dibekukan secara berdua-dua. Maka, apabila proses thawing dilakukan, 2 embrio akan tersedia. Tak kan nak  masuk satu sahaja dan buang lagi satu kan? Saya biarkan mereka memilih, saya cadangkan masuk 2, mereka juga bersetuju masuk 2 embrio. Dalam hati, saya berharap biarlah jadi satu sahaja, tetapi jadi 2 pula.


'Masuk' TV lagi Cik Adik kita ni. Sewaktu ini, kandungan beliau baru 12 minggu. Masih sangat awal lagi.

Seperti biasa, si Dia yang sporting ini tenang sahaja (dengan kelajuan bercakap yang tak berhenti-henti) menceritakan pengalamannya menjalani rawatan kesuburan diselit dengan gelak kecil...... sehinggalah tiba ke suatu ketika, beliau tiba-tiba sebak (lantas cepat-cepat dipujuk oleh suaminya). Antara kata-kata beliau sewaktu meceritakan pengalamannya ;

"I will one day, have, that, you know... miracle babies that you've had."



Bersama Chew Fang : Ketua Embriologis merangkap Ketua Penjaga frozen-stored embryos mereka. Mr Cool Guy senyum sahaja. 


Serta bersama sebahagian kumpulan penyokong TTC. Mana ahli-ahli yang lain ni? Dah balik ke?
Ada ibu Shah Reza (bertudung biru), ibu triplet Marissa-Mardhia-Maiza (duduk di tengah), ibu kembar Aysyah-Ayyash (mendukung Aysyah), ibu Muhammad (berjilbab) dan ibu Fayyadh (bertudung mereh berdiri).

Masa ini, majlis dah lama habis, tetapi mereka masih seronok duduk bersama berbual-bual.

.
.
.

Berbalik kepada kehamilan beliau kali ini;

Kali ini, setelah perbincangan, Pakar Obstetrik mereka mencadangkan untuk tidak melakukan 'cervical cerclage'. Mereka juga bersetuju dengan pilihan ini. Alhamdulillah, pada hari ini (Khamis 8hb September 2016), kandungan mereka telahpun berusia 18 minggu. Masih dalam tahap berjaga-jaga ni. Mudah-mudahan, kali ini, ianya selamat sehingga cukup bulan. Ada beberapa pesakit saya yang kehamilan kembar melahirkan pada usia kandungan 38 minggu!

Kali ini juga, inilah satu-satunya pesakit IVF yang saya masih jaga pada usia kandungan 18 minggu. Yang lain saya lazimnya akan serahkan kepada Pakar Obstetrik apabila kandungan melepasi trimester pertama. Mungkin, selepas kandungan berusia 24 minggu, saya akan berbuat demikian. Harap yang lain memahami dan tidaklah berkecil hati. Bacalah post mengenai mereka pada link yang saya berikan di atas.


Kembar ini dah 18 minggu dah hari ini! Tetapi saya hanya akan lega apabila kandungan ini telah memasuki 28 minggu. Bukan sahaja mereka, saya sendiri rasakan penantian ini. Baru separuh perjalanan. Kalau dapat mencecah 36 minggu, dah cukup baik dah.

.
.
.

Ada kisah menarik / unik mengenai pasangan ini. Saya pun baru tahu.

Saya bagi intro dulu ;

Saya pernah bagi 'homework' untuk beliau buat 'self-monitoring' memandangkan beliau lebih berisiko untuk mengalami OHSS (Ovarian Hyper Stimulation Syndrome). Untuk pesakit seperti beliau, saya buat carta seperti di atas ini. Ada pesanan mengenai apa yang perlu dibuat serta apa yang dilarang (nampak sebahagian pada muka atas), kemudian ada carta ukuran berat, ukurlilit pinggang, ukuran minuman serta sukatan air kencing setiap hari, kemudian di bawahnya (tidak kelihatan dalam gambar di atas) pula carta ujian darah (saya akan isikan) yang dilakukan berselang beberapa hari mengikut keperluan. Itu lama dahulu, sewaktu saya masih kerap mengamalkan OPU-fresh ET. Gambar ini adalah borang yang beliau isikan sewaktu OPU pertama 2014 dahulu. 

Kadang-kadang saya merasakan saya ini yang terlebih-lebih buat 'monitoring' pesakit. Pada saya, biar kita monitor dan ambil tindakan awal daripada pesakit akhirnya betul-betul mengalami OHSS, apatah lagi severe OHSS. Memang leceh nak sukat air minuman, apatah lagi nak tadah/kumpul kemudian sukat air kencing pula.

1st impression : Cantiknya tulisan dia....
2nd comment : kiasu nya dia buat UPT!


 Dari emak turun ke anak rupanya perangai saya dan pesakit-pesakit saya . Rupa-rupanya pesakit saya pun ada juga yang terlebih-lebih macam saya. Belum lagi sampai tarikh ujian darah BhCG, dia telah mula melakukan ujian UPT sendiri. Bukan setakat sekali setiap hari, tetapi berkali-kali dalam sehari. Sebenarnya, bukan dia seorang sahaja yang mengaku membuat ujian UPT berhari sebelum ujian darah BhCG ini, ada beberapa orang lagi, bukan seorang lagi, bukan dua orang lagi, bukan 3 orang lagi...... 

Begitulah rupanya keinginan seseorang untuk hamil.
Ramai yang meluahkan bahawa tempoh menunggu keputusan (sama ada hamil ataupun tidak) selepas menjalani ET itulah yang paling menyiksakan dan menyakitkan perasaan. Bukan sewaktu suntikan berhari-hari sebelumnya, bukan apabila mengetahui keputusan tidak hamil. Tempoh penantian .....

Buatlah apa saja. Asalkan tidak memudaratkan dan tidak menyusahkan.

Semua ini tambah menyedarkan saya. Perkara-perkara inilah yang membuat saya lebih bersemangat dan tidak lokek untuk sentiasa buat 'investment' untuk 'update' ilmu rawatan kesuburan dan jalan yang paling berkesan secara 'almost-all-in-one' bagi saya adalah menjalani 'clinical attachment' setiap 2 tahun kerana Cikgu IVF saya itu. Selain saya dapat belajar perkara-perkara yang tak ada dapat dicari di dalam buku mahupun Google-search, saya juga dapat bertemu rakan-rakan lama, dapat melancong dan lebih bermakna lagi, dapat mengimbau nostalgia tempat yang dilawati. 



Bila mereka masuk bilik saya, riuh macam ada 10 orang pesakit dalam ni. Bilangan perkataan yang dicakap pun dah melebihi kuota rasanya. Opposites attract adalah istilah yang paling tepat bagi pasangan ini. Seorang (seperti yang saya dah tulis di atas) - Mr Cool Guy. Seorang lagi pula  sama perangai seperti saya dan my-Clone  - Chatterbox, ada sahaja yang dia akan bercerita. Gambar ini dah lama dah, Julai 2015. Sekarang Cik Puan 'dah nampak perut' manakala saya pula 'dah makin mengembang depan-belakang dan sideways tanpa ada bayi di dalamnya'.


Tetapi, dalam berbeza personaliti tu, mereka berkongsi minat yang sama;

Bertanam!
...dan....tidak seperti saya yang 'tangan panas' ni,
...tanaman mereka menjadi!

Mereka tanam pokok bunga lily!


Ada pokok bunga gladiolus (jangan tanya saya, saya pun baru tahu nama bunga ni)


Ada pokok epal. 
Err...cuba perhatikan, mereka sebenarnya tinggal di kondominium dan menanam di balkoni sahaja.


Ada pokok kurma, pokok basil, pokok salad,... 


Di antara pokok-pokok ini, ada pokok ciliapi dan pokok terung. 


Pokok bendi pun dah berbuah banyak kali. 


Pokok ciliapi dan pokok delima baru sahaja dipindahkan ke rumah baru mereka yang masih dalam renovasi.


Bersama-sama pokok-pokok yang lain : ada pokok mangga, nangka. anggur dll. Dengarnya nak tambah pokok tin dan pokok pine.


Maka, OCD mereka bukanlah setakat nak buat UPT banyak kali dalam sehari sahaja, tetapi sehingga ke perkara-perkara yang lain termasuklah OCD menanam pokok.


Lesson learnt:

Ada sahaja sifat 'interesting' pada pesakit / seseorang yang membuatkan saya terpegun dan insaf....



Jauh langit dengan bumi apabila dibandingkan dengan anak pokok semaian Pakar Obstetrik mereka (saya masih tangan panas). Di rumah kami, ada 2 (bakal) pokok ciliapi, 2 (bakal) pokok terung dan 2 (bakal) pokok bendi. Jangan gelakkan kami aaaaa.....


Sekian.
Al-ham-du-lil-lah.
All praise is due to Allah.



No comments:

Post a Comment