Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Saturday, 3 September 2016

Celebrating Miracle Babies of PHKL Part 3a : 'Sharing Your Fertility Treatment Experiences' : IUI Pregnancy/delivery After Unsuccessful IVFs

Bis-mil-laa-hir-rah-maa-nir-ra-hiiiiim.
In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful.


Kita dah masuk bahagian akhir Majlis 'Celebrating Mirace Babies of PHKL' yang diadakan pada 30hb Julai baru-baru ini.

Part 3 adalah mengenai satu slot majlis tersebut iaitu : SHARING MOMENT.
Ianya mengenai berkongsi pengalaman menjalani rawatan kesuburan bagi pasangan yang telahpun selamat melahirkan.

Untuk slot ini, kami memilih beberapa kes mengikut jenis/kaedah rawatan atau kehamilan, kemudian menelefon mereka dan bertanyakan sama ada mereka sudi untuk berkongsi kisah rawatan kesuburan mereka secara terbuka. Ada yang malu untuk berada di hadapan pentas (biasa lah tu, saya pun sebenarnya masih ada 'stage fright' walaupun telah beberapa kali berhadapan sesi rakaman). Ada yang memang tidak bersedia untuk berkongsi, maka kami mencari pesakit lain. Ada pula yang dari pertanyaan pertama lagi terus bersetuju, bagusnya! Kami hadkan kepada 3 orang sahaja kerana kekangan masa. Akhirnya pada hari tersebut, ada 3 daripada mereka tampil ke hadapan untuk berkongsi. Salah seorang daripada mereka pula adalah 'bidan terjun' kerana seorang yang patut hadir ditimpa insiden maka tidak dapat hadir ke majlis.

Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan kepada mereka ini. Dalam Part 3 ini, ada 4 kisah, termasuklah seorang yang tidak dapat hadir itu, saya dahulukan kisahnya dalam post ini.

.
.
.

Berkahwin pada tahun 2002.
Beliau mempunyai masalah tiub falopian kiri tersumbat. Tidaklah disiasat/diketahui apakah puncanya yang sebenar tiub falopiannya boleh tersumbat.
Sebelum berjumpa saya, beliau telah menjalani rawatan kesuburan, malah pernah hamil sebanyak 2 kali tetapi keguguran trimester pertama.

- IUI kali pertama : tidak hamil.
- IVF (OPU-ET) Mei 2012 : masuk 2 embrio day-3, hamil tetapi keguguran sewaktu 7 minggu
- IVF (FET) : masuk 2 embrio day-3, tidak hamil
- IVF (OPU-ET) Ogos 2013 : masuk 2 embrio day-3, tidak hamil
- IVF (FET) : masuk 2 embrio day-3 : hamil tetapi keguguran 7 minggu.

Pertama kali berjumpa saya pada Disember 2014, pada usia 37 tahun. Mereka bercadang nak mulakan semula pemeriksaan dan rawatan kesuburan, tidak semestinya terus kepada IVF.

Di samping profil rawatan kesuburan di atas, beliau turut mempunyai :
1. hipertensi dan mengambil rawatan ubat darah tinggi
2. berat badan berlebihan
3. kedudukan organ peranakan yang tidak 'tersusun'. Ovari kirinya dikesan pada lokasi lain (mungkin ada penyakit berkaitan dengan tiub falopian kirinya yang juga bermasalah/tersumbat).
4. AMH cukup-cukup sahaja iaitu 5.8 pmol/L (dengan berat badan berlebihan, ini mempengaruhi dos suntikan FSH beliau)
5. Dalam 2 kali rangsangan IVF, beliau memerlukan suntikan FSH berdos tinggi, setinggi 400 IU setiap hari.

Saya cadangkan beliau cuba kaedah suntikan FSH dan IUI dahulu. Bagi saya, dengan profil di atas, IVF dan IUI tidak banyak beza hasilnya.


Saya tukar jenis suntikan FSH mengikut apa yang diajar oleh My-IVF-Teacher dan ubahsuai dos mengikut respon ovari-ovari beliau. Ingat : beliau hanya boleh menggunakan folikel telur dari ovari kanan sahaja (kan hanya tiub falopian kanan sahaja yang masih tidak tersumbat). Berdasarkan respon dengan dos rawatan terdahulu, berat badan, usia, AMH serta bilangan kantung telur antral, saya gunakan dos permulaan 300 IU, kemudiannya diturunkan kepada 150 IU, tetapi kemudiannya dinaikkan semula kepada 300 IU kerana respon kurang memuaskan. Dos keseluruhan 3000 IU untuk tempoh 13 hari, melebihi dos suntikan untuk IVF kebanyakan pesakit saya. Memang dos sangat tinggi untuk IUI (dan pastinya sangat mahal). 

Itu pun, bila scan, saya dapati ovari kanan : hanya 1 sahaja folikel telur yang besar, ada 2 lagi kantung tetapi hanya bersaiz sederhana (14mm). Endometrium memang cantik ketebalannnya. (ovari kiri pula yang menunjukkan respon yang bagus, tetapi tiub falopian kiri kan dah tersumbat).
IUI day-18. 
IUI : sperma suami sangat cantik kuantiti dan kualitinya.

Atas faktor pernah keguguran 2 kali sebelum ini, saya gunakan ubat 'Luteal Phase Support' sama seperti kebanyakan pesakit IVF saya yang lain (bukan seperti kes IUI yang lain). Malah untuk beliau, saya tambah sejenis lagi ubat progestin dan saya juga berikan pil Aspirin berdos rendah dengan beberapa pesanan penting (kerana Aspirin juga ada kesan samping).



video
Saya mendapat kiriman klip video di atas setelah genap setahun ia diambil. Ia di-WhatsApp-ed kepada saya pada 20hb April 2016. Pada 20hb April 2015 tarikh klip video ini dirakam, Azlan baru dikandung 7 minggu. Dengarkan perbualan kami. Sewaktu ayah Azlan merakam video ini, saya usik mereka, suruh juga rakam gambar ibu Azlan, tak tahu pula sewaktu itu airmatanya sedang berlinangan (kerana pandangan saya tertumpu kepada monitor, tengah sibuk ukur dan tunjuk itu ini). 

Ini adalah antara klip video yang saya suka tonton berulang-kali, sambil saya cuba membayangkan apakah perasaan pesakit-pesakit saya apabila pertama kali mendengar melihat gambar sedemikian sewaktu menjalani ultrasound.


AZLAN FAHMI
(Azlan = Lion, Fahmi = Memahami)
Nama Azlan Fahmi sebenarnya diambil bersempena nama datuk-datuknya : Mazlan dan Fahami. 

Saya letakkan apa yang ditulis ibunya apabila saya bertanyakan makna nama Azlan Fahami : 

"I wanted Azlan to have his grandfathers' name. To honor them. Maybe, some of their good values will rub off on him".

Doa ibu kan makbul. Aamiiiiiin.

Sekarang, mereka ada Mr Azlan Senior - Azlan Junior serta Mr Fahami Senior - Fahmi Junior.

Inilah anak yang akhirnya berjaya dikandung sehingga dilahirkan, selepas 2 kali ibunya keguguran trimester pertama.  

.
.

Beliau bersalin lebih awal pada 17hb November, 2015 secara pembedahan Caesarean dengan berat bayi 3.77kg bersama Dr Marlik di APSH. Pada usia kandungan 37+ minggu , bayi seberat itu dikira besar, tetapi kami doktor tidak bimbang kerana ia bukanlah disebabkan oleh diabetes (GDM). Besar kemungkinan disebabkan oleh ketinggian ibunya (175cm, melebihi ketinggian saya 173cm, 'jealous I tau!'. Setakat ini, pesakit yang lebih tinggi daripada saya dah ada tetapi belum sampai 5 orang). 


Ini kali terakhir kami bertentang mata sewaktu usia kandungan beliau memasuki trimester kedua, sebelum saya lepaskan beliau kepada Pakar Obstetrik lain untuk penjagaan antenatal seterusnya. Tak nampak ketara pula perbezaan ketinggian kami (dah tak jealous lagi dah). Mungkin saya pakai kasut bertumit tinggi agaknya. Macam serupa sahaja kami, macam adik-beradik la pula :)


Adorable Azlan Fahmi!


..... sebenarnya saya tak tahu nak tulis apa sebab kelu apabila mengenangkan cerita rawatan kesuburan yang mereka lalui...... Saya tak berjaya cari apakah ayat yang paling sesuai. Tak tergambar dan tak terungkap dengan kata-kata, tetapi cukup difahami dengan melihat senyuman mereka.


Azlan dah ada kain sampin! Handsomenya berpakaian merah!
Merah juga adalah antara warna kegemaran saya.


Geramnya tengok Azlan ni. Dengan berkulit cerah, warna apapun nampak sangat handsome. 

Rasa macam nak pinjam 'over the weekend' je. 

Tetapi, saya tak yakin rayuan saya diterima. Maklumlah, hanya selepas 13 tahun berkahwin, Azlan dilahirkan, sudah pasti bukan sahaja ibubapanya nak pegang dan tatap Azlan, datuk-datuknya pun mungkin berebut juga, kena beratur panjang ni (dan saya pastinya di belakang sekali selepas ahli keluarga mereka, ikut prioriti). Tak apa, suatu hari nanti bila kelapangan dan diizinkan Allah, kami akan berjumpa, dapat pegang sekejap pun jadilah (sambil saya standby 'nyiru', manalah tahu kan?)


Suatu masa dahulu, saya dapat 'delivery' bunga ini dari mereka. Macam tahu-tahu saja saya suka putih. Memang sangat cantik. Sangat-sangat cantik!


Inilah Super Hero mereka.

Sebenarnya mereka dah ada Heroin. Mereka ada seorang lagi anak perempuan yang dipelihara dari usia bayi lagi, berkongsi kasih-sayang dengan ibubapa kandung dengan memeliharanya pada hujung minggu. Anak saudara tetapi dah macam anak kandung dah. 'On weekdays', mereka bertiga tetapi during 'weekends', mereka berempat! Malah, sehingga sekarang, gambar profil WhatsApp masih meletakkan mereka bertiga sahaja tanpa Azlan. Semestinya anakanda juga dikasihi sama seperti adikmu, Azlan.

Hmm.... ketinggian kami hampir sama, rupa kami pun hampir sama, dah macam adik beradik kan? Mereka pun dah biasa dengan 'memberikan kasih-sayang over the weekends'. Ada harapan ke saya pinjam Azlan ni?

.

Terima kasih sekali lagi kerana sudi berkongsi kisah di mata umum. Sebelum dan sewaktu saya menulis kisah ini juga, saya bertanya lagi dan lagi sama ada mereka benar bersetuju berkongsi kisah dan juga gambar-gambar. Manalah tahu jika bertukar fikiran, saya akan segera keluarkan dari sini. 

Saya terharu apabila mengetahui apa yang selalu diberitahu oleh beliau :

"My husband always says, sometimes we need to put a face to infertiity. Maybe it will reach more people".

Dan saya sangat bersetuju dengan mereka.

Lebih-lebih lagi dengan fakta di bawah ini :

"Kualiti telur dipengaruhi 1 faktor utama iaitu usia wanita. Setakat ini, belum ada lagi ubat untuk itu"

Berusahalah sebelum lewat usia.


Sekian.
Al-ham-du-lil-lah
All praise is due to Allah.

3 comments:

  1. salam dr adilah, adakah berat badan mempengaruhi result test AMH? umur saya 32 tahun, berat 88 kg, tinggi 158 cm, test AMH 11.69 p/mol. adakah cara utk increase result tu? saya buat test tersebut pada bulan yg sama saya makan ubat subur Femara, 17 hari selepas tarikh dijangka berlaku ovulasi. adakah dengan makan ubat subur juga mempengaruhi result amh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berat badan tidak mempengaruhi nilai AMH tetapi kedua-dua AMH dan berat badan (serta umur) mempengaruhi dos ubat rangsangan kesuburan kerana ketiga-tiganya menjadi panduan mengenai apakah respon ovari anda

      Delete
  2. mix feeling baca entry ni. InsyaAllah, one day my turn pula.

    ReplyDelete