Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Monday, 12 September 2016

Celebrating Miracle Babies of PHKL Part 3c : Sharing Your Fertility Treatment Experiences : Masuk 2 Embrio Blastocyst, Dapat 3 Bayi.

Bis-mil-laa-hir-rah-maa-nir-ra-hiiiiiim.
In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful.


Kita sambung semula bab "SHARING MOMENT" ini dengan keluarga ketiga :


Siapa yang tidak kenal keluarga triplets Marissa-Mardhia-Maiza ini kan? Sekali masukkan 2 blastocyst : dapat 3 bayi.


Saya tidak perlu bercerita mengenai mereka kerana ia telahpun diceritakan dalam post terdahulu. Pada penghujung post ini, saya akan letakkan gambar-gambar mereka lagi.

Tetapi saya nak berkongsi gambar-gambar 'anak-anak' pasangan ini sebelum mereka melahirkan triplets itu. Kalau dalam post sebelum ini, saya melopong melihat tanaman yang pasangan itu jayakan hanya pada balkoni kondominium mereka sahaja, kali ini saya melopong lebih lama and my jaw dropped onto the floor.

Kami banyak kali "Wow!" dan "Wah!" apabila melihat gambar-gambar di bawah.

Kita saksikan ;

(sediakan bantal untuk sambut 'jaw' tu tau)

Lokasi :  ladang  halaman rumah sahaja.


Pokok terung!


Mini tomato !



Mini tomato lagi  !


Err.... saya tak tahu pula ini pokok apa. Nanti saya tanya dia. 


Rock melon !  Wow! 


 Siapa kenal ini pokok apa (sebab saya tak kenal) ?



Yang ini saya kenal. Pokok cili ! 



Dah macam dalam taman dah ni. Pintu gerbang untuk laluan pengantin baru datang !


Ayah  pengantin-pengantin  triplets ini yang usahakan. Ibu mereka tukang petik untuk dimakan dan diberikan kepada jiran-jiran serta rakan sekerja di pejabat.

Ayah triplets ini sebenarnya lulusan jurusan engineering. Kerana bosan membuat kerja yang sama, beliau menceburkan diri dalam bidang pertanian menggunakan sistem fertigasi yang beliau pelajari dari internet sebagai hobi sampingan.

Benih untuk tomato mini dan rock melon itu beliau beli di Jepun sewaktu beliau kerap ke sana dahulu. Benih cili pula dibeli di Malaysia sahaja. 

Hmm..... dari susunan pokok dan semuanya di atas, bertambah seorang lagi pesakit saya yang mempunyai sedikit OCD yang memberi kebaikan.

Kami ingatkan nak buat lawatan sambil belajar.
Suami saya punyalah terpegun (dah   tercabar  teruja lah tu). 

Memang suami saya boleh menangis melihat gambar-gambar di atas, lebih-lebih lagi apabila membandingkan dengan bakal pokok-pokok beliau.


Tak apa. Better late than never.

Sama padan dengan (gaya pemanduan) saya : "Biar lambat asal selamat".


Kami pun mencuba nasib. Saya usik pasangan ini ;

"Bolehlah kami datang melawat sambil belajar".

Tetapi, bukan rezeki suami saya nak buat lawatan sambil belajar (saya tak nak belajar, saya nak buat lawatan bermain-main dengan triplets dan adik mereka).

Mereka dah hentikan hobi itu. Ini kerana, sejak kehamilan triplets, mereka dah tak menang tangan dah. Tempat itu pun dah jadi tempat sidai baju anak-anak-anak dan anak.


By the way


Rupa-rupanya;

Marissa ikut sifat ayahnya yang OCD.

Menurut ibunya,

Marissa ada sifat OCD dalam menyusun barang. Contohnya : botol susu. Marissa akan susun mengikut saiz, besar dengan besar, kecil dengan kecil. Kadang-kadang adik-adik main letak sahaja botol susu atas meja TV. Marissa akan bangun dan susun balik sambil buat muka puas hati dapat susun.


Dalam mereka bertiga, Marissa menarik perhatian saya dengan sikapnya yang begitu berhati-hati. Dia tak mudah mesra (seperti Maiza) malah akan 'suspicious' dengan orang baru. Dia akan perhatikan sahaja dahulu sambil membuat perkiraan. Saya tertanya-tanya apa agaknya dalam fikiran Marissa. Kalaulah saya boleh baca fikirannya...... 'Intriguing'.


Hampir setiap kali saya berjumpa, Marissa akan sentiasa melekap pada ayahnya. OCD pun ikut ayah.


Kakak yang sulung (Marissa) dah macam pengantin dah. Cara memandang kamera pun nampak matang, padahal baru sahaja berusia 2 tahun lebih (3 tahun pada 23hb November ini). Cantiknya baju merah ni, saya pasti Opah yang buatkan baju ni.


Adik bongsu (Syaamil) pun dah tahu nak sandarkan kepalanya kepada kakak sulung (Marissa).


Rumah sangat kemas walaupun dah beranak 4 dan anak-anak masih kecil. Hmm....emak mereka pun OCD rupanya.



Cantik-cantik anak dara ni. Kali ini ibu mereka tak susun ikut usia. Kiri gambar (Marissa), tengah (Maiza) dan kanan gambar (Mardhia).


Kepada yang berminat nak tahu lebih lanjut mengenai projek tanaman mereka itu, bolehlah ke blog yang saya link di bawah ini :

(klik sini) : Tanaman Sistem Fertigasi


Memang dah lama tak di-update. Post terakhir adalah mengenai ucapan Selamat Hari Pekerja 2013, sewaktu isterinya hamil pada penghujung trimester pertama. Yang saya suka adalah ucapan ;

" Semoga kita juga gigih menjadi pekerja yang baik dan mendapat keberkatan dari Allah atas pekerjaan kita ".


Sekian
Al-ham-du-lil-lah
All praise is due to Allah.

2 comments:

  1. Doc,semai pokok bendi ke tu?mcm dh alih tanam dh tu😃

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah! Tengok daun je dah boleh kenal pokok bendi 😮

      Delete