Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Tuesday, 13 September 2016

Celebrating Miracle Babies of PHKL Part 3c dan terakhir : Pengasas Kumpulan WhatsApp TTC (Trying to Conceive)

Bis-mil-laa-hir-rah-maa-nir-ra-hiiiiiim.
In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful.


Kepada yang tertanya-tanya mengapa banyak post saya tulis dalam seminggu ini, ini kerana saya sedang bercuti sekolah bersama My-Clone. Cuti-cuti di rumah sahaja.




Saya cuba ringkaskan sesi 'SHARING MOMENT' bagi pasangan terakhir ini.

Ini kerana anda telah kenal sangat dengan mereka ini.
Beliau melahirkan triplets yang berasal dari 2 embrio blastocyst.

Kisah mereka ada saya tuliskan dalam post lama dahulu.

.
.
.

Berbalik kepada kisah tercetusnya kumpulan penyokong (support group) WhatsApp TTC.

Kumpulan WhatsApp ini rupanya telah 'beranak-pinak' (kerana 1 kumpulan WhatsApp ada had bilangan ahlinya). 



Nampak Queen (pakai tiara) yang senyum melirik sebelah kanan gambar ini?
Inilah Pengasas WhatsApp Support Group TTC.
TTC adalah singkatan bagi ' Trying To Conceive '.

Sebenarnya ahli TTC bukanlah terhad kepada pesakit-pesakit saya sahaja tetapi mereka yang mengalami masalah kesuburan sama ada mendapatkan rawatan doktor di mana sahaja di Malaysia mahupun tidak mendapatan rawatan doktor.

Memandangkan ada had bilangan ahli dalam kumpulan WhatsApp (dahulu dihadkan kepada 50 orang dan kini pula 200 orang), maka kumpulan ini beranak-pinak.

Sekarang dah 'beranak' kepada ada 6 kumpulan !
.
.

Masuk TV lagi !

Dahulu pun mereka sporting untuk ditemu ramah rancangan TV.


Saya tuliskan semula apa yang diceritakan oleh Puan Siti Sarah ini dalam slot 'Sharing Moment' itu. Beliau bercerita mengenai kisah rawatan kesuburannya dan juga mengenai asal-usul penubuhan support group itu:

.
.
.

Rawatan kesuburan beliau

1. Berkahwin Disember 2008

2. Sebelum berjumpa saya di PHKL, mereka pernah mendapatkan rawatan di hospital lain termasuk : 
- pembedahan laparotomi
- pembedahan laparoskopi
- IUI kali pertama : mengunakan suntikan FSH 200IU selama 11 hari (jumlah 2200 IU), tak pasti dapat berapa kantung telur besar tetapi beliau tidak hamil
- Sebaliknya, beliau mengalami komplikasi OHSS akibat rangsangan FSH kemudiannya dicetuskan oleh hCG-triggering sewaktu rawatan untuk IUI tersebut

3. Beliau pun berpindah mendapatkan rawatan kesuburan dengan saya di PHKL :

- April 2013 : IUI (kali kedua untuk beliau) : mengunakan pil Clomiphene sahaja, dapat 2 kantung telur besar tetapi tidak hamil
- Jun 2013 : IUI (kali ke-3 untuk beliau) : dengan sejarah OHSS, saya lebih berhati-hati menggunakan suntikam FSH, hanya 150 IU selama 4 hari (jumlah 600IU), dapat 5 telur matang, pun tidak hamil

.
.
.

November 2013 : mereka bersedia untuk IVF

- Proses dan tempoh rangsangan memang lain daripada pesakit-pesakit lain kerana ovari-ovarinya lambat memberikan respon dan saya pula tidak mahu tinggikan dos memandangkan beliau pernah mendapat OHSS, maka saya sambung sahaja pada dos yang sama tetapi menekankan pemantauan OHSS. Begitu banyak bilangan hari suntikan rangsangan sehinggakan beliau menyangka ianya 'Long Protocol' sedangkan saya menggunakan Antagonist Protocol (yang lebih dikenali sebagai Short Protocol) dan untuk mengelakkan beliau mengalami OHSS, saya gunakan suntikan GnRH-Agonist analogue sebagai Triggering (berbanding penggunaan suntikan hCG).

Saya tulis semula teks ucapan beliau yang beliau oleh dengan menarik dan secara santai sahaja, sewaktu slot 'Sharing Moment'  itu:

" Dari awal November sampai akhir November saya perlu suntik hormon (memang tempoh yang sangat panjang untuk Short Protocol). Ini memang satu ujian untuk saya (kerana kos ubat berganda dan hati bimbang kerana tempoh rawatan telah habis landasan lazim saya, dah menjangkau jadual suntikan pun)....."

- OPU pada 25hb November 2013 : dapat 9 telur (8 daripadanya telur matang ie M II)

- Kesemua 8 telur MII tersebut berjaya disenyawakan dan kemudiannya membahagi menjadi embrio

- Kami sambung kultur sehingga day-5

- Pada hari ET (30hb November 2013), saya masukkan 2 embrio blastocyst (gred 3BB dan 3BB). Fresh embryo transfer. Saya beri 'homework' untuk monitor sekiranya beliau mendapat OHSS. Ini kerana : walaupun saya tidak menggunakan suntikan hCG, tetapi apabila pesakit hamil secara fresh transfer, hormon hCG yang dihasilkan oleh janin (sebenarnya uri) itu boleh mencetus OHSS yang dinamakan 'delayed OHSS'. 

- Selebih 6 lagi embrio (5 blastocyst dan 1 morula) pula dibeku-simpan.


Beliau menyambung lagi;

"....Jadi dengan BhCG yang tidaklah tinggi sangat, hanya 47 U/L 12 hari selepas OPU, saya dan suami fikir dapat satu pun Alhamdulillah dah. Ku fikir satu, rupa-rupanya ada 3. Ketika scan masa 7 minggu, jelas menunjukkan ada 3 kantung dan semuanya dah ada heartbeat masing-masing. Dan pada 3hb Jun 2014, saya selamat melahirkan kembar 3 Yassir-Hanis-Husna dengan bantuan Dr Hatta. Alhamdulillah, ia rezeki yang tidak diduga. "

- Seperti yang telah saya beritahu dalam post terdahulu, 1 blastocyst tersebut membahagi menjadi 2 identical Hanis dan Husna. 1 lagi blastocyst membentuk Yassir.

Mereka dah hampir 2 tahun 3 bulan pada Hari Kemerdekaan lepas. 


Tengok pun Mokcik dah pening nak menjaga :)


Dah pandai suap sendiri ! 


Saya sahaja yang belum pandai mengecam siapakah Hanis dan siapakan Husna. Dalam 10 gambar, baru 1 sahaja yang betul. Dahulunya, saya boleh membezakan mata mereka (mata Husna lebih bulat) tetapi semakin mereka membesar, mata Hanis pun dah sama bulat dengan Husna.

.
.
.

Sejarah Penubuhan Kumpulan WhatsApp TTC pula :

1. Idea tercetus setelah beliau membuka blog TTC rakan-rakan. Dengan membaca tulisan kawan-kawan di  blog-blog ini, mereka berharap terjumpa rakan yang sama kisah dengan mereka.

2. Setelah gagal IUI kali kedua, beliau dan suami terdetik untuk memulakan kumpulan WhatsApp TTC dengan niat :
- berkongsi idea
- berkongsi petua
- berkongsi pengalaman TTC

3. Bayangkan, dari asalnya hanya 5 orang, kini ia telah beranak kepada 6 kumpulan.

4. Inilah tempat mereka mengadu, berkongsi masalah, bertukar-tukar info rawatan dan juga hal-hal  selingan yang tiada kaitan dengan kesuburan pun.


Kita layan gambar-gambar aktiviti persahabatan mereka :
Saya kaburkan wajah mereka yang bukan pesakit saya (kerana tak minta kebenaran).

 Majlis harijadi triplets Yassir-Hanis-Husna. Ramai yang datang ni.


Tak ingat pula di rumah siapa dan majlis apa. 


Di rumah kembar Mouaz-Mouiz. Kini mereka berada di Korea mengikut ayah mereka bertugas. 


Di PHKL, tak ingat pula menziarahi siapa.



Anak dengan anak pun berkawan :) Noah dan Adnin.

Sewaktu Afif bayi berusia 7 hari dilakukan aqiqah, Ustaz Ahmad Tarmizi dijemput melakukan tahnik. Pada waktu ini, Puan Noorul Ain baru sahaja menjalani OPU 3 minggu sebelumnya. Masih belum dimasukkan embrio pun (FET beliau ditangguhkan kepada bulan Oktober 2015).


Kini, Ayyash (bayi Ustaz Ahmad Tarmizi) dah 3 bulan dah! Ayyash dilahirkan pada 30hb Mei, 2016 dengan doktor pakar yang sama menyambut kelahiran Afif (Prof Dr Nor Azurah di UKMSC). Mufti Wilayah kita yang tahnik Ayyash (ada dalam post saya dahulu). Saya kalah. Ayyash masih memandang ibunya. 



Perjumpaan lagi.


... dan lagi (majlis aqiqah Adnin) 


... dan ada majlis suapkan makanan kepada anak-anak sementara emak-emak beramah mesra.


Ada juga sesi 'support group' ini berlanjutan ke PHKL. Mereka datang membawa makanan sewaktu menziarah (memujuk seseorang yang terpaksa berada di wad untuk pemerhatian).



Antara yang sempat bergambar. Ada yang dah balik. Ada yang belum sampai. Ada yang memang tak nak bergambar. Ada pula yang sedang sibuk di-interview pihak media.


Semoga kita berjumpa lagi, jika diizinkan Allah.


5. Puan Siti Sarah dengan baik hatinya memberikan nombor telefon bimbitnya untik di-whatsapp mereka yang berminat untuk masuk kumpulan ini :

012 2193870

Bagi mereka yang inginkan maklumat lanjut mengenai rawatan kesuburan di PHKL, bolehlah melayari website di bawah ini :


(klik sini) NEWLIFE PHKL

Besar kemungkinan, laman web Newlife@PHKL ini tidaklah di-update sekerap laman-laman web yang tidak mendapat kelulusan KKLIU. Lama sungguh saya nantikan kemunculan laman web "Newlife  PHKL" ini dilancarkan kerana laman web yang lama sangatlah lama (lebih 10 tahun) isi kandungannya. Saya hampir berputus asa. Ini kerana setiap muka laman ini perlu mendapat kelulusan KKLUI. Malah, sekiranya hendak di-edit atau di-kemaskini, ia juga perlu mendapat kelulusan KKLIU sekali lagi. Sebelum ke KKLIU pula, website ini perlu melalui tapisan Pantai Holdings Berhad pula. Begitulah seriusnya dan telusnya pihak Pengurusan PHKL ini.

Untuk rujukan, nombor pendaftaran/kelulusan KKLUI ada tertera di bahagian bawah laman web ini (1438 / 2016).

.
.

Sekian
Al-ham-du-lil-lah
All praise is due to Allah




No comments:

Post a Comment