Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Monday, 29 August 2016

Celebrating Miracle Babies of PHKL (Part 2d of 3)

Bis-mil-laa-hir-rah-maa-nir-ra-hiiiiim.
In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful


Part 2d

Ini bahagian terakhir Part 2 sebelum kita berpindah kepada Part 3 pula.

Mari kita sambung perkembangan terbaru anak-anak yang hampir kesemuanya ibu mereka menerima rawatan kesuburan dalam tahun 2013 dan 2014 (kelahiran 2013, 2014 dan 2015), yang hadir pada majlis tersebut dan memberi kebenaran untuk gambar/cerita mereka dikongsi di sini.

Yang ke-26

FARRAH MARDHIYYA
(Farrah = Kegirangan / Kegembiraan Yang Diredhai)

Mardhiyya dilahirkan pada 17hb Ogos 2014 pada usia kandungan 38 minggu seberat 2.85kg secara Caesarean di HUSM, selepas lebih 10 tahun ibubapanya berkahwin.

Jika tak silap saya, inilah bayi pertama 'Transporter' (couriered frozen embryo from another hospital to PHKL). Hmm..... jauh Mardhiyya ni 'mengembara' sebelum dimasukkan ke dalam uterus ibunya. 

Kisahnya ada di post ini (klik bawah):



Bukan setakat itu, setelah dimasukkan ke dalam uterus ibunya, Mardhiyya juga 'berpindah-randah' apabila ibunya bertukar pemeriksaan antenatal dari di bawah penjagaan saya, kemudiannya ke HUKM di bawah penjagaan Prof Dr Zainul apabila memasuki trimester kedua dan akhirnya ke HUSM untuk bersalin di bawah penjagaan Prof Dr Nik Mohd Zaki. Bayangkan ibubapa Mardhiyya sebenarnya menetap di Temerloh, Pahang.


Bayangkan saat pertama kali pasangan dapat melihat 'anak' mereka sewaktu pemeriksaan scan. Saat pertama kali mendengar degupan jantung janin. Saya dapat lihat ada pesakit saya yang mengesat airmata sewaktu pemeriksaan scan dilakukan. Tidak pula saya pusing untuk melihat sama ada si Bapa juga sama menangis kegembiraan kerana lazimnya si Bapa berdiri di belakang saya mengambil gambar atau video pada monitor scan. Kadang-kala, saya sendiri meremang buluroma sewaktu scan ini apabila mengenangkan kepayahan mereka menjalani rawatan kesuburan selama ini. Ada kalanya, saya sendiri yang sebak.


Sewaktu majlis, mereka datang serba merah! Ida (kanan gambar) lah yang melayan ibu Mardhiyya dahulu sewaktu Ida masih pembantu klinik saya.


Baru-baru ini, Mardhiyya telahpun berusia 2 tahun. Banyak aksi candid! Happy birthday, Mardhiyya!


Cantik! Saya suka sangat gambar ini! Lokasi : Cuti-cuti Malaysia di Cameron Highlands.


Jika dilihat dari dahulu sewaktu usia Mardhiyya 3 bulan (gambar ini diambil pada November 2014), sehinggalah sekarang, wajah ibubapa Mardhiyya masih sama muda sehinggalah sekarang, saiz pun sama. 

Siapa sangka ibu Mardhiyya pernah menjalani 4 pembedahan major serta 2 kali OPU dan 3 kali ET, 'merantau' dari Temerloh : 

- 2 kali pembedahan kehamilan ektopik (2004 di HUSM dan 2010 di Hospital Temerloh) 
- 1 kali pembedahan untuk fibroid di HUKM
- 2 kali OPU di sebuah hospital
- 2 kali fresh ET di hospital yang sama
- 1 kali 'transporter' FET di PHKL, bezanya kali ni frozen embryo dan kami sambung kultur sehingga embrio membesar kepada peringkat blastocyst sebelum dimasukkan
- 1 kali pembedahan Caesarean melahirkan Mardhiyya di HUSM

Ibunya pernah bergurau;

"...termasuk Caesarean, 4 kali dah 'perut' saya kena potong "

Bayangkan 'kepayahan' yang pasangan ini lalui....
Bayangkan jika hospital tersebut tidak membenarkan pasangan ini memindahkan embrio beku mereka, maka mereka terpaksa menjalani rawatan IVF dan OPU sekali lagi.....

.
.
.

Sebut mengenai kehamilan ektopik ini, saya ada satu lagi kisah yang boleh membuatkan ramai melopong akan ketabahan seseorang ibu melalui kesemuanya.

Seterusnya;
Yang ke-27, 28 dan 29.
Anak-anak ini bukan kembar, tetapi adik-beradik berlainan tahun:

MUHAMMAD LUKMAN (Yang Bijaksana)
ATHIRAH HUSNA (Yang Utama Yang Lawa)
ANEESA HUMAIRA (Yang Mesra Putih Merah)
NUR MAISARAH LUTFIAH (Cahaya Kekayaan Kelembutan)

Lukman (yang sulung), Lutfiya (yang bongsu), Aneesa (nombor tiga) dan Athirah (nombor dua).

Saya kenal ibubapa mereka dari sewaktu saya bekerja di Hospital Pusrawi bangunan lama di Jalan Ipoh lagi. Memang dah lama dah.

Saya cuba pendekkan cerita rawatan ibu mereka, tetapi tak juga pendek :

- berkahwin pada April 2000
- 2 kali menjalani pembedahan laparoskopi (endometriosis)
- mengambil anak susuan (Lukman) yang lahir pada tahun 2006
- di samping endometriosis, beliau juga mempunyai fibroid sebesar 5-6 cm diameter

- menjalani IUI : tidak berjaya
- menjalani IVF pada tahun 2007 : zaman dulu saya banyak guna Long Protocol
- sewaktu IVF tersebut, OPU dan ET saya lakukan di hospital lain : fresh ET saya masukkan 3 embrio : tidak berjaya

- Frozen cycle : saya masukkan 3 embrio juga cuma kali ini ada yang menjadi blastocyst (saya 'paksa' embriologis tersebut kultur sehingga peringkat blastocyst kerana pada zaman itu, blastocyst culture masih jarang dilakukan secara rutin di mana-mana hospital di Malaysia): kali ini, berjaya hamil dan melahirkan Athirah secara pembedahan Caesarean di Hospital Pusrawi pada 21hb Ogos, 2008 (setelah 8 tahun berkahwin). Saya yang buat pembedahan Caesarean tersebut, tetapi saya tak ingat akan keadaan dalam pelvis beliau sewaktu pembedahan Caesarean itu.

- Kemudian, buat lagi frozen cycle, ada blastocyst : hamil tetapi kemudiannya keguguran

Tetapi .......

- 2011 : dengan tidak disangka, beliau hamil secara semulajadi tanpa ubat/rawatan kesuburan pun : rupa-rupanya kehamilan ektopik : buat lagi laparoskopi kali ke-3, sebelah tiub falopian dibuang. Sewaktu itu, tiub lagi sebelah pun didapati tidak elok kerana endometriosis.

- 3 bulan kemudian : dengan tidak disangka sekali lagi, beliau hamil secara semulajadi lagi. Kali ini kandungan di dalam rahim. Siapa sangka dengan tiub yang tidak elok dan pernah mengalami kehamilan ektopik serta dengan sejarah rawatan kesuburan beliau kan? Bersalin secara pembedahan Caesarean juga, kali ini di HUKM dengan Dr Hatta. Lahirlah Aneesa pada 12hb Jun 2012.

- (cerita belum habis lagi ni) Dengan tidak disangka-sangka lagi, beliau hamil lagi, secara semulajadi lagi, kali ini bersalin di HKL pada 16hb Jun 2014 dan lahirlah anak bongsu Lutfiah secara pembedahan Caesarean. Atas nasihat doktor, beliau pun sebelah lagi tiub falopian beliau pun diikat.

Sekarang, saya cuba ringkaskan lagi.
Bayangkan kaedah 'kehamilan' beliau :

- berkahwin pada 2000
- mengambil anak susuan (Lukman) pada 2006
- menjalani IVF dan ET kali pertama : tidak berjaya
- FET : berjaya hamil dan melahirkan (Athirah) pada 2008
- FET lagi : hamil tetapi keguguran

Setelah itu, hamil tanpa bantuan ubat/rawatan kesuburan
- hamil secara semulajadi : tetapi kehamilan ektopik pada 2011
- hamil secara semulajadi : selamat melahirkan (Aneesa) pada 2012
- hamil secara semulajadi : selamat melahirkan (Lutfiah) pada 2014

- 3 kali pembedahan laparoskopi
- 3 kali pembedahan Caesarean

Sekarang, ibunya dah 'tutup kedai'. Usianya pada tahun ini pun dah nak memasuki 40 tahun.
Kalau tak diikat tiub falopiannya, dengan kesuburan beliau yang menjadi-jadi ini (harus hamil semulajadi lagi tu. Bagi saya, ada kebaikan tambahan. Ini kerana, secara teori, tanpa laluan dari tiub, darah haid tidak lagi keluar ke ruang pelvis, maka kemungkinan mendapat benih endometriosis baru ke ruang pelvis sangatlah tipis.

Fibroid beliau juga masih ada, cuma dah tak sebesar dahulu, sekitar 3-4cm sahaja.

Mari kita layan gambar-gambar mereka:

Cantik gambar raya keluarga mereka ini.


Dahulu berdua selama 8 tahun, kini dengan 4 orang anak, keluarga ini berenam! 

Lukman dah besar! Athirah pun dah besar! Saya dah lama tak berjumpa mereka. Lukman dah 10 tahun, Athirah pula dah 8 tahun. Dah bersekolah pun.


Aneesa dan Lutfiah memanglah saya tak cam wajah. Aneesa baru 4 tahun dan Lutfiah pula baru sahaja 2 tahun. Aneesa dan Lutfiah lahir pada bulan yang sama, Jun. Boleh sambut harijadi sama-sama.


Terima kasih kerana sudi datang ke majlis ini. Walaupun berlainan kaedah kehamilan dan kelahiran, kesemua 4 anak ini adalah miracle babies untuk keluarga ini. Saya masukkan 3 ke dalam aturan nombor kerana 3 sahaja yang dikandung sewaktu rawatan susulan bersama saya.

.
.
.

Seterusnya;
Yang ke-30.

AYRIS INTAN


Saya tak ingat sangat kisah rawatan kesuburan untuk mendapatkan Ayris ini, tetapi gambar blastocyst cantik ini masih ada dalam simpanan perbualan WhatsApp kami. 'Almost completely hatched blastocyst". 

Ini pula gambar 3D scan wajah Ayris.


Akhirnya, Ayris dilahirkan pada usia kandungan seberat 2.5kg di PHKL bersama Dr Idris pada 3hb Mac 2015. Ibunya ada menulis "Finally, the princess is here after the long journey! Thank you so much doctor for all your help and support. Alhamdulillah, you did not give up on me!" . Sejujurnya, saya dah lupa apa kisah rawatan kesuburannya. Yang saya ingat, saya sendiri tidak menjangka pada waktu awal rawatan. Hmm...nak kena ambil semula rekod beliau dan baca ni.


Saya juga dapat kiriman gambar Raya!

Cute!

Saya tak sabar nak ikuti perkembangan kecerdikan Ayris dari masa ke semasa. Maklumlah, blastocystnya sangat cantik!

.
.
.

Seterusnya;
Yang ke-31

KHAYRAA (Kebaikan)

Khayraa dikandung secara semulajadi, selepas 3 tahun ibubapanya mencuba, termasuklah menjalani laparoskopi di hospial lain dan IUI 2 kali dengan saya. Selepas 7 bulan gagal IUI kali ke-2, ibunya hamil! Selepas ibunya hampir berputus asa dan berserah...

Khayraa lahir pada 23hb April 2015 cukup 40 minggu dan seberat 3.64kg.


Pada waktu majlis ini, Khayraa telahpun berumur setahun 3 bulan. Memang benar seperti yang tertera pada kad yang dipegang ibunya, ibunya sedang hamil, spontaneous pregnancy lagi!


Menurut ibunya, Khayraa sangat suka kucing.

video
Bukan setakat kucing, Khayraa juga sangat suka main belon banyak-banyak tu.

Tak banyak gambar yang dikirim ibu Khayraa. Ini sahaja. Tetapi ibunya rajin 'update' mengenai Khayraa di dalam FB. Seronok saya.

.
.
.

Gambar Ayris dan Khayraa saya tak dapat banyak.
Tetapi yang ini memang saya nak letak banyak gambar.
Saya boleh melopong apabila melihat gambar-gambar dan klip video yang ibunya rajin kirimkan.
Mari kita lihat mengapa saya kelu tak terkata.

.
.
.

Seterusnya;
Yang ke-32 dan 33

ISMAIL
ISHAQ

Saya masukkan 2 embrio blastocyst. Yang mana satukah Ismail dan yang mana satukah Ishaq?


Di kanan gambar ialah Ismail (Abang) seberat 2.65kg dan di kiri gambar pula ialah Ishaq seberat 2.03kg. Mereka dilahirkan di PHKL secara Caesarean bersama Dr Idora pada 14hb April 2015 pada usia kandungan memasuki hampir 37 minggu. 


Gambar ini pula : Ismail (kiri) dan Ishaq (kanan). Dah boleh bezakan kembar tak seiras ini?


 Ishaq matanya bulat. Ismail pula tidak.


 Ismail (kiri) dan Ishaq (kanan). Boleh bezakan tak?

Sekarang, kita teka "Siapa ikut siapa" ?

Siapa ikut siapa : Ismail (kanan) ikut ibunya (kiri) sewaktu kecil.

Siapa ikut siapa : Ishaq (kanan) pula ikut ayahnya (kiri) sewaktu kecil.


Yang ini pula : yang di atas tu Ishaq dan di hadapan (bawah) pula Ismail. Aik? Macam nak beraksi je budak-budak ni? Saya dah mula nak melopong dah ni.


Haa! Kan dah betul! Mana tak seram tengok. Boys will always be boys!

Bila tangga dah diletak penghadang : seorang memanjat penghadang, seorang lagi mencelah ikut bawah! Banyak akal!

Penat Mak Wan nak menjaga ni. Nenek merekalah yang menjaga mereka apabila ibubapa mereka pergi bekerja. Prinsip Mak Wan yang berumur 53 tahun : "Jangan larang. Ikut sahaja sambil jaga. Kalau larang, esok-esok mereka takut nak explore".


Cuba teka apa agaknya mereka nak buat? Ibunya boleh kenal dari belakang, siapakah Ismail dan siapakah Ishaq. Wow!


Selain triplets Marissa, Mardhia dan Maiza; kembar Ismail Ishaq ini pun suka duduk atas meja. Saya ada klip video seorang daripada mereka bersungguh-sungguh menolak meja ini.


Melopong lagi : 8 hari lagi sebelum usia mereka mencecah setahun, anak-anak ini dah sangat, sangat dan sangat aktif. Bukan setakat panjat kerusi, panjat tingkap lagi!. Err....biar Mak Wan aje lah yang jaga mereka ya. Saya sebagai 'nenek angkat' mengundur diri.


..... dan saya terus melopong lagi....


video
........ dan lagi. Lihat klip video ini. 


....... dan lagi. 

Memang aktivii kegemaran mereka ialah memanjat apa sahaja dan 'diving' kat sofa.


Tetapi ibunya 'steady' sahaja mendukung Ismail (tangan kiri) dan Ishaq (tangan kanan).

Ibunya cool je : biarlah anak explore deria sentuhan dengan tekstur kek dan mee tu.


Dah nampak gaya tu? Macam dah tak sabar nak turun bawah dan sambung aktiviti bermain lasak.


Bolehlah salurkan tenaga yang banyak tu bermain bola ya.

Ibu mereka memang comel, lebih-lebih lagi apabila berdiri di sebelah  gajah  saya. Siapa sangka ibunya ini mengalami komplikasi teruk sewaktu hari bersalin. Beliau mengalami serangan cardiomyopathy, dimasukkan ke ICU, menjalani pembedahan Caesarean, diberi bermacam ubat menstabilkan jantungnya dan keadaannya memang serius sehingga dilarang menyusu badan (kerana dikhuatiri jantungnya tidak dapat bertahan). Pakar jantung juga menasihatkan ibunya agar tidak hamil lagi (pasangan ini sebenarnya ada lagi 3 frozen embryos).

Memang saya melopong sahaja dengan kisah keluarga ini.....


OK la. Saya ada juga gambar yang menampakkan Ismail-Ishaq sangat bersopan apabila bermain. Tapi menurut ibunya : 5 minit sahaja nampak 'bonding' baik. Walaupun ada mainan masing-masing, lepas tu berebut juga sebab bila tengok orang tu tak sama stail main, maka dia rasa lain....

Happy birthday, boys!
Boys will always be boys.

Keluarga ini tak ada pun di dalam gambar beramai-ramai kerana mereka tiba setelah ramai yang pulang. Hmm.... majlis yang melibatkan anak-anak kecil beginilah gayanya. Kami pun dah bagitau "Tak apa, asalkan datang dalam tempoh waktu tu".

Seperti dijangka, hanya sedikit yang hadir pada awalnya. Selepas pukul 11 am, barulah menderu yang datang.

Lesson nombor 1 : lain kali, mula lambat sedikit. Tak boleh mula pukul 10am.

Maklumlah, nak menyiapkan anak. Bagi yang ada anak kembar pula, nak menyiapkan anak-anak. Nak mandikan, bagi makan, tunggu buang air besar, bersihkan dan bermacam-macam lagi. Pagi-pagi  lagi memang dah kecoh.

Mungkin pada majlis akan datang, kami akan mula lewat sedikit. Mungkin mula pukul 11 pagi dan habis pukul 1pm. Petang sukar sedikit kerana anak-anak nak tidur kan? Emak-emak dan bapa-bapa pun nak  tidur  rehat juga kot?

.
.
.

Ada lagi beberapa keluarga yang hadir pada majlis tersebut tetapi saya belum sempat mendapat kebenaran mereka. Saya belum hubungi mereka pun. Hanya apabila melihat gambar beramai-ramai, barulah saya sedar 'tertinggal' mereka. Nanti sekiranya diberi kebenaran, saya akan kongsi di sini. Ada juga pasangan yang dari awal telah meminta untuk tidak dikongsi gambar mereka sewaktu majlis tersebut di dalam blog ini. Ada satu keluarga yang sepatutnya datang malah mengambil bahagian dalam sesi 'berkongsi pengalaman', tetapi pada pagi tersebut bayinya ditimpa insiden jatuh, maka tidak dapat hadir. Saya akan cerita mengenai kisah beliau dalam Part 3.

.
.
.

Tinggal Part 3 of 3 dalam post akan datang.
Nak bercerita mengenai sesi "Sharing Experience" dan "Penubuhan Kumpulan WhatsApp TTC".
Serta nak kongsi gambar-gambar beramai-ramai serta aksi candid anak-anak sewaktu majlis tersebut.


Sekian.
Al-ham-du-lil-lah.


1 comment:

  1. MasyaAllah. hebat. terima kasih sharing part ni. sy baru dpt ilmu baru

    ReplyDelete