Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Friday, 19 August 2016

Celebrating Miracle Babies of PHKL ( Part 2c of 3 )

Bis-mil-laa-hir-rah-maa-nir-ra-hiiiiiim.
In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful.

Kita sambung dengan Part 2c : masih lagi dengan anak-anak yang hadir dalam majlis di atas.

.
.
.

Seperti yang saya janjikan, saya mulakan dengan seorang lagi anak yang bernama Puteri.


Yang ke-17
PUTERI ZAHRA AISYA
(Zahra = Bunga, Aisya = Hidup Dalam Bahagia / Kebahagiaan)
Secara kebetulan, Aisya juga gabungan nama singkatan ayahnya (Aie : Amrie) dan ibunya (Sya : Syahida)

Gambar Cik Aisya (panggilan untuk Puteri Zahra Aisya ini) telahpun memenangi hati ramai orang (mendapat paling banyak 'like'). Ayahnya memang seorang jurugambar profesional.
(Hmm....macam Ammar je atas pentas tu? Siapa seorang lagi tu?)

Kita tengok gambar asal ya
Memang cantik, kan?


Yang ini pun cantik (tetapi gambar pertama paling atas yang dihantar masuk pertandingan). Cuba perhatikan cara Cik Aisya ni senyum, apa agaknya yang dimimpikannya. Sewaktu ini, Cik Aisya baru sahaja berumur 5 hari. Cik Aisya dilahirkan pada 22hb Disember, 2014 di PHKL bersama Dr Idora, pada usia 38 minggu.

Gambar paling kiri dan atas ini juga sangat cantik.

Pandai sahaja Cik Aisya ni membuat 'pose' candid. Ayahnya memanglah pandai mencari sudut dan saat yang sesuai sebelum 'menangkap' gambar.

video
Klip video ini baru sahaja saya terima. Bila melihat betapa aktifnya Cik Aisya asyik berjalan ke sana dan ke mari, saya teringat semula pada   hari kejadian   hari majlis. Cik Aisya memang tak berhenti berjalan ke sana ke mari. Penat saya nak kejar kalau nak kena babysit Cik Aisya ni.... 


Semasa gambar ini diambil pun, Cik Aisya (berbaju putih di hadapan kanan dan muka terlindung oleh belon) tak hairan nak pandang kamera, dia lebih seronok melayan belon-belon itu. 

Ada 3 orang anak-anak sahaja yang sempat 'ditangkap kemas' oleh ibu masing-masing untuk bergambar, serta memandang kamera:

- Mardhiyyah (didukung ibunya yang bertudung merah cerah di kanan gambar), 
- Aysyah twin pun memandang kamera sambil memegang belon oren (tetapi kali ni, tak senyum pun) didukung ibunya bertudung kelabu. 
- salah seorang triplet (saya teka Mardhia) didukung ibunya yang sedang duduk di hadapan.

Noah (belakang dan kanan) pula hanya terus memandang ibunya (maklumlah, ibu sangat jelitawan). Anak-anak lain diperhatikan ayah masing-masing; bertebaran di dalam dewan, termasuklah di atas pentas. Ibu-ibu lain yang 'solo' bergambar di sini : ibu Ammar (paling kiri dan belakang), ibu Muhammad (di sebelah ibu Aysyah), ibu Fayyadh (di antara ibu Muhammad dan Noah), ibu Shah Reza (bertudung biru sedang duduk) dan ibu kembar (masih di dalam uterus, belum diberitahu nama kerana belum tahu jantina mereka) berkerusi roda.



Saya tengok pun penat.

Tapi ibunya, senyum sahaja di mana jua. Tak nampak muka penat pun.


Begitu juga ayahnya, semua gambar ibu ayahnya akan senyum sahaja. Mereka tak akan penat membesarkan Cik Aisya ini, kelahiran Cik Aisya adalah selepas 7 tahun ibubapanya berkahwin (Februari 2007).

Ini sahaja gambar di mana Cik Aisya tak senyum. Ibu dan ayah melirik ke kanan memandang kamera, mata Cik Aisya pula melihat ke tempat lain. Agaknya, Cik Aisya dah ada plan di dalam kepala, menunggu masa ibunya meletakkannya ke bawah sahaja. Apa agaknya Cik Aisya nak buat ni? Sempat ke tidak agaknya nanti ayahnya nak ambil fokus kamera sebelum ambil gambar Cik Aisya? (sebab Cik Aisya tak duduk diam). Pada tahun 2014, saya kerap masukkan 2 embrio, lahir Cik Aisya seorang. Bayangkan kalau jadi kembar dan kedua-dua kembar ini tak duduk diam....

Berbalik kepada kedua anak yang bernama Putri (Putri Ayu Dilmisa) dan Puteri (Puteri Zahra Aisya) ini, ada kisah unik yang mereka kongsi:

- ibu mereka menjalani OPU pada hari yang sama
- ibu mereka juga menjalani ET pada hari yang sama
- mereka dilahirkan pada hari yang sama iaitu 22hb Disember, 2014
- bukan setakat itu, di hospital yang sama (PHKL)
- dan juga dengan doktor yang sama (Dr Idora)
.
.
.

Seterusnya
Yang ke-18

FAYYADH AUF QUSYAIRI
(Fayyadh Auf : Dermawan yang Kuat Berusaha, Qusyairi nama tokoh Islam)

Fayyadh pula dilahirkan berselang 2 hari sahaja lewat daripada Cik Aisya. Fayyadh dilahirkan pada awal pagi 24hb Disember, 2014, juga di PHKL (seperti Cik Aisya), juga bersama Dr Idora, juga secara kelahiran normal seperti Cik Aisya. Masuk 2 embrio, lahir seorang baby.


Fayyadh dah belajar berenang!

Inilah penyeri kehidupan ayah dan ibunya.


Dah pergi melancong!

Dah big boy dah!

Mari saya 'buat' kisah tak benar berdasarkan 3 gambar di bawah. Pelakon utama : siapa lagi? Fayyadh lah.

Apalah agaknya yang diucapkan oleh ibu kembar Aysyah-Ayyash kepada Fayyadh, serta apakah agaknya yang hendak dijawab oleh Fayyadh. Mmmm.... macam merisik je ni? Agaknya ibu kembar itu sedang 'introducing' Aysyah twin yang duduk di sebelah Fayyadh. Aysyah twin pula - seperti biasa, memang akan sentiasa tersenyum lebar, siapalah yang takkan berkenan kan? Perhatikan semula semua gambar Fayyadh di atas, Fayyadh serius sahaja kan? Sekarang, lihat pula gambar di bawah....

Cop! Belum lagi. Tengok gambar ini dahulu (masih serius je Fayyadh ni).
Minta approval   Mohon restu ibu dahulu. 
"Ma.... boleh kan, Ma?" 
(tengok pula Aysyah, sungguh ayu tunduk begitu...)
Sekarang, baru tengok perbezaan gambar di bawah. Adakah Fayyadh akan terus serius?

Aha! Dengan Aysyah, amboi! Fayyadh senyum! Dalam banyak-banyak gambar Fayyadh yang saya ada, hanya yang ini sahaja Fayyadh tersenyum walaupun sedikit sahaja senyumannya, mahal! 
Sekian, kisah tak benar.

Dengan saya memang tak layan, Fayyadh menangis! (gambar ini diambil awal tahun ini). Yang ini memang kisah benar, saya belum pandai menawan hati Fayyadh. Hmm... kena berusaha lebih ni, saya kena senyum lebih macam Aysyah.

 Masa ni, saya rasa, kembar Aysyah-Ayyash belum sampai kot. Tu sebab Fayyadh serius je ....

.
.
.

Seterusnya
Yang ke-19 dan 20.

Kembar NURUL AYSYAH dan MOHAMAD AYYASH
(Aysyah = Yang Membahagiakan, Ayyash = Yang Berusaha)

Ingat lagi tak gambar di bawah ini yang saya letakkan di dalam post tahun lepas?

Comel je kembar ni dipakaikan baju ini. Ingat lagi kan gambar ini?
Saya tak pasti jika gambar ini ada dihantar masuk pertandingan 'best captured moment' kerana saya langsung tidak terlibat dalam pemilihan pemenang.

Kembar Aysyah-Ayyash ini dilahirkan pada 27hb Disember, 2014 di PHKL bersama Dr Idora. (Asyik-asyik Dr Idora sahaja melahirkan bayi-bayi IVF ini berselang beberapa hari : Cik Aisya, Fayyadh, Aysyah-Ayyash. Penat tu, Fayyadh lahir awal dinihari, Aysyah-Ayyash pula hampir Subuh). Terima kasih, Dr Idora. Penat ju berjaga malam. Tetapi Dr Idora memang sangat baik pun.

Kini, mereka dah semakin besar! Keluarga ini pun semakin bahagia.

Sebelum ini, saya masukkan 2 fresh embryos tetapi ibu mereka tidak hamil. Selepas itu, saya masukkan pula 2 frozen embryos  (gambar di atas), tak pasti pula blastocyst yang mana menjadi Aysyah dan blastocyst mana pula yang membentuk Ayyash.

Yang pastinya, Aysyah kakak sebab dia keluar dahulu.

Tetapi kalau tak diberitahu, mungkin ramai yang akan menyangka seperti saya. Dari gambar, Ayyash yang kelihatan seperti abang kerana ia sangat menjaga Aysyah manakala Aysyah pula sangat manja seperti adik.

Betul tak? Ayyash yang kelihatan lebih matang.

Cantik kembar berdua ni. Mereka ada lagi 'adik-beradik' frozen embryos. Ada 3 lagi.

video
Klip video ini juga menunjukkan Ayyash yang menjaga Aysyah. Memang kena dengan makna nama mereka : Aysyah = Yang Membahagiakan, Ayyash = Yang Berusaha (termasuklah berusaha membahagiakan kakaknya)


Happy family again!

Ehem.... ada orang dah tersenyum simpul menunggu lamaran tu .....

.
.
.

Seterusnya lagi
Yang ke-21 dan 22
Kembar juga
Sepasang lelaki perempuan juga
ILMAN HARAZZ dan IMNA IMANI
(Ilman Harazz = Ilmu Yang Warak, Imna Imani = Ketenangan Imanku)


Mari kita lihat embrio-embrio yang dimasukkan dahulu.

Saya masukkan 2 embrio, blastocysts di sebelah kiri gambar. Yang mana agaknya yang membentuk Abang dan yang mana pula membentuk Adik?

Yang pastinya, dalam banyak-banyak embrio yang terhasil, pada Day-5 ada 6 embrio,  2 daripadanya blastocyst. Merekalah blastocyst itu.

Saya masukkan 2 blastocyst tersebut. Boleh agak tak yang mana satu embrio tersebut menjadi Ilman dan yang mana pula jadi Imna? Mereka di-zygotic twins, maka seharusnya di-chorionic (berlainan uri) dan sebab itulah, secara automatik mereka berlainan kantung (di-amniotic). (Kembar dichorionic mesti diamniotic, tidak boleh mono-amniotic). Scan awal dapat membezakan ini, scan kemudian pula boleh membezakannya apabila telah nampak jantina mereka (berlainan memanglan bukan dari zigot/embrio yang sama)

Tetapi, walaupun mereka kembar berbeza minit usianya, berat lahir mereka berbeza nyata sehinggalah apabila mereka semakin membesar. Sekali pandang, dua kali pandang, tiga kali pandang pun, ramai yang menyangka mereka ni berbeza tahun kelahiran. Mereka dilahirkan di DEMC pada 12hb Februari 2015 pada usia kandungan 36 minggu.

Berbeza kan? Abang (Ilman) memang nampak seperti setahun lebih tua daripada Imna.
Apa-apa pun, geramnya tengok gambar ni! Alahai....

Abang (Ilman) ikut ayah kot, manakala Imna memang comel seperti ibunya. Mereka terpilih pemenang ke-3 pertandingan "Mini Me" pada hari tersebut.




video
Rajin dan baiknya hati Abang melayan adiknya. Seronok mereka bermain berdua, pimpin tangan berjalan-jalan pun dah cukup membuat Imna ketawa dalam klip video ini.

.
.
.

Lagi
Seterusnya
Yang ke-23

AUNI ZARA
(Auni = Kelembutan, Ketenangan;  Zara = Puteri, Bunga Yang Cantik)

Zara dilahirkan pada 13hb Februari 2015, berselang 1 hari sahaja lewat dari kembar Ilman-Imna, di PHKL bersama Dr Idora.

Gambar ini memenangi tempat ke-3 pertandingan 'best captured moment'. Comel je Zara ni.

Kecil-kecil dah dibawa melancong ke luar negara. Beruntung anak-anak kita zaman sekarang ni.  Rezeki mereka. 'Nenek' dulu pertama kali naik kapalterbang umur 32 tahun cucu oi.... 

Gambar raya tahun lepas serba warna kelabu. Zara macam anak patung sebab cute sangat!

video
Tetapi walaupun bersaiz kecil, Zara yang telah berusia setahun setengah ini 'rajin' membantu ibunya membersihkan rumah.
Ini salah satu kegemaran Zara, membawa beg secara menggantung di leher seperti jemaah haji membawa beg kecil mereka.
Gambar terbaru Zara, suka membeli belah ya?

Gambar raya tahun ini.


.
.
.

Seterusnya
Yang ke-24
Namanya hampir sama dengan Auni Zara

NUR AINA ZAHRA
(Aina = Mata yang Cantik, Zahra = Yang Berseri)

Baru lahir saja dah pandai senyum. Ini juga kelahiran yang ditunggu-tunggu ibu-bapanya, maklumlah Aina lahir selepas lebih sebelas tahun ibubapanya berkahwin (Januari 2003). Aina dilahirkan pada 25hb Ogos, 2014 di PHKL dengan Dr Idora. Saya masukkan 2 embrio, dapat seorang.

Gambar raya mereka tahun ini.

Dah nak masuk 2 tahun dah 25hb Ogos ni! Ibu baoanya juga telah bersedia untuk menjalani IVF sekali lagi, kali ini menggunakan frozen embryos yang masih tersimpan. Ada 3 lagi.


Memang mata Aina sangat cantik!

Happy family lagi!

.
.
.

Seterusnya;
Yang ke-25

ADNIN ZHAFIRA
(Adnin = Place of Everlasting Bliss, Zhafira = Victor / Successful / Triumphant)

Kesemua makna nama anak-anak di atas adalah yang diberikan oleh ibu-bapa masing-masing. Saya tak ubah sepatah pun perkataan.

Memang miracle baby!
Adnin dilahirkan setelah hampir 7 tahun ibubapanya berkahwin (Disember 2008) 



Dalam banyak-banyak embrio itu, saya masukkan 2 blastocysts (2 gambar di atas ini), dapat seorang puteri yang comel! Adnin dilahirkan di UKMSC pada tarikh yang ditulis di atas. 

Gambar raya. Cantik! 


The big family! Comel je Adnin dengan hair-band biru. Usia Adnin waktu raya baru-baru ini adalah belum pun setahun, baru nak masuk 9 bulan. Terima kasih kepada keluarga besar ini yang memberi kebenaran gambar mereka dimasukkan di sini. Salam untuk semua. Dari gambar ini, nenek sebenar Adnin (yang duduk di tengah) kini dah ada 3 orang cucu. Gaya pandangan Adnin sama seperti gaya pandangan neneknya, 'cool' bersahaja saja. Ibubapa Adnin pula memang sentiasa tersenyum apabila bergambar.

Adnin juga masih ada 2 lagi embrio beku yang disimpan. Bersama mereka dalam gambar ini, siapa lagi? Penjaga embrio-embrio adik beradik Adnin : Chew Fang dan Tham. Mana Fariza hilang ni? 



Ada juga gambar bersama saya :) (tak kan bergambar dengan embriologis sahaja kan?)


Sewaktu dimasukkan ke hospital kerana jangkitan pneumonia baru-baru ini. Cantik rupa Adnin walaupun kurang sihat. Menurut ibunya, Adnin pun (seperti Afif) suka merangkak sehingga ke bawah meja ataupun katil. Tak pasti pula sama ada Adnin baru keluar daripada bawah katil ini atau baru nak masuk bawah katil.

Ibu Adnin sebenarnya seorang doktor bius di Hospital Putrajaya. Jagalah Adnin dahulu. Nanti, bila dah sampai seruan buat kursus kepakaran, sambung ya!


Phew!
Penat (tetapi seronok) apabila meng-update kisah anak-anak kecil ini.
Ingatkan boleh habis Part 2c, rupa-rupanya kena bersambung Part 2d kerana ada lagi beberapa anak yang masih belum masuk sini!



Sekian
Al-ham-du-lil-lah.
All praise is due to Allah



No comments:

Post a Comment