Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Tuesday, 16 August 2016

Celebrating Miracle Babies of PHKL (Part 2b of 3)

Bis-mil-laa-hir-rah-maa-nir-ra-hiiiiiim.
In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful.

(bersambung lagi kisah 30hb Julai 2016)


Part 2(b)


Ramai tahu saya OCD bab nak mengingat nama pesakit-pesakit saya dan anak-anak mereka. Room-mate saya faham benar saya, jika saya masih belum ingat nama seseorang pesakit atau anaknya, memang akan terbawa-bawa sehingga ke rumah.

Setakat yang dalam part 2a, Ayden (saya selalu panggil dia Anas), Ammar, triplets Marissa Mardhia Maiza : senang sahaja. Triplets Yassir (dah dia seorang je lelaki memang saya ingat dan kenal) tetapi kembarnya Hanis Husna saya dah mula keliru. Masa majlis, asyik salah je teka yang mana satu Hanis dan yang mana satu Husna, nampak seiras betul! Ibunya kata mata Husna (adik) lebih besar daripada Hanis. Tetapi saya asyik salah teka sahaja pada hari majlis tersebut.

Kekeliruan saya bertambah dengan kehadiran keluarga di bawah ini.

.
.
.

Seterusnya, bersambung dari Part 2(a);

10. WAN MUHAMMAD AISY AYDAN
(Aisy Aydan = Kemakmuran Hidup yang Berkekalan)

Saya dan ibunya memang telah lama tidak berhubung mahu pun berjumpa. Kali terakhir, di Facebook pada tahun 2013, selepas itu menyepi sehinggalah apabila beliau menerima jemputan majlis ini.

Debaran pertama bermula apabila saya terpandang keluarga ini;

Aik? Apasal anak Puan Sania (nama sebenar) ni lain je rupa dia? Rasanya Irfan (nama sebenar anaknya yang saya kenal dan ingat) dah besar. Siapa pula anak yang dibawa ni?

Saya dah mula panik.
Maka saya cuba elak untuk sebut nama anaknya, sambil dalam mencari di mana 'rekod' nama anaknya tersimpan dalam kepala ini.


Lain sungguh rupa Irfan yang saya kenal.
Mokcik bertambah panik. Sania ada anak kecil ini ke?


Puan Sania ni memang dah lama jadi pesakit saya. Sejak saya di Hospital Pusrawi lagi tahun 2009 pertama kali mendapatkan rawatan, bersambung di PHKL dengan Ida (bekas pembantu klinik saya) lagi sehinggalah Ida (dalam gambar) bertukar ke Unit IVF. Ida lah yang membuat panggilan menjemputnya ke majlis ini, disusuli dengan kiriman kad jemputan.

Sehingga pulang, saya langsung tidak menyebut nama anaknya.

.... termasuklah apabila bergambar bersamanya. Anak ini tahu agaknya, nampak kepalanya menjauhi saya?

Keesokannya,
Kami bersembang di WhatsApp. Dia menghantar gambar-gambar yang diambil sewaktu majlis itu. Dia memperkenalkan dirinya (mungkin dia fikir saya tak ingat siapa dia) dan juga memberitahu nama anak yang dibawanya : Wan Muhammad Aisy Aydan, lahir 2013 selepas kehamilan IUI. Dia langsung tidak menyentuh hal Irfan. Hati saya masih tak puas. Saya pun buat pengakuan : 


"Seingat saya nama anak Sania dulu IRFAN"

Rupanya betul!!!!

Puan Sania memang ada anak bernama Irfan (Muhammad Aidil Irfan) !
Dahulu, Irfan sering menemani ibunya ini ke Pusrawi.
(saya tarik nafas lega)
Aisy Aydan tu adik Irfan rupanya. Saya lupa langsung Irfan dah ada adik.

Barulah saya dikirim beberapa gambar lain. Yang ini, sewaktu Aydan baru dilahirkan pada 5hb Mac, 2013 berkongsi tarikh lahir dengan aruah datuknya. Aydan dipangku Irfan.

Sekarang, Aydan dah ikut gaya Irfan.

 Irfan pula ikut gaya ayahnya.
3 boys in the family vs ibunya seorang ;)

Gambar raya tahun ini baru dikirim.
Irfan (paling kanan) tak ikut sebab ada jamuan Raya di sekolahnya (dah Darjah 5 rupanya).
Saya lupa langsung Irfan ni dah ada adik.
Rindu, dah lama sungguh tak jumpa Irfan ni.

Menurut ibunya, nama Aydan diambil dari nama ayahnya (Adiha), abangnya (Aidil) dan saya (Adilah). Terharu saya mengetahuinya. Puan Sania pernah mengalami PCOS with Endometrial Hyperplasia dan dirawat secara ubat-ubatan dan pembedahan. Kehamilan Aydan adalah selepas IUI kali ke-2. Ibu Aydan dan Irfan ini juga bersedia berkongsi pengalaman rawatan kesuburannya dengan orang lain (saya lupa nak bertanya lanjut sama ada saya boleh letakkan nombor telefon/emel beliau di sini).

Aydan.
Senang je nak ingat nama ni.

.
.
.

Seterusnya;
Yang ke-11

SHAH REZA
(Shah = Putera, Reza = Kesenangan)


Inilah Shah Reza. Dilahirkan pada 2hb November 2014 di Hospital Pantai Batu Pahat, Johor pada usia kandungan 38 minggu + 5 hari.

Ini bukan gambar terbaru. Tahun lepas, saya ada masukkan gambar ini. Suka tengok gambar budak-budak comot dan gambar candid. Cantik!


Tahun ini, saya dikirim gambar Shah Reza. Dia sedang makan lagi! Menurut ibunya, pagi-pagi, Shah Reza memang suka makan kismis atau kurma.

Comot lagi. Geramnya tengok! I 'loike' !

video
Banyak perkara Shah Reza ni suka nak buat sendiri. Beg besar dalam klip video ini pun dia nak angkat sendiri.


Sewaktu sambutan harijadi Reza November lepas.

Happy child!

Gambar ini telah memenangi hati ramai dalam pertandingan 'Best Captured Moment' sehingga mendapat tempat kedua. Memang cantik! Shah Reza sekarang telah pun berusia setahun sembilan bulan.

Saya tambah satu lagi gambar : bersama kami di PHKL :)


.
.
.

Seterusnya (dah tak ikut umur lagi dah ni)
Yang ke-12.

NUH RIZQI
(dah boleh tahu makna Rizqi kan?)

Nuh Rizqi dilahirkan pada 30hb Januari 2015 di PHKL bersama Dr Idora. Dah lebih setahun setengah dah rupanya.


 Gambar tahun lepas. Musim Raya.


 Gambar tahun ini

... dan yang paling saya cair adalah gambar ini. Nuh sedang memandang saya! Alahai.......Kalau saya tahu hari tu, saya ajak Nuh balik rumah saya, mesti dia nak ikut.

 Semakin besar, Nuh semakin handsome!

Ibu dan Ayahnya pandang kamera. Nuh pandang   saya   (acah je)  siapa tu?

.
.
.

Seterusnya;
Yang ke-13 dan 14;

Kembar MUHAMMAD HAARIS dan MUHAMMAD HAADIF
(Haaris = Pelindung / Yang Memelihara)
(Haadif = Yang Bermatlamat)

Gambar favourite saya untuk kembar ini. Nampak siapa yang senyum? Selalunya saya bezakan kembar ini kerana seorang akan selalu senyum (abang - Haaris) manakala seorang lagi akan buat muka serius sahaja. Mereka dah nak masuk 2 tahun juga, kini dah pun berusia setahun sepuluh bulan.


Kembar Haaris dan Haadif. Gambar ini seminggu selepas mereka lahir. Mereka dilahirkan pada 11hb Oktober 2014 di UKMSC pada usia kandungan 38 minggu dan 5 hari, cukup bulan walaupun kembar!


Tak boleh dibezakan embrio yang mana jadi Haaris dan embrio mana jadi Haadif. 1 dah jadi blastocyst dan 1 lagi baru morula. Yang saya tahu, memandangkan ET dibuat pada Day-5, maka kembar ini memanglah kembar tidak seiras apabila scan menunjukkan ada 2 kantung berbeza. Ini kerana secara teori, pada tahap embrio usia hari ke-5, jika kembar seiras (monozygotic dari 1 embrio yang sama), ianya mesti 1 kantung (dan semestinya 1 uri). Apabila saya scan dan nampak 2 uri, saya pasti ini bukanlah kembar seiras, mereka berlainan embrio.


Seperti saya tulis di atas, pada kebanyakan gambar, saya boleh bezakan kerana abang (Haaris) akan selalu senyum manakala Haadif pula tidak.


Dalam gambar inu pun sama. Haaris akan selalu senyum. Haadif pula tidak. Ibunya bagi panduan tambahan untuk bezakan : adik rambut kerinting.


Gambar ini juga. Haaris (didukung ayahnya) senyum!

Nampak tak Ahmad Yassir masih melekat pada 'datuk'nya? Mmmm.... ada harapan Yassir nak ikut kami balik rumah ni. Kali ni kami 'tackle' anaknya dahulu, lepas ni kami dah boleh cuba bertanyakan ibu ayahnya ......ringan-ringankan mereka daripada menjaga triplets. Kalau Hanis-Husna nak ikut sekali pun boleh :)

Berbalik kepada kembar Haaris-Haadif 

(ibunya ada juga beri gelaran 'double H');
Walaupun saya boleh bezakan jika Haaris senyum dan cuba juga bezakan rambutnya, tetapi, bila dah pakai topi, saya dah pening, lebih-lebih lagi bila Haaris tak senyum. Untuk kembar ini, memang saya belum pandai lagi untuk bezakan setiap kali.


Tengok gambar ni, nampak seiras je. Ini pun gambar favourite saya untuk kembar ini, saya letak sekali lagi walaupun tahun lepas saya dah letak di dalam post terdahulu. Lihat ibunya 'steady' mendukung 2 anak. Di tangan kiri abang Haaris dan di sebelah kanan pula Haadif (harap betulkan jika salah ya, ibunya). Hmm...saya rasalah, saya dah boleh bezakan pandangan mata kembar ini.


Gambar raya. Serius je kembar ni. Ibu mereka sahaja yang senyum. Kembar tak senyum, pakai songkok pula, say anak teka ikut cara pandangan mata mereka. Dalam gambar ini, saya teka yang dipangku ibunya ialah Haaris (abang), yang dipangku ayah pula Haadif. (betul ke ni?)

Dalam kesibukan bekerja, menjaga kembar dan keluarga, ibu mereka kini menyambung pelajaran peringkat Master of Food Technology di UPM. Selamat berjaya!

.
.
.

Seterusnya;
Yang ke-15
Kebetulan pula nombor 15.
Dia lahir pun pada 15 hb Mei 2015.
15.05.15

MUHAMMAD AFIF ZARIF
(Afif = Yang Menjaga Kehormatan Diri, Zarif = Pelawak/Jenaka, Penghibur Hati))

Gambar ini diambil Tengok sahaja Afif senyum, saya cair lagi. Cucu-cucu saya ni masing-masing ada yang mencuit hati saya. Apa agaknya yang ada dalam fikiran Afif masa tu? Macam ada plan je ni? Cheeky!

Ibu Afif sama ketinggian dengan saya. Kami berdiri sama tinggi, duduk pun sama tinggi.



Afif dah setahun tiga bulan sekarang.


Serius sahaja muka Afif. Sebenarnya Afif baru mendapat serangan alergi sehari sebelum majlis. Merah muka kerana ruam.

Ehem! Ehem! Afif pandang siapa tu? Dalam kedua-dua gambar ini, Afif pandang triplet yang sama! Nampak macam Maiza je ni? Maiza memang selalu nampak paling friendly. Dari usia baby, Maiza yang paling selalu senyum lebar.

... dan akhirnya berjaya menarik perhatian si Dia (Maiza) untuk memandang Afif pula. Mardhia di sebelah Maiza. Di mana Marissa agaknya? Mungkin masih didukung ayahnya.


Afif juga menjadi KPI dan pembantu kerja rumah ibunya. Afif memang suka  mop lantai  bergolek-golek di atas lantai. Ada anak kecil begitulah, lantai di-mop (ni memang kita yang mop betul-betul) berkali-kali dalam sehari sewaktu anak masih meniarap, menyusur atau merangkak. Begitulah kasih ibu.


Tak cukup lagi, bawah meja pun Afif akan pastikan KPI kebersihan lantai rumahnya sentiasa terjaga.


 Pada penghujung majlis,  pengantin lelaki  dah tukar baju.

 Inilah Afif = Penghibur Hati ibu ayahnya. Menurut ibunya, semua benda dia suka sarung di kepala.

.
.
.

Seterusnya;
Yang ke-16

PUTRI AYU DILMISA
(Putri Ayu Dilmisa = Putri Ayu yang Bijaksana)

Cantik!
Kecil-kecil dah pandai menjeling!

Seramai mana pun anak, kasihnya terhadapnya tetap mendalam. Jelas nampak dari cara bayi ini dipegang.


Gambar kabur pun Putri masih kelihatan cantik!
Putri Ayu Dilmisa adalah anak bongsu daripada 4 beradik. Sewaktu ibunya melahirkan anak ketiga secara pembedahan Caesarean, kedua belah tiub falopiannya memandangkan telahpun 3 kali menjalani pembedahan Caesarean. Beliau kemudiannya berhasrat untuk hamil lagi dan menjalani IVF.

Putri dilahirkan pada 22hb Disember 2014 pada usia kandungan 38 minggu di PHKL bersama Dr Idora.

Kini, lengkaplah 2 pasang anak mereka : perempuan-lelaki-lelaki-perempuan. Sewaktu ini, Putri Ayu baru berusia 3 bulan.

Saya dapat kiriman gambar Raya! Serba pink!


Sewaktu majlis pula, mereka serba merah! Putri kini dah pun berusia setahun tujuh bulan.

.
.
.

Seronok melihat kegembiraan terpancar pada muka keluarga-keluarga yang datang. Inilah majlis gabungan 'open-house' Raya , re-union persahabatan kumpulan TTC dan juga perjumpaan pihak hospital dan keluarga pesakit. Ada juga yang membawa datuk nenek sebenar! Saya rasa sangat gembira.

(bersambung Part 2c)
Ada lagi ni. Saya akan sambung dengan seorang lagi Puteri yang rupa-rupanya berkongsi kisah unik dengan Putri ini.


Kepada yang masih ingin menghantar gambar-gambar untuk dikongsi di blog ini, saya alu-alukan. WhatsApp ke telefon saya ya.


Sekian
Al-ham-du-lil-lah
All praise is due to Allah

1 comment:

  1. Pinjam yassir, hanis n husna?.boleh je..tp mak ayah nya pun sudi dipinjamkan dr..kalau berminat la dr..hihi

    ReplyDelete