Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Sunday, 14 August 2016

Celebrating Miracle Babies of PHKL (Part 1 of 3)

Bis-mil-laa-hir-rah-maa-nir-ra-hiiiiim.
In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful.




Sebahagian yang hadir pada majlis tersebut. Pada waktu ini, majlis dah nak tamat dah pun. Ada yang telah pulang. Pihak media pun banyak yang telah pulang. Saya tidak sempat bersama kerana masih ada temubual pihak media untuk rancangan TV (pre-recorded).

.
.
.

Bercerita mengenai Majlis "Celebrating Miracle Babies of PHKL" ini, eloklah saya pecahkan kepada beberapa bahagian supaya senang dibaca.


Part 1


Majlis "Celebrating Miracle Babies of PHKL" pada hari tersebut (30hb Julai 2016) berjalan dengan lancar dan jayanya. Terima kasih kepada Chew Fang, Fariza, Tham, Ida serta pihak PR dan 'marketing' kerana menjayakan majlis ini. Saya tak tolong satu pun kecuali menyediakan ucapan saya.


Tak sangka ia mendapat sambutan sebegitu bagus. Maklumlah, bila berbicara mengenai kesuburan ini, ia sensitif bagi sesetengah pasangan. Sukar untuk mendapatkan separuh daripada target kerana ramai yang masih ingin menyembunyikan kisah mereka mengalami masalah kesuburan. Lebih-lebih lagi, apabila pihak media turut serta. Tetapi dalam majlis ini, ramai juga yang sudi tampil ke hadapan. 


Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan.
Tahniah!


Saya sendiri merasa teruja untuk bertemu mereka. CEO kami telah dimaklumkan (beliau memang sporting dan sentiasa merendah diri orangnya) yang saya nak berada di pintu dewan menyambut mereka, maka saya pohon kelonggaran untuk tidak mengiringi/menemani beliau sehingga bermulanya majlis tersebut. Memang benar seperti dijangka, beliau amat memahami, malah beliau juga turut serta meraikan kedatangan mereka di pintu dewan serta berbual-bual dengan pasangan yang hadir lebih awal. Dengan sikap beliau yang bersahaja beramah mesra dengan tetamu istimewa dan tidak diiringi sesiapa pun, ramai yang terkejut apabila menyedari beliau CEO kami rupanya. 

.
.
.

Saya selitkan sebahagian daripada ucapan saya pada majlis itu. Majlis tersebut menggunakan bahasa pengantaraan Bahasa Inggeris, jadi saya tuliskan satu persatu dari satu perenggan tersebut mengenai apa yang saya ucapkan.



"There are many more who would love to join us today but as they wish to keep their IVF pregnancy or (fertility) treatment confidential, they are unable to attend and we have to respect their decision. We will still invite them for our future gatherings and hopefully, one day, they will be open about it and join us, God willing."

.
.
.

Berbeza dengan majlis-majlis IVF babies di tempat lain, majlis yang pertama kali diadakan oleh PHKL ini memang unik kerana :

1. Jika di tempat lain, hanya bayi-bayi IVF sahaja diraikan, tetapi pada majlis ini, bayi-bayi yang lahir setelah berjaya secara rawatan kesuburan selain IVF (IUI, pembedahan dll) juga di raikan. Mereka juga 'miracle babies'.


2.  Bukan sahaja itu, mereka yang sedang hamil (termasuk yang baru sahaja hamil) selepas rawatan IVF turut hadir. Ini kerana, kami masih belum pasti bilakah akan diadakan majlis kedua, mungkin 2 tahun lagi, mungkin 3 tahun lagi, mungkin lebih jarak lagi. 


3.  Di samping itu, pasangan yang masih belum hamil juga dijemput hadir. Ada yang baru ingin menjalani rawatan IVF, ada juga yang telh pernah menjalani rawatan IVF sama ada di tempat lain mahupun di PHKL tetapi tidak berjaya dan kini bercadang untuk mencuba rawatan sekali lagi di sini. Bagi saya, kebanyakan dari anda 'sedang hamil' cuma belum pasti bilakah akan bersalin. 80% pasangan yang mendapatkan rawatan kesuburan yang sesuai didapati berjaya hamil (bersalin) dalam masa 3 tahun. Apabila tiba masanya, jika diizinkanNya, rezeki kelahiran itu akan datang. Kami hanya membantu, Dia yang memberinya.



.
.
.

Itulah sebabnya, pada majlis itu, turut diadakan slot 'berkongsi pengalaman' (akan diceritakan dalam bahagian akan datang) dengan tujuan :

... untuk memberi semangat kepada pasangan lain yang masih belum berjaya supaya tidak mudah berputus asa dan terus mencuba, tidak kira sama ada di PHKL mahupun di tempat lain. Harapan kami semoga mudah-mudahan dengan izin Tuhan, rawatan selepas ini terus membuahkan kehamilan dan kelahiran.


Ada cerita mengenai penubuhan 'kumpulan WhatsApp TTC (Trying to Conceive)' oleh seorang daripada mereka yang hadir ini (akan saya ceritakan nanti). Bayangkan kini telah ada 6 kumpulan WhatsApp itu (satu kumpulan hanya boleh menerima maksima 50 (dahulu dan kini 200 pula). Dah beranak-pinak. Melihat keakraban mereka yang hadir dan seperti adik-beradik, anda pasti akan merasa terharu. Masing-masing memberi sokongan supaya meneruskan rawatan kesuburan sehingga berjaya.

.
.
.

Pada majlis itu juga, laman sesawang Pusat Kesuburan yang dinamakan NEWLIFE (akan diceritakan nanti) dilancarkan oleh CEO kami, Encik Anwar bin Anis. 


Bertahun masa diambil untuk menjayakan laman sesawang ini. Saya dah hampir berputus asa.

Maklumlah, seperti yang dinyatakan oleh En Anwar sewaktu ucapan pelancaran itu : setiap langkah diambil dengan memastikan ianya mengikut garis-panduan yang disediakan oleh pihak berkenaan. Semua sedia maklum, PHKL terletak di bawah Pantai Holdings Berhad. ...Parkway Pantai.....IHH Healthcare. Kami tidak boleh tulis sesuka hati. Setiap muka dalam laman sesawang ini disemak berpuluh kali oleh pelbagai tahap di PHKL sebelum kemudiannya ditapis pula oleh pihak Pantai Holdings Berhad dan akhirnya diluluskan oleh pihak Lembaga Iklan Ubat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKLIU). 

Nombor KKLIU laman sesawang Newlife@PHKL ini adalah KKLIU 1438/2016. Ia ada tertera di bahagian bawah sekali muka laman sesawang ini.

Kepada yang ingin membuka laman sesawang ini terlebih dahulu, bolehlah klik di sini

Jika terlupa : google sahaja kata-kunci "newlife phkl"


Post Part 2 akan bersambung kemudian : ada banyak gambar yang ingin dikongsi. Kepada mereka yang hadir dan sudi berkongsi gambar di sini, jangan lupa WhatsApp gambar-gambar tersebut ke handphone saya ya.

Sekian


Al-ham-du-lil-lah
All praise is due to Allah.




3.    

No comments:

Post a Comment