Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Sunday, 14 August 2016

Celebrating Miracle Babies of PHKL (Part 2a of 3)

Bis-mil-laa-hir-rah-maa-nir-ra-hiiiim.
In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful.


Part 2(a) of 3 : ANTARA MEREKA YANG HADIR



Kebanyakan yang hadir adalah dari program tahun 2013 dan 2014 (kelahiran bayi mereka pada tahun 2013-2015). 

Pada awalnya, saya cuba susun mengikut usia si cilik, tetapi lama-kelamaan tak menjadi.

Maka, susunan anak-anak di bawah ini tiada kaitan dengan apa-apa prioriti pun. (cucu dah makin ramai ni, nak kena ambil hati).


Dalam post ini, saya masukkan beberapa anak dahulu. Ada bahagian 2a, 2b dan seterusnya


1. MUHAMMAD AMMAR RIFQI 
(Ammar = Yang Memakmurkan, Rifqi = Lemah Lembut, Kawan Pendamping)
Ammar (Muhammad Ammar Rifqi) dan nak masuk 3 tahun. Asalnya kehamilan ibunya kembar (saya masukkan 2 blastocyst, dapat 2 kantung kandungan, tetapi kembar Ammar ini keguguran sewaktu trimester pertama. Mujurlah keguguran itu tidak menjejaskan Ammar dan Ammar selamat dikandung ibunya sehingga 12hb Oktober 2013 pada usia kandungan 38 minggu di PHKL bersama Dr Idora. 


 Ada kisah di sebalik senyum tawa ayahnya dan Tham ni. Saya pun baru tahu. Biarlah rahsia.....


 Tahun ini mereka 'serba merah', tahun lepas pula 'serba pink'. 


Dah macam orang muda dah! Dan memang dah pandai bergaya....
Sebut pasal pandai bergaya ni, ada satu sketsa yang saya nak kongsikan bersama di sini (dengan kebenaran ayah dan ibunya). Bacalah perbualan di bawah;


Oh! Cucuku Ammar! Dah makin 'banyak akal'! Secara kebetulan, saya masih simpan gambar Ammar dibawa bergunting rambut Mei tahun lepas. Jika dilihat riak muka Ammar pada waktu itu, patut pun keluar perbualan di atas kelmarin.

Hmm....
Kalau nak tahu, Ammar yang inilah yang saya tulis mengenai kepala ikan bilis dalam pos selingan sebelum ini.



Ammar sangat peramah dan memang dah pandai berkawan. Dengar cerita, dia suka ajak jiran-jiran datang ke rumah.....erk!

.
.
.


2. MEGAT ANAS AYDEN
(Anas Ayden = Anas Yang Cerdik) dalam bahasa Turki.


Ayden (Megat Anas Ayden) dilahirkan pada 29hb Disember 2013 di UKMSC sewaktu baru 34 minggu dengan berat 2.4kg. Dah nak masuk 3 tahun dah ni. Yang paling kiri tu bukanlah ayah kandung beliau tetapi 'datuk' merangkap Obstetrician (macam kenal je?). Ayden lebih berkenan pada datuk itu berbanding saya.   


Bersama Team IVF. Tham di sebelah kiri sekali, Ida di sebelah kanan sekali dan Chew Fang pula di sebelah kiri ibunya. Pasangan Ayden dan ibunya juga memenangi tempat ke-2 pertandingan 'Mini Me'. Lihat saja baju mereka, sedondon dengan rona biru merah yang sungguh menarik. Yang mendokong Ayden itulah ayah kandungnya. 


Gambar ini bukanlah diambil di majlis tersebut. Saya rasalah, kalau si ayah memakai baju ini ke majlis, mungkin mereka mendapat tempat pertama dalam pertandingan "Mini Me". Tapi tak apa, yang penting, semua yang menang dan mahupun yang tidak menang hadiah turut bergembira.


Ini pula gambar raya tahun lepas. Mereka memang sedondon cantik menarik.


Dah ibu Ammar dan ibu Ayden berkawan, Ayden dan Ammar juga berkawan, maklumlah, hampir sebaya. Gambar ini diambil pada tahun lepas sewaktu mereka melawat seseorang di PHKL ini (saya tak ingat pula siapa yang dilawati). Begitulah rapatnya hubungan kumpulan pesakit-pesakit saya ini. Eh! Macam kenal je kakak di sebelah kanan tu. Siapa lagi, Kak Faudziah la yang sangat baik hati menjaga saya dari zaman saya di LPPKN pada tahun 2002 dahulu. Dah 15 tahun, Kak Fauziah masih sama.

.
.
.

3, 4 dan 5. Triplets 
AHMAD YASSIR (Ahmad = Yang Terpuji, Yassir = Permudahkanlah)
HANIS SUMAIYAH (Hanis = Yang Berani, Sumaiyah = Yang Tinggi atau Bijak)
HUSNA SYAMIMI (Husna = Yang Indah, Syamimi = Yang Harum atau Tinggi)

Anak-anak triplet (Ahmad Yassir, Hanis Sumaiyah, Husna Syamimi) dilahirkan pada 3hb Jun 2014 di UKMSC. Dah nak masuk 2 tahun. Hanis dan Husna dari 1 embrio yang sama (monozygotic).


Pasangan ini memang 'sporting'. Mereka dari awal sudi berkongsi pengalaman rawatan kesuburan di rancangan TV epidos "Zuriat" sewaktu ibunya sedang hamil. Di HUKM pula, kes ibunya turut dijadikan bahan perbincangan oleh doktor-doktor yang sedang dalam kursus kepakaran ni. Beliau sempat 'update' saya mengenai apa yang ditanya oleh Profesor kepada doktor-doktor itu : Therapeutic Principles for Preterm Labour Treatment in Twin Gestation.

Sebenarnya, jadi doktor zaman sekarang memang lebih mencabar. Dahulu, kebanyakan pesakit diam sahaja menurut apa yang doktor beritahu. Kini, saya berpendapat lebih mengujakan kerana pesakit boleh diajak berbincang mengenai topik penyakit mereka. Malah, mereka pula yang akan bertanya soalan lebih jangkaan kita. Maka, kami doktor-doktor perlulah lebih berilmu dan sentiasa 'update' kandungan grey matter dalam kepala kami.



Kenangan dahulu. Triplets ini dilahirkan di UKMSC pada 3hb Jun 2014. Makin ramai cucu 'datuk' ni. Sempat mencecah 36 minggu.

Pasangan ini tidak lupa menghantar berita anak-anak mereka. Saya terharu dapat ramai pesakit seperti ini. Terubat kerinduan dan saya juga dapat melihat perkembangan wajah mereka.

Raya tahun lepas saya dikirim gambar.

Raya tahun ni, mereka lupa mengirim gambar. Mungkin sibuk. Mungkin kerana baru sahaja mengirim gambar triplets ini sewaktu hari lahir mereka Jun yang lepas. Dah 2 tahun dah!


Mereka bertiga ni memang 'anak ayah'. Menurut ibunya; kalau ayahnya balik dari kerja, semua terjerit-jerit nak pergi ke ayah. Kalau ibunya yang balik dari kerja, mereka senyum sahaja. Alahai....
Ayahnya seorang chartered accountant, sudah tentu mahir menguruskan bab angka, setakat 3 sahaja,  memanglah 'kacang'.

Sewaktu majlis ini, mereka dijemput berkongsi kisah rawatan di pentas hadapan (saya akan cerita lebih panjang mengenai ini dalam bahagian akan datang). Malah sudi juga ditemuramah oleh pihak media.

.
.
.

Yang ke-6,7 dan 8.
Satu lagi triplets.
Siapa lagi...

MARISSA MIRZA (Marissa = Yang kuat Berlatih)
MARDHIA MIRZA (Mardhia = Yang Redha)
MAIZA MIRZA (Maiza = Yang Bijak)
(Mirza = Anak yang Baik)

Alahai cucu-cucuku. Model-model bertiga yang cantik macam patung ni memang kini semakin cantik! Ibu mereka memang suka susun ikut umur (berbeza minit) : dari sebelah kiri gambar : Marissa, Mardhia, Maiza. Kembar ini terpilih sebagai pemenang pertama "Mini Me". 


Bayangkan selepas 10 tahun ibubapa triplets ini berdua sahaja tanpa anak, cukup anniversary perkahwinan mereka ke-10, lahirlah triplets pada 20hb Disember 2013 pada usia kandungan 33 minggu. Malah, penyakit kesuburan ibu mereka 'sembuh' kerana 10 bulan sahaja selepas melahirkan triplets itu, ibu mereka hamil lagi tanpa sebarang bantuan pun, triplets kini dah ada adik lelaki (MIRZA SYAAMIL dilahirkan pada 3hb Jun 2015 pada usia 38 minggu). Ada yang menggunakan istilah D.I.Y. untuk kehamilan secara tanpa bantuan ini. Maka bagi mereka yang tertanya apakah selepas ini (berjaya rawatan dan melahirkan) mereka perlu menjalani rawatan kesuburan lagi? Saya jawab : tidak semestinya. Lihat sahaja pasangan ini.

Tiba-tiba saiz keluarga Atok dan Opah sebelah ibu bertambah daripada 1 anak (ibunya anak tunggal), kini terus 'anak-anak' Atok Opah bertambah menjadi 5 orang!

Siapa lagi yang buat baju-baju mereka yang cantik ni kalau bukan Opah mereka.


 Dah besar dah. Dah pandai ambil duit raya (angpow dalam tangan mereka masih terpegang), dah pandai beratur!

Ibunya juga sudi berkongsi kisah rawatan kesuburan di pentas hadapan dalam slot 'sharing moment'. Terima kasih daun keladi. Meraka juga sudi ditemuramah oleh pihak media.


Hampir sepanjang masa, yang sulung, Marissa Mirza memang melekap dengan ayahnya. Maiza Mirza (yang bongsu) di tengah dan Mardhia Mirza di kanan sekali. Maiza dan Mardhia berkongsi uri, mereka dari satu embrio (monozygotic). Adik mereka (yang sebenarnya bongsu) pula tidak ikut hadir.


Ehem-ehem......dah ada yang berkenan nak berkawan dengan kakak-kakak ni. Amboi!

Ada klip video triplets , mari kita lihat:

video
Maiza dipanggil 'adik'. Mungkin ibubapanya tak menjangka akan dapat seorang lagi. Yang betul-betul bongsu setakat ini (Mirza Syaamil) dipanggil Syaamil.

video
Syaamil dah pandai merajuk. Menurut ibunya, Syaamil memang kuat merajuk terutamanya apabila melihat ibunya bersama kakak-kakak triplets.

.
.
.

Seterusnya. Yang ke-9.

MOHAMAD NOAH ARIEF NG
(Arief = Yang Bijaksana atau Cerdik)

Noah dilahirkan di PHKL pada 9hb Februari 2015 di PHKL bersama Dr Idora, selepas lebih 11 tahun ibubapanya berkahwin.


Tetapi apabila melihat gambar ini, kelihatan seperti pengantin baru memegang  adik bongsu  anak saudara sahaja.

Noah bersama ibunya yang memang jelitawan sehingga sering diusik oleh rakan-rakan TTC sebagai Cik... 
Kalau anak-anak mereka cantik macam model, dalam group ini pun ada ibu-ibu jelita macam model, termasuklah ibu Noah. Jika saya tanya, saya pasti ramai yang salah meneka usia sebenar ibu Noah ini.


Nampak sebaya sahaja mereka apabila bersama, seperti menghadiri reunion sekolah, walaupun usia mereka berbeza, ada yang 3-series dan ada yang 4-series. Sehingga habis majlis pun mereka masih duduk berbual-bual seperti ahli keluarga.  Ada ibu Afif (bertudung beige), ibu Nuh (bertudung merah), ibu kembar Haaris-Haadif (bertudung hitam bercermin-mata), ibu Muhammad (berpurdah), ibu Noah (bertudung kuning), ibu Mardhiyya (bertudung merah di belakang ibu Noah) dan pasangan ibubapa yang sedang hamil kembar (belum diberitahu nama bayi-bayi yang bakal dilahirkan kelak).


Dalam gambar ini ada ibu Ammar (paling kiri), ibu kepada kembar Aysyah-Ayyash (Aysyah di dalam gambar - sentiasa senyum), ibu kepada kembar Yassir-Hanis-Husna (bertudung coklat muda di belakang), ibu Nuh (paling kanan, bertudung merah), ibu Noah (bertudung kuning), dan ibu kepada 3 anak (telah meninggal dunia akibat severe prematurity) dan kini hamil 14 minggu - kembar (di hadapan dan di tengah).

Nampak jelas persahabatan mereka.
Pada waktu ini, semakin ramai yang telah pulang.
Saya pun tak sempat bergambar beramai-ramai bersama mereka kerana asyik ditemuramah pihak media.

.
.
.

(bersambung lagi akan datang)

Sekian.

Al-ham-du-lil-lah.
All praise is due to Allah.

8 comments:

  1. Thank you Dr. Adilah kerana sudi masukan kisah kami dalam blog dr. ☺️

    ReplyDelete
  2. sebak julia baca coretan doktor ni...satu satu wajah cucu julia lihat dan perhati dalam dalam...besar sungguh jasa doktor...terima kasih Allah perkenankan doa mereka...aminnnnnnn

    ReplyDelete
  3. YaAllah mg sy juga diberi kesempatan utk memiliki zuriat..

    ReplyDelete
  4. Tq dr Adilah... Next year mcm nak repeat ivf nih...

    ReplyDelete
  5. Terima kasih atas jemputan yea doc..

    ReplyDelete
  6. Assalam.
    Dr, my usual white discharge jadi brown. And sometimes rasa kencing x habis. Bce2 di internet, could be infection. Betul ke? What are the treatments? Will it be painful? Can i just go to a normal clinic atau kena jumpa gynae?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seeloknya jumpa gynae. Mungkin jangkitan. Rawatan lazimnya mudah dan tak menyakitkan

      Delete
  7. Dr adilah sweet sgt..boleh ingat semua kisah kami...tqvm dr n dr hatta..smg dirahmati Allah selalu

    ReplyDelete