Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Monday, 25 July 2016

World Embryologists Day 25th July

Bis-mil-laa-hir-rah-maa-nir-ra-hiiiiim.
In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful.



Embriologis-embriologis kesayangan PHKL. 

Hanya yang tengah (Mr Tham) sahaja yang belum berpunya. Cik Chew Fang (di kiri gambar) masih single tapi setakat ini 'unavailable'. Puan Fariza (kanan gambar) pula ibu kepada 2 anak.

.
.
.

25hb Julai adalah Hari Embriologis Sedunia (World Embryologists Day).

Ia mengambil sempena tarikh lahir bayi pertama hasil persenyawaan tabung uji iaitu Louis Brown yang dilahirkan pada tahun 1978.


Embriologis sangat mempengaruhi peluang kejayaan IVF terutamanya ICSI :

- Kesabaran mencari sperma yang bagus untuk digunakan dalam ICSI.

- Teknik suntikan ICSI (boleh dilihat pada rekod 'ICSI fertilization rate' masing-masing embriologis yang sepatutnya melebihi 70%).

- Ketelitian dalam setiap langkah ICSI, penjagaan ovum, sperma mahupun embrio; kesemuanya dilakukan tanpa mengambil 'short-cut' dan sentiasa disemak/disaksikan oleh embriologis kedua.

.... banyak lagi.

.
.
.

Cuma, mereka bekerja di belakang tabir, maka kadang-kala malah mungkin lebih daripada itu i.e. selalu dilupakan.

Apabila ICSI fertilization rate bagus, doktor yang terlupa mengucapkan 'syabas' kepada mereka.

Apabila pesakit hamil, pun ada doktor yang terlupa menghargai mereka.

Apabila pesakit tidak hamil, ada pula doktor yang cepat menyalahkan embriologis tanpa menyedari bahawa mungkin kekurangan ada di pihak empunya diri sendiri ...... atau mungkin tiada kaitan langsung.

Kasihan embriolgis-embriologis ini.

.
.
.

Peringatan untuk diri sendiri.

Kita berada di sini hanya untuk membantu.

Rezeki hamil atau tiada rezeki hamil bukanlah kuasa kita.

Di samping itu, lakukan semakan semula, teliti; jika ada;  apa kesilapan serta kekurangan dan cuba baiki.

Apabila pesakit tidak hamil, janganlah cepat melatah disalahkan embriologis pula tanpa menyemak terlabih dahulu.

Entah-entah rekod kehamilan pesakit-pesakit mereka rupa-rupanya bagus dengan doktor lain.


Kepada Chew Fang, Fariza, Tham dan seluruh embriologis di mana sahaja;

Happy Embryologists Day!


Sekian.

Al-ham-du-lil-lah.
All praise is due to Allah.








No comments:

Post a Comment