Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Wednesday, 1 June 2016

Single Embryo Transfer, Freeze-All-Transfer-Later lagi.

Bismillahirrahmanirrahim.
in the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful.


Nama saya Ayyash bin Ahmad Tarmizi (bin Ali bin.......) 
(saya teka nama moyangnya pun bermula dari 'A')


Ada baby tu kan.....kan...kan..... (Ayyash la tu)
Ayah dia selalu dijemput tahnik babies lain, termasuklah bayi-bayi dalam group WhatsApp TTC (versi ke berapa, saya pun tak tahu sebab saya tak dijemput jadi bukan ahli).
Al-kisah baby ni pun dilahirkan kelmarin, Isnin 30hb Mei, 2016.

Semalam, ada seseorang menziarahi mereka di UKMSC, tempat baby ni lahir.
Rezeki baby ni.

Mufti Wilayah datang menziarah di UKMSC dan sempat tahnik baby ni.
Bertuahnya....(dah la ayahnya hafaz al-Quran).

.
.
.

Teringat semula bacaan al-Quran yang diperdengarkan ayahnya dahulu. Dia memperdengarkan hafalan 7 ayat dari surah ash-Syura bermula ayat 47. Yang berkait dengan kurniaan anak ni ada pada 2 ayat, iaitu ayat 49 dan 50.

Malunya saya.....sebab saya nak hafal 2 ayat yang dibaca ayahnya ini pun masih 'fail'!!!
Dua ayat sahaja pun!
Dsvai ('2' dalam bahasa Jerman).
Loro ('2' dalam bahasa Jerman-Asia aka Jawa)
Dua ayat ni pun saya tak terhafal.
Walaupun setiap kali saya tulis 2 ayat tersebut di blog ini, saya sengaja taip satu persatu, bukannya copy-n-paste.

Kali ini, saya nak tulis/taip juga semula ayat tu. Satu persatu berdasarkan 'direct translation' Arab-Melayu atau Arab-Inggeris yang saya cuba fahami dari (klik sini) link klip video bacaan beliau


Mari kita Saya nak ulang semula dua ayat tersebut:

Ayat 49
Bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan di bumi, Dia menciptakan apa yang dikehendakiNya . Dia mengurniakan kepada sesiapa yang dikehendakiNya anak-anak  perempuan dan Dia mengurniakan kepada sesiapa yang dikehendakiNya anak-anak lelaki. 

To Allah belongs the kingdom of the heavens and the earth. He creates what He wills. He bestows upon whom He wills females (offspring), and He bestows upon whom He wills males (offspring). 

Ayat 50
Atau Dia mengurniakan mereka kedua-duanya : anak-anak lelaki dan anak-anak perempuan. Dan Dia juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya mandul. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.

Or He bestows them both males and females. And He renders whom He wills barren. Verily, He is the All-Knower and is Able to do all things.


Ayyash adalah satu lagi kes freeze-all-transfer-later dan single embryo transfer.
Pada waktu itu, freeze-all-transfer-later bukanlah kaedah rutin saya, hanya dalam kes tertentu sahaja.
OPU beliau pada April 2015 sedangkan saya melakukan freeze-all-transfer-later secara rutin pada mulai penghujung 2015 sahaja.

Kepada yang rajin nak baca semula kisah mereka, boleh gunakan link ini:
(buka link dan scroll bawah lagi)
Kepada yang 'tak rajin', saya ringkaskan:

Usia 31 tahun.
Berkahwin Jun 2011.
Protokol IVF beliau : Alaaa, senang je nak teka protokol saya, cuma bahan-bahannya/ubat-ubatnya yang berbeza):

- Antagonist Protocol with Agonist Triggering
- OPU-ICSI
- Freeze-all-transfer-later with Vitrification for freezing technique
- FET using endometrial priming approach.
- Single embryo transfer., semestinya blastocyst.


OPU pada 20hb April 2015.
Saya ingat tarikh itu kerana 20hb April itu kan tarikh keputeraan Nabi Muhammad (pbuh). Dan tarikh itulah saya akan gunakan untuk sindir bahas mereka yang suka 'menjual' rahsia tarikh lahir, menilik dan mengaitkan tarikh lahir dengan keperibadian seseorang, nasib, tuah dll; saya hanya menggunakan satu ayat/soalan sahaja : Hitler pun lahir 20hb April. So?
Mereka berehat lama kerana kesibukan Ustaz menghadiri jemputan program, hanya selepas raya baru masuk program FET.
FET pada bulan Oktober 2015.


Ubat ditukar sejajar mengikut hari FET.
Ini sangat penting dalam FET kerana hari penukaran ubat perlu setepat mungkin bagi membolehkan embrio implantasi dalam 'window period' itu. Jika terlewat atau tercepat, embrio tak boleh implantasi.


Embrio pada hari FET. Gambar ini diambil terus dari kanta mikroskop. Ada 2 embrio. Pada usia day-6, 1 embrio baru jadi blastocyst (dimasukkan) dan 1 lagi masih tahap morula (dibuang).


Yang di bawah ini pula gambar yang saya ambil dari monitor. Lazimnya, pada hari ET, kami bawa pasangan melihat embrio pada monitor ini (bukannya dari mikroskop tau) dan kami (berbincang mengenai perkembangan embrio-embrio secara kesemuanya, gred serta apakah dan berapakah embrio yang dicadang untuk dimasukkan. Saya kemudiannya akan WhatsApp gambar embrio ini kepada mereka. 


Single Embryo Transfer.
Day-6 blastocyst. 
Embrio yang sama dengan blastocyst dalam gambar di atas tu. 
Embriologis bagi gred 3BC.


Ada lagi 4 embrio masih tersimpan-beku pada usia day-5 (1 embrio blastocyst di dalam 1 straw dan 3 lagi embrio peringkat cleavage-stage di dalam 1 straw).


Ayyash dilahirkan tidak cukup bulan. Ibunya mengalami 'leaking' pada awal pagi Isnin, baru 36 minggu dan 1 hari usianya, bersalin secara pembedahan Caesarean.
Berat 3.15kg.


Jika diimbas kembali, inilah gambar embrio pada Day-5 selepas OPU, hari mereka dibekukan. Mereka dibekukan di dalam 3 straw berasingan:
- 1 straw mengandungi 1 blastocyst (kini masih tersimpan-beku)
- 1 straw mengandungi 1 morula dan 1 blastomere (ini yang di-thawed sewaktu FET)
- 1 straw lagi mengandungi 3 blastomere (pun kini masih tersimpan -beku)

Jika anda nak bertanya, mengapa tak di-thaw straw yang mengandungi blastocyst tu?
Sebenarnya kan kan kan, sejujurnya saya dah lupa mengapa (lariiii...). Nanti saya tanya embriologis saya.

Mungkin Allah nak beri peringatan pada saya bahawa : tidak semestinya embrio yang lambat perkembangannya dan kurang cantik grednya tidak berjaya dilahirkan sempurna sihat. 


Terima kasih kepada Prof. Azurah di UKMSC kerana menjadi pakar perbidanan mereka dari usia kandungan trimester kedua sehingalah sekarang.
Tahniah Puan Noorul Ain dan Ustaz Ahmad Tarmizi.
Ingat-ingatlah yang berempat di PHKL ni ya.
Ada 4 lagi frozen-stored embryos di sini.


Kepada Noorul Ain : Selamat Hari Raya Aidil Fitri (dan selamat mengganti puasa).

(.....saya masih merangkak terhenti-henti cuba nak ingat makna 2 ayat al-Quran di atas....).


Alhamdulillah.
All praise is due to Allah.















3 comments:

  1. Selamat berpuasa doctor! Lepas raya nanti kita 'dating' sekali lagi :D InsyaaAllah.

    ReplyDelete
  2. inshaAllah dilapangkan dada untuk mengingati ayat2 tu. Cepat betul masa berlalu. Baru macam hari tu baca success story couple ni. :)

    ReplyDelete