Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Monday, 6 June 2016

'Morning Sickness'

Bis-mil-la-hir-rah-ma-nir-ra-him.
In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful.


Soalan yang kerap ditanya apabila menghampiri bulan puasa;

"Saya ni boleh puasa tak?"

Saya memang kurang ilmu untuk membahaskan mengenai isu bolehkah meneruskan berpuasa bagi wanita hamil.

Maka, apabila ditanya, saya hanya memberikan jawapan secara kiasan;

"Dalam Quran, tak ada pun ayat larangan wanita hamil daripada berpuasa. Tetapi...."

..... dan saya sambung dengan pendapat ulama' mengenai mereka yang dibolehkan berbuka jika khuatir mengenai kesihatannya atau keselamatan janin dikandungnya sekiranya mereka meneruskan berpuasa.....

..... dan saya minta mereka bertanya lanjut dengan alim ulama' mengenai hukum serta mengenai mengganti puasa atau membayar fidyah atau kedua-duanya kelak.

.
.
.

Saya ingin menulis mengenai 'morning sickness'.
Istilah perubatan bagi 'morning sickness' adalah hyperemesis gravidarum.

Morning sickness lazimnya dialami sewaktu trimester pertama kehamilan (13 minggu pertama).
Ini kerana :

Morning sickness berkait dengan paras hormon hCG di dalam darah. Semakin tinggi paras itu, semakin menjadi-jadilah morning sickness yang dialami. Sebab itulah morning sickness lebih ketara pada kemuncak paras hCG di dalam badan iaitu pada sekitar usia kandungan 8-10 minggu dan semakin lega selepas itu kerana paras hCG mula menurun dan dijangka pulih sepenunya apabila memasuki trimester kedua. Ini untuk kebanyakan wanita hamil, bukan kesemua wanita hamil. Morning sickness juga lebih ketara dalam kandungan kembar (kerana hCG lebih tinggi parasnya).

Morning sickness juga bukanlah terhad kepada 'morning' sahaja malah, terutamaya bagi wanita bekerja, morning sickness lebih terasa pada waktu petang atau malam, selepas pulang ke rumah. Ini mungkin kerana pada waktu bekerja, kita 'lupa' disebabkan kesibukan bekerja dan hanya setelah tiba di rumah sahaja barulah kita 'teringat' semula nak 'morning sickness'.



Tidaklah diketahui mengapa ada wanita mempunyai paras BhCG ketara lebih tinggi berbanding wanita lain, walaupun usia kandungannya sama dan bukan kandungan kembar.

.
.
.

Baru-baru ini, ada kajian ke atas lebih 5 juta wanita hamil dengan lebih 8 juta kehamilan di England dari tahun 1997 sehinggalah tahun 2012 (15 tahun) mendapati hyperemesis gravidarum ada kaitan lebih dengan golongan wanita di bawah:

- Belum pernah mempunyai anak sebelum ini.
- Berusia muda
- Dari negara Asia
- Hamil janin perempuan
- Hamil kembar
- Dari latar belakang sosio-ekonomi yang lebih tinggi
- Mempunyai penyakit thyroid
- Mempunyai penyakit parathyroid
- Mempunyai penyakit Diabetes Type I
- Mempunyai paras kolesterol darah yang tinggi


Memandangkan kebanyakan pesakit saya hamil anak pertama, tidak hairanlah kebanyakan mereka mengalami morning sickness yang ketara. Kasihannya....

Adakah anda mengalami hyperemesis gravidarum yang teruk dan berpanjangan berbanding rakan-rakan anda?


Sekian.
Al-ham-du-lil-lah.
All praise is due to Allah.

5 comments:

  1. Saya setiap hari alami sehingga hari last sebelum czer Dr. 7 bulan x makan nasi putih.. tragis..

    ReplyDelete
  2. Hmmm.....siapa boleh lupa kes unik macam Mama Afif ni? Dari awal hamil sampai bersalin dapat morning sickness 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila fikir balik macam mana la dulu cuma makan buah dan sayur huhu.. Alhamdulillah atas nikmat.. x pernah serik..

      Delete
  3. Ada. Mama mengandung keenam-enam orang anak, sickness sampai 16 weeks. No food lasts more than 5 minutes dalam perut.
    Kakak mengandung anak ketiga sickness sampailah a few hours into labor.
    Saya, 16-17weeks baru berhenti. Sekarang masih berjaga-jaga dalam third trimester.

    but it was all worth it. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm.....mungkin kita patut kaji faktor keturunan.

      Delete