Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Tuesday, 14 June 2016

Berpuasa : Wanita hamil, menyusu badan, menggunakan alat perubatan dll

Bis-mil-la-hir-rah-ma-nir-ra-him
in the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful.


I am a hoarder when it comes to My-Clone's artwork. She coloured this during her primary-school era

.
.

Masih mengenai berpuasa yang ada kaitan dengan bidang rawatan saya sebagai doktor sakitpuan, di antaranya mengenai wanita hamil, menyusu badan dan penggunaan alat perubatan ke dalam rongga tertentu. Haruskah mereka berbuka puasa?


Saya ingin memberi 2 link mengenai pendapat 2 ulama' di negara kita.
Satu dari guru haji saya, Dr Abdul Basit Abd Rahman (Abu Anas Madani)
Satu lagi dari Mufti Perlis, Prof Madya Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Saya cuba mencari link dari Ustaz Dr Zaharuddin tetapi tak jumpa di alam cyber ini.
Anda juga bolehlah menggunakan pendapat ulama' yang anda sering mendapatkan panduan.

Sila klik di bawah:






Begitulah caranya apabila para ilmuan/ahli akademik membincangkan sesuatu perkara atau masalah. 'Solid' berasaskan kepada rujukan yang sahih, bukan hanya kepada pandangan peribadi sahaja dan terus menjatuhkan hukum sesuatu permasalahan. Perbincangan mereka memerlukan kita berfikir sebelum mengambil keputusan, maklumlah ada beberapa pendapat berbeza mengenai perkara-perkara di atas.

Maka, apakah kesimpulannya/hukumnya?

Lain wanita hamil, lain keadaannya.

Ingat, setiap kita ni kan 'one in 70 trillion'.

Apa-apa pun;

Kita hendaklah berhati-hati terutamanya jika ilmu agama kurang seperti saya. Apa yang saya tulis di dalam perenggan ini, eloklah dapatkan kepastian dari guru agama masing-masing. Ada pandangan yang mengatakan semua wanita hamil wajib berpuasa (niat berpuasa dan seeloknya bersahur). Hanya apabila sedang berpuasa dan jika termasuk dalam kelonggaran yang dinyatakan di link kedua di atas, maka barulah berbuka kerana telah jatuh hukum harus berbuka puasa, sama ada pada waktu pagi, mahupun tengahari atau lewat petang. Allah Maha Mengetahui.

.
.
.

Saya ingin kongsi pengalaman saya sebagai ibu hamil (kisah dahulu kala).

Sewaktu saya hamil My-Clone dahulu, usia saya baru sahaja 28 tahun. Pada sebulan Ramadhan itu, kandungan saya berada pada usia 34 minggu sehingga memasuki 38 minggu, iaitu dalam trimester ketiga.

Saya tiada penyakit dan kandungan saya sihat pertumbuhannya.

Saya baru memasuki semester kedua dan tahun pertama kursus kepakaran di HUKM. Pada semester kedua itu, saya menjalani kursus elektif di Unit Colorectal Surgery. Mujurlah saya diberi kelonggaran pada bulan Januari itu untuk tidak melakukan on-call. Pagi dan tengahari buat ward round, kemudian sama ada memeriksa pesakit di klinik ataupun berada di bilik bedah sebagai pembantu ataupun hanya 'observing' sahaja. Kesimpulannya - beban kerja saya tidaklah berat.

Kesihatan fizikal saya juga mencukupi. Dalam ayat sebenar, saya 'cukup makan'. Err.....maklumlah berat badan pun bertambah sesuka-hati melebihi 20kg sehingga memerlukan saya menjalani ujian MGTT, mujurlah normal. 

Morning sickness pun dah lama tamat (kalau saya nak bohong pun orang tak percaya kerana berat badan naik berlebihan).

Maka, saya berpendapat bahawa saya wajib berpuasa dan wajib meneruskan berpuasa saya kerana saya mampu. Lagipun, saya telah merancang untuk menyusu badan secara eksklusif selepas bersalin. Saya berkira-kira, jika saya tidak berpuasa, bilakah agaknya saya dapat mengganti kesemua 30 hari itu? Saya kena kuatkan semangat untuk berpuasa penuh.

Sahur tak tinggal. 
Berbuka pula lagilah tak tinggal.
Lewat malam pun makan lagi (erk?)
Hmm......

Saya dapat meneruskan berpuasa sebulan penuh.

Saya hanya bercuti raya 2 hari (Selasa dan Rabu). Masuk hari raya ketiga (Khamis) dah bekerja semula sehinggalah hari saya bersalin iaitu Sabtu (waktu itu, Sabtu masih hari bekerja separuh hari), pada usia kandungan saya 38 minggu dan 4 hari setelah air ketuban pecah secara tiba-tiba di sebuah pasaraya di Cheras pada waktu tengahari ketika saya makan tengahari. Terus balik semula ke HUKM.

A short labour (tidak sampai 4 jam). 
Under Epidural (on 3rd attempt baru jarum tu masuk. Phew! Leganya bila sakit contraction terus tak rasa lepas tu).
Normal delivery.
My-Clone selamat dilahirkan pada 5 Syawal waktu senja 7.17pm.
Good birth weight 3.3kg.
Back home the very next morning.


Ambil cuti 11 hari, campur weekend dapatlah keseluruhan cuti bersalin 2 minggu. (ada pilihan cuti 6 minggu, tetapi kenalah 'extend' 1 semester pula, saya tak nak). Waktu belajar kursus kepakaran terutamanya di pusat (HUKM), cuti memanglah sangat berharga kerana malah dikira/rekod satu persatu (tak de 'tutup sebelah mata/unrecorded'). Hanyalah 14 hari bagi setiap semester pengajian kursus, termasuklah Sabtu. Saya ambil 11 hari sebagai cuti rehat selepas bersalin bersalin, ada baki 3 hari sehingga tamat semester kedua pada penghujung Mei 1999 saya simpan sebagai bekalan, manalah tahu jika My-Clone tidak sihat. 


Back at work (dan sambung kursus) right after that. 
My-Clone lahir Sabtu 23hb Januari.
Saya masuk kerja semula Sabtu 6hb Februari.
Masuk jadual on-call lagi, cuma on-call di sana tidaklah sesibuk on-call di Unit Obsts Gine dan saya hanyalah sebagai junior M/O ketika itu. Ada beberapa hierarki : senior M/O on-call dan registrar on-call sebelum dirujuk kepada specialist on-call.
Mokcik pergi kerja pakai bengkung (tapi bengkung moden ie binder sahaja, tak lah nampak tebal sangat) sehinggalah habis tempoh 6 minggu 'berpantang'.
Lunch hour atau waktu terluang, saya 'lari' ke nurseri di HUKM untuk menyusu My-Clone.
Waktu on-call pula, the Daddy dan Tok and family (my MIL dan anak-anak menantunya) yang memelihara M-Clone.



(Now you understand why I take leave during every school holiday and have stopped doing Obstetrics/deliveries for many years - I am trying to make up for the lost times/opportunities during my early years of working. Having said that, I have my reasons for sending her to that boarding school, but that is anoher story)


Seperti yang saya katakan tadi, setiap orang lain keadaannya.
Walaupun saya digelar 'Si Lembik' masa kecil-kecil dahulu, kadang kala keadaan membuat kita 'terpaksa' melakukan sesuatu yang kita sendiri tidak jangka dan nak tak nak, saya kenalah kuatkan semangat. Saya terpaksa berbuat demikian kerana tak nak tangguhkan pengajian walaupun 1 semester. Saya bukan dari keluarga senang dan saya tidak mahu lewatkan pengajian yang memerlukan peperiksaan ni. Mokcik tak suka sungguh nak ambil exam. Lagipun semakin saya membesar, saya dah makin 'kuat' dan tak lembik lagi. Sehinggakan ada pesakit yang mengibaratkan saya seperti 'Askar Wataniah' apabila terlihat saya berjalan di luar kawasan hospital (erk!).

Hmm...dah 'kelaut' dah ni.
.
.
.

Semoga link di atas menguatkan lagi pemahaman anda mengenai isu wanita hamil/menyusu berpuasa dan penggunaan alat perubatan (dalam bidang saya : TVS, penggunaan jel ultrasound ke atas kulit, suntikan ubat dll).

Anda digalakkan memberi input di ruang komen mengenai link-link lain yang boleh memberi panduan kepada pembaca (tapi saya akan tapis, muahaha).
Danke schoen ('terima kasih' dalam bahasa Jerman).


Sekian.
Al-ham-du-lil-lah
All praise is due to Allah.

2 comments:

  1. Assalamualaikum Dr.
    Boleh saya tahu, berapa kos untuk buat prosedur IVF di PMC, dan adakah
    dapat buat claim sekiranya kami kakitangan kerajaan. Terima Kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagi kakitangan kerajaan, saya tak pasti sama ada kini masih boleh membuat tuntutan kerana perkhidmatan rawatan kesuburan kini ada disediakan di beberapa hospital kerajaan (dahulunya boleh dibuat tuntutan atas sebab perkhidmatan IVF tiada disediakan oleh hospital kerajaan). Bolehlah bertanyakan pihak pentadbiran tempat kerja anda sama ada pekeliling kerajaan mengenainya masih dipakai lagi

      Delete