Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Thursday, 30 June 2016

Back to School(book)

Bis-mil-laa-hir-rah-maa-nir-ra-hiiiiim.
In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful.


Hati merasa sangat teruja semula.
Saya dapat buku baru!!!!


Sewaktu 'clinical attachment' terbaru saya pada bulan Mac yang lalu, saya ada meminta panduan dari Cikgu IVF saya;

"Dr Fisher, bolehkah anda cadangkan buku teks rujukan yang bagus untuk Gynae-Endocrinology ?" (setelah dialih bahasa).

Beliau pun memberitahu akan 2 buku berkenaan dan ....

"Nanti, bila kita balik ke bilik saya, saya akan tunjukkan anda buku-buku tersebut" (juga dialih bahasa).

Selepas habis kes OPU, kami pun kembali ke bilik beliau. Cikgu IVF saya pun menunjukkan 2 buku tersebut.

Beliau menyambung lagi;

"Anda patut baca buku yang ini dahulu (sambil menunjuk kepada buku pertama) kerana ianya lebih asas dan lebih mudah difahami. Inilah 'bible' bagi Gynae-Endocrinology. Setelah anda habis membaca buku ini, barulah anda membaca buku yang lagi satu ini pula."

.
.
.

Saya cuba mencari di kedai buku-buku perubatan tempatan, tetapi jawapan yang diberikan mengecewakan. Tiada stok (read : tak dijual).


Maka saya pun gunakan pilihan lain, beli terus dari penerbitnya di USA.


Semalam, bungkusan pos yang saya tunggu-tunggu tiba akhirnya, selepas 10 hari order dan bayaran dibuat sebanyak lebih sedikit RM1000 termasuk kos pos. Masuk bab belajar, saya sentiasa ingat kata-kata Tun Dr Mahathir :

"Usah berkira belanja wang untuk beli buku".

Maka, inilah buku tersebut, kini ada di hadapan saya. Nampaknya kini lebih tebal daripada yang ditunjukkan kepunyaan Cikgu IVF saya. Maklumlah, dah bertambah lagi 5 edisi.

Hmmm....jika dilihat ketebalannya berbanding laptop saya di bawahnya, bilakah agaknya saya dapat habis membaca dan memahami keseluruhan buku ini?

Dengan :

-  Bilangan mukasurat sebanyak lebih 1400. What? 
- Hard cover book seberat 6.95 pound (bersamaan 3.15kg, kenalah saya membaca sambil beradab duduk dan buku diletakkan di atas meja sahaja, bukannya secara santai berbaring dan meletakkannya di riba atau dada).
- Saiz font yang kecil (macam saiz 8 je ni? Kenalah memakai cermin mata rabun dekat).

Saya kuat berazam nak habiskan membaca dan faham sebelum cuti Disember ini, insya' Allah.
Ada 5 bulan bermula Julai ini, bermakna sekitar 300 muka sebulan atau 10 mukasurat setiap hari.

.
.
.

Yang pertama saya buka adalah mukasurat terakhir.
Bila saya lihat mukasurat terakhir buku ini (sebelum apendiks);


Ada ditulis mengenai 'conversion factor' beberapa hormon penting bab ini, berserta julat normal nilai setiap hormon tersebut.


Kemudian, seperti biasa, saya akan baca dahulu 'preface' dari penulis, seorang Profesor Emeritus di USA yang sedia terkenal di peringkat antarabangsa dalam topik berkaitan hormon (Reproductive Endocrinology, Menopause,  Hormone Replacement Therapy, Contraception). Sungguh menarik tulisan 'preface' beliau apabila menceritakan niat beliau untuk sentiasa membaiki kandungan buku ini selengkap mungkin supaya pembaca (kami lah tu) dapat memberikan rawatan terbaik kepada pesakit-pesakit kami.


Ini bukan buku IVF.
Ini adalah buku pengetahuan mendalam mengenai topik Sakitpuan dan hormon-hormonnya.


Saya mesti baca dan faham betul-betul kandungan buku ini.
...dan saya dah boleh mula hafal kesemua 'conversion factors' pada mukasurat terakhir itu dari sekarang.


Now, I am 'occupied'.
(Ingat tak iklan 2 kanak-kanak belajar berbahasa Inggeris menyebut 'oc-cu-pie-eid' dahulu?)


Al-ham-du-lil-lah.
All praise is due to Allah.

1 comment:

  1. Semoga Allah beri kefahaman yang baik :)

    ReplyDelete