Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Monday, 20 June 2016

Another Successful IVF Story

Bis-mil-laa-hir-rah-maa-nir-ra-hiiim.
In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful.





Ibu bayi baru sahaja bersalin minggu lepas. Bayi ini dilahirkan pada usia kandungan 38 minggu, seberat 2.8kg. Bertambah berseri  pengantin perempuan ini  bayi ini dengan warna hijau tu.

Saya belum pernah bercerita mengenai ibu beliau sebelum ini.


Terima kasih kerana sudi berkongsi kisah di sini, untuk panduan umum.
Kisah rawatannya berlainan dengan kebanyakan pesakit IVF saya.

Usia : 34 tahun (masih muda)
Berkahwin : April 2012

IVF kali pertama June 2015 : 
Protokol dirancang : Stimulation-Antagonist protocol-agonist triggering-OPU-ICSI-blastocyst culture-ET.
Tetapi apa yang berlaku, tiada ET dilakukan. Ini kerana, pada hari OPU (29.06.2015), didapati beliau mengalami ovulasi awal. 
Maka hanya 3 sahaja telur yang diperolehi (2MII dan 1MI)
ICSI ke atas 2 telur MII : 2 fertilized

Cuma 1 sahaja yang membahagi tetapi lambat perkembangannya (day-3 baru 2C2), 1 lagi pula tidak membahagi.
Pesakit memilih untuk freeze embrio tersebut. ET tidak dilakukan.

Mereka kemudiannya membuat keputusan untuk mencuba stimulation-OPU sekali lagi, mudah-mudahan kali ini dapat embrio yang bagus grednya. Embrio yang sedia beku itu terus disimpan.

.
.
.

IVF kali kedua pada Ogos 2015.
Kali ini, saya ubahsuai ubat-ubatan yang digunakan dalam protokol ini, dengan tujuan untuk mengelakkan ovulasi awal.
Masih Antagonist Protocol tetapi ubat antagonist dimulakan lebih awal dan ditambah.
Cuma, beliau terpaksa menjalani ujian darah /hormon secara berkala (tidak saya lakukan dalam pesakit-pesakit lain)
Masih Agonist triggering.
Dah plan awal-awal untuk freeze-all-transfer-later

OPU pada 18.08.2015 : dapat 7 telur (5MII, 1MI dan 1 lagi abnormal MII)


ICSI atas 5 MII normal : semua 5 fertlized dan dibekukan pada day-3 dalam 2 straw.


FET pada bulan berikutnya
Yang ini saya gunakan ubat endometrial priming seperti kebanyakan pesakit saya yang lain.
Embriologis thawed 1 straw yang mengandungi 2 embrio.
Kemudian dilakukan extended culture sehingga usia day-5.
FET dilakukan pada 28.09.2015

Kedua-dua embrio menjadi blastocyst : gred 3BB dan 3BC dan hatching

Luteal support : pun saya gunakan ubat seperti kebanyakan pesakit lain (sama ada gel atau kapsul progestin vaginal). Cuma, beliau mengalami kesan samping 'local', maka saya tukar kepada ubat suntikan (Ouch! Sakit ni sebab ubat ni dari minyak).

BhCG menunjukkan paras yang baik, besar kemungkinan seorang sahaja ni.

Beliau disahkan hamil secara klinikal dengan seorang janin (besar kemungkinan dari embrio 3BB).
Saya followed-up sehingga usia kandungan 12 minggu, sebelum merujuk beliau kepada Pakar Perbidanan pilihan beliau, Dato' Dr Abdul Aziz Yahya di Pusat Perubatan Prince Court (PCMC).

Jangka bersalin pada 17.06.2016 tetapi sehingga cukup bulan, kandungan masih berada dalam kedudukan 'breech'. Maka Pakar Perbidanan beliau pun melakukan pembedahan Caesarean pada 03.06.16 baru-baru ini di PCMC. 

Beliau masih ada frozen embryos :
- 1 straw mengandungi 3 embrio dari OPU kedua
- 1 straw mengandungi 1 embrio dari OPU pertama


Data dari beliau yang boleh dimasukkan ke dalam kumpulan statistik kami:
Denominator
- bilangan OPU = 2
- bilangan ET = 1

Nominator
- bilangan kehamilan = 1
- bilangan implantasi = 1/2 embrio yang dimasukkan
- bilangan delivery = 1
- bilangan live birth = 1

.
.
.

Perbincangan
Ada pesakit yang boleh mengalami ovulasi awal (sebelum jangkaan OPU), namun lazimnya bagi wanita lebih berusia sedangkan beliau masih muda lagi. Saya tidak menjangkakan dalam keadaan beliau kerana usia beliau masih muda. Malah, untuk OPU kedua, saya awalkan lagi waktu OPU beliau sebanyak tambahan 15 minit.

Yang saya pasti, bukanlah disebabkan kesilapan penjagaan suhu ubat dan teknik suntikan kerana pasangan ini memang begitu teliti. Hampir setiap arahan yang saya beritahu (dan saya tuliskan), beliau akan tulis semula dalam satu buku nota khas beliau. Suaminya juga akan menyemak dos ubat serta teknik penyediaan ubat dan beliau menyuntik isteri beliau. 

Saya juga kurang pasti mengapakah kualiti embrio pada IVF pertama kurang bagus. Adakah kerana ubat? Adakah kerana faktor dalaman? 

Apakah saya akan menggunakan pendekatan ubat tambahan ke atas pesakit lain selepas itu? Jawapan saya = tidak. Ini kerana sangat jarang ia berlaku. Malah dalam kebanyakan pesakit yang lebih berusia juga saya tidak berbuat demikian, kecuali jika saya dapati saiz folikel membesar melebihi jangkaan saya sewaktu monitoroing. 


Sekian.
Al-ham-du-lil-lah.
All praise is due to Allah.



4 comments:

  1. salam dr. saya nk tnya..saya ada frozen embrio day 3..kalau saya nk transfer ke phkl n buat fet boley ke jdikan embrio tu blastocyst before et? or day 5 transfer..hope to see ur answer..tq in advance dr

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, insya' Allah. Ini yang kami selalu lakukan pun

      Delete
  2. Assalamualaikum dr, September ini genap setahun sy berkahwin. Period sy teratur setiap bulan tp msih belum ada rezeki. Sy juga belum pernah berjmpa mana2 pakar sakit puan.

    Soalan sy, kalau sy hendak memulakan rawatan, suami sy perlu ada bersamakah? Sbb kami tinggal berjauhan atas tuntutan kerja.

    Atau ada apa2 advise utk kami as 1st step ke arah rawatan kesuburan ini.

    Waiting for ur replies. Tq doc!

    ReplyDelete
  3. Boleh sahaja berjumpa doktor pakar sakitpuan berseorangan tanpa suami. Kelak, suami akan diminta membuat ujian air mani dan beberapa ujian darah.

    ReplyDelete