Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Sunday, 15 May 2016

Triplet Mardhia Selepas Pembedahan Mata

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful.



Saya teruja nak berkongsi kegembiraan mengenai Mardhia, salah seorang triplet hasil memasukkan 2 embrio blastocysts dahulu. Mardhia baru sahaja menjalani pembedahan mata di HKL.

Terima kasih kepada ibunya yang sudi berkongsi berita gembira ini. Terima kasih kepada yang mendoakan kejayaan pembedahan Mardhia.

Bolehkah anda kenal yang mana satu Mardhia ? Saya bagi clue - dialah yang paling kecil sewaktu dilahirkan pada usia kandungan hanya 33 minggu, tidak sampai sekilogram.

Cantik-cantik anak-anak dara ni. 
Dari kiri gambar ke kanan : Maiza Mirza, Marissa Mirza dan Mardhia Mirza.
Dah macam model dah mereka menggayakan baju, kasut dan cermin mata hitam. Saya teka : agaknya Opah mereka yang jahitkan baju-baju tu. Mereka dilahirkan pada penghujung November 2013, gambar ni diambil bulan lepas, selepas pembedahan Mardhia. 



Pada hari pembedahan 11 April baru-baru ini, selepas pembedahan. Ibunya, seperti kebanyakan ibu-ibu lain, menangis pagi itu. Saya nak teka lagi, agaknya Opah mereka pun menangis juga.... Iyalah, dah setiap hari menjaga dari bayi pula tu.


Dah saya kata, memang budak-budak ni dah macam model pakaian dan cermin mata hitam. Yang ni saya memang akan tergelak bila tengok. Selepas pembedahan, yang kena pakai cermin mata hitam tu Mardhia, tetapi Marissa dan Maiza sibuk minta nak pakai juga pun nak bagi moral support :)


video
Klip video lama. Nak bagitau yang baju biru cantik ni memang Opah mereka yang jahitkan (sebab saya suka baju biru cantik ni dan saya tanya ibunya beli kat mana). Tu sebab saya teka baju-baju lain yang cantik pun Opah mereka jahitkan.


Mardhia (di tengah) sebelum pembedahan. Yang ni gambar lama.


Mardhia (pun di tengah) selepas pembedahan. Bila bergambar, ibunya selalu menyusun ikut umur (walaupun waktu kelahiran berbeza beberapa minit sahaja). Yang paling kanan ialah Marissa (sulung), diikuti Mardhia (kedua) dan Maiza paling kiri (ketiga). Mardhia dan Maiza kembar monozygotic (seiras).


Semakin jelas bulat dan cantik mata Mardhia sekarang.


video
Bukan senang nak menjaga anak umur sebegini, apatah lagi triplets. Opah mereka sabar sungguh menjaga mereka. Nak jaga 4 cucu (3 sebaya dan seorang baru nak masuk setahun Jun ini). Dah macam tadika sebab yang 3 orang tu sebaya kan? Riuh sungguh! Saya pening, hahaha...


Saya tanya ibunya; 

"Adik (Mirza Syaamil) dia orang boleh tidur ke macam ni?"

Anda dah boleh teka jawapannya;

Lihat dan dengar suara keempat (bunyi tangisan) dalam video di bawah....



video

Apakah persamaan kedua video di atas ini? 
Ya, betul!!!
Tempat penggambaran tidak lain dan tidak bukan ialah di atas almari kecil. Punya banyak sofa kat rumah tu, atas almari ni juga yang mereka suka panjat dan duduk.


Saya dah pening kepala semula (bila fikirkan 'triple' perbelanjaan).
Ni baru 3 beg sekolah.
Nanti bila betul-betul masuk sekolah.......

.
.
.

Eh! Jap!
Nak tunjuk satu lagi klip video.

video
Heheh! Ingat tak dulu saya suruh triplets ni conteng dinding rumah kertas?. Haaa! Mereka dah semakin rancak 'menulis' di rumah. Memandangkan ibunya belikan yang 'washable crayons' maka dinding rumah tu memanglah masih cantik. Dengar tak Marissa panggil adiknya (Syaamil)? Bayangkan kalau Marissa di luar 'pagar' tu, mungkin dah diberinya crayon tu pada Syaamil.

Saya terkejut rupa-rupanya beg sekolah mereka tu pun Opah yang buatkan.
Apa lagi agaknya kemahiran Opah mereka.
Di tengah-tengah kesibukan menjaga 4 cucu ni, sempat buat itu ini.
Beruntunglah mereka dapat Opah rajin dan pandai.
Ibu triplets ni rupanya anak tunggal (Aha! Anak manja la tu!)
Anak-anak ni lahir selepas lebih 10 tahun ibunya 'hamil'.
Memanglah dilimpahi kasih sayang ibu, ayah, Opah dan Atuk mereka.
Kini, ibu mereka kena berebut kasih sayang dari Opah dan Atuk, sebab kini 'anak-anak' Opah dan Atuk dah bertambah lagi 4 orang.



Saya cuba upload gambar Opah dan Atuk mereka malam ni, tapi tak boleh la pulak. Gambar mereka pun pemalu. Malam esok saya cuba lagi.

OK. Baru tamat cerita.
.
.
.

Hmm....bilalah agaknya triplets-from-2 blastocysts lagi satu tu nak hantar berita?



Sekian.
Alhamdulillah.
All praise is due to Allah.

1 comment:

  1. comelnya.... memang tiga-tiga mirza pandai bergaya..

    ReplyDelete