Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Monday, 30 May 2016

Ringkasan Rawatan IVF.

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful.



Seperti semua pesakit saya yang hamil, sudah sampai masanya saya 'serahkan' dia kepada doktor yang akan menyambut bayinya kelak. Kandungan beliau minggu ini telahpun masuk 12 minggu. Ubat untuk LPS (Luteal Phase Support) pun dah tak perlu digunakan lagi. Minggu depan beliau akan memasuki trimester kedua. Cepat sungguh masa berlalu. (kes beliau ada ditulis di dalam post ini)


Seperti pesakit-pesakit saya yang lain, saya 'bekalkan' ringkasan rawatan IVF beliau yang mengandungi maklumat penting, kesemuanya dimuatkan di dalam satu mukasurat A4 sahaja. Jika isinya banyak, maka saya terpaksa kecilkan saiz font seperti ringkasan di atas menggunakan saiz '8'. Kalau doktor tu sama rabun tua (presbyopia) seperti saya, terpaksalah beluau menggunakan cermin mata yang sesuai untuk membacanya.



Ringkasan ini sepatutnya disimpan oleh pesakit dan saya akan suruh buat 1 salinan untuk diberikan kepada pakar perbidanan beliau. Di dalam fail beliau di PHKL memang dah ada 1 salinan untuk rekod. Pesakit di atas memilih untuk kembali ke hospital tempat beliau menjalani OPU dahulu, dengan doktor pakar yang sama. 


Ingat ya. Simpan ringkasan ini baik-baik.



Asalnya 2 kantung kandungan yang 'hidup', kini tinggal satu sahaja. Pada waktu scan ini minggu lepas, usia kandngan 11 minggu. Kembar yang 'hidup' berukuran menyamai usia 11 minggu, manakala kembar yang 'miscarried' ukuran CRL telah 'merengkok' menjadi hanyalah 11mm (menyamai usia 7+ minggu ). Semakin awal keguguran yang satu itu, semakin jauhlah perbezaan perkembangan di antara 2 kembar ini, maka semakin kuranglah risiko terhadap kembar yang masih hidup. 


Mari kita gunakan angka 'success rate' yang baru kita pelajari dalam post sebelum ini:

Untuk beliau (jika menggunakan data/hasil dari kedua-dua hospital tanpa diasingkan): 
Bilangan 'cycle started' : 3 kali (termasuk 1 kali stimulation yang tidak menjadi dan 'abandoned').
Bilangan OPU : 2 kali 
Bilangan fresh ET : 2 kali
Bilangan FET : 1 kali
Bilangan keseluruhan ET (2 fresh dan 1 frozen) : 3 kali 
Bilangan embrio yang dimasukkan sewaktu ET dan FET : 6 embrio (2 pada 1st ET, 2 pada 2nd ET, 2 pada FET)


Output (kehamilan) selepas kesemua IVF yang dijalani:
Bilangan kehamilan yang disahkan secara scan (CPR = Clinical Pregnancy Rate) : 1 kali
Bilangan kantung/janin yang dikesan : 2 kantung
Bilangan kantung dengan janin yang masih hidup pada usia 11 minggu : 1


Maka;
Clinical Pregnancy Rate (CPR) : 
= 1 kehamilan yang disahkan secara scan / 3 cycle started = 33.3 % per cycle started.
= 1 kehamilan yang disahkan secara scan / 2 OPU = 50 % per OPU.
= 0 kehamilan yang disahkan secara scan / 2 fresh ET = 0 % per ET.
= 1 kehamilan yang disahkan secara scan / 1 FET = 100% per FET
= 1 kehamilan yang disahkan secara scan / 3 ET = 33.3 % per all ET (fresh ET and frozen ET)

Implantation Rate (IR) : 
= bilangan kantung atau janin / bilangan embrio yang dimasukkan secara keseluruhannya 
Secara keseluruhan = 2 janin / 6 embrio = 33.3 % per all ET
Untuk cycle OPU-ET = 0 janin / 4 embrio  = 0% per all fresh ET
Untuk cycle FET = 2 janin / 2 embrio = 100% per all FET

Nampak bagaimana angka 'success rate' diolah ini berbeza tetapi masih merujuk kepada pesakit yang sama? Kalau nak manipulate maklumat, boleh sahaja saya tulis 'success rate = 50%' atau 'success rate = 100%' kerana di sebalik angka itu, ia sebenarnya merujuk kepada CPR per OPU (50%) dan CPR per FET (100%).



Kita flash-back embrio-embrio beku yang dipindahkan dari hospital berhampiran ke PHKL sebelum dilakukan FET. Asalnya 3 embrio yang dibekukan secara vitrification pada usia Day-3. Selepas thawing dan 'extended embryo culture', 2 embrio berjaya membesar menjadi blastocyst manakala 1 lagi terhenti perkembangannya pada peringkat morula (paling kanan dalam gambar). 


Simpan baik-baik ringkasan itu. Ia penting untuk panduan pakar perbidanan anda. Ini kerana dalam FET, tarikh jangkaan bersalin boleh jauh berbeza dengan pengiraan berdasarkan hari haid terakhir (LMP). Pengiraan yang saya buat adalah berdasarkan kepada umur embrio dan tahap embrio sewaktu ET yang lazimnya juga hari implantation, maka ia lebih tepat digunakan sebagai panduan.


Sekian.
Alhamdulillah.

2 comments:

  1. alhamdulillah...moga ibu dan bayi yg dikandung sentiasa sihat dan baik2 sahaja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mendoakan. Semoga selepas ini rezeki Ieda pula :)

      Delete