Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Monday, 9 May 2016

Freeze-All-Transfer-Later

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful.




Hati menjadi sangat teruja.

Topik ini menjadi tajuk utama keluaran makalah Focus on Reproduction keluaran ESHRE (European Society of Human Reproduction) Mei 2016 ini. Makalah ini diterbitkan 3 bulan sekali (hanya 4 kali setahun), maka untuk topik ini menjadi bahan muka depan makalah ini, bermakna ianya sesuatu yang sangat mengujakan.

Saya ahli ESHRE, maka saya dapatlah melanggan makalah ini. Oleh kerana ia terhad kepada ahli, maka saya tidaklah dapat ambil 'screenshot' kandungannya kecuali dengan memohon kebenaran dari ESHRE secara bertulis terlebih dahulu.

Tetapi;

Apa yang ingin saya simpulkan ialah : betullah apa yang saya telah mulakan sejak penghujung tahun 2015 dalam >95% kes IVF saya iaitu :


"Freeze-all-transfer-later"


Sebenarnya, topik "Are We Ready to Freeze All (embryos)?" ini telah mula banyak dibincangkan di persidangan IVF sejak tahun 2014 lagi. Ia bukanlah perkara baru. Cuma kini, bukti semakin menggunung ke arah trend ini, lebih-lebih lagi setelah kaedah vitrification memperbaiki 'embryo survival' selepas thawing.


Di dalam makalah ESHRE ini, mereka juga membuat 'projection' akan persepsi amalan IVF dari sekarang kepada masa akan datang:

1. Antagonist Protocol
2. Agonist Triggering
3. Freeze all embryos 
4. Vitrification sebagai teknik yang digunakan dalam embryo freezing
5. Transfer later (FET)
6. Single embryo transfer

Kesemuanya dalam usaha menjadikan risiko OHSS dan risiko kehamilan kembar kepada sehampir 0%.

Kaedah "freeze-all-trasfer-later" dijangka menjadi semakin popular dan amalan rutin pusat-pusat IVF sebagai kaedah 'gold standard' pada masa akan datang. Ini kerana, selain mengelakkan risiko OHSS dan kehamilan kembar (dengan memasukkan 1 embrio), 'Freeze-all-transfer-later" (berbanding fresh ET) menghasilkan :

1. Significantly higher IR (Implantation Rate)
2. Significantly higher CPR (Clinical Pregnancy Rate)
3. Significantly higher OPR (Ongoing Pregnancy Rate)
4. Reduced rate of ectopic pregnancy
5. Reduced rate of LBW (Low Birth Weight)
6. Reduced rate of preterm birth

(orang Statistik mesti faham akan kekuatan pada perkataan 'significantly')

Cuma, yang kurang enaknya ialah:
1. Increased rates of LGA (Large for Gestational Age baby) - bayi bersaiz besar bagi yang kehamilan seorang. Tetapi jika dibandingkan; risiko LBW dan prematurity lebih buruk daripada risiko LGA.
2. Pesakit terpaksa menunggu lebih lama sedikit untuk hamil kerana prosedur FET kan lebih lewat daripada prosedur fresh ET. Tetapi lebih elok lambat tahu keputusan disebabkan FET asalkan keputusannya positif hamil, berbanding tahu awal kerana boleh terus fresh ET tetapi keputusannya lebih kepada negatif kan? (baca semula senarai 6 kelebihan 'freeze-all-transfer-later' di atas)
3. Kos lebih mahal. Tetapi jika dibandingkan dengan kos 'unsuccessful fresh ET' yang disusuli dengan FET pula (atau another cycle of IVF), lagi bertambah-tambah kos keseluruhannya.


...... dan amalan di bawah sebagai 'yesterday's practice' :

1. Agonist (Long) Protocol
2. hCG triggering
3. Fresh embryo transfer
4. ET : memasukkan 2 atau lebih embrio
5. Embryo freezing menggunakan teknik 'slow freezing'

.
.
.

Hujung bulan ini ada OGSM (Obstetrics and Gynaecological Society of Malaysia) meeting di Kuala Lumpur.

Saya berharap-harap semoga ada dibincangkan tajuk "Freeze-all-transfer-later" ini sebagai tajuk tambahan. Jika dilihat 'scientific programme' dalam conference mahupun 'pre-congress workshop', masih belum ada topik ini. Dalam masa 5 tahun akan datang, mungkin doktor-doktor IVF di Malaysia pula boleh berkongsi pengalaman melakukan 'freeze-all-transfer-later'.

.
.

Dengan keluarnya topik ini, saya akan meneruskan amalan "Freeze-all-transfer-later" dan mencadangkan pendekatan ini kepada semua pesakit IVF saya (harap-harapnya mereka bersetuju), lebih-lebih lagi setakat ini, CPR (Clinical Pregnancy Rate) secara kaedah 'freeze-all-transfer-later' ini di PHKL telahpun melebihi 50% (kesemua kes, kesemua peringkat umur, termasuk yang salah ambil ubat dan tidak melibatkan kes telur penderma). Sudah pasti, teknik vitrification dan skil embriologis dalam melakukan teknik vitrification yang sangat membantu. Saya sangat bergantung kepada embriologis saya. Itulah sebabnya, mereka digalakkan menjalani ulangkaji di pusat-pusat IVF antarabangsa.

Seperti biasa, kajian-kajian ada dilakukan lagi secara besar-besaran juga, kita tunggu hasilnya terutamanya lebih banyak hasil kajian 'large RCT'. Jika lebih bertambah bukti, kita eloklah mengubah kaedah/protokol demi kebaikan pesakit-pesakit kita. Kajian-kajian yang dilakukan berterusan dapat memberitahu kita sama ada adakah hasil yang diketahui sebelum ini sememangnya betul ataupun adakah ianya tidak, itulah kepentingan kajian-kajian perubatan dilakukan berterusan terutamanya secara 'large prospective randomised controlled trials' (large prospective RCTs).





Alhamdulillah.
Al praise is due to Allah.

No comments:

Post a Comment