Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Monday, 23 May 2016

Teliti Istilah 'Success Rate' atau 'Pregnancy Rate'

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful.





Peratus kejayaan IVF?
Success rate IVF?
Tak cukup jelas ni.
Anda bolehlah bertanya lanjut:
"Apa jenis pengesahan kejayaan IVF itu?"
Kemudian, bolehlah bertanya lagi;
"Apa pembawahnya?"


Contoh-contoh penyataan peratusan kejayaan IVF ada beberapa istilah.
Seperti biasa, apabia menyebut peratus, ini bermakna ada angka pengatas (numerator) dan ada pula angka pembawah (denominator). 

Kita bandingkan angka 'pengatas' di dalam peratus itu dahulu.

I. PENGATAS (NUMERATOR) YANG DIGUNAKAN

1. Peratus kejayaan yang mengukur keputusan darah BhCG.
Ini dinamakan 'biochemical pregnancy rate'. Ini sepatutnya tidaklah lagi digunapakai oleh pusat-pusat IVF.

2. Peratus kejayaan yang menggunakan pengesahan secara scan (nampak kantung kandungan di dalam rahim).
Ini dinamakan 'Clinical Pregnancy Rate'. Ini lebih patut digunakan.

3. Pregnancy rate yang mengambil kira pengesahan scan (berapa bilangan degupan jantung janin di dalam kantung) kemudian dibandingkan dengan berapa bilangan embrio yang dimasukkan.
Ini dinamakan 'Impantation Rate'.

Mari kita bandingkan Biochemical Pregnancy vs Clinical Pregnancy Rate (CPR) vs Implantation Rate (IR) dahulu.

Secara perbandingan :

Kumpulan A = 10 wanita menjalani ET sekali sahaja, sewaktu ET kesemuanya dimasukkan hanya 1 embrio sewaktu ET.
6 daripadanya memperolehi keputusan BhCG hamil tetapi hanya 4 daripadanya disahkan hamil secara scan, masing-masing ada 1 janin.

Kumpulan B = 10 wanita menjalani ET pun sekali sahaja, sewaktu ET kesemuanya dimasukkan 3 embrio sewaktu ET (keseluruhannya 30 embrio untuk kumpulan tersebut). 6 daripadanya memperolehi keputusan BhCG hamil tetapi hanya 5 daripadanya disahkan hamil secara scan dan kesemua 5 ini hamil seorang janin sahaja (tiada kembar 2 atau 3 atau lebih).

Bagi kumpulan A
Clinical pregnancy = 5/10 ET = 50%
CPR = 4 kes positif scan /10 ET = 40%
IR = 4 janin /10 embrio= 40%

Bagi kumpulan B
CPR = 5 kes positif scan / 10 ET = 50%
IR = 5 janin / 30 embrio = 16.7%

Semestinya kumpulan A menunjukkan kejayaan yang lebih baik. Dengan memasukkan embrio yang sedikit (eg hanya 1), mereka memperolehi CPR yang cukup bagus. Sekiranya mereka dimasukkan embrio dengan lebih banyak (2 atau 3), sudah pasti CPR mereka jauh lebih tinggi daripada kumpulan B.

Kumpulan B pula memerlukan memasukkan embrio yang lebih banyak untuk menghasilkan CPR yang bagus. Mungkin kerana sebelum ini, rakan-rakan mereka telah dimasukkan embrio yang sedikit tetapi tidak memperolehi CPR yang bagus.


Ini baru membandingkan biochemical vs clinical vs implantation rates.
Belum lagi istilah peratus kejayaan seperti di bawah (4 dan 5).


4. Peratus kejayaan yang mengukur berapa bilangan kelahiran (bukan berapa bilangan bayi yang dilahirkan) bagi setiap ET. Ini dinamakan 'Delivery Rate'.


5. Peratus kejayaan yang mengukur jumlah keseluruhan IVF cycle pertama, kedua dan ketiga.
Ini dinamakan 'Cumulative Pregnancy Rate'. Ini bermakna yang hamil dalam percubaan pertama + yang hamil dalam cycle kedua (gagal cycle pertama) + yang hamil cycle ketiga (gagal cycle pertama dan kedua); kesemuanya ini dikira hamil. Contohnya penyataan "Cumulative Pregnancy Rate = 80%" disertakan dengan ayat dalam tulisan lebih kecil di bawahnya (cumulative pregnancy rate over 3 cycles) atau (cumulative pregnancy rate in that group over 3 years).


6. Live birth rate. Ini adalah bilangan bayi yang dilahirkan hidup (numerator) berbanding bilangan embrio yang dimasukkan (denominator).


7. Take home baby rate. Ini adalah bilangan kes di mana satu bayi (atau lebih sekiranya kelahiran kembar, tetapi masih dikira 1) lahir hidup dan dibawa pulang. Walau bagaimanapun, ada juga yang salah mendifinasikan sebagai bilangan bayi (walaupun dari ibu yang sama eg dalam kelahiran kembar), maka angka peratusannya tentulah kelihatan lebih tinggi dari istilah sebenar. Lazimnya ia dibandingkan dengan bilangan ET sebagai denominator. Maka, sebenarnya take home baby rate = delivery rate. Kecuali jika pusat iVF itu mendefinasikan take home baby rate sebagai bilangan bayi (dengan memasukkan bayi kembar ke dalam bilangan tambahan itu), maka lebih tinggilah peratus itu kelihatan.


Jadi, apabila membandingkan 'success rate', kita perlu membandingkan apakah ia merujuk kepada :
- biochemical pregnancy rate
- clinical pregnancy rate
- implantation rate
- delivery rate
- cumulative pregnancy rate? ( dan jangan lupa bandingkan 'pregnancy' tu = biochemical vs clinical vs implantation?)
- Take home baby rate
- etc

.
.
.

II. PEMBAWAH YANG DIGUNAKAN DALAM PENGIRAAN

Sama ada (saya sertakan contoh lagi ya) :


1. per cycle started (bagi semua kes yang dilakukan rangsangan IVF). Contoh ada 100 kes masuk program dan memulakan rangsangan IVF.
2. per OPU (bagi semua kes yang dilakukan OPU). Contohnya, dari 100 di atas, hanya 97 kes menjalani OPU kerana 4 lagi tidak menunjukkan respon yang dikehendaki.
3. per ET (bagi semua kes yang dilakukan ET). Contoh, daripada 97 yang menjalani OPU, hanya 90 yang menjalani ET kerana 7 lagi sama ada tiada embrio dihasilkan ataupun tiada embrio yang sesuai untuk dimasukkan.
4. per embryos transferred (jumlah kesemua embrio yang dimasukkan). Contohnya daripada 90 kes yang dilakukan ET, ada sejumlah 200 embrio dimasukkan.
4. per woman (bagi setiap wanita tanpa mengira berapa kalikah cycle yang dijalaninya). Daripada 100 kes yang dimasukkan program itu, sebenarnya ada 70 wanita sahaja di mana 30 daripadanya menjalani cycle kedua (setelah gagal cycle pertama).

Dalam 100 kes ini, 30 kehamilan disahkan secara scan.

Jadi, apakah maknanya?
Yang paling bagus adalah apabila pusat IVF tersebut menggunakan pembawah per cycle started. Ini kerana; semakin ke bawah dalam senarai ini, semakin kecil pembawahnya, maka angka pengatas menjadi semakin besar setelah dibahagikan dengan angka pembawah yang kecil, maka peratus kejayaan kelihatan semakin bagus.

Maka Clinical Pregnancy Rate untuk 100 cycle di atas adalah:
= 30 / 100 cycle started = 30%
= 30 / 97 OPU = 30.9%
= 30 / 90 ET = 33.3%
= 30 / 70 women = 42.9%

Nampak tak perbezaannya apabila diolah beberapa cara? Dalam contoh di atas, untuk nampak cantik, saya boleh sahaja katakan 'success rate' saya 42.9% (dan berharap tidak disoal lanjut oleh pesakit saya) padahal CPR yang lazim dibandingkan adalah CPR / ET iaitu 33.3%, bukannya CPR/women.

.
.
.

III. APAKAH JENIS DATA ATAU KES YANG DIMASUKKAN (ATAU SEBALIKNYA DIKELUARKAN) KE DALAM PENGIRAAN PERATUS KEJAYAAN ITU?

1. Adakah kes yang dikecualikan kerana dari awal tahu ia bukanlah profil yang bagus untuk hamil?

2. Adakah kes 'donor sperm' dan 'donor egg' dimasukkan kerana ia memanglah menambah peratus kejayaan terutama dalam wanita golongan usia lebih?

3. Adakah ia mengambil kira peringkat kumpulan umur wanita, kerana lebih ramai wanita berusia lebih muda memang dijangka memperolehi peratus kejayaan yang lebih tinggi?


Memang sukar untuk membandingkan dengan adil di Malaysia. Ini kerana masing-masing pusat IVF menggunakan istilah yang dipilih sendiri, data yang dipilih sendiri dan bilangan embrio sewaktu ET sendiri. Di beberapa negara misalnya, ada badan berkecuali yang memasukkan data setiap pesakit sejurus ia memulakan rawatan IVF, memang tak boleh nak keluarkan dari pengiraan pun. Yang ada di Malaysia pun dahulu angka dari TAFF yang diberikan untuk 'press release', tetapi hanya melibatkan beberapa pusat IVF sahaja, itupun peratus CPR sekitar 30%.


Nak bukti tambahan atau perbandingan tambahan? ,Tanya sahaja mereka yang duduk bersama anda di ruang menunggu di klinik dan cuba bandingkan mereka yang pernah menjalani IVF. Jika pusat IVF tersebut melakukan sebanyak purata 10 kes IVF sebulan dan menyatakan CPR = 50%, anda akan dapat berita bahawa sekurang-kurangnya separuh daripada yang telah menjalani rawatan IVF itu hamil. Jika pusat IVF tersebut melakukan 30 kes IVF sebulan, lebih ramailah berderet mengaku hamil. Jika 50-60 kes sebulan? Anda boleh bayangkan penuh di ruang menunggu itu mereka yang hamil. Sekarang dah ada group TTC etc etc, lagi mudah nak membandingkan. Dengan saya mungkin berlainan kerana selepas 12-13 minggu hamil, saya akan 'lepaskan' mereka kepada rakan-rakan doktor yang lain untuk susulan antenatal seterusnya dan kelahiran, sama ada dengan rakan sebelah-menyebelah klinik di PHKL mahupun di hospital lain. Sama ada kami akan telefon mereka untuk mengetahui update mengenai delivery etc atau mereka akan terus whatsapp saya sejurus selepas bersalin.


Di PHKL, saya gunakan 3 angka dalam laporan statistik kami iaitu : CPR / ET , IR / ET dan delivery rate / ET. Kami alu-alukan mereka yang ingin menyemak data kami. Data saya tidak menggunakan 'donor sperm' atau 'donor egg' mahupun 'surrogacy'.

CPR saya tidak banyak berbeza dengan IR kerana saya hanya masukkan 1 embrio dalam kebanyakan kes, diikuti 2 embrio dan dalam kurang daripada 5% kes saya masukkan 3 embrio. Delivery rate saya masih lebih rendah daripada CPR dan IR (seperti pusat-pusat IVF lain) kerana sebahagian mereka keguguran trimester pertama atau kedua. Saya harap dengan 'protokol LPS' yang digunapakai oleh Cikgu IVF saya selama setahun ini memberikan hasil statistik yang bagus (seperti dijangkakan dari preliminary result sekitar hanya 7% sahaja), maka bolehlah saya pula gunakan. Tak sabar nak tunggu rumusan hasil kajiannya.



Sekian.


Alhamdulillah.
All praise is due to Allah.

No comments:

Post a Comment