Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Thursday, 14 April 2016

Thank you for coming!

(Kita mulakan setiap perkara baik dengan ucapan) Bismillahirrahmanirrahim
(In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful)


Semalam saya didatangi Adilah 'junior' bersama suaminya dan bayi mereka.

Sebut nama Adilah ni, dah semakin ramai rupanya berama Adilah. Doktor Adilah pun dah ramai, bukan saya seorang sahaja. Anak sulung bekas Homeroom Advisor saya di MRSM Jasin dahulu pun kini dah bergelar Dr Adilah, masa saya Form 1 dahulu, beliau belum dilahirkan. Dah tuo Mokcik ni ghuponyo, iyo!  Cuma kadang-kadang apabila nama terpampang di media tu ditulis Dr Adilah, mulalah rakan bertanya saya "Adilah, you ke ni?". Oh! Tidak!


Saya belum pernah menulis mengenai Adilah 'junior' ini. Mungkin kerana kes IVF beliau 'straightforward' seperti kes-kes seumpamanya.

Usia beliau pun masih muda (peluang IVF berjaya memang lazimnya cantik). Pada waktu IVF Mei 2015, beliau baru sahaja berusia 31 tahun.

Pernah menjalani laparoskopi pada Julai 2013, tiada masalah 'besar'. Tiub falopian pun elok. Mei 2015, beliau menjalani IVF.

Gambar-gambar ini dari koleksi Whatsapp di antara kami berdua. Terima kasih kepada beliau kerana memberi kebenaran untuk dikongsi di sini.

Untuk beliau, saya pilih Antagonist Protocol, Agonist Triggering, ICSI, Extended Embryo Culture dan kemudiannya pendekatan secara 'Freeze-all-transfer-later'

Dapat 10 telur matang MII. Saya tak ingat berapa jumlah keseluruhan telur yang diperolehi sewaktu OPU. Nampak tak ada telur yang jelas lain bentuknya (lonjong)?.

ICSI = 9 daripada 10 telur MII berjaya disenyawakan. ICSI Fertilization Rate embriologis saya 9/10 = 90%

Day-3 cultured embryos. Waktu ni, dah boleh bezakan embrio yang cantik perkembangannya dan embrio yang 'lambat' perkembangannya (2-4 sel sahaja). Kemudian, embriologis teruskan kultur (extended culture) sehingga Day-5.

Day-5 cultured embryos. Perbezaan 'embryo development' lebih ketara. Ada yang dah jadi blastocyst, ada masih belum. Itulah sebabnya di PHKL, hampir kesemua kes IVF embrio-embrio menjalani 'extended culture' sehingga Day-7 untuk membolehkan 'embryo selection' dibuat di kalangan embrio-embrio yang ada, semestinyalah embrio blastocyst dan semestinyalah blastocyst yang mempunyai gred yang paling bagus.


Embriologis bekukan 7 embrio (boleh teka yang manakah 2 embrio yang tidak dibekukan?)

.
.

Jun 2015, beliau menjalani FET. Embriologis cuma thawed 2 embrio sahaja.

 Pagi hari FET, embriologis bagitau "ada 2 blastocyst".


FET waktu tengaharinya. Gred 4AB dan 4CB.
Beliau hamil seorang janin. Saya 'rasa' mungkin dari embrio gred 4AB.


Bayi perempuan ini dinamakan Adilah super junior     ALANNA ISABELLA, dilahirkan secara pembedahan Caesarean di Hospital Columbia Asia PJ pada usia kandungan 37+ minggu seberat 3.1kg.

Ibunya comel dan kecil molek sahaja. Beliau awet muda, baru sebulan lebih melahirkan dah kembali kelihatan seperti gadis 20-an, nampak gaya babysitter je dia ni. Kebiasaannya saya akan duduk memangku bayi sambil ibu berdiri (kerana saya kan tinggi). Tetapi olehkerana bayi ini baru sahaja berusia sebulan lebih (kebetulan datang nak jumpa doktor kanak-kanak), maka saya minta ibunya yang duduk dan saya terpaksa membongkok untuk merendahkan diri saya supaya kepala saya dapat dimasukkan di dalam gambar. 


Dalam gambar ini, lagilah saya membongkok. Dah hampir posisi ruku' dah ni. Adilah junior nampak macam anak saudara saya dan Alanna Isabella nampak macam cucu saya. Ayah mereka jadi jurugambar kami.


Alanna Isabella baru sahaja berusia sebulan lebih (leher pun melentuk lagi). Tetapi saya terkejut kerana dia dah pandai 'berbual' /'cooing' dah! Pendengaran dan penglihatannya yang cepat 'developed' membolehkan dia merenung saya dan 'melayan' percakapan saya. Lazimnya 'cooing' bermula seawal 6 minggu sehinggalah 3 bulan usia.

Mereka ada 5 lagi embrio beku yang disimpan.
Tunggulah dahulu Alanna Isabella ni besar sedikit ya.


Sekian.

Alhamdulillah
(All praise is due to Allah)

No comments:

Post a Comment