Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Friday, 1 April 2016

Hamil selepas 12 tahun berkahwin, severe endometriosis, previous 2x IUI, previous 1xIVF.

Bismillahirrahmanirrahim
(In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful)



Update pesakit IVF pregnancy with subserosal fibroid yang saya tulis dalam post lepas. (klik sini) Tadi scan : kandungan dah nak masuk trimester kedua, maka 'berakhirlah' hubungan kami sebagai doktor-pesakit. Saya terpaksa 'melepaskannya' kepada Obstetrician yang lebih mahir untuk penjagaan kehamilan seterusnya sehinggalah kelahiran kelak.. Saya kelu apabila beliau bertanya;

"Are you breaking up with me?"

Sob. Sob.  
Terpaksa ku keraskan hati ini melihat matanya merah dan suaranya sebak.
Janganlah berduka, wahai sahabat, hubungan kita sebagai kawan masih kekal.
Rest assured, you are in good hands, much better than mine.
Kita masih boleh "Hi! Hi!" dan "Bye-bye!".

.
.
.

Kisah kali ini pula.
Secara kebetulan, pesakit kali ini juga mempunyai fibroid. Maka, saya tangguhkan lagi perbincangan topik : Fibroid dan Kesuburan.


Kita lihat dahulu kes pesakit ini.
Terima kasih kepada beliau yang membenarkan kisahnya dikongsi di sini untuk perkongsian ilmu rawatan kesuburan.

Seperti tajuk di atas, kisah ini adalah mengenai seorang pesakit yang baru disahkan hamil :
- selepas 12 tahun berkahwin,
- mempunyai severe endometriosis,
- pernah menjalani 2x IUI dan
- pernah menjalani 1 x IVF sebelum ini.

Kali ini, beliau hamil dengan IVF menggunakan
- Protokol Antagonist dan Agonist Triggering 
- ICSI 
- Freeze-All-Transfer-Later.
- Extended embryo culture
- Blastocyst transfer

.
.
.

Profil:
- 38 tahun (sama hari dan bulan harijadi dengan saya, tetapi berlainan tahun)
- BMI = 33.6 kg/m2 (ketinggian 168 cm, berat 95kg) = obese.
- Berkahwin Disember 2004, mula mendapatan rawatan kesuburan sejak 2006.

Sejaran perubatan / penyakit :
- Frozen pelvis due to severe endometriosis
- Left tubal blockage
- Uterine fibroid (jenis subserosal bersaiz 3cm sahaja) di bahagian dinding hadapan rahim.

Rawatan kesuburan sebelum ini:
- di 3 pusat kesuburan berlainan.
- 1 kali pembedahan endometriosis, 2 kali IUI dan 1 x IVF.

Maklumat mengenai IVF kali pertama beliau:
- di sebuah hospital di Selangor pada Mei 2013, waktu itu usia beliau 35 tahun.
- Beliau menggunakan Long (Agonist) Protocol dengan dos suntikan FSH sebanyak 375 IU setiap hari.
- Dapat 7 telur, 3 daripadanya berjaya disenyawakan.
- Hanya 1 embrio sahaja dimasukkan sewaktu ET, manakala 2 lagi embrio dibuang kerana tidak cantik perkembangannya.
- Beliau tidak hamil.

.
.
.

Rawatan di PHKL bermula pada April 2014.

Beliau didapati mempunyai ovarian cyst sebesar cm.

Pada Oktober 2014, beliau menjalani pembedahan laparoskopi (kali kedua untuk beliau). Keadaan dalam pelvis beliau memanglah tidak banyak berubah. Masih frozen pelvis. Masih banyak perlekatan di antara organ-organ peranakan dan juga usus berhampiran serta dinding pelvis. Tiub falopian kirinya juga masih tersumbat.

Selepas pembedahan, saya sambung pula dengan rawatan ubat-ubatan hormon, antibiotik dan suplemen sehingga keadaan beliau optimum untuk IVF.

Kami pun menunggu bulan yang sesuai.

.
.
.

Selepas penilaian semula, saya ringkaskan profil beliau :

- usia beliau kini 38 tahun
- AMH rendah (4.8 pmol/L) dan BMI pula masuk kategori obese. Mujurlah AMH beliau tidak semakin rendah, masih sama parasnya sebelum dan selepas pembedahan kedua (saya telah mengambil pendekatan 'cyst aspiration' sahaja untuk mengurangkan trauma kepada ovari/telur-telur).
- severe endometriosis (malah, frozen pelvis), tiub falopian kiri tersumbat.
- telah hampir 10 tahun mengambil rawatan kesuburan dengan menjalani pembedahan endometriosis, 2 x IUI dan 1 x IVF sebelum ini : masih belum hamil
- perlukan dos suntikan FSH yang tinggi

(Beliau juga mempunyai subserosal fibroid bersaiz 3cm tetapi saya tidak masukkan ke dalam profil rawatan kerana fibroid subserosal tiada kaitan dengan infertiliti)

.
.
.

IVF di PHKL

Setelah menilai profil beliau, saya gunakan ini untuk IVF beliau:

- Antagonist Protocol 
- Dos suntikan FSH lebih tinggi berbanding biasa
- Agonist Triggering
- ICSI
- Freeze-all-transfer-later

.
.

Beliau menggunakan dos suntikan FSH yang tinggi.
Saya tahu Cikgu saya tidak bersetuju dengan dos yang saya gunakan untuk pesakit ini (lariiiii.....). Cikgu saya hanya menggunakan maksima 300 IUI sahaja setiap hari.
Tetapi dengan paras AMH yang rendah , BMI beliau dan berdasarkan respons terhadap dos 375IU sewaktu IVF sebelumnya, saya tetapkan hari untuk menberinya sebanyak 400 IU setiap hari. 
Saya dapati profil pesakit tempatan (terutama yang bersaiz obese) perlu ubahsuai dos suntikan FSH.
Scan pada awal haid juga menunjukkan AFC yang sedikit.
Bayangkan berapa banyaknya perbelanjaan beliau (kos ubat yang paling mahal adalah suntikan FSH.

.
.

OPU 27.01.2016
Dapat 7 telur : 5 telur matang MII, 1 telur tak matang MI dan 1 lagi telur tidak normal.
ICSI ke atas 5 telur MII : kesemua 5 fertilized dan kemudiannya kesemua 5 ini membahagi membentuk embrio.
Freezing dilakukan pada usia day-3 menggunakan kaedah vitrification.


2 embrio disimpan dalam 1 straw manakala 3 embrio lagi disimpan dalam straw kedua.
Freeze-all-transfer-later.

.
.

FET
Cycle berikutnya, keadaan beliau sesuai untuk FET.
Saya gunakan kaedah 'Endometrial Priming' yang dipelajari di FCH pada 2014 lepas.
Kami bersepakat thaw 1 straw sahaja iaitu straw yang mengandungi 2 embrio.
Berdasarkan scan, didapati tempoh endometrial priming telah cukup untuk beliau dilakukan FET, embriologis pun 'thaw' embrio pada hari yang bersesuaian dengan tarikh FET.
Kemudian teruskan culture sehingga ke peringkat blastocyst.
FET dilakukan pada 7.3.2016



2 blastocyst dimasukkan : gred 2BB dan gred 3BC.
Kedua-dua blastocyst masih belum mula hatching.
3 lagi embrio masih tersimpan beku.

Luteal Support
Vaginal progestin

.
.

Pengesahan Kehamilan

Seminggu selepas FET, BhCG pada paras 85 IU/L, progesterone pun cantik

Seminggu selepas itu, scan masih belum menampakkan kantung kandungan, tetapi ujian darah BhCG menunjukkan peningkatan yang cantik, meningkat 2 kali ganda selepas 2 hari. Kita tunggu scan pada minggu hadapan pula.


Sekian.

Alhamdulillah
(All praise is due to Allah).

1 comment:

  1. Alhamdulillah...tpang hepi dan tahniah pd pasangan tersebut...

    ReplyDelete