Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Saturday, 5 March 2016

Salam dari Mouaz dan Mouiz di Korea

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful


Sementara saya habiskan menulis mengenai Melaka negeriku, kita tonton dahulu klip video Mouiz (Abdullah Mouiz) yang kini berada di Korea bersama kembarnya Mouaz (Abdullah Mouaz) dan kedua ibubapa mereka.



video
Saya terpegun dengan kepandaian Mouiz. Kembar ini belum pun 2 tahun usia mereka. Pandainya!
Sehinggakan saya bertanya semula kepada ibunya mengenai usia mereka. Seolah tak percaya.


 Inilah Mouiz. Ingat tak dahulu saya letak klip video Mouiz mengikut ayahnya azan sehingga habis?

Ini pula Mouaz

Yang dibelakang itu adalah Babysitter aka Nanny aka Domestic Manager aka Kindergarten Teacher aka Si Ibu yang banyak berkorban menyuntik dirinya berhari-hari sewaktu rawatan IVF, kemudiannya menanggung penyakit hipertiroidism, kemudiannya mengandungkan mereka berdua, kemudiannya dimasukkan ke hospital lagi kerana mengalami kontraksi pra-matang, kemudiannya menjalani pembedahan Caesarean dan kini bersama Si Bapa menjaga serta mendidik Mouaz dan Mouiz dengan limpahan kasih sayang.

Bertuahnya Mouaz dan Mouiz ini.

.
.
.

Saya lihat ibubapa masa kini lebih arif dan sentiasa 'meng-update' ilmu didikan anak. Maklumlah, zaman siber ini membolehkan mereka 'meng-google' ilmu, berkongsi pengalaman sesama ibubapa, membaca banyak bahan ilmiah dll.

Bertuahnya anak-anak zaman sekarang.

Baguslah begitu.
Asalkan kita ibubapa semua semakin bertambah baik / maju ke hadapan dari generasai ke genarasi berikutnya.
Asalkan kita menjadi ibubapa yang lebih baik daripada ibubapa kita, anak kita pula kelak menjadi ibubapa yang lebih baik daripada kita.

.
.
.

Saya sendiri dahulunya tidak mampu memberi perhatian sedemikian kepada My-Clone. Namun saya bernasib baik kerana My-Clone dahulu dididik oleh Tok (neneknya aka ibu mertua saya yang juga mengendalikan sebuah nurseri dan tadika (Little Tots dan Littlefoot) dari bayi lagi. Ketika itu masa saya terpaksa dibahagi-bahagikan dengan jadual on-call dll. Saya amat berterima-kasih kepadanya dan juga anak-menantunya yang lain yang selalu membantu menjaga Iman, jasa yang saya tidak dapat terbalas.  

.
.
.

Kini, apabila saya dan Jake (bukan nama sebenar) berjalan-jalan di luar dan melihat si anak melekap pada dada ibu atau bapanya, kami dapat rasakan kebahagian/kegembiraan mereka dan kadangkala akan menegur;

"Wah! Seronoknya! Enjoy these moments while you can. They grow up so fast."

Apabila melihat si ibu atau si bapa memarahi anaknya, kami akan berkata sesama kami;

"Alahai....kasihannya. Masa inilah anak-anak nak melekat kat kita. Nanti dia orang dah besar, rumah dah kosong, sunyi..." 

.
.
.

Kini, seorang demi seorang 'meninggalkan' kami.

Yang sulung dah Tahun 3 di sana, merentas benua dan lautan.
Yang kedua pun belajar di negara yang sama dengan kakaknya, baru Tahun 1.
Yang ketiga baru lepas SPM, nak mula A Levels Julai ini. Hmmmm....ada masa 2 tahun lagi bersamanya sebelum dia pula mengikut abang kakaknya.
My-Clone pula masih di asrama, ada 9 bulan lebih lagi sebelum dia kembali ke rumah. Bila jumpa petang nanti, saya nak peluk dia lama-lama. Rindunya.....

Cepat sungguh anak-anak ni membesar......

Mmmmmm......
Sayu tak baca kisah kami?
Ehem! Ehem!
Kalau tersentuh hati tu, pinjam-pinjamkanlah anak tu ke sini barang sehari-dua untuk kami menumpang memberikan kasih-sayang.
Jangan lupa P.M. tau! 


Malam tadi saya ke rumah Kak Faudziah menghantar kain untuk dijahit jubah (saya kan tinggi dan badan pula saiz banyak XL, susah nak cari jubah panjang di sini). Ibubapa Ammar (Muhammad Ammar Rifqi) sanggup turun ke KL untuk berjumpa kami. Ammar 'moody' kerana mengantuk dan asyik melekap pada ibunya sehingga tertidur semula dalam dakapan ibu, cemburunya saya. Lihat cara bapanya memegang Ammar, penuh 'secure' demi nak pastikan Ammar tak terjatuh. Begitulah kasih ibu dan ayah....


Selamat berhujung minggu.

Sayangkan anak, tangan-tangankan peluk-cium dan didik-dengan-penuh-kasih-sayang etc etc banyak-banyak.


Sekian.
Alhamdulillah.
(All praise is due to Allah).

No comments:

Post a Comment