Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Wednesday, 30 March 2016

Hydrosalpinx : hamil selepas tiub dibuang

Bismillahirrahmanirrahim
(In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful)


Ini gambar embrio-embrio beliau pada Day-3. Jika saya buat ET pada Day-3, sukar untuk memilih embrio yang paling cantik. Pada tahap blastocyst (Day-5 atau 6 atau 7), pemilihan embrio gred cantik dapat dibuat dengan peratus kehamilan yang lebih tinggi. Baca kisah selanjutnya di bawah.

Kali ini kisah pasangan yang mempunyai beberapa masalah termasuklah hydrosalpinx.
Terima kasih kepada beliau kerana memberi kebenaran untuk dikongsi kisahnya di sini.

.
.

Pertama kali berjumpa saya pada September 2013.

Ringkasan profil pasangan
- Berkahwin Ogos 2008 (dah nak masuk 8 tahun)
- Sperma : kualiti rendah VxCxM = 0.85 million sahaja (memang perlu ICSI)
- Endometriosis : telah menjalani pembedahan endometriosis dan 'membetulkan' kedudukan rahim' pada 2012 (endometriosis tahap moderate/severe boleh menurunkan peluang kejayaan kehamilan IVF)
- AMH selepas pembedahan rendah : 10.9 pmol/L sahaja (hmm..perlukan dos suntikan FSH yang lebih tinggi)
- Beliau ada mengambil produk serbuk protein soya (saya nasihatkan berhenti kerana soya mengandungi hormon estrogen dan kita tahu estrogen boleh merangsang perkembangan penyakit endometriosis)


Dengan bilangan dan kualiti sperma sedemikian, saya nasihatkan buat ICSI.

.
.

Sejarah IVF di PHKL

IVF kali pertama
OPU 18.10.2013 : dapat 9 telur (4 telur MII, 3 telur MI, 2 GV)
Embriologis buat ICSI ke atas 4 telur MII : 3 fertilized
Buat fresh ET tetapi ditangguhkan kepada day-6 (24.10.2013) baru dapat blastocyst.
Itu pun 1 sahaja dibuat ET dan gred pula tak cantik (3CC).
2 lagi embrio masih pada tahap morula pada day-6 dan dibuang kerana dah degenerated.
Beliau tak hamil.

.
.

Sementara itu, beliau sakit dan dimasukkan ke wad sebanyak 2 kali.


Pada Disember 2013 : disyakki mengalami peradangan ovari kiri dan PID. Sewaktu ini belum ada hydrosalpinx.
Pada Februari 2014 : disyakki mengalami jangkitan buah pinggang kiri.

Oktober, beliau datang semula, bersedia untuk IVF kali kedua.
Penilaian semula mendapati beliau kini ada bengkak tiub falopian kiri (hydrosalpinx).
Beliau pun menjalani pembedahan membuang tiub falopian tersebut.
Pada masa yang sama, pembedahan endometriosis juga .

Persiapan dibuat dengan beliau mengambil suplemen vitamin yang diperlukan.

.
.

Kita update profil beliau:
- Usia kini 35 tahun
- Endometriosis (ujian darah dan scan menunjukkan belum ada 'recurrence')
- PID dengan 'left hydrosalpinx' (tiub itu baru dibuang, maka baguslah tu, sewaktu pembedahan juag didapati tiada endometriosis baru)
- AMH rendah (akibat endometriosis dan pembedahan ke atas ovari dahulu, kena guna suntikan FSH dos lebih tinggi)
- Sperma : severe OATs (memang kami buat ICSI pun)
- Pernah menjalani IVF sekali sebelum ini tetapi tidak berjaya ('saspen' juga ni, harap-harap kali ini berjaya hamil)

.
.

IVF Kali ke-2

Saya pilih pendekatan
- Antagonist Protocol with Agonist Triggering
- ICSI
- Freeze-All-Transfer-Later
- FET using modified endometrial priming

Stimulation menggunakan rec-hFSH sebanyak 225 IU setiap hari. 
OPU (29.01.2016) : dapat 12 telur (10 telur MII, 2GV)
ICSI ke atas semua 10 telur MII : 9 fertilized (ICSI fertilization rate = 90%)
Embrio menjalani extended culture.

3 embrio telah menjadi blastocyst pada day-5 manakala 2 lagi embrio menjadi blastocyst hanya pada day-6.
Hanya embrio blastocyst sahaja dibekukan : ada 5
4 lagi embrio walaupun dikutur sehingga day-7 tetapi masih belum mencapai tahap blastocyst dan kemudiannya dibuang kerana tidak menunjukkan perkembangan yang bagus (masih pada tahap morula, 7C3, 3C3 dan 5C3).

FET cycle
Saya gunakan 'modified endometrial priming' dengan tambahan ubat hormon.
Embriologis mulanya thawed 1 straw yang mengandungi day-5 frozen embryos (ada 3) tetapi 'no survival'.
Terpaksalah FET ditangguhkan sehari.
Embriologis kemudiannya thawed straw yang mengandungi 2 day-6 embryos.
FET dibuat keesokannya.


Dapat 2 blastocysts - kedua-duanya hatching walaupun gred kurang cantik (4BC dan 4CC).

.
.

Pengesahan Kehamilan

Seperti pesakit-pesakit FET lain, kira-kira seminggu selepas FET, pesakit ini pun menjalani ujian darah.

Secara 'Biochemical Pregnancy' : BhCG dah dikesan di dalam darah. Serum progesterone pun cantik.




Secara 'Clinical Pregnancy' : Tadi, pada usia kandungan 5 minggu 5 hari, scan dah menampakkan kantung (IUGS = Intra Uterine Gestational Sac) dan yolk sac.

video

Malah, apabila dibuat kaedah 'doppler' pula, dah dapat kesan degupan jantung janin walaupun masih perlahan.

.
.

Masih awal lagi ni.
Masih kena sambung ubat-ubat hormon.


Perbincangan
Hydrosalpinx : perlukah tiub dibuang dahulu?

(bersambung kemudian. Sya 'hutang' fibroid dan hydrosalpinx)

Alhamdulillah
(All praise is due to Allah)

1 comment:

  1. Assalam doc, boleh explain impact pembuangan tube/tubes pada ovaries dlm entry 'Hydrosalpinx : perlukah tiub dibuang dahulu?'

    TQ :-)

    ReplyDelete