Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Monday, 21 March 2016

Forum IVF Sabtu 26 hb Mac 2016

Bismillahirrahmanirrahim
(In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful)


Tahun ini ada sedikit kelainan

Seperti Forum IVF Februari lepas;

- Terhad kepada 15 pasangan sahaja. Tiada bayaran dikenakan (kecuali parking kereta)

- Hanya mengenai IVF sahaja. Maka seeloknya yang masih belum terfikir/bersedia untuk menjalani IVF tahun ini (sama ada di PHKL mahupun di tempat lain), berilah peluang kepada orang lain kerana tempat terhad. 



Pendaftaran kesemua 15 pasangan seawal 9am (ada sedikit minuman disediakan sementara menunggu waktu sesi bermula).


ATURCARA
- Sesi dimulakan tepat 9.30 am waktu tempatan.

- 9.30am - 9.50am : ceramah oleh ehem ehem...sayalah. (masa kecederaan 10 minit)

- 10.00am - 11.30am : sesi 'consultation' saya bersama pasangan (5-6 minit sahaja) dan juga sesi embriologis bersama pasangan (pun 5-6 minit sahaja) secara berasingan/peribadi (tetapi bukanlah secara tertutup). Untuk meng-optimum-kan masa 'consultation'. terlebih dahulu pasangan diminta mengisi maklumat mengenai rawatan kesuburan sebelum ini di dalam borang yang akan diedarkan. 

- Sesi tamat tepat 11.30 am (sebab itulah hanya terhad kepada 15 pasangan).


Semoga dapat memberi manfaat/pencerahan.


Alhamdulillah
(All praise is due to Allah)







3 comments:

  1. Asalam dr..setiap bln ker forum nie diadakan?sy last suntik lucrin bln 1 dgn dr hatta xpasti akan mulakan treatment bila..tq dr

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum doktor saya mengidap hypogonadotropic hypogonadism adakah peluang untuk saya hamil?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hypo-hypo, dah agak pun. A challenging topic (sebab jarang berlaku). Berapa paras hormon FSH, LH, Estradiol dan lain-lain hormon kelenjar pituitari (TSH, prolactin, GH, ACTH)? Selepas tahu ni, saya akan tulis mengenai hypo-hypo

      Delete