Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Wednesday, 16 March 2016

Fibroid dan Kesuburan - Penantian 12 tahun

Bismillahirrahmanirrahim
(In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful)


Hari ini dalam sejarah akademik saya. Pada hari ini 2 tahun yang lepas, saya ditemani Cikgu Malaysia ke Hamburg untuk 'refresh' ilmu IVF dengan Cikgu Jerman saya itu. Dua tahun sebelumnya saya ke situ bersendirian, pun atas sebab nak update ilmu.

Hmm....dah sampai masa untuk mengulangkaji / update ilmu IVF dengan Cikgu Jerman ini semula. Manalah tahu ada lagi rahsia rawatan IVF beliau yang belum dikongsi dengan saya. Saya selalunya akan bawa buku nota untuk tulis apa tips yang diajar kerana ia memang tiada di dalam buku.

** Itu bukan pintu masuk FCH (Fertility Centre Hamburg)
.
.
.
Post kali ini.
Satu lagi kisah kehamilan IVF dengan fibroid.


Usianya 38 tahun (lahir Julai 1977, bulan kelahiran saya tu).
Telah berkahwin hampir 12 tahun yang lepas (April 2004).
Ketinggian beliau hampir menyamai ketinggian saya (tetapi berat badan beliau masuk kategori ideal, saya pula ehehe ...... overweight...)

Pertama kali bertemu saya pada April 2015.

Beliau mempunyai fibroid jenis submukosal (menindih endometrium) pada sebelah hadapan dan kanan (right antero-lateral submucosal fibroid), tidaklah besar pun fibroid itu, cuma saiznya baru sekitar 4cm diameternya.

Uterus beliau juga pada posisi retroverted dan retroflexed
Hmm...berkemungkinan beliau juga ada penyakit endometriosis.

Beliau juga ada masalah IGT (Impaired Glucose Tolerance) dan diberi pendekatan rawatan secara diet modification., belum lagi memerlukan ubat kencing manis

Secara ringkasannya (kita ulang semula profil beliau):
- 38 tahun
- 12 tahun mencuba
- Submucosal fibroid 4cm diameter
- Mungkin ada juga endometriosis (fibroid dan endometriosis selalunya 'berkawan')
- IGT dengan BMI ideal dan cukup dikawal dengan modifikasi diet sahaja

Setelah menimbangkan 'pros vs cons', saya tidak mencadangkan pembedahan membuang fibroid etc tetapi meneruskan dengan IVF.

Sebelum itu, saya hanya tambah suplemen vitamin tertentu, sehingga beliau didapati sesuai menjalani IVF.

.
.
.

Dipendekkan cerita, beliau pun menjalani IVF pada November 2015.

Saya pilih pendekatan/protokol:
1. Antagonist Protocol
2. Agonist triggering
3. ICSI
4. Freeze-all-transfer-later
5. FET using modified LPS regime/medication


Antagonist Protocol with Agonist Triggering
Beliau pun mengambil suntikan rangsangan yang mengandungi rec-hFSH sebanyak 225 IU setiap hari, kemudiannya dikurangkan kepada 150 IU (jumlah keseluruhan hanya 1650 IU, memang sedikit sahaja berbanding usia beliau).
Apabila bersedia, kemudian ditambah pula suntikan GnRH antagonist.
Apabila folikel telur telah cukup saiznya, beliau pun mengambil suntikan 'triggering' menggunakan GnRH agonist.


OPU pada 02.11.2015 : dapat 9 telur.
7 telur matang MII (tetapi embriologis memberitahu 2 daripadanya tidak normal) dan 2 GV.

ICSI ke atas 5 telur matang yang normal: 4 jadi embrio (ICSI fertlization rate embriologist saya 4/5 = 80%)

Selepas ity, 'freeze-all-transfer-later'.
'Freeze-all embryos' dibuat menggunakan teknik vitrification pada day-5.
Embrio disimpan dalam 2 straw berasingan.
1 'straw' mengandungi 2 embrio peringkat blastocyst, manakala 1 lagi straw mengandungi embrio peringkat morula.


FET
FET dibuat pada bulan/kitaran berikutnya
Setelah meneliti semula profil beliau, saya ubah dos pengambilan ubat beliau berlainan daripada pesakit-pesakit lain.

Last period (LMP) = 28.12.2015
Beliau menunjukkan respon yang baik dengan rejimen ubat ini.
FET pada 19.01.2016 (Day-23 beliau)

Embriologis thawed 1 sahaja straw yang mengandungi 2 blastocyst. Satu lagi straw tidak dikeluarkan dari tangki penyimpanan.


Pada hari FET
Masuk 2 embrio blastocysts : gred 4BB hatching (embrio di sebelah kanan gambar) dan gred 2CC
2 lagi embrio (peringkat morula) tidak di-thaw dan masih tersimpan-beku.

Luteal support menggunakan vaginal progesterone.


Keputusannya
BhCG pada (pengesahan kehamilan secara ujian darah ini dikira sebagai 'biochemical' pregnancy)
Scan pada pula dah nampak janin dan dengar degupan janin (pengesahan kehamilan secara kehadiran kantung di dalam rahim pula dikenali sebagai clinical pregnancy)


Baru-baru ini (10.03.2016) kandungan dah berusia 10 minggu. Masih nampak 1 janin.
Fibroid masih pada saiz yang sama, sekitar 4cm.

Besar kemungkinan, janin itu berasal dari embrio yang 'hatching' dan gred bagus (gambar pertama : embrio di sebelah kanan).


.
.
.


Perbincangan dalam post akan datang : Fibroid dan Kesuburan

(seperti biasa, ia akan disediakan dalam bentuk 'saya buat-buat tanya dan saya jawab sendiri').

1. Adakah fibroid akan menyebabkan saya tidak hamil?
2. Perlukah fibroid dibuang terlebih dahulu sebelum menjalani IVF?
3. Jika saya hamil, sdakah fibroid meningkatkan risiko saya keguguran?
4. Adakah fibroid akan mendatangkan kpmplikasi sewaktu saya hamil?
5. dan soalan-soalan lain yang boleh ditanya oleh pembaca



Sekian.
Alhamdulillah (All praise is due to Allah)





3 comments:

  1. alhamdulillah...tahniah Doktor

    ReplyDelete
  2. syukur alhamdulillah. seronok dengar success stories especially patients yang sangat lama menanti kehadiran cahaya mata. semoga Allah berikan kesihatan yang baik dan berterusan kepada doktor untuk terus bantu mereka. amin.

    ReplyDelete
  3. dr,boelh tak buat entry thyroid in pregnancy dan adakah pesakit thyroid boleh pregnant..tk dr adilah

    ReplyDelete