Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Saturday, 13 February 2016

Pengubat Kerinduan (lagi)

Bismillahirrahmanirrahim
(In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful)



('insert' muzik)

Tuai padi antara masak (harvest the paddy while it is ripe),
Esok jangan layu-layuan (lest tomorrow, it may have wilted),
Intai kami antara nampak (catch sight of us while we are here),
Esok jangan rindu-rinduan (lest tomorrow, you might be missing us dearly).


Hmm.....memang dah mula rindu semula pun.

.
.
.

Episod Jejak Kasih lagi.


Kali terakhir saya bertemu ibu mereka adalah pada usia kehamilan 3 bulan.
Selepas itu, saya 'pindahkan' dia ke bawah jagaan doktor di Hospital Putrajaya.

Mereka dilahirkan pada Disember 2013.
Saya belum pernah bertemu mereka di alam nyata.
Selepas kelahiran mereka, saya dikirim gambar-gambar dan klip video berserta update perkembangan triplets ini.



Triplets dari 2 embrio yang dimasukkan pada peringkat blastocysts. Embrio (yang membentuk Marissa) dan embrio (yang membahagi 2 kepada Mardhia dan Maiza). Maka Mardhia dan Maiza adalah monozygotic/identical twins.

Marissa Mirza di sebelah kiri bersama adik-adik (Mardhia Mirza di tengah dan Maiza Mirza di sebelah kanan). Dari dalam kandungan, 1st triplet ni (Marissa) memang lain 'style', doktor yang memeriksa mereka pun perasan kelainannya. Selepas lahir, perhatikan gaya tidur Marissa - gaya kakak sulung!



Ini sewaktu mereka berusia hampir 7 bulan. Datuk mereka (yang memangku triplets ini) berketurunan Belanda.

Belanda..... negara yang sejarahnya paling mengujakan hati saya.
Teringat pula post Belanda (klik sini) yang saya tulis dahulu.

Hmm...patut pun triplets ni lawa-lawa belaka. 
Dah boleh terbayang kejelitaan mereka apabila remaja kelak seperti pelakon-pelakon kacukan Indonesia-Belanda dalam drama/sinetron Indonesia.



Gambar Disember lepas (saya ada letakkan gambar ini dalam post terdahulu), triplets dah berusia 2 tahun, semakin terserlah kecantikan mereka, macam anak patung. Adik bongsu (Mirza Syaamil) dilahirkan Jun 2015, kehamilan secara natural/DIY, kelahiran Syaamil juga seperti kakak-kakaknya iaitu secara Caesarean.

Selama ini, saya hanya menatap gambar dan klip video sahajalah.....

Rindunya....

Rabu yang lepas, hanya setelah mereka berusia 2 tahun lebih sedikit, barulah ibu bapa mereka kelapangan membawa mereka berjumpa saya. 
Seronoknya saya.
Saya maklum akan kesibukan mereka, siapa yang tidak boleh bayangkan kesibukan dan keriuhan suasana rumah dengan 4 anak kecil. Kali ini, yang bongsu (Mirza Syaamil) tak ikut.

Saya dapat bertemu mereka buat pertama kalinya!


video
Klip video di atas saya yang ambil. 

Dengar tak perbualan saya dengan ibu mereka?
Saya cuba memujuk diberi pinjam triplets ini untuk sehari.
Untuk kami menumpang memberi kasih.
Sekejap sangat jumpa di klinik.
Manalah tahu kan, kot-kot penat menjaga ramai anak ni, bolehlah saya ringankan beban untuk sehari (ahaha, boleh masuk jarum ke alasan ni?). Yang anak seorang, saya tak sampai hati nak pinjam, maklumlah, mereka juga telah menunggu lama untuk mendapatkan cahayamata.
Tapi malangnya, pujukan saya tak berjaya.
Hmm.... nak kena susun ayat lain pula lepas ni.


Saya memangku Marissa di sebelah kanan saya dan Maiza di sebelah kiri saya. Senang je nak 'umpan' anak2 yang datang ke klinik saya ni supaya mereka duduk di atas pangkuan saya. Sama ada saya bagi mereka pen untuk menulis/menconteng, ataupun saya hulurkan mainan. Marissa (sebagai anak sulung) yang bersifat penuh berhati-hati, secptical dan tak mudah tergoda akhirnya mahu duduk di atas pangkuan saya. Maiza yang bersifat sangat 'friendly' awal-awal lagi dah senyum dan menyerah diri. Mardhia didukung ayah mereka (saya ada 2 peha sahaja), saya kemudiannya minta Mardhia diletakkan di atas meja.

Tanpa ku sedari, rupa-rupanya inilah kali pertama mereka diberi menulis.
Ibu mereka sebelum ini tidak menggalakkan kerana sedia maklum akan kelincahan anak-anaknya.
Bayangkan kalau 3 orang punya hasil kerja tangan menconteng dinding. Tiap-tiap hari nak kena cat semula dinding.

Apa lagi, saya pun mulalah jadi 'batu api'.

Saya beritahu triplets ni;

"Balik rumah nanti, boleh sambung tulis. Nak conteng dinding rumah pun boleh."

Mereka berada bersama saya tidak sampai setengah jam.
Sekejap sangat.


video

Keesokannya, ibu mereka menghantar klip video ini.
Aha!!!
Pujukan saya dah mengena!!!!
Tripets dah dapat crayon!!!



video

Tetapi ....... selepas tidak sampai 10 minit..... ibunya menghantar klip video di atas.
Lihatlah betapa sekejap sahaja dah penuh contengan oren tu. Kalau macam ni, sehari habislah sebatang crayon. Kalau conteng dinding, dalam sejam sahaja dah penuh satu dinding.
Lihatlah juga baju Marissa (yang di tengah) dah bertukar warna crayon.

Ibunya sempat komen;

"Alamak, dah nak conteng sofa pulak"


Erk!
Ehehe.....Saya tarik balik cakap batu api saya semalam ya.
Nanti saya kena ganti sofa baru pula.
Lariiiiiiii !!!!!!!!


Terima kasih banyak-banyak kerana menemukan kami ya.
Terubat sedikit kerinduan.
Saya asyik buka video anak-anak ni sehinggakan diusik room-mate.
Malam nak tidur buka video ni.
Pagi pun buka lagi.

.
.
.


Bilalah agaknya nak ketemu semula.

Errr..... kalau berubah fikiran dan terbuka hati nak meminjamkan anak-anak bermain di rumah saya untuk semalam, beritahu ya.
Kalau tak bagi satu malam, setengah hari pun boleh.
Kalau tak bagi setengah hari, 4-6 jam pun boleh.
Kalau tak bagi 4-6 jam, 2-3 jam pun boleh.....
(dah bunyi macam minta sedekah dah ni)


video
Sementara tu, biarlah saya layan video ini berulang-kali....


Petang ni nak pergi kedai beli crayon.
Manalah tahu kalau-kalau ada yang nak bagi pinjam 'baby'.


Alhamdulillah
(All praise is due to Allah).

3 comments:

  1. asalam doktor...umur sy 27thn dah 3 thn berkahwin.
    saya suppose pick up 28/2 ni.
    so on yazz 21/1-10/2.
    sampai ke tarikh harini, 15/2, saya masih xperiod2 pon lagi.
    tarikh lain utk pick up saya xdpat la lagi memandangkan sy blom period.
    doc, what if kalau after this, sy ambil yazz+duphaston? merbahaya or x? or sy juzz amik duphaston?
    maaf doktor sbb mengganggu di ruangan komen ni.

    ReplyDelete
  2. okay. Dr. A dah bagi greenlight ni. Bolehlah tinggalkan di rumah doctor bila malam date night kami nanti. :P

    ReplyDelete
  3. Salam Dr,
    Hope Dr masih ingat saya. Saya ada few session dengan Dr last year. Thank you very much Dr for your help. Alhamdulillah, sy pun dah selamat bersalinkan baby boy 14Dec2015. InshaAllah, panjang umur murah rezeki kita jumpa lagi yer Dr.

    ReplyDelete