Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Sunday, 28 February 2016

Kehamilan IVF dengan Fibroid

Bismillahirrahmanirrahim
(In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful)


Dua minggu yang lepas, kali pertama bunga lily di atas meja saya berwarna oren.
Mmmm.....o.r.e.n.
Warna kegemaran saya kerana sejarah Belanda.
Memandangkan Belanda juga ada kaitan dengan sejarah Melaka, saya terus menerima ajakan bercuti-cuti Melaka pada hujung minggunya.
Tak sabar nak berkongsi di sini, menunggu kesempatan untuk menulis lagi.

Ini satu lagi kisah ICSI:
- Freeze-all-transfer-later
- FET
- Blastocyst stage

Selain itu
- beliau juga ada fibroid


Terima kasih kepada beliau kerana sudi berkongsi kisah rawatan di dalam blog ini.

.
.
.

Usianya tahun ini memasuki 39 tahun.
Beliau sebenarnya dah lama jadi pesakit saya.
Sejak tahun 2012.

Beliau berkahwin pada tahun 2010.
Pernah mengidap penyakit hyperthyroidism dan menerima rawatan ubat.
Namun kemudiannya beliau mengalami hypothyroidism dan ubatnya dihentikan. Kini beliau mengambil suplemen pil thyroxine.
Kitaran haid beliau juga pendek, sekitar 23-25 hari sahaja.

Sejak beliau pertama kali diperiksa, telah dikesan fibroid bersaiz 6cm x 5cm pada bahagian hadapan dinding uterus dan berjenis subserosal.
Beliau juga kemudiannya dikesan mempunyai endometriosis (sewaktu pembedahan laparoskopi pada awal 2013) dan tiub falopian kiri beliau sedikit sempit. Apabila diuji, cecair lambat keluar dan sedikit pula berbanding tiub falopian kanan. Fibroid beliau dibiarkan tidak dibuang.

Dalam masa 2 tahun (Mei 2012-Mei 2014), beliau juga talah menjalani IUI sebanyak 6 kali di bawah perawatan saya.
(Ingat lagi apa yang saya tulis mengenai berapa kalikah anda hendak mencuba IUI?)
Saya ikutkan sahaja.
Kesemua 6 kali IUI tidak berhasil.
Beliau kemudiannya berehat dari rawatan kesuburan sehingalah Julai 2015 kerana telah bersedia untuk mencuba IVF pula.

.
.
.

Persediaan pun dibuat.
Fibroid beliau masih hampir sama saiznya.  Setelah berbincang, kami sepakat untuk beliau tidak menjalani pembedahan membuang fibroid sebelum IVF.

September 2015, beliau memulakan rawatan IVF.
Saya gunakan pendekatan Antagonist Protocol dan 'freeze-all-transfer-later'.
OPU pada 08.10.2016 : dapat 12 telur (10 MII, 1 GV dan 1 abnormal MII)
Embriologis pun buat ICSI ke atas 10 telur MII yang normal : dapat 7 embrio (ICSI fertilization rate embriologis saya = 70%).


Kesemua 7 embrio berkembang pada kadar berbeza sehinggalah pada hari ke-5 usia mereka dan kesemuanya dibekukan.

.
.
.

FET cycle
Beliau didatangi haid pada 14.12.2015
Beliau kemudiannya menerima rawatan untuk FET.
Berdasarkan profil beliau, saya beri suntikan hormon selain pil hormon untuk endometrial preparation.
FET hanya dilakukan pada 14.01.2015.
Pada day-32 cycle beliau.
Walaupun kitaran haid beliau pendek (23-25 hari), saya masih tetapkan untuk tangguhkan hari FET kerana berdasarkan penilaian saya, keadaan belia masih belum bersedia. Jadual ubat susulan juga diubah.
Luteal support menggunakan gel progesterone yang dimasukkan ke edalam vagina.


Embriologis thawed 3 embrio.
2 embrio dimasukkan (kedua-duanya jenis hatching blastocysts gred 4CB)
1 lagi embrio terhenti perkembangannya dan dibuang.
4 lagi embrio masih tersimpan-beku.

.
.
.

Pengesahan kehamilan
8 hari selepas FET : BhCG 94 IU/L (kehamilan yang disahkan secara ujian darah ini dinamakan 'biochemical pregnancy').
3 minggu selepas itu dah nampak janin dan kedengaran degupan jantungnya (kehamilan yang disahkan secara scan ini dinamakan 'clinical pregnancy').


Tadi beliau datang lagi. Dah nak masuk 9 minggu dah.
Fibroid masih pada saiz yang sama, sekitar 5 cm diameter.
Kita biarkan sahaja ia di situ.
Beliau masih dalam rawatan hypothyroidism. Dos ubat tiroid dinaikkan sedikit sejak kehamilan (keperluan ini adalah lazim untuk pesakit hypothyroidism in pregnancy).

Kita bersambung kemudian untuk satu lagi kisah fibroid dan kehamilan IVF... selepas post saya mengenai Melaka negeri kelahiranku.


Alhamdulillah
(All praise is due to Allah)




1 comment:

  1. Assalamualaikum,
    Dr Adilah,
    Sama la kita org Melaka.Syukur sgt baca entry ni, saya juga merupakan pesakit tiriod.Teah berkahwin 7 tahun, alhamdulillah, dan masih mencuba untuk pregnat.Mungkin sebab sakit tiriod,mengganggu masalah kesuburan saya..Hanya Allah yang tau.

    ReplyDelete