Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Friday, 1 January 2016

WSC - World Scholar's Cup

(selingan)

Bismillahirrahmanirrahim.



Battell Chapel - Tempat upacara perasmian WSC TOC pada Jumaat, 13hb November 2015. Pada setiap pusingan, peserta-peserta dihadiahkan 'stuffed/soft toy' alpaca.

.
.
.

WSC = World Scholar's Cup

WSC TOC = World Scholar's Cup Tournament of Champions adalah pusingan akhir pertandingan WSC. Sebelum melayakkan diri ke peringkat akhir, ada 2 pusingan awal iaitu 'regional' dan 'global'. Tournament of Champions ini diadakan pada bulan November di Universiti Yale yang terletak di sebuah bandar kecil New Haven, Connecticut. Memandangkan ia berhampiran dengan NYC, maka lazimnya peseta dari Malaysia mengambil penerbangan dari KLIA ke Lapangan Terbang Antarabangsa JFK di NYC (New York City). Lagipun, kebanyakan syarikat penerbangan antarabangsa dari Malaysia ke sana menyediakan penerbangan ke NYC (JFK) sama ada terus ataupun transit.

.
.
.

Bagi yang ingin mengetahui lanjut mengenai WSC, bolehlah melayari lamannya ini (klik sini).

.
.
.

Semakin kini, semakin banyak sekolah dari Malaysia berminat menyertai WSC. Ini dapat dijangka, lebih-lebih lagi setelah sistem KBAT (atau HOTS) diperkenalkan di sekolah-sekolah kita. WSC ada menggunakan kaedah KBAT atau 'thinking out of the box', bukannya menjawab terus apa yang dihafal.

Selain itu, WSC ada satu acara yang menarik minat saya. Istimewanya, ada diselitkan acara supaya peserta-peserta berinteraksi dengan peserta-peserta negara lain seperti dalam acara 'Scavenger Hunt'. Dalam acara 'outdoor' yang menyerupai 'Treasure Hunt' ini, setiap peserta dalam sesuatu kumpulan datang daripada negara berlainan. Maka, tidaklah mereka sibuk sesama kumpulan negara mereka sahaja untuk bertanding. Acara 'Scavenger Hunt' ini membolehkan mereka lebih rapat dengan peserta-peserta dari negara lain. Jadi, dalam 3 pusingan (regional, global dan TOC), My-Clone telah mempunyai sekurang-kurangnya 3 kumpulan rakan-rakan antarabangsa. Inilah yang mendorong saya untuk menyokong penyertaan My-Clone, bukannya untuk menang tetapi untuk meluaskan rangkaian rakan-rakannya. 'Networking' itu lebih penting untuk masa depannya. Winning, to me, is a bonus.

WSC dan mana-mana pertandingan antarabangsa juga mengeluarkan kita daripada bawah tempurung 'comfort zone'. Baru kita sedar bahawa ramai lagi lebih pandai daripada kita.

.
.
.

Pada tahun 2015 ini, terdapat sekitar 10 sekolah dari Malaysia yang layak menyertai WSC 2015 di Universiti Yale (dengarnya MRSM Alor Gajah juga layak tetapi tidak dapat hadir kerana mereka juga ada peperiksaan pada masa yang sama). Setiap pasukan mempunyai 3 peserta. Dari KYS sahaja, 3 pasukan (9 pelajar) dalam kategori 'senior division' berjaya ke situ, kesemuanya pelajar Tingkatan 4.

Senarai di bawah tidak mengikut apa-apa turutan (harapnya tiada yang tertinggal):

Lodge School, Kuching
SMK Tinggi Bkt Mertajam
Penang Chinese Girls High School
SMK Convent Green Lane, Penang
Han Chiang High School Penang
SMK Alor Akar, Kuantan
Epsom College
Sri Kuala Lumpur
Kolej Tunku Khursiah (TKC)
Sekolah Sultan Alam Shah (SAS)
Kolej Yayasan Saad (KYS)

.
.
.

Maka, post ini saya tulis sebagai panduan perjalanan kepada sekolah-sekolah yang akan menyertai WSC TOC  di Yale pada tahun-tahun akan datang. Ia ditulis berdasarkan kapasiti saya sebagai seorang guru pengiring ibu peneman, bukannya seorang doktor, bukan juga seorang peserta.

Kongsi-kongsi pengalaman.


Latar belakang saya/kami.

Ini adalah penyertaan kali ketiga berturut-turut KYS ke WSC di Uni Yale. Bagi saya pula - ini kali pertama saya menjejakkan kaki ke bumi USA. Begitu juga My-Clone, kali pertama beliau. Ada di antara rakan-rakannya (dan ibubapa mereka) pula telah pernah menyertai WSC ini tahun lepas dan datang sekali lagi tahun ini. Maka, sedikit-sebanyak, kali ini kami mendapat panduan dari mereka dan ini memudahkan kami. Ditambah pula dengan bantuan dari rakan/pesakit mengenai 'NYC trip' ini.

Saya ada meminta seorang blogger (saya suka belajar Bahasa Inggeris dan kagum dengan gaya penulisan dari blog beliau) menulis mengenai New York kerana beliau pernah berada di sana untuk masa yang lama, tetapi sehingga kami pergi dan balik, beliau masih sibuk dan masih belum menyambung blog beliau.

Hmm....kenalah bertanya yang lain dan meng-google secara rawak ni.

Tahun 2015 ini, pelajar-pelajar terpaksa ke sana bersendirian tanpa guru pengiring, atas sebab tiada peruntukan kewangan dari sekolah. Mujurlah mereka telah biasa  'dididik' mengelolakan sesetengah projek/program sekolah tanpa bantuan guru-guru, mereka masih sempat menyelit walaupun menghadapi kekangan waktu dalam kesibukan mentelaah dan peperiksaan. Beberapa ibu/bapa mengambil keputusan untuk menemani anak-anak ini, maklumlah mereka baru 16 tahun dan tiada sesiapa yang dikenali di sana. 


Persediaan/Pembahagian Tugas Kami

- Ulangkaji 'syllabus' WSC : Pelajar-pelajar 'belajar' ikut sistem 'sendiri belajar/cari' dan juga ikut pengalaman rakan yang pernah ke sana (pun asalnya 'sendiri belajar'). Saya berpendapat, lebih bagus jika mereka ada 'Mentor' atau 'Coach' yang berpengalaman dalam topik atau acara yang ada eg debat, penulisan dll seperti yang dilakukan oleh beberapa sekolah. Ini sangat membantu, lebih sistematik, malah peserta tidaklah terpaksa 'syok sendiri' menjawab tanpa 'expert guidance'. Pada saat akhir, ada pelajar-pelajar KYS yang mengaturkan sesi 'coaching' untuk debat, itu sahaja.

- Pendaftaran pertandingan dan lain-lain urusan dengan pihak WSC : disediakan oleh pelajar-pelajar sendiri sebelum urusan pembayaran dibuat secara online oleh ibu pelajar.

- Urusan visa (bagi yang belum ada) : sebahagiannya dibuat sendiri oleh pelajar/ibubapa manakala mereka yang menghadapi kesukaran sewaktu pendaftaran online pula dibantu oleh guru mereka, Madam Natrah. Terima kasih, Madam Natrah. KYS ada menyediakan pengangkutan 2 pelajar ke temuduga visa dari KYS-KL-KYS dan juga pengangkutan beberapa pelajar dari KLIA-KYS sewaktu pulang (kerana mereka terlibat dengan program RBS - pemilihan pelajar-pelajar baru Tingkatan 1 tahun 2016). Terima kasih, KYS.

Ibubapa pelajar-pelajar pula menguruskan : Tiket kapalterbang KUL-JFK-KUL dan 'Ground arrangement di sana'.
Maka, sekiranya anda berhadapan dengan situasi yang sama (di mana anda dikehendaki menguruskannya sendiri), jangan bimbang, pengalaman kami bolehlah dijadikan panduan. Jika kami boleh, anda pun boleh.

.
.
.

Selain itu, bagi kumpulan ini, ibubapa perlu menanggung penuh/menguruskan sendiri kos perbelanjaan peserta. Kami dipesan oleh mereka yang pernah menyertainya sebelum ini, perlu menyediakan sekitar RM12-15 ribu untuk setiap pelajar, menaiki penerbangan kelas ekonomi) dengan kadar tukaran sekitar 1USD = RM 4.30. Ouch!


Maka,

BANTUAN KEWANGAN
Seawal mungkin, bolehlah cuba memohon pembiayaan kewangan secara penuh atau separa dari mana-mana pihak. Di sana, kami mendapat tahu dari peserta-peserta lain dari Malaysia, ada sebuah SBP yang mendapat pembiayaan separa dari pihak sebuah Kementerian dan ada juga sebuah SBP mendapat pembiayaan penuh malah menaiki penerbangan kelas perniagaan (tidak pula bertanya/diberitahu siapa pihak 'sponsor' yang bermurah hati itu). Rezeki mereka, bertuahnya mereka.

Bagi pelajar-pelajar KYS pula, dengan ketiadaan guru pengiring, kami ala-ala 'lone ranger' la ni. Ada pelajar yang mengambil inisiatif memohon bantuan kewangan ini secara peribadi dan bertulis kepada beberapa pihak swasta dan berjaya mendapat pembiayaan separa dari pihak tertentu. Maklumlah, bukan mudah untuk mendapatkan pembiayaan penuh pada hampir penghujung tahun (keputusan kelayakan penyertaan hanya diketahui lambat dan pelajar pula perlu menunggu keputusan peperiksaan sekolah dengan wajib memperolehi sekurang-kurangnya 3.0 GPA sebelum dibenarkan oleh pihak sekolah). Ada beberapa ibubapa yang bermurah hati menyumbang wang kepada pelajar ini, walaupun anak-anak mereka sendiri tidak menyertai WSC ini. Murninya hati mereka. Permintaan bantuan wang untuk pelajar ini disalurkan melalui ke 'Whatsapp Group' pelajar-pelajar dan disampaikan kepada ibubapa masing-masing, hasilnya seperti 'viral', wang dihulurkan sebagai bantuan. Saya terharu mendengarnya. Semoga rezeki mereka berterusan dilimpahiNya. 

Ada juga saya baca di website mengenai inisiatif sebuah sekolah (bukan di Malaysia) yang membuka website mereka hanya untuk mengumpul dana secara derma dari pengunjung laman web itu (walaupun belum final tetapi untuk peringkat 'global round') dan mereka berjaya mengutipnya (hampir separuh daripada target) sebelum memaklumkannya dan menutup kutipan. Hmm.... ini juga suatu inisiatif bagus. 

Usahakanlah menjana wang sendiri ataupun memohon wang bantuan kewangan dari mana-mana pihak kerana kosnya bukanlah murah.

.
.
.

1. PENDAFTARAN PENYERTAAN


Setelah dimaklumkan dan ditawarkan menyertai WSC TOC, kita perlulah membuat urusan pendaftaran pertandingan. Urusan pendaftaran berserta pembayaran yuran penyertaan (online) kali ini dibuat oleh seorang ibu pelajar, Datin Habsah. Mudah untuk medaftar/membayar sekaligus secara online credit payment, kemudiannya barulah setiap peserta/pelajar membayarnya kepada Datin Habsah. Nak lebih murah, bayar secara 'early bird  registration'. Tahun ini, dengan kadar tukaran ke USD yang meningkat, setiap peserta membayar hampir RM2500 (RM2487) untuk yuran pertandingan WSC TOC. Ini untuk pertandingan sahaja.

Jika orang luar ingin menyaksikan pertandingan ini (termasuk ibubapa atau pengiring), bersedia untuk membayar yuran kemasukan ke tempat acara. Bagi mereka yang cuba masuk tanpa membayar, mungkin lepas (kerana tiada pemeriksaan ketat) tetapi eloklah tidak mengambil makanan (lunch) yang disediakan. Bukan hak kita pun.

Begitu juga, jika ingin menyertai lawatan yang dianjurkan WSC ke Boston dan NYC, pun ada bayaran tambahan. Ia perlu ditempah awal. Kami tak ambil, nak berjimat, lagipun ada yang telah mengikutinya tahun lepas. Bolehlah anda masukkan item tambahan (lawatan ke Boston dan NYC) ini dalam pengiraan kos peserta/pelajar.

.
.
.


BUAT ITINERARY
Itinerary kami
Pertandingan berlangsung dari 13-16 hb November.

11hb November - bertolak pada waktu senja (7.10pm) dari KLIA.
12hb November - tiba di JFK pagi (8.15am) dan terus ke New Haven/Yale, check-in 5 malam di Hotel Omni.
17 hb pagi (9am), check-out dan bertolak ke NYC.

17hb - check-in 1 malam di hotel di NYC . 
18hb 7pm - check-out dari hotel di NYC, terus ke JFK untuk pulang ke KLIA (penerbangan 11 pm)
19hb - sampai di KLIA pagi (8.55am)

.
.
.

(tarik nafas dalam-dalam lagi sebab post ini sangat, sangat panjang)

.
.
.

2. VISA

Bagaimana nak memohon visa? 

Terlebih dahulu, seperti biasa, pastikan tarikh luput pasport tidak kurang dari 6 bulan sebelum tarikh penerbangan. Jika tidak, sila perbaharui pasport. Jika belum ada, buat dan masukkan dalam pengiraan kos iaitu RM200 untuk tempoh 5 tahun.

Ada banyak panduan yang boleh di-googled. Saya diberikan link ini (klik sini) oleh seorang ibu pelajar, Dr Maizatun. Mudah sahaja jika kita ikut satu persatu. Jika nak buka terus link ke laman sesawang visa ke USA, boleh (klik sini). Pilih tarikh temuduga mengikut slot waktu.

Dapatkan 'confirmation letter' atau 'support letter' dari WSC team utk peserta dan juga pengiring, boleh dibuat secara e-mel sahaja. . Ini memudahkan urusan permohonan visa. Bagi kami, ia diuruskan oleh pelajar-pelajar itu. Bawa bersama sewaktu temuduga.


Pada hari temuduga;

- Datang ke Pejabat Kedutaan pada masa yang ditetapkan, ambil kira faktor kesesakan jalanraya di KL supaya anda tiba awal. Jangan lupa bawa IC (saya terlupa bawa IC My-Clone, kena tegur, mujurlah dia sudi terima lesen memandu saya sebagai gantian bagi pihak My-Clone) - kena tinggalkan di post keselamatan untuk diberi pas pelawat sebelum dibenarkan memasuki kawasan kedutaan. Hp pun kena tinggalkan di situ. Maka, eloklah bawa bahan bacaan untuk mengisi masa.

- Di pejabat kedutaan, semuanya dilakukan di dalam satu ruang sederhana besar yang turut disediakan kerusi untuk duduk menunggu. Kaunter-kaunter (kaunter pendaftaran, kaunter cap jari, kaunter temuduga) pula bersebelahan dan kita berurusan secara berdiri sahaja. Kita akan diminta menunjukkan pasport untuk pendaftaran, kemudian ke kaunter lain untuk pengambilan cap jari dan kemudian diminta tunggu nombor giliran dipanggil untuk ditemuduga.

- Tidak banyak soalan ditanya sewaktu temuduga : My-Clone ditanya secara berbual santai eg bagaimana dia layak menyertai WSC, berapa pusingan (itu sahaja). Saya pula ditanya apakah pertalian saya dengan My-Clone (we are clones, Ma'am...), apa pekerjaan saya, pekerjaan suami saya (walaupun dia tak ikut), berapa lama kami di USA. Itu sahaja. Tak sampai 10 minit pun. Tak minta tengok dokumen pun (tapi elok bawa ya, sebab dah diarahkan bawa dalam email 'confirmation letter' (gambar ukuran visa, pasport, slip deposit, borang DS-160). Bayaran slip deposit adalah sebanyak USD 160 = RM 688 (hampir RM700).

Kesimpulannya - urusan memohon visa USA ini sangat mudah, tidak sukar seperti disangkakan. Jika ada masalah, emel sahaja kepada mereka dan mereka cepat memberi bantuan (saya menghadapai masalah sewaktu ingin menukar tarikh temuduga) sehingga masalah selesai. Emel sahaja, tidak banyak birokrasi.

Kos visa = RM 700
Kos pasport = RM 200



3. 'BOOK' TIKET KAPALTERBANG AWAL

Bagi tahun ini, ada 9 peserta (3 kumpulan) senior division:
- Syafaa, Marissa dan Sara pergi berasingan dengan keluarga mereka.
- Maka kumpulan besar : 6 pelajar yang lain (Iman, Raja, Hasya, Sofea, Divya dan Amar) pula pergi beramai-ramai bersama saya (ibu Iman) dan sepatutnya juga bersama Datin Habsah (ibu Raja).

Tempahan tiket kumpulan besar kami diuruskan oleh Datin Habsah. Kali ini, kami memilih penerbangan Emirates Airlines, berdasarkan faktor harga dan makanan. Tahun sebelumnya, pasukan KYS (termasuk Datin Habsah dan anaknya) menaiki Qatar Airways. Harga tiket pergi-balik adalah sekitar RM4 ribu (RM3960). Emirates Airlines juga bagi 'food coupon' untuk digunakan sewaktu transit di Dubai (untuk transit yang lama), jadi tak perlu menukar matawang AED kecuali jika nak nak berbelanja. Saya dan Iman pilih untuk uruskan sendiri pembelian tiket atas faktor kesihatan kaki saya. Kami akhirnya ikut pilih Emirates Airlines penerbangan yang sama, lagipun kami belum pernah merasai menaiki A380 Emirates sebelum ini. The more, the merrier. Maka rombongan besar ini sepatutnya terdiri daripada 8 orang (ada 3 lagi pelajar yang pergi berasingan, dengan keluarga mereka) terdiri daripada saya dan Datin Habsah bersama-sama 6 pelajar. Memang dijangka meriah!

Saya rasa, kalau 'book' dalam kumpulan 9 orang atau lebih, mungkin boleh dapat lagi murah. Saya tiada pengalaman dalam hal ini.


Kami bergambar kenang-kenangan di KLIA sebelum berangkat, sebelum mereka 'melepaskan' anak-anak mereka kepada saya di palang pemeriksaan imigresen di tepi tangga itu. Saya berdiri di atas palang, kelihatan semakin tinggi. 

Terima kasih kerana meletakkan kepercayaan kepada saya untuk membawa mereka merentasi benua dan lautan berbelas ribu km. Hati ibu/bapa mana yang tak risaukan anaknya yang baru 16 tahun kan? Last minute, Datin Habsah terpaksa menarik diri atas sebab kesihatan suaminya. Tinggallah saya seorang menjadi pengiring sewaktu perjalanan pergi. Mujur juga saya dan Iman menempah penerbangan yang sama, jika tidak, anak-anak ini tiada pengiring. Maka, seeloknya pastikan kumpulan pelajar ada 2 pengiring dewasa, manalah tahu jika ada aral melintang dan seorang pengiring terpaksa menarik diri. Saiz kumpulan kami akhirnya menjadi 7 orang (1 ibu dan 6 pelajar). Dalam saspen nak menjaga 6 anak-anak (termasuk anak sendiri) ini, tersimpan perasaan 'Cik Kiah gila kuasa' pula, muahaha.



4. PENGINAPAN

4a. MENEMPAH PENGINAPAN DI NEW HAVEN/YALE

Ada diskaun diberi oleh 'participating hotels' iaitu Hotel Omni, Hotel Marriott, Hotel New Haven. Saya tak suka menginap di hotel, tetapi apakan daya. Pilihan terhad kepada hotel kerana apartment agak jauh dari kawasan universiti. Tahun ini, kami pilih Hotel Omni yang kelihatan di pinggir kawasan Yale tetapi saya rasakan paling sesuai secara logistik. Tahun lepas, mereka menginap di Hotel Courtyard (Marriott) yang berada lebih ke tengah kawasan Yale dan berdekatan deretan 2-3 kedai makanan halal Asia Tengah serta kedai 'souvenir'.


Ini gambar dari tingkap bilik hotel. Old Town Yale. Memang cantik macam dalam lukisan. Saya tiada gambar bangunan Hotel Omni, lupa nak ambil. Juga, ada bahagian 'bangunan moden' di kawasan Universiti Yale yang menjadi tempat pertandingan WSC ini tetapi tiada dalam koleksi saya (sebab kaki saya tak jejak ke situ).


Pada sayalah, walaupun Hotel Omni yang paling leceh untuk buat 'booking' ikut pakej WSC (tak boleh book online terus dari laman web hotel itu tetapi kena email beberapa borang : borang confirmation, senarai yang menginap mengikut jantina dan bilik, nama dan tandatangan pengiring/penjaga, borang akuan mengikut peraturan). Saya mulanya hampir berputus asa sehingga saya terpaksa menulis emel kepada pihak WSC, tetapi selepas itu, urusan menjadi sangat mudah. Hotel Omni juga menyediakan seorang Pengurus khas untuk menguruskan hal WSC, mudah berurusan secara emel jika ada apa-apa keperluan berkenaan sebelum kita ke sana.

Hotel Omni lebih 'convenient' daripada segi lokasi, lebih-lebih lagi untuk acara senja/malam (bulan November kan cepat waktu 'malam'nya) :
- Pendaftaran semua peserta (sehari sebelum hari pertandingan juga diadakan di Hotel Omni pada pukul 6-10pm, waktu dijangka semua dah check-in hotel masing-masing).
- Acara 'Scavenger Hunt' juga berakhir dengan berkumpul di situ (dah malam dah masa tu).
- Acara 'Scholar's Bowl' (walaupun waktu pagi/siang) juga diadakan di Shubert Theater berhampiran Hotel Omni (hanya 1 blok jaraknya, malah ada jalan pintas lagi bertentangan Hotel Omni).
- Gala Dinner 'thanksgiving' diadakan di Hotel Omni (tamat lewat tengah malam).
- Malam penutup diadakan di Shubert Theater. 

Acara-acara lain WSC pula, walaupun diadakan di beberapa bangunan universiti yang lebih jauh dari Omni berbanding hotel lain (eg di School of Management), tetapi tidak mengapa kerana ia diadakan pada waktu siang.

Selain 'convenient' dari segi lokasi, kemudahan  bilik juga sesuai untuk keperluan kami. Wifi percuma. Cuma tak disediakan 'kettle' di dalam setiap bilik, kalau nak guna 'kettle', kenalah minta cepat-cepat sebelum kehabisan. 'Iron' dan 'ironing board' ada disediakan. 'Breakfast' kena bayar tambahan, maka kami tak ambil breakfast hotel pun, nak berjimat. Kalau nak, harganya USD19 (dah termasuk tax, harga diskaun). Bilik memang selesa untuk saiz kebanyakan 'bilik standard' hotel negara Barat (yang selalunya sempit). Tidaklah terlalu sempit, ada ruang yang selesa untuk solat (tidak seperti di beberapa hotel di Eropah) dan duduk makan/melepak beramai-ramai di lantai (hotel di NYC tak muat nak duduk atas lantai). Kalau nak bilik yang lebih besar eg suite 750sqf, boleh saja, sediakan sahaja wangnya. Bilik air pun elok. Jangan lupa request bilik-bilik pada aras yang sama dan berdekatan antara satu sama lain (ada bilik yang inter-connecting). Kami minta dan kami dapat! Kami ambil 5 bilik 'standard', disediakan 2 katil 'double' setiap bilik. Harganya sangat berpatutan, sebilik USD159/malam (tidak termasuk tax 15%) dengan muatan maksima 4 orang sebilik. Harga ini 'pukul rata' untuk pakej WSC, sama ada bilik seorang atau berdua atau bertiga atau berempat sama sahaja harganya. Kami ambil untuk 5 malam. Walaupun pertandingan berlangsung 4 hari, tetapi malam penutupnya berakhir sekitar pukul 11 malam. Maka kami pilih untuk sampai ke situ sehari sebelum (12hb) pertandingan dan check-out pada awal pagi (17hb) selepas malam penutup. Maklumlah, mereka hanya ada 1.5 hari sahaja di NYC sebelum pulang ke Malaysia.


PENGINAPAN DI NYC


Di NYC pula, kami memilih hotel di kawasan Times Square (klik sini). Hotel The Manhattan at Times Square. Kami ambil 2 bilik quadruple (untuk 6 orang), setiap bilik pada harga sekitar USD 240 semalam. Jika inginkan bilik lebih moden, bolehlah memilih bilik 'executive' yang baru diubahsuai (tetapi masih pada keluasan lantai yang sama) pada tambahan harga sekitar USD200 lebih mahal. Hmm... tambahan USD200 (RM 860) semalam.....

Kawasan 51st Street dan 7th Avenue ini (tempat hotel ini dan beberapa hotel lain) amat strategik, mudah untuk berjalan mahupun menaiki subway ke tempat-tempat menarik. Ia berhampiran dengan banyak tempat menarik (boleh berjalan kaki sahaja) dan juga berdekatan (dalam lingkungan 50-200m) beberapa stesen subway berikut :

- Line merah (1) di 50th St, boleh terus ke arah selatan hingga stesen terakhir iaitu stesen South Ferry Loop dan kemudiannya menaiki feri (percuma) ke Staten Island dan melihat Statue of Liberty (dari kejauhan dari dalam feri sahaja) dalam perjalanan pergi dan balik. 

- Line kuning (N,Q dan R) di 49th St dan 7th Avenue, lagi seronok kerana boleh melihat Statue of Liberty dengan lebih dekat, gunakan line kuning (R) arah ke selatan dan berhenti di stesen Whitehall St, kemudian ke pelabuhan di Battery Park untuk menaiki feri yang mulanya akan berhenti di Liberty Island dan kemudiannya ke Ellis Island sebelum pulang semula ke Battery Park. Bayaran dikenakan untuk feri ini. 

- Line biru (A,C,E) di 50th St. contohnya jika ingin ke AMNH (American Museum of Natural History), bolehlah menaili line biru (A atau C) arah ke utara dan berhenti di Stesen 81st St-MNH. Selepas itu, anda bolehlah terus berjalan kaki ke Central Park sekitarnya. 

- Line Oren (err.....banyak pula nak carikan maklumat. Googlemap sendiri lah ya)

Nak ke Times Square? Keluar sahaja hotel, dah sampai!

Untuk hari/siang terakhir mereka pula, saya menambah 1 malam untuk saya dan My-Clone di sana supaya mereka boleh meletakkan beg-beg di bilik kami, berehat dan mandi sebelum pulang ke Malaysia. Check-out hotel kan lazimnya kena awal sebelum 11am. Rancangan awal untuk berpindah ke apartment saya tangguhkan kepada keesokannya untuk memudahkan/menemani mereka.  

Kos penginapan hotel
- Hotel Omni di New Haven 5 malam (jika berempat) : USD 914.25 = RM 3931.30 (seorang RM983)
- Hotel di NYC 1 malam (jika berempat) : USD 240 = RM 1032 (seorang (RM 258)
- Jumlah kos hotel kami (jika kongsi berempat) = RM 983+258 = RM 1241 seorang

Untuk memohon pembiayaan, seeloknya dikira untuk bilik seorang (angka di atas didarab 4):
- Semuanya sekitar RM5000
- Anda bolehlah memasukkan tambahan kos untuk 'late check-out' atau tambahan sehari pada hari terakhir sekiranya penerbangan anda lewat malam.


Nak duduk di apartment?
Selepas kumpulan besar pulang ke Malaysia, saya dan My-Clone masih ada 5 malam lagi di NYC. Malam itu kami masih bermalam di The Manhattan at Times Square Hotel, manakala 4 malam terakhir, kami berpindah ke penginapan jenis apartment kerana ingin memasak dan juga satu sebab penting, ingin suasana seperti duduk di rumah. Cuma lokasinya agak kurang strategik berbanding hotel tadi terutamanya bagi anak-anak remaja ini yang sukakan Times Square.

 Ada bilik tidur berasingan (saya tak tahan air-cond suhu sejuk seperti My-Clone) untuk saya....

....dan ada satu ruang lain untuk semua : dapur (berhampiran pintu masuk unit), meja makan dengan 2 kerusi sahaja, working desk, sofabed di ruang tamu/rehat (untuk My-Clone) dan satu 'recliner chair with footstool'. Waktu ini kami baru masuk bilik. Sebenarnya unit ini membenarkan maksima 4 orang. 

Apartment ini ada di 48th Street, East side di antara Lexington Av dan 3rd Av, ia menyediakan beberapa jenis unit sehingga untuk maksima 6 orang (klik sini). Saya ambil apartment yang ada menyediakan bedroom berasingan (kerana saya dan My-Clone tidak sehati sejiwa mengenai suhu air-cond) yang paling murah iaitu jenis 1-bedroom unit (1 king, sofabed, limited view). Ia menyediakan dapur moden (pilihan penting) dan wifi laju (pilihan utama) serta 'breakfast' percuma (kami hanya turun makan 2 kali sahaja - ada pelbagai roti, scrambled egg, pilihan buah-buahan dan yoghurt, kemudahan buat waffle). Kedudukannya masih berdekatan (pilihan utama) dengan stesen subway berselang 3 blok ke utara di 51st Street (line hijau) dan 5 blok ke utara di 53rd Street (line merah dan biru), cuma untuk ke tempat-tempat menarik, kebanyakannya kena bertukar 'line' subway. Itu sahaja yang lecehnya. 

Apa pun, bagi saya, jika ingin menginap 1-3 malam sahaja, eloklah memilih di dalam kawasan Times Square kerana banyak kedai/tempat pilihan anak-anak/pelajar-pelajar ni (kita nak layan mereka kan). Abaikan sahajalah keinginan nak memasak dan suasana rumah tu kerana kebanyakan masa mereka dihabiskan keluar berjalan-jalan, bukannya duduk di dalam bilik.

Jika anda ingin menginap di apartment, berhati-hati. Dinasihatkan tidak menyewanya terus daripada pemilik persendirian kerana ia melanggar undang-undang di NYC sekiranya tempoh kurang daripada sebulan. Pilihlah apartment yang dikhaskan untuk pelancong.

Bagaimanakah hendak membuat perbandingan kos bilik?
Bolehlah dianggarkan kebanyakan kadar sewaan hotel adalah sekitar USD 1 bagi setiap sqf keluasan lantai bagi setiap malam (tidak termasuk tax). Jika ingin 'late check-out', ikut cara saya. Sebelum menempah untuk berapa malam yang kita tidur, tulis emel kepada pihak hotel tersebut, biasanya kita akan diberi caj sedikit murah. Ini lebih untung berbanding kita awal-awal menambah 1 malam (full rate) apabila hendak 'late check-out'. Contohnya, untuk apartment kami, dari 'full rate', kami hanya dikenakan sekitar 50% sahaja dari 'published daily rate' untuk 'late check-out 6pm'. Dengan 'late check-out', kita bolehlah berehat, mandi etc sementara menunggu penerbangan malam. Jangan tunggu sampai di sana baru bertanya, bilik mungkin penuh. Jangan pula 'book' dahulu baru bertanya kerana ada hotel yang mengenakan 'full rate' sahaja.



5. GROUND TRANSPORTATION DI USA

Secara amnya ada 3 bahagian (untuk kami yang memilih untuk terus ke New Haven/Yale sewaktu tiba dan singgah bermalam semalam di NYC sebelum bertolak pulang ke Malaysia):

a. JFK ke Yale
b. Yale ke NYC
c. NYC ke JFK

Di Yale dan Manhattan NYC, tidak perlu kenderaan. Di Manhattan, ramai pelancong memilih untuk berjalan kaki sahaja, lebih mudah.

Apakah pilihan-pilihan yang ada untuk (a), (b) dan (c)? Di antaranya:

Bagi perjalanan (a) dan (c), ada 2 pilihan yang sesuai :

(i) - Gunakan syarikat airport transfer yang ada diiklankan (google sahaja kata kunci 'JFK Yale transportation').

Jika inilah pilihan anda, saya berpendapat lebih murah jika kumpulan anda menyewa shuttle van secara 'private' berbanding secara perseorangan. Malah ia juga lebih mudah/selesa kerana pemandu shuttle van itu tidak akan menunggu orang lain untuk dipenuhkah kapasiti penumpangnya. Sebaik sahaja kumpulan anda (private) menaiki shuttle van itu, pemandu akan terus membawa anda ke hotel destinasi. Cuba masukkan sendiri data dalam website itu untuk mengetahui 'harga' tambang, bezakan  harga antara 'private' vs 'sharing'. Ini adalah antara 'plan B' kami. Malangnya, mereka tidak menyediakan perkhidmatan dari Yale ke hotel di NYC (Habis tu, dah namanya airport transfer kan?),  saya telah diberi jawapan ini apabila bertanya melalui emel. Haaaa.....sendiri malu.

(iii) - Gunakan syarikat pengangkutan persendirian seperti yang kami buat (lihat di bawah)


Bagi perjalanan (b) pula, juga ada 2 pilihan yang sesuai :

(i) - Gunakan syarikat pengangkutan persendirian (seperti yang kami pilih)

atau

(ii) - Gunakan keretapi. Kalau nak betul-betul jimat, dari Yale ke NYC, gunakan keretapi Metro North ke Grand Central Terminal (USD19 sehala), kemudian naiklah teksi atau subway ke hotel penginapan. Lebih kurang USD40 seorang keseluruhan perjalanan. Tetapi free-seating dan tiada tempat khas untuk meletak luggage besar. Tempat meletak barang hanya ada di palang pada bahagian atas tempat duduk/kepala. Tambahan pula, dari hotel Omni ke stesen keretapi, nak kena ambil teksi juga. Banyak nak kena bertukar-tukar pengangkutan. Memang leceh jika dalam kumpulan lebih-lebih lagi dengan tanggungjawab membawa anak-anak orang lain ni. Kurang berbaloi apabila memikirkan 'berpindah-randah' dalam kumpulan besar dan membawa bagasi besar.


Antara 'sesi mesyuarat' kami di dalam 'whatsapp group', banyak berkisar tentang kos. Bezakan stesen New Haven dengan stesen State Street New Haven, lain tu. Bezakan kekerapan train (stesen New Haven jauh lebih kerap). Bezakan juga 'direct train' dengan '1 transit journey', nanti sampai ke tempat lain pula. Tiket beli pada hari itu juga, tidak secara lebih awal/online.


Jadi, apa yang kami gunakan tahun ini?

Kami gunakan syarikat pengangkutan persendirian untuk kesemuanya. Ada 3 jenis kenderaan mengikut bilangan penumpang : kereta sedan, SUV atau van. Kami naik van jenis Sprinter (klik sini) kepunyaan syarikat Dato' Razak (Glokal Transportation Inc.). Baru ku tahu apa rupanya van Sprinter. Memang besar hampir bas mini (alaaa....sama seperti van dalam cerita Dilwale tu, sewaktu orang-orang Kaali membawa jongkong emas, errkk.....), memang lebih besar daripada airport shuttle van yang maksima 10 penumpang yang ditawarkan di sana. Juga lebih besar daripada 'van' 11-seater syarikat pengangkutan pelancong di negara kita (van warna putih hijau 11-seater yang ada tulis 'BAS PERSIARAN' tu) . (Untuk perkongsian maklumat, keluarga kami selalu gunakan Bas Pesiaran ini untuk airport transfer, dari rumah ke KLIA sekitar RM220 (tahun 2014 RM200) sehala, baru seorang RM37 untuk kami berenam, lebih murah daripada menaiki ERL, malah 'door-to-door service' dan cukup selesa.)



Kami ber-7 di dalam van dari JFK-Hotel Omni, saya dan 6 pelajar. 3 barisan tempat duduk 3-4-4 di bahagian penumpang tidak termasuk ruang pemandu ada lagi 1 tempat duduk di pemandu. Ruang beg di belakang sekali (tak nampak pun beg-beg kami berenam ini di dalam van besar ini). Iman, Sofea, Raja dan Amar duduk di barisan belakang. Hasya dan Divya duduk di barisan tengah. 'Mokcik' ini duduk di barisan hadapan sekali (nampak sedikit kepala bertudung coklat). Keriuhan anak-anak ini tak berhenti-henti berbual (walaupun setelah lebih 20 jam travel) menjadikan saya teringat zaman saya menyertai rombongan sekolah ke KL, menjadikan saya rindu pada rakan-rakan alam persekolahan dahulu, seronoknya...... 


Van Sprinter ini mempunyai ruang meletak jongkong-jongkong emas bagasi di bahagian belakang yang sangat luas tanpa mengganggu kerusi yang 11 di hadapannya. Seluas di dalam gambar ini, pemandunya Mat Saleh tu boleh berdiri di dalammnya. Bayangkan ruang bagasi tu boleh muat 10 beg besar dan 10 beg hand-carry kami (dari NYC-JFK). Ini sewaktu kami baru sampai di Hotel Omni di Yale.


Pun gambar dari dalam van. Nak bagitau, sewaktu mengambil kami dari Omni-NYC, Dato' Razak juga 'menurunkan' jawatannya menjadi pemandu pelancong kami. Beliau membawa kami bersiar-siar di NYC! Yang nampak itu adalah deretan bendera di hadapan bangunan UN. Malah, selepas membelanja kami di restorannya (klik sini), beliau menawarkan diri untuk membawa kami sama ada ke 'Woodbury Factory Outlet' atau sambung bersiar-siar di NYC. Tetapi anak-anak remaja ni tak nak, masing-masing ada senarai kedai-kedai yang ingin mereka masuk. Maklumlah, waktu tu pun dah lebih pukul 2 petang dan kami belum pun check-in hotel dan mereka pula akan pulang keesokan senjanya. Kami terpaksa menolak tawaran keemasan itu. 


Ini pula sewaktu mereka (saya dan My-Clone tinggal) ingin bertolak dari NYC ke JFK sebelum pulang ke negara. Rupa-rupanya Dato' Razak menghantar bukan 1, tetapi 2 van Sprinter (mereka naik 1 sahaja akhirnya, muat). Malah, beliau juga membuat kejutan dengan menunggu/berjumpa mereka di JFK dan memastikan urusan check-in mereka berjalan lancar. Begitulah layanan VIP yang diberikan kepada kami. Saya dan My-Clone tinggal (kami ada 5 malam lagi di NYC selepas itu), Dr Maizatun dan keluarganya pula memikul tanggungjawab mengiring pelajar-pelajar ini balik ke Malaysia. 


Ini pula kenderaan yang disediakan untuk saya dan My-Clone keesokan harinya. Selepas check-out dari hotel di Times Square itu, kami dibawa terus ke Woodbury Common Factory Outlet (sama konsepnya seperti JPO) dan pada pukul 4 petang, kami bertolak ke Manhattan semula untuk check-in di apartment, kemudian selepas itu menghantar kami ke Teater Minskoff untuk kami menonton teater muzikal. Serasa seperti diri ini pegawai 'secret service' apabila menaiki GMC hitam bersih berkilat, lebih-lebih lagi dengan kot labuh (walupun tidak membawa senjata dan bercermin mata hitam). 

Hmm.... diriku dan angan-angan 'action movie' berpisah tiada. Ada satu bangunan yang ingin ku lawati di Manhattan itu. Tetapi tempat itu jauh dari stesen subway. Mahukah My-Clone menemaniku? Ingat lagi skrip wayang ini "4-15-71"?

Jika sekolah anda datang 1 pasukan (3 pelajar) dan 1 pengiring, bolehlah mengambil SUV ini. Muat. Harganya pun lebih murah sedikit (beza sekitar USD10/jam perjalanan). Saya pernah menaiki kenderaan ini pada Oktober 2014, kami orang dewasa berempat berpindah dari satu tempat ke satu tempat menempuh perjalanan lebih 4 jam menggunakan kenderaan jenis ini (warna hitam juga tetapi tak bersih dan tak berkilat pun). Memang muat, cuma beg-beg kenalah menumpang di kerusi hadapan. Maka, jika nak lebih selesa (beza pun USD 10/jam sahaja), ambil van Sprinter tu, kalau berempat, boleh berbaring-baring lagi.

Quotation yang diberikan Dato' Razak juga sungguh berpatutan, malah rupa-rupanya lebih murah daripada beberapa syarikat pengangkutan lain yang kami semak dari laman web. Tetapi kemudian beliau asyik tak 'reply' whatsapp apabila ditanya berapa 'final bill'. Mendiamkan diri. Rupa-rupanya, saya dapat pengesahan dari rakan saya bahawa beliau memang telah berniat untuk tidak menagih sebarang bayaran. Dah la kami makan free. Kami desak juga beliau mengambilnya kerana tidak mahu terhutang budi banyak sangat dan kami bayar mengikut kadar yang diberi oleh syarikat lain. Semoga Allah terus merahmati beliau dan keluarga dan dimurahkan lagi rezeki. Anda bolehlah mencuba menggunakan perkhidmatan syarikat pengangkutan beliau.

Kos kami : di bawah RM500 seorang



6. LAPOR/MAKLUMKAN PERGERAKAN KEPADA PEJABAT KONSULAT JENERAL MALAYSIA DI NYC

Yang ini kami tak buat sebab sejujurnya kami tak terfikir pun yang mereka akan sudi mengambil tahu/berat, maklumlah siapalah rombongan kami, bukan VIP. Tetapi menurut Cikgu Shah dari SAS tu, seeloknya kita melaporkan kepada pihak Konsulat Jeneral Malaysia di NYC atas sebab keselamatan dan rekod. Mereka berbuat demikian. Laporkan ketibaan dan jadual perjalanan/aktiviti. Boleh maklumkan/tulis secara emel sahaja. Agaknya sama seperti kita seeloknya melaporkan ketiadaan kita di rumah kepada Balai Polis berhampiran ataupun melaporkan kepada pihak Bomba sebelum pergi 'jungle trekking'. Malah, seorang pegawai dari Konsulat Jeneral Malaysia di NYC,  ada menunggu ketibaan mereka di JFK (secara kebetulan kami terjumpa beliau yang sedang menunggu ketibaan pasukan SAS yang menggunakan syarikat penerbangan lain) untuk 'meet and greet'. Sekiranya ada masalah, setidak-tidaknya mereka akan ambil tahu akan keadaan kita dan membantu kita. Jangan lupa maklumkan ya.



7. BEKALAN MAKANAN DAN MENCARI MAKANAN HALAL DI SANA

7a. DI NEW HAVEN/YALE

Di New Haven, kebanyakan restoran halal menyediakan makanan Asia Tengah/Barat. Kalau nak makan makanan Melayu/Malaysia, kenalah membawa pek makanan pre-cooked yang banyak dijual di pasaraya. 

Setiap pagi di Yale, kami bersarapan di bilik hotel sahaja. Menggunakan 'travel cooker' yang mempunyai dual-voltage, kami memanaskan makanan pre-cooked di dalamnya. Sungguh gebu nasi itu dan bertambah kelazatannya berbanding memanaskannya mengunakan air panas sahaja (kami dah cuba pun, haha). Kami juga memasak 'scrambled egg' bersama mentega. Saya cuba mencari makanan beku seperti daging/sosej/nugget halal di pasaraya  berhampiran tetapi tiada. Maka, jika tidak mahu makan makanan yang sama setiap pagi, eloklah membawa pelbagai jenis makanan pre-cooked di dalam pek ataupun tin. Bawalah sekali penyeri makanan lain seperti kami : ikan bilis goreng, bawang goreng, kicap, sos cili dll. 

Cuma, ingat!

Apabila tiba di imigresen di JFK, kita hendaklah 'declare' bahagian makanan. Lebih elok jika mereka yang menyemak dan memutuskan untuk memeriksa kandungan beg kita atau melepaskan kita. Bab ini, ikut rezeki masing-masing. Trip keluarga Dr Maizatun : makanan yang berasaskan lamb/mutton tidak dibenarkan. Giliran saya : cuma beg kecil sahaja yang perlu melalui 'scanner' manakala beg besar pula 'dilepaskan' tanpa diperiksa. Padahal sebenarnya beg besar tu yang ada segala makanan (termasuk minyak masak, beras, kicap, sos etc untuk kegunaan di apartment di NYC) malah nasi briyani kambing pun ada tetapi lepas. Ada pelajar yang dikeluarkan bungkusan 'mee in a cup' dan diamati begitu lama beberapa staf imigresen kerana disyakki ada ayam (ayam pun tak boleh ke? mi segera pun tak boleh ke?) sebelum akhirnya dilepaskan. Rezeki masing-masing. Asalkan kita 'declare', kalaupun dirampas kerana tidak dibenarkan, setidak-tidaknya kita tidak akan dikenakan denda sehingga USD10 ribu dan penalti kerana tak declare. Lagi rugi. Bolehlah menyemak laman web ini (klik sini) dan 'print' untuk membuat pembelaan diri sekiranya makanan kita ingin dirampas. Setahu saya, negara kita kini tiada wabak BSE dan FMD (rujuk link web atas mengenai negara-negara yang tidak dibenarkan). Pastikan ia masih di dalam pek yang belum dibuka, berserta maklumat mengenai kandungan dan negara pengeluar (buatan Malaysia).

Untuk makan makanan luar di New Haven, pada hari ketibaan, kami makan lunch di Tikkaway Grill (klik sini) yang terletak di Orange Street. Tidak banyak pilihan makanan di sana dan saya pula bukanlah penggemar makanan berkari atau berempah (tetapi dah lapar dan kan dah bayar, ku telan juga). Kakitangannya begitu peramah dan baik hati, kami juga dapat dessert percuma! Kemudian kami singgah di pasaraya berhampiran membeli makanan/minuman dan pulang ke bilik, berehat sehingga keesokannya.

Sayangnya Restoran Bentara (a Malaysian-themed restaurant, obviously dari nama restoran pun dah boleh agak) di Orange Street baru ditutup Julai 2015 (klik sini) . Maka, tiada restoran makanan Melayu/Malaysia di New Haven.


Saya dah buat homework awal-awal mengenai tempat makanan halal berhampiran Hotel Omni. Hmm....diriku dan makanan juga berpisah tiada. Hanya Tikkaway Grill tu saya tersalah tandakan pada peta. Sebenarnya ia lebih dekat, pada simpang antara Orange Street dan Chapel Street. Keluar dari Omni, pusing kanan sehingga hujung blok, kemudian pusing kanan lagi dan jalan lagi melepasi 2 blok, restorannya ada berhampiran simpang 4 itu. Bersebelahan dengannya juga ada 'supermarket', bolehlah beli barang makanan seperti buah-buahan, telur ayam, jem, mentega dan minuman jus. 

Sila pastikan dengan tuan punya restoran terlebih dahulu sama ada ia benar halal dan masih halal. Itu yang kami buat, tanya dahulu kepada pihak restoran sebelum order makanan.



Kedai makanan yang anak-anak ni suka pergi (3 kali sepanjang 5 malam di sana) adalah Aladdin Crown Pizza. Gambar ini diambil sewaktu lunch pada hari terakhir kami pertandingan (sebab mereka cuma served sekeping pizza untuk lunch, manalah cukup), bersama pasukan dari SAS dan guru pengiring mereka, Cikgu Shah yang baru saya kenali pagi terakhir itu sewaktu menunggu peserta habis (saya tak tahu nama penuh beliau). The three young men ber-blazer tu dari SAS, baru Form 3, baru habis PT3. Ini kali pertama SAS menyertai WSC, saya rasalah, besar kemungkinan tahun hadapan mereka bertiga ini akan ke sini lagi.

Pizza bersaiz besar memanglah sangat besar, kami asyik ter-order 2 dan asyik tak habis makan maka kami 'da bao' balik bilik hotel. Chicken wings dan garlic bread with cheese juga sedap, yang ini habis di situ juga. Menunya (klik sini) pun banyak. Maka, tak perlu order 2 pizza saiz besar, 1 sahaja dah cukup.

Oh ya!
Lunch - makanan untuk peserta (dan orang lain yang mendaftar untuk melihat) ada disediakan oleh pihak WSC.

.
.
.

7b. MAKANAN DI NYC
Di NYC pula, kalau nak makanan Malaysia halal, apa lagi? Pergilah ke Restoran Rasa NYC, satu-satunya restoran di NYC yang menghidangkan makanan Melayu Malaysia halal



'The Host' di kiri gambar, Dato' Fathol Razak bin Abdul Rawak. Gambar ini diambil oleh suami Dr Maizatun secara membelakangi pintu masuk restoran. Berbaju oren itu Dr Maizatun Mustafa, beliau seorang pensyarah di UIAM dan juga ibu kepada Sara (bertudung kelabu). Saya duduk disebelah Dr Maizatun. 


Ini pula gambar dari hujung/dapur restoran. Dua anak lelaki di kiri gambar adalah adik-adik Sara. Si Abang baru sahaja menduduki Peperiksaan PT3 dengan keputusan cemerlang. Tahniah! Kedua-dua gambar ini adalah dari koleksi Dr Maizatun. Terima kasih, Dr Mai.

Dato' Razak belanja kami makan lunch yang berat : dari 'starter' roti canai (memang lazat sehingga ambil second order), kepada 'main course' nasi putih/nasi kerabu/nasi goreng/kueh teow dengan lauk-pauk seperti 'black cod' (yang ni signature dish) dan 'deep fried soft shell crab' dan banyak lagi, hinggalah 'dessert' apam balik dan kueh onde-onde. Dah macam kena paksa makan dah ni. Banyaknya makanan...err.....dia keluar duit belanja kami makan.



Kalaulah anda hanya ingin memilih satu lauk sahaja, izinkan saya cadangkan lauk ini - Malaysian Curry. Kita boleh minta nak letak apa. Saya pilih okra (bendir), terung dan udang. Cukup protin dan sayur. Kuahnya boleh dihirup begitu sahaja. Semangkuk besar, memang 'value for money'. Lauk 'black cod' pun sangat sedap tetapi.... err.....err....mahal. Seperti bisa, tidaklah setiap kali kami makan di restoran. Maklumlah, bukannya murah (melainkan jika USD=RM). Kali kedua saya dan My-Clone ke sana untuk lunch; kami ambil 4 potong sushi, nasi goreng, nasi putih, lauk kari (gambar di atas), deep fried soft shell crab, salted egg soft shell crab bersama minuman - lebih 120 dolar termasuk service tax/gratuity. Memang lebih kurang harga di restoran di KL jika dihitung secara 'dollar-for-dollar basis' ie 1USD = 1RM, tetapi bukanlah di alam realiti apabila mengikut kadar pertukaran matawang kita yang asyik merudum. Tetapi lauk memang banyak, sehingga bungkus bawa balik 'rumah'. (dalam hati, sempat mencongak berapa ratus dolar agaknya Dato' Razak belanja kami semua sebelum tu).


Maka, apakah pilihan lain kami makan di NYC?

Jawapannya...
Ada satu lagi pilihan makanan halal di NYC yang sangat popular.
Street food!
Halal street food yang banyak dijual di food cart.
Kebanyakannya sekitar USD 6-7 setiap menu.


Antara street food yang paling popular adalah oleh HalalGuys, bersedialah untuk beratur panjang, rakyat tempatan juga sukakannya.
Lokasinya tidak jauh dari hotel kami menginap (ada dalam googlemap)
Ada 2 pilihan lauk/isi - ayam atau gyro (daging) yang diletak di atas nasi atau wrap (dibungkus dalam roti).Yang sangat istimewa adalah 'white sauce' tu. Itulah rahsia kepopularan mereka. Mereka sangat terkenal sehingga  ada yang sanggup meniru rupa van, payung malah warna merah-kuning itu. Yang sangat mengejutkan adalah hot sauce - memang sangat pedas. Sangat-sangat pedas! Lebih pedas daripada sos 'extra extra hot' yang pernah dirasa di Malaysia. My-Clone sehingga bawa pulang beberapa paket untuk dicuba (read : dikenakan) kepada orang lain di Malaysia. Saya pula bawa pulang paket 'white sauce'.

3 kali kami beli di sini. Kali pertama kami ber-6 beli seorang sebungkus nasi dengan gyro/ayam untuk dinner di bilik hotel, banyaknya! Separuh bungkusan pun tak habis makan. Kali kedua keesokannya, kami ber-6 dah pandai, beli wrap gyro/ayam untuk breakfast di situ secara kongsi berdua, kenyang. Habis! Bagi saya, saya lebih gemar wrap berbanding gandingan dengan nasi. Kami diberi air botol percuma! Rezeki. Kali ketiga, saya dan My-Clone beli satu nasi bersama ayam dan satu gyro wrap, tak habis.



Jika menginap di apartment, bolehlah memasak makanan (alasan - sebenarnya kami hanya menggoreng telur, masak mi segera, goreng sayur dan masak lauk segera dari pek pre-cooked). Tak perlu dapur yang besar pun, asalkan ada hob memasak, microwave memanaskan makanan dan petiais. Maka apabila turut disediakan  toaster, coffee maker, petiais pula ada semi-auto ice making function) dan dishwasher (saya tak pandai guna), bertambahlah sukanya saya (yang tak ada di dalam bilik ini adalah washer/dryer tetapi ada coin-operated laundry). Bolehlah membawa sabun tanah liat eg sabun Taharah untuk mencuci pinggan/periuk/sudu etc sebelum menggunakannya. Saya selalunya kerat dalam kepingan-kepingan kecil dan bawa sekeping kecil itu sahaja.

Kos makan : susah nak cakap. Bergantung kepada sama ada kita nak makan bekalan atau makan di luar/restoran. Untuk pengiraan permohonan pembiayaan, mungkin boleh gunakan USD 30-50 (tidak termasuk tax) sehari ataupun lebih (jika asyik makan di restoran).



8. ELECTRICAL APPLIANCE ADAPTOR VS VOLTAGE REGULATOR

Jangan lupa bawa travel adaptor kerana pin untuk soket di sana memang berlainan dengan di negara kita. Nak senang, belilah 'universal adaptor', boleh diubahsuai mengikut palam/pin untuk kebanyakan negara.

Di sana menggunakan palam 2 pin nipis. Kami gunakan untuk caj 'handphone' dan 'laptop'.

Jangan bawa periuk nasi elektrik dari Malaysia kerana voltage di USA lebih rendah dari Malaysia. Tak boleh pakai pun, kecuali jika disambung kepada 'voltage regulator' (bukan adaptor). Saya cuba cari 'voltage regulator' di KL ni, ada tetapi saiznya terlalu besar dan berat untuk dibawa ke sana. Dah macam bateri kereta pula dah.


Maka, untuk kegunaan di hotel di New Haven/Yale, saya bawa 'travel cooker' yang dibelikan oleh ipar saya sewaktu dia ke Jepun (jenama Jepun tetapi buatan Cina), tidak sampai 6000 Yen (kurang RM180). Maka, jika ada peluang, belilah 'travel cooker' ini,  di KLIA juga ada kedai yang menjualnya, hanya sedikit lebih mahal sahaja. Mudah dibawa, beratnya pun tidak sampai 900g dan saiznya 16cm x 16cm x 8cm. Ia mempunyai dual-voltage yang boleh diubah pada dasar periuk itu menggunakan duit syiling.



9. PAKAIAN

Hanya pertama kali saya ke negara barat sahaja (2012) saya membawa 'thermal suits' eg long john winter dsb. Selepas itu saya dapati tak perlu pun. Kita cuma perlukan jaket atau 'winter coat' yang elok ketebalannya/buatannya. Dahulu, saya beli jaket antara yang paling murah  (nak berjimat dan nak yang ringan). Rupanya lapisannya tidak cukup menebat suhu sejuk. Hasilnya, saya sentiasa kesejukan dan jaket itu akhirnya cepat koyak. 'Spend wisely on a good quality winter jacket/coat'. Itu sahaja. Walaupun lebih mahal (dan berat) tetapi kita selesa pada musim sejuk di sana. Ada pelajar yang membeli jenis pre-loved, masih elok dan bagus kualitinya pada harga yang tentunya jauh lebih murah. Bukannya nak pakai selalu pun. Smart girl! Lagi satu, bawa (dan pakai/sapu, bukannya simpan) body cream atau lotion dari sebelum menaiki kapal terbang lagi sehinggalah pulang ke sini. Kelembapan kulit badan penting untuk mengelakkan  kekeringan kulit dan ruam kegatalan dan luka akibat menggaru.

Di Yale dan NYC juga, saya hanya memakai jubah yang saya selalu pakai ke tempat kerja, bersama 'winter coat', berstokin dan berkasut biasa yang juga saya pakai sewaktu kerja. Cukup. Tak pakai double-layered clothing/seluar panjang pun. Jimat ruang/berat bagasi. Tak pakai skarf/muffler dan ear muff pun (bila bertudung, tak perlu dah). Saya cuma tambah satu - 'mouth cover' untuk menebat udara kering masuk ke hidung, boleh beli mouth cover yang khas atau buat seperti saya : gunakan headband lebar atau eyemask yang diperolehi sewaktu penerbangan. Tidaklah hidung saya kering/mudah berdarah. Untuk saya, tak perlu membazir membeli pakaian sejuk berlapis-lapis. Tetapi periksa dahulu keadaan cuaca/suhu kerana tahun 2014, suhunya jauh lebih sejuk.

Apa pun, jika memohon bantuan/pembiayaan, jangan lupa masukkan item 'winter clothing' ini. Sebagai panduan, peruntukan 'elaun baju panas' kakitangan JPA yang layak adalah sebanyak RM1500 (boleh dipohon/pakai untuk tempoh 3 tahun). Anda mungkin boleh menggunakan angka ini.  


Dengan cuaca sederhana sejuk sahaja November 2015 ini,  memang selesa kecuali jika ada tiupan angin.

Inilah antara pakaian mereka sewaktu di New Haven, tidaklah berbungkus.



10. SELEBIHNYA/PERKARA-PERKARA LAIN 

Di Yale, pelajar/peserta tak perlu naik kenderaan pun, hanya berjalan kaki. Tetapi kalau kita (pengiring) ingin ke pusat membeli-belah, bolehlah menaiki bas. Murah sahaja tambangnya (beli yang all-day pass). Tiket bolehlah dibeli di kaunter yang terdapat di tepi padang/simpang antara Temple Street dan Chapel Street, selepas itu bolehlah menunggu bas di stesen/perhentian berhampiran. Pastikan perhentian yang mana. Googlemap kan ada.

Jika nak ke Factory Outlet di New Haven pula, lebih sesuai berkereta (nak bawa barang-barang kan). Mujurlah ibubapa Marissa, pasangan En Adif/Puan Azmah mempelawa saya dan Dr Maizatun menumpang kereta yang mereka sewa ke sana (Clinton Crossing Premium Outlets dan Tanger Factory Outlet Centers). Mereka sanggup mengambil kami dan menghantar kami (mereka duduk di Hotel Courtyard). Baiknya hati mereka. Maka, berkeretalah kami berempat.

Ibubapa Syafaa (pasangan Puan Mas dan En Rahim) pula rajin menemankan anak-anak ke tempat pertandingan, malah berada di situ menyaksikannya sepanjang 3 hari pertandingan (ada 1 hari 'free'/Boston tour). Mereka tinggal di Hotel Omni juga, menghulurkan makanan untuk dikongsi.

Kita ada sekurang-kurangnya 4 hari di Yale. Kawasan Yale ini amatlah besar, saya memang tidak habis meninjau. Untuk sight-seeing di New Haven, 'walking tour' di dalam kawasan Yale adalah satu aktiviti yang menarik (menurut Dr Maizatun, saya tak pergi pun). Ianya percuma dan dibawa oleh pelajar universiti itu sendiri. Baru saya tahu bahawa terdapat laluan di bawah tanah menghubungkan bangunan-bangunan universiti Yale ini (teringat laluan bawah tanah dengan kedai-kedai di sepanjang Orchard Road di Singapura). Sebab itulah kita tidak nampak ramai mahasiswa di atas tanah.


Saya hanya ke Battell Chapel (majlis perasmian), Teater Shubert (majlis penutup), restoran Tikkaway serta pasaraya berhampirannya, Aladdin pizza, bawa Raja jumpa dentist kerana masalah wire pada bracesnya (but that is another story) dan ke kawasan Fakulti Perubatan dengan tujuan nak ke kedai buku perubatan tapi tak jumpa pun tetapi terjumpa yang di bawah  ini...


Saya jumpa ini - deretan food cart yang muncul sekitar waktu 'lunch' (semak semula peta yang saya letak di atas). Yang ini di kawasan fakulti perubatan. Harganya juga agak 'standard' dengan harga makanan food cart di NYC. My-Clone kata sedap (gyro wrap). Bolehlah ke sini membeli makanan untuk dihantar kepada pelajar-pelajar kerana kadang kala 'lunch' yang disediakan tidak cukup mengenyangkan (budaya mereka tak makan lunch banyak).


Tips

Sudah menjadi etika budaya di NYC untuk kita memberi tips. Caj servis adalah sekitar 18% tambahan. Ia hampir menjadi kemestian kerana pekerja/mereka menerima gaji yang sangat kecil maka mengharapkan tips dari pelanggan. Kadang-kadang tips ini dimasukkan secara automatik di dalam bil dan ditulis/sebut sebagai 'gratuity charge' (sungguh ironik apabila dua perkataan ini dipasangkan bersama, tak secocok langsung). Maka seeloknya, periksa dahulu bil, sekiranya ia telah dimasukkan di dalam bil, tidaklah perlu anda membayar tambahan tips kecuali jika anda lebih bermurah hati. Ada pula yang membezakan 'service charge' dengan 'gratuity'. Apa pun, kedua-duanya akan diberikan majikan kepada pelayan/pekerja (dari pelayan sehinggalah kepada di belakang tabir eg tukang masak dsb) kerana mereka dilindungi oleh undang-undang buruh (klik sini) yang memastikan caj itu akhirnya diberi kepada pekerja, bukannya disimpan majikan.   Panduan berapa dolar nak bayar sebagai tips ada ditulis di dalam buku 'travel guide' dan di laman web seperti laman ini (klik sini)

.
.
.

Demikianlah beberapa panduan persediaan yang saya kongsikan. Harap membantu.


Bergambar selepas majlis penutup. Dari KYS, hanya My-Clone seorang yang tak dapat apa-apa medal (individu mahupun kumpulan) pun. Bukan rezeki dia.  Small matter for me (a small matter for you too, Iman, I hope). Aiman tak kisah Saya tak kisah, sama seperti respons saya terhadap peperiksaan sekolahnya. Yang penting, dia tahu di mana kekurangannya dan berusaha memperbaiki dirinya. Hidup ini lebih meluas maknanya. 

When you grow older, you'll understand better, thus you'll brave failure and be stronger, Iman. Kan Mama pernah failed dulu, once in academic exam, many more times in other aspects of life. Remember me and my failures.

Yang mengharukan saya adalah, di tengah-tengah kesedihan My-Clone, ramai rakannya menanggalkan medal dari leher masing-masing apabila keluar dari dewan termasuklah sebelum bergambar. Mereka hanya mengekalkan tag nama ber-lanyard putih sahaja. Now, that was an honourable deed. Pada usia 16 tahun, EQ mereka begitu bagus/matang dan mereka peka terhadap perasaan rakan mereka. Saya sendiri tidak pasti sama ada saya akan ingat untuk berbuat demikian di tengah-tengah 'excitement' saya. Kadang-kala apabila asyik berada di atas, saya/kita terlupa akan perasaan mereka yang di bawah. Children, Aunty Dila want to thank you for the humbling lesson. Dah 45 tahun, ku pelajari juga ilmu dari anak-anak ini yang jauh lebih muda.


Gambar tak jelas. Ini sebahagian besar kumpulan dari Malaysia selepas tamat Majlis Penutup malam itu.


KEPUTUSAN PERTANDINGAN
Untuk makluman anda;
Pasukan-pasukan dari Malaysia berjaya membawa pulang beberapa piala dan berpuluh medal bagi Senior Division, di samping beratus-ratus persahabatan baru dengan peserta pelbagai negara. Untuk Senior Division, terdapat 87 sekolah yang menghantar 1 atau lebih pasukan (sekitar 200 pasukan menyertai TOC). Di bawah ini saya cuba senaraikan sekolah-sekolah dari Malaysia yang memenangi medal atau piala berserta ucapan syabas. Sanggup ku tulis satu persatu senarai panjang ini demi menghargai mereka.


Individual Debate (top 50) - Individual
- 48th placement (Penang Chinese Girls High School)
- 46th placement (Han Chiang HS)
- 45th placement (Sri KL)
- 40th placement (Han Chiang HS)
- 14th placement (Sri KL)

Individual Writing (top 50) - Individual
- 50th placement - SMK Alor Akar
- 48th placement (Lodge Schools)
- 40th placement (SML Convent Green Lane)
- 27th placement (KYS)
- 26th placement (KYS)
- 23rd placement (KYS)
- 19th placement (Han Chiang HS)
- 17th placement (SMK Alor Akar)
- 16th placement (SAS)
- 9th placement (Penang Chinese Girls High School)

The Arts (top 15) - Individual
- Tiada pemenang dari Malaysia

Social Studies (top 15) - Individual
- 15th placement (KYS)
- 12th placement (Han Chiang HS)
- 8th placement (Han Chiang HS)
- 1st placement (Han Chiang HS)

History (top 13) - Individual
- 3rd placement (KYS)

Literature (top 13) - Individual
- tiada pemenang dari Malaysia

Science (top 32) - Individual
- 22nd placement (Han Jiang HS)
- 21st placement (Han Jiang HS)

Special Area (top 19) - Individual
- Tiada pemenang dari Malaysia

All Subjects (top 20) - Individual
- 4th placement (Han Chiang HS)

Team Bowl (top 20)
- 14th placement (KYS)

Team Debate (top 20)
- 17th placement (KYS)
- 5th placement (Sri KL)

Team Writing (top 20)
- 19th placement (Han Chiang HS)
- 15th placement (SMK Alor Akar)
- 13th placement (KYS)

Team Challenge (top 20)
- 20th placement (Sri KL)
- 17th placement (KYS)
- 2nd placement (Han Chiang HS)

Da Vinci Award (top 50)- Individual
- 48th placement (TKC)
- 44th placement (Bukit Mertajam High School)
- 32nd placement (SAS)
- 2nd placement (Bukit Mertajam High School)

Champion Scholars (top 15) Individual
- 9th placement (Han Chiang HS)

Team Score (top 20) - grand award
- 19th placement (Sri KL)
- 13th placement (KYS)
- 5th placement (Han Chiang HS)

Harap-harap tiada yang tertinggal.
Tahniah buat semua sekolah kerana menyertai pertandingan ini, lebih-lebih lagi kepada para pemenang. Jika berminat mengetahui senarai lengkap, bolehlah ke laman ini (klik sini). Seperti dijangkakan, kebanyakan pemenang utama adalah dari negara Cina dan negara jiran kita, Singapura. Dari Malaysia ada juga sekolah yang memperolehi piala. Tahniah lagi.

.
.
.

AKHIR POST;

Mari layan gambar-gambar kami jalan-jalan di NYC di bawah ini.

Ada 5 'boroughs' di NYC : Brooklyn, Queens, Staten Island, the Bronx, Manhattan. Kami cuma berada di Manhattan.
Eh!
Jap!
Bukan cuma!
Kami berada di MANHATTAN.
M.a.n.h.a.t.t.a.n.
Siapa yang tidak kenal Manhattan?


Berapa lama nak duduk di sana? Mungkin anda ingin singgah bermalam di Manhattan selama  2-3 malam. Maklumlah, nak ke USA bukannya dekat. Penerbangan sahaja memakan masa hampir 24 jam. Mungkin itu sahajalah lawatan kami ke NYC, malah mungkin itu sahajalah lawatan saya ke USA, maka panjangkanlah sedikit tempoh anda di sana kerana mungkin anda seperti saya, tak akan menjejakkan kaki lagi di Manhattan selepas ini. Cuba tambah sehari ke Boston. Jika sempat, tambah sehari lagi untuk ke ke luar sedikit ke Niagara Falls. Jika sempat lagi, tambah sehari dua lagi untuk ke Washington pula. Jika sempat, sempat, sempat lagi, ronda sahajalah seluruh USA.

Risau akan keadaan kita di US? Jangan bimbang, cuma kenalah berhati-hati seperti biasa. Yang seronoknya adalah layanan masyarakat tempatan di sana terhadap kami. Memang sungguh baik. Saya pernah disapa seorang lelaki berkulit putih kerana kelihatan tercari-cari sesuatu di dalam peta sewaktu di New Haven/Yale. Beliau membantu saya. Malah, kemudiannya sewaktu saya pulang dan menunggu semula di hadapan Teater Shubert sambil berbual dengan Cikgu Shah, saya disapa semula oleh orang yang sama bertanyakan sama ada saya berjaya jumpa tempat itu tadi. Di Teater Shubert juga, saya diberi salam oleh seorang lelaki Arab yang berkata "Alhamdulillah, sister, you are wearing hijab". 

Di NYC, kami menahan seorang wanita berkulit putih untuk bertanyakan jalan. Beliau juga berusaha sungguh-sungguh membantu kami mencarinya menggunakan aplikasi hp beliau. Sewaktu kami mengucapkan terima kasih dan memujinya, beliau menekankan bahawa "most New Yorkers are actually very nice and helpful". 

Di NYC juga, saya mendapat kejutan tambahan mengenai kebaikan hati mereka. Saya telah diberi sebotol EDP 'trademark' khas NYC itu yang sama saiznya (100ml) secara percuma oleh jurujual di Saks 5th Avenue. Agaknya dia berasa kasihan melihat saya tidak mampu jadi membeli untuk diri saya, sebaliknya hanya untuk Cikgu saya (seperti dirancang) dan My-Clone yang tiba-tiba 'enter frame' pun minta sebotol. Dia menyuruh saya mencuba beberapa haruman sekali lagi dan bertanyakan jika saya menyukainya, sehinggalah kepada haruman 'Central Park West', lantas berkata bahawa beliau ingin memberinya kepada saya. Ku ingatkan saiz miniature bon-bon, rupa-rupanya sebotol besar penuh! Dia memberitahu sebabnya : dia sukakan cara kami berbual dengannya, tidak seperti beberapa pelanggannya yang lain. Saya kelu (kerana sedia maklum akan harganya), kami berpelukan, dia hanya meminta kami mendoakan dia diberi jodoh yang baik dan juga mendoakan kebaikan anaknya. Apapun, saya kini telah 'berhijrah' selepas musim haji 2014, tidak lagi memakai minyak wangi apabila keluar rumah/bekerja, hanya ku pakai setelah pulang ke rumah sahaja. Doakan saya istiqamah dalam hal ini.

Lagi mengenai kebaikan hati mereka. Sewaktu check-out dan menunggu lebih setengah jam kenderaan airport transfer yang sepatutnya disediakan, pekerja di apartment tersebut membantu menggunakan telefon di kaunter 'concierge' menghubungi pihak syarikat penerbangan bertanyakan masalah dan kemudiannya beliau sendiri menawarkan untuk menghubungi airport transfer persendirian yang tiba dalam masa 10 minit sahaja. Mujurlah kami tidak ketinggalan kapalterbang.

Kesimpulannya ...... ramai orang 'New Yorkers' baik-baik hatinya. Kita berbahasa, orang berbudi (saya susun terbalik). Kita hendaklah bersangka baik dengan mereka. Jika tak tahu jalan, buka mulut bertanya, besar kemungkinan mereka akan membantu, malah dengan sepenuh hati. Sepanjang di sana, kami tidak pernah ditolak apabila bertanya. Ini akan membuatkan kita rasa dialu-alukan melawat NYC. Apa-apapun, berhati-hati. Kami hanya pulang lewat malam sewaktu selepas menonton teater, itu sahaja. Mujurlah sepanjang kami di sana tiada insiden 'random firing/killing'.

.
.
.

Apa yang kumpulan kami buat di NYC?



Bagi kumpulan besar kami (Marissa dan keluarganya sahaja yang telah pulang ke Malaysia terus dari Yale):

Di NYC
- Sara bersama keluarganya menginap di apartment lain (tetapi mereka akan ke hotel kami keesokannya untuk letak beg-beg dan pergi ke JFK bersama-sama).
- Syafaa dan ibubapanya Pn Mas/En Rahim serta Amar menginap di hotel lain yang berhampiran dengan hotel kami.
- Saya dan 5 lagi pelajar (termasuk anakku) menginap di satu hotel

Pulang ke KL
- Syafa dan ibubapanya menaiki penerbangan lain
- Dr Mai sekeluarga dan 5 lagi pelajar menaiki penerbangan yang sama
- Saya dan My-Clone tinggal di NYC untuk 5 malam lagi


17hb : selepas lunch di Restoran Rasa dan check-in pukul 2.30 petang, saya dan 6 pelajar-pelajar ni tak sabar nak 'explore NYC' dan  'shopping' mencari/membeli barangan yang mereka dah rancang. Saya ikut sahaja mereka, layan. Kami berjalan kaki dari hotel di 51st St 7th Ave itu ke arah timur, menyusuri 5th Ave ke utara ke 59th St (ada Plaza Hotel dan kiub Apple), kemudian sambung lagi ke Lexington Ave, masuk kedai. Kemudian ke utara sehingga 60th Ave, masuk kedai. Kemudian, pusing semula ke Madison Ave dan ke utara lagi sehingga 67th Av, masuk kedai lagi.  Kemudian berjalan pulang ke hotel, susur 5th Ave dan kemudiannya 53rd St, singgah di MoMA beli souvenir, singgah di HalalGuys beli makanan (nasi bersama ayam atau gyro), sambung perjalanan sehingga ke hotel penginapan. Itu pun sebab ada pelajar yang dah penat ('Mokcik' ni dah lama penat tetapi ku ikutkan juga kerana mereka hanya ada sekejap sahaja di NYC).

Balik hotel, bawa beg masuk bilik. Makan di bilik. Amar ikut Puan Mas/En Rahim (mereka duduk di hotel berlainan/berhampiran). Kami yang lain kemudian keluar semula nak 'explore' Times Square, hanya masuk beberapa kedai, kemudian pulang semula ke hotel.

Penat sungguh 'Mokcik' berjalan kaki. Tak larat nak ikut tenaga anak-anak remaja ni.


18hb : Pagi-pagi pukul 8am saya dah di ajak teman mereka ke tengah-tengah Times Sq (ada yang tak ikut, masih tidur walaupun dikejut) semata-mata nak 'feel' berada hampir dengan JLaw (bukan J-Lo) yang sedang 'live on-air' ditemuramah di situ (ada disiarkan di TV di bilik hotel). Ikut sajalah, Labu......


Awal-awal pagi dah ajak saya temankan mereka ke sini. Matahari pun belum terasa. Tak dapat jumpa JLaw pun tak apa, asalkan ada 'feel'. Layan sajalah lagi, Labu....

Kemudian, singgah kedai jam tangan, kemudian singgah kedai coklat berhampiran (sanggup tunggu kedai buka pukul 9am). Balik semula ke bilik sebelum 10am, keluarga Dr Mai dah tiba untuk meletakkan beg-beg di bilik kami, Puan Mas/En Rahim pun dah tiba untuk menghantar Amar. Bersiap-siap, check-out 1 bilik dan pindah beg-beg ke bilik saya, sambung berjalan lagi. 

Keluar ke HalalGuys dan sarapan wrap ayam/gyro di situ. Kemudiannya kami berpecah kepada 3 kumpulan. Kumpulan Puan Mas/En Rahim (Hasya dan Divya ikut) nak ke Central Park dan Muzium NH. Keluarga Dr Mai juga ada plan sendiri.

Kumpulan saya (bersama Amar, Sofea, Raja dan anakku): kami jalan-jalan sehingga Rockefeller Center, naik TOTR utk 'melawat' Manhattan termasuk Central Park. Jalan-jalan lagi di 5th Ave, masuk kedai, jalan semula menyusuri 47th St ('suspense' apabila menyedari ia sebahagian diamond district) untuk ke Grand Central Terminal (GCT), main-main kat 'the Whispering Gallery', singgah kedai 'cheesecake' dan masing-masing pilih sepotong jenis berlainan kemudian bertukar-tukar/sharing rasa. Kemudian naik subway ke Times Square, masuk kedai (beli baju) dan kedai (toys) dan kedai  (baju) dan kedai (jam tangan) dan kedai (souvenir) dan kedai (coklat) mengikut senarai yang dah ada di kepala mereka.  Last, singgah kedai luggage, ada yang beli beg sebab barang dah tak muat. Saya  ikut sahaja, saya tak beli apa pun. Tapi untuk anak-anak ni, kawasan Times Square memang mereka paling suka untuk 'shopping'. Berjalan-jalan di 5th Avenue lebih kepada 'window shopping' dan menikmati keindahan lampu/hiasan depan kedai menarik pada waktu malam.


The Whispering Gallery/Hall. Berdiri menghadap satu daripada 4 sudut/penjuru (dalam gambar ini ada 2 penjuru), bisik sesuatu. Rakan/orang yang berdiri menghadap penjuru bertentangan (bukan bersebelahan) dapat mendengar bisikan anda. Anak-anak berempat itu baru sahaja buat 'eksperimen' yang sama dan menjadi! 'Excited' mereka dengan teori masing-masing : architecture la, magic la etc etc. Kalau nak cari, pergi sahaja ke Grand Central Terminal tu dahulu, bila di sana, baru bertanya kepada petugas kedai. Kami buat kaedah tu apabila tak jumpa, GCT tu besar, leceh nak cari sendiri.


Beberapa jam selepas itu, mereka (kecuali Amar) berpeluk-pelukan sebelum berpisah dengan kami. Saya pun sayu, maklumlah 6 malam bersama mereka, dah seperti anak-anak sendiri (merasa juga saya ada ramai anak). Mereka semua sangat berkelakuan baik. Mudah nak jaga mereka.

.
.
.


Nak tengok panorama pemandangan atau landmarks Manhattan?

Apa yang saya baca dan alami,
Ada 3 pilihan mudah untuk melihat panorama Manhattan :

A = Dari dalam tram, bayar sahaja tiket tram ke Roosevelt Island.  Tiada tiket diperlukan untuk melihat panorama Manhattan East (kena bayar tiket tram sahaja), tetapi pemandangan dihalang oleh tiang-tiang jambatan. Kami tak naik tram pun. Ini pemandangan dari dalam van sewaktu melintasi jambatan bersebelahan laluan tram itu. Kita akan melalui jambatan ini apabila ingin memasuki Manhattan dari JFK.


B = Lihat dari bangunan tinggi. Pilih antara 3 'view from the top' bangunan ini : dari TOTR (Top of The Rockefeller), dari One World Observatory di One World Trade Centre, atau dari Observation Deck di ESB (Empire State Building). Bayaran masuk hampir sama bagi ketiga-tiga tempat ini, sekitar USD 32 untuk tiket biasa.

Kami memilih untuk melihat dari TOTR. Memang menarik! Tambahan pula, tidak ramai orang, kami tidak perlu menunggu pun.


Ada dua bahagian 'observation deck' di TOTR: Utara dan Selatan. Dari TOTR boleh nampak : Central Park (tak dapat dilihat dari ESB), ESB (yang ini menjadikan pemandangan lebih menarik, dari ESB mana boleh tengok ESB kan), One World Trade Center, Statue of Liberty dan banyak lagi. Haa....kan dah dapat 'pergi TENGOK semua tempat' dalam masa sejam je, jimat tenaga fizikal.


Mmm....siapa yang tidak ingat cerita yang menggunakan teropong itu? Lagi sekali, diriku dan angan-angan berpisah tiada. Teropong itu dilaraskan pada ruang bebas di antara kaca penghadang. Boleh nampak 3 sekali : ESB, One World Trade Center dan Statue of Liberty.


Anak-anak ni puas, tidak ramai orang. Pakailah lama mana pun teropong tu, asal dimasukkan duit siling. Boleh nampak Statue of Liberty dari sini. Boleh juga nampak Brooklyn Bridge dari teropong lain di sebelah lebih kiri.

Dari atas, saya jadi gayat pula melihat ke bawah, teksi-teksi kuning kelihatan kecil sahaja. Apabila dari bawah (jalan) pula, terasa diriku rendah kerana asyik dikelilingi bangunan-bangunan tinggi. Hmm....nampak ke matahari? Terganggu ke gelombang hp?


C = Lihat dari dalam/atas bas HOHO (gelaran saya untuk bas jenis hop-on-hop-off). Tetapi bersedia dengan pakaian tebal jika anda menaiki bahagian atas dan menghampiri waktu malam kerana suhu sangat sejuk dengan tiupan angin. Penerangannya juga dibuat secara 'running commentary' dan 'live' oleh seorang pekerja yang duduk di bahagian atas bas, bukannya 'pre-recorded'. 



Laluan bas ini membolehkan kita melihat bangunan-bangunan seperti bangunan Flatiron, bangunan Chrysler dan bangunan ESB. Bagi yang minat dengan bidang 'architechture' dan 'engineering', anda memang lebih teruja 'melihat' bangunan-bangunan ini berbanding orang seperti kami. Bangunan Chrysler, Rockefeller Centre dan ESB telah berada di situ sebelum tahun 1940 lagi (sebelum kita merdeka). Tu belum lagi Jambatan Brooklyn 1883 (saya tak pergi). Semuanya masih gah berdiri tanpa roboh (ermm....no further comment). Walaupun setelah NYC dilanda ribut dan banjir pada 2012 akibat 'Hurricane Sandy'. Jambatan Brooklyn dah ada sejak 1883? 74 tahun sebelum kita merdeka? Wow! Siapa ingat siapakah penjajah kita pada waktu itu? (Hmm.....tidur lagi la ni. British, dear. British)



Saya pula lebih suka mengambil gambar tangga-tangga ini sambil berangan lagi....





Biarlah angan-angan itu tersimpan di bekas meletak pen atas meja klinik dalam hatiku....


Bas HOHO ini saya dan My-Clone sahaja yang naik pada hari sebelum kami berangkat pulang. Kami berdua bukanlah 'explorers' apabila melancong. Saya 'tourist yang tak adventurous'. Santai. Apabila melancong, saya tak buat kaedah 'touch-n-go' atau 'Amazing Race'. Setiap hari kami keluar apartment hanya selepas Zuhur. Ada sehari tu, kami keluar selepas pukul 5pm, itupun hanya ke supermarket berdekatan untuk membeli barang masakan, itu sahaja, kemudian balik lepak jadi 'New Yorkers' di 'rumah'. Nak explore lebih-lebih, kami google sahaja video di youtube atau blog mereka yang telah ke sana, haha. Jimat masa dan tenaga. Kaki pun tak sakit. Kebanyakan masa/hari kami di bilik, atau berjalan-jalan sekitar kawasan dari apartment sehingga melangkaui ke Times Square sebelum balik semula ke 'rumah'. Hanya 1 show - teater muzikal Lion King (teringat Hamburg). Hanya 1 pameran - The Hunger Games di Discovery Center Times Sq (saya teman My-Clone sahaja).  Itu sahaja......
Itu sahaja untuk tambahan 5 malam (6 malam keseluruhannya) di NYC.
Itu sahaja?
Hmm......
Yang penting 'bonding' mother-dotter ni masih kekal kuat.



Kalaulah USA itu dekat, memang saya akan suruh My-Clone ke sana melanjutkan pelajaran ke USA  kerana saya sungguh berkenan akan sistem pendidikan USA (seperti yang diberitahu oleh mahasiswa di Universiti Yale kepada My-Clone) berbanding di negara lain (pendapat peribadi saya). Faktor keselamatan/racism ada di mana-mana negara.

Kalaulah ada 'teleportation' yang dapat membawa kami ke sana dalam masa kurang daripada 15 minit jam, harus akan ku sampai lagi ke sana (melawat My-Clone yang akan belajar di sana). Angan-angan.....



Ini gambar dari atas bas HOHO, cantik untuk bergambar, Statue of Liberty bercahaya dari jauh. Dalam pakej/tiket bas HOHO ada juga dimasukkan trip feri ke Liberty Island, kami terpaksa 'kensel' (tak rajin).

.
.


Oh! Ya!
Tak ada jumpa pun 'big apple'...
Kami juga tak jumpa Superman, mahupun Spiderman ataupun King Kong.
Misi saya nak ke '4-15-71' dibatalkan apabila mengetahui ia bukanlah lokasi sebenar bangunan yang digunakan sebagai 'Ibupejabat Treadstone'.
Tak pula terserempak dengan mana-mana pelakon (tak de pun jumpa kumpulan peminat/paparazi berkerumun/mengejar sesuatu).
Kami jumpa banyak kereta/motor/van NYPD (sambil berangan pula cerita CSI).
Kami semua selamat pergi dan selamat pulang.
Cuma kali ini, jet lag nya berlarutan berhari/minggu.


Selamat Tahun 2016.
Semoga kita diberikan hidayah dan dirahmatiNya untuk sentiasa berubah menjadi kepada yang lebih baik daripada sebelumnya.


dah ku kata post ini sangat panjang


No comments:

Post a Comment