Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Sunday, 17 January 2016

Tetamu Cilik Istimewa


Bismillahirrahmanirrahim
(In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful)





Kita layan beberapa gambar lagi.


Minggu ini, saya dikunjungi beberapa orang 'cucu-cucu'.
Seronok sungguh saya.
Terubat rasa rindu.


Ammar (Muhammad Ammar Rifqi) dah besar! Dah 2 tahun 3 bulan. 
Ammar baru sahaja menjalani pembedahan membaiki hernia (right inguinal hernia) pada 8hb yang lepas. Gambar ini diambil sehari selepas pembedahan. Tengah 'moody' lagi tu.


video

video
Saya sempat ambil klip video Ammar menyanyi lagu. Kelmarin, sebelum beliau dibawa singgah ke sini sebelum appointment 'buka plaster'. Dari luar dah dengar tangisannya. Dia dah faham bila ke hospital ni, agaknya masih trauma dengan pembedahan sebelumnya. Di dalam bilik saya, pun dia sambung menangis, tetapi sempat minta ;

".....(menangis sambil mata explore bilik saya).......Nak candy......(sambung menangis)"

Ibunya tak bagi Ammar makan gula-gula.
Saya apa lagi? Umpan dengan mainan lah.  Barulah Ammar nak duduk atas pangkuan saya.

.
.
.

Keesokannya (Jumaat) pula saya dikunjungi pasangan kembar Ishaq-Ismail.



Cucu-cucuku yang ini pun menangis juga, terutamanya Ishaq, langsung tak nak dengan saya. Ibu mereka memang 'cute'. Terserlah ketinggian saya apabila berdiri di sebelahnya.


Mujurlah Ismail tak menangis. Mereka baru berusia sembilan bulan. 

Ibu mereka ke sini untuk sesi follow-up rawatan sakipuan.


Semakin handsome dengan t-shirt merah jambu ni.

.
.
.


Pada hari yang sama, saya dapat kunjungan lagi seorang.

Haaaa....yang ini pun sama, Fayyadh (Fayyadh Auf Qusyairi) menangis apabila msuk ke bilik saya.


Minggu ni, minggu budak-budak menangis masuk bilik saya. Tangan saya jadi kaku selepas itu. Dengan ibu Fayyadh pun, masih jelas berbeza ketinggian saya.

Fayyadh baru masuk setahun 24 Disember yang lepas. Ibunya datang untuk plan kehamilan. Beliau masih ada 2 frozen embryos di sini.


Hmm.....mana cucu-cucu yang lain tak datang ni?




Dalam ramai-ramai pesakit saya, ibu Afif (Muhammad Afif Zarif) yang sama ketinggian dengan saya. Waktu ini Afif berusia 8 bulan. Sibuk main bawah meja dan kerusi. Tak apa lah Afif, nanti dah tinggi macam ibunya, dah susah nak main bawah kerusi tu dah.




Teringat pula Miss Know-Everything  My-Clone yang jauh di mata.
Rindunya tidak terperi.............



No comments:

Post a Comment