Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Wednesday, 6 January 2016

(Motivasi Kesuburan) - Single (Frozen-thawed) Embryo Transfer lagi

Bismillahirrahmanirrahim.
(In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful).



'Tactile sidewalk' atau 'tactile paving'.

Selalu nampak ini di atas lantai atau 'pedestrian sidewalk' (terutamanya di stesen keretapi/lrt)? Kadang-kala ia berwarna kelabu. Ia membantu mereka yang buta penglihatan atau mempunyai masalah penglihatan teruk (masih belum buta sepenuhnya). Ada maksud jalur dan bulat itu. Cuba anda berjalan di atasnya (sambil menutup mata).

'Tactile sidewalk' ini dibangunkan oleh Issey Miyake Seiichi Miyake pada 1967 di Jepun.
(Saya belum lagi dilahirkan pada tahun itu, ramai anda pun begitu juga kan?).
Kini, 'tactile paving' ada di beberapa negara lain termasuklah di Malaysia (KL).

Itu pun ada yang merungut 'tactile sidewalk' ini menyusahkan mereka untuk menarik beg atau menolak troli atau main skateboard.......
Mudah-mudahan, setelah memahami akan tujuan 'tactile sidewalk' ini diadakan, mereka akan berhenti merungut. 
Bersyukurlah kita masih dapat melihat dengan mata.
Pada usia melebihi 40 tahun, rabun dekat juga mula melanda mataku yang selama ini rabun jauh.
Teringat pepatah 'biar buta mata, jangan buta hati'.

.
.
.

Memandangkan post sebelum ini berkilometer panjangnya (ada yang sudi komen 'panjang sangat sampai saya kena berhenti separuh jalan, lepas tu sambung'), maka kali ini, saya tulis kisah pendek.

Sebelum itu, terima kasih kepada pesakit ini yang memberi kebenaran untuk dikongsi di sini.


Post ini mengenai Single Embryo Transfer lagi.
Semestinya juga, blastocyst transfer.
.
.
.

Usianya 32 tahun.
Berkahwin Disember 2011 (4 tahun).
Sebelum ini pernah menjalani 3 kali IUI, tetapi tidak berjaya.

Beliau kemudiannya berjumpa saya.

Rawatan Kesuburan di PHKL
Sesi pertama April 2015.
Ada 'suspicion' endometriosis berdasarkan : dinding posterior uterusnya lebih tebal (disebabkan adenomyosis), kedudukan ovari kanannya 'tinggi' (mungkin endometriosis telah menyebabkan perlekatan juga). Hmm..mungkin tiub falopian juga ada masalah agaknya.
Sperma suami juga ada masalah.

IUI (Mei 2015)
Saya cuba ubat rangsangan, kemudiannya 'ovulation triggering' bersama IUI.
Dapat 4 telur (banyak tu untuk IUI).
Cuma, satu masalah : peratus sperma yang bergerak bagus didapati sangat kurang walaupun bilangan sperma keseluruhan normal i.e. 60 juta. 'Sperm motility' sangat rendah peratusannya.
Selepas air mani 'dicuci' - hanya menghampiri 4 juta sahaja sperma yang ada.
Tidak berjaya hamil.

Mereka nak buat IUI sekali lagi sebelum berpindah kepada ICSI.
Ogos 2015 : IUI kali ke-5 untuk beliau
Ubat kesuburan yang sama (pil Clomiphene Citrate)
Sperm motility juga masih sangat rendah.
Sperma selepas 'dicuci' - hanya 1.4 juta sahaja (berbanding bilangan asal 48 juta).
Pun tidak berjaya hamil


Oktober 2015
Mereka bersedia untuk ICSI.

Saya gunakan 'Antagonist Protocol' bersama 'Agonist Triggering'.
Kemudian 'freeze-all-thaw/transfer-later'.

Dos FSH dalam suntikan rangsangan sebanyak 150 IU setiap hari untuk 9 hari (jumlah = 1350 IU)
OPU : dapat 6 telur (5 M II dan 1 M I)
ICSI ke atas 5 telur M II : 4 berjaya disenyawakan (ICSI fertilization rate embriologis saya = 80%)
Kesemua 4 embrio tersebut dibeku-simpan pada usia day-3.
Freeze-all-thaw/transfer-later.


November 2015
Mereka bersedia untuk FET cycle.
Kami bersepakat untuk 'thaw' 2 embrio sahaja.
Saya gunakan pil hormon untuk 'endometrial priming'.
FET pada 4 Disember lalu, yang juga cycle day-29 (janganlah bimbang sekiranya anda juga dilakukan FET pada cycle day menghampiri jangkaan 'period' berikutnya, apa yang saya buat ini pun dipelajari dari mein Lehrer ('Cikgu saya' dalam bahasa Jerman) ).

Embriologis 'thawed' 2 embrio dan kultur sehingga peringkat blastocyst, hanya 1 yang berkembang.
Maka yang 1 embrio itu sahaja yang dimasukkan, 'hatching' blastocyst gred 4BB.
Single embryo transfer (frozen-thawed).

Saya masukkan embrio yang di sebelah kanan.

Lagi 2 embrio masih tidak diusik ie. tersimpan-beku.
'Luteal support' menggunakan vaginal progestin.
BhCG 7 hari selepas itu = 494 IU/L
Progesterone pula = 60.6 nmol/L

Beliau baru sahaja berjumpa saya Isnin lepas.
Dah 7 minggu usia kandungan.
Dah nampak janin (dan dah boleh dengar degupan jantungnya).




.
.
.



Sekian.
Alhamdulillah (All praise is due to Allah).

Pendek tak post ni?

1 comment:

  1. Salam dr adilah..insyaallah jika diizinkanNya dan diberi kekuatan sy akan berjumpa dgn dr utk meneruskan iktiar sy utk mdptkan zuriat..sy pnh ectopic n tiub dibuang..n ada doc dh sahkan lg satu tube sy pun blocking..sy down n stop rawatan slps dpt tau..hrp bila jumpa dr nnt ada sinar harapn utk sy berharap..moga dr adilla sentiasa sihat di bawah rahmatNya..jumpa nnt dr..

    ReplyDelete