Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Monday, 18 January 2016

Seharian di MRSM Jasin

Bismillahirrahmanirrahim.
(In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful)


Ada program di antara batch kami (SPM 87) dengan sebahagian anak-anak adik-adik Form 5.
Maka, saya pun pergilah ke MRSM Tun Ghafar Baba (waktu kami dahulu dipanggil MRSM Jasin) Ahad 17hb pagi.



Ini guru Sejarah MRSM TGB. Cikgu Siti Kalsum bt Mohd Junid. Dia guru yang mengelolakan program ini. Bila berdiri bersebelahan Cikgu Kalsum ni, saya nampak seusia pula dengan beliau.  Alamak! Macamana ni?

Saya dahulu tak ambil Sejarah sewaktu Tingkatan 4 dan 5, mujur. Sebab saya pelajar lemah tak suka bab menghafal. Saya terpaksa ambil Biologi sebab nak jadi doktor. Maka, saya tidaklah berpeluang diajar oleh Cikgu Kalsum. Tetapi dah namanya duduk asrama, guru-guru kami umpama ibubapa kami. Mereka mengambil berat mengenai hal kami, sama ada akademik mahupun bab-bab lain. 

Mereka juga membesar bersama kami. Maklumlah, mereka juga masih muda kerana kami adalah 'first batch' Form 1 MRSM Jasin. Ada di antara mereka yang pertama kali bekerja selepas tamat belajar. Ada juga guru-guru kami yang bertemu jodoh di MRSM Jasin. Hmm....teringat pasangan Cikgu Mahzan dan Mama (Cikgu Hikmah) yang dahulunya warden asrama, masa tu mereka masih single lagi. Cikgu Mahzan ajar Matematik Tambahan manakala Mama pula Bahasa Malaysia. Dari kelas seberang masih boleh kedengaran suara Mama mengajar, menjadikan saya selalu cemburu kerana pada awalnya Mama tak mengajar pun kelas saya. Tetapi masuk Tingkatan 5, yahoo! Kami dapat Mama.

Kini, ada guru-guru kami yang telah berpindah ke MRSM lain atau ke HQ MARA, bersara dan ada juga yang telah meninggal dunia. Semoga Allah merahmati mereka dan mengampunkan dosa mereka.



As I have said before;

Teachers;
They teach,
They lead,
They inspire.
Amazing!

....and I can never thank them enough.

Bertuah sungguh jadi guru ni. Anak murid ingat sampai bila-bila. Bayangkan berapa belas/puluh ribu anak murid dan bekas anak murid mendoakan mereka.

.
.
.

Kenalkan pasangan adik-adik anak-anak angkat saya.
EFFA UMAIRO BT JAMALUDDIN dan WAN MOHAMAD HILMI B WAN ZAKI
Effa orang Pahang, Wan pula orang Kelantan.


Belajar rajin-rajin tau.
Kita boleh sahaja tak buat benda yang kita tak suka.
Tetapi kita mesti suka dengan apa yang kita buat/pilih.
Termasuklah subjek Biologi.
Siapa tahu, suatu hari nanti, kita akan jatuh cinta dengan subjek tersebut.


Somehow, meeting your ex teachers and schoolmates made you feel your yesteryears with them were just a few single-digit years ago, when indeed we left school in 1987. Yes, that was almost 3 decades ago. Still somehow, we felt awkward being called e.m.a.k. angkat dan b.a.p.a. angkat. Tu yang asyik tersasul, kejap emak angkat, kejap kakak angkat. 

Now, which part that you do not like about being called emak angkat ni, Adilah?
The fact that undeniably you are actually much older than them (in fact, your My-Clone is also 17) but you still feel young at heart.
or
The fact that the title 'emak' carries much heavier responsibilities. Kakak vs emak.

Last-last, saya tukar;

"Panggil 'aunty' sahaja lah ya"

Emak bukan, kakak pun bukan.

.
.
.


Effa and I. She is now in her Form 5. 

Selepas tamat program, saya singgah ke kampung jenguk emak dan abah sebentar, sebelum ke KYS berjumpa My-Clone.

My-Clone pun dah Form 5. Saya terpaksa guna gambar lama (2 tahun lepas) kerana susah nak cari gambar My-Clone buat muka/gaya sopan.

.
.
.

I am glad that I made this trip:

1. Dapat jumpa Cikgu
2. Dapat anak-anak adik-adik angkat baru
3. Dapat jumpa kawan sekolah lama (after 29 years we parted, perangai masih tak berubah, seronoknya, sehinggakan terus buat plan nak berjumpa lagi )
4. Kami dijamu makan lauk daging masak asam pedas, yang ini lauk 'signature' orang Muor Melaka.
5. Dapat jenguk My-Clone lagi (I already visited her yesterday, a double bonus for me melepaskan rindu).
6. Dapat jumpa emak abah (semalam tak sempat)


Cuma, balik tadi hujan lebat, sangat lebat.
Mujurlah hari ini Cikgu saya yang lagi seorang temankan saya, dialah yang kena memandu.
Ada 3 kemalangan di antara Seremban menghala ke KL (traffic report dari drebar, saya tidur).
Mujurlah kami selamat sampai, walaupun kesesakan akibat kemalangan. 
Hampir 3 jam baru tiba rumah.



Terima kasih, Cikgu Kalsum.
Saya sayang Cikgu.

Tak berjumpa pun guru-guru lain kami.
Salah kami.
Sepatutnya kami yang datang mengadap mereka di rumah mereka.
Bukannya mengharapkan mereka datang ke sana pada hari Ahad untuk berjumpa bekas anak-anak murid.



Alhamdulillah
(All praise is due to Allah)

No comments:

Post a Comment