Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Friday, 8 January 2016

(Motivasi Kesuburan) FET 2 Blastocysts - Twins

Bismillahirrahmanirrahim
(In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful).


Kali ini kita cerita mengenai FET 2 embrio - dapat kembar tak seiras (dichorionic twins). Ingat lagi sesi ulangkaji kita mengenai jenis kembar? (klik sini)
Untuk beliau kali ini, saya masukkan 2 embrio beku kerana sebelum itu masukkan 1 embrio sewaktu 'fresh cycle' tetapi tak pregnant pula.


Mmmmm..... wanginya. Ramai orang suka cium bau kepala baby, termasuklah saya. Gambar ini diambil dengan saya bersandar/duduk (supaya kepala saya masuk gambar, acah je) di atas meja sementara ibu mereka berdiri.


Kembar ini lahir musim raya 2015.

Saya belum pernah menulis mengenainya kecuali meletakkan gambar mereka di dalam post terdahulu 'Antara Cucu-cucu IVF Saya'. Kini beliau bersedia untuk berkongsi cerita untuk memberi motivasi kepada rakan dan saudaranya yang mengalami masalah kesuburan.

.
.
.

Pesakit ini masih muda lagi. Dengan kecomelan saiznya, saya selalu anggap dia seperti anak-anak saya sahaja. Macam 'student' sekolah menengah.

Usianya ketika melahirkan baru sahaja 32 tahun.
Beliau berkahwin sejak Mei 2008.
Lama sungguh tempoh rawatan kesuburannya, dari tahun 2010.
Beliau 'ikut' saya dari Hospital Pusrawi untuk meneruskan rawatan kesuburan. Saya tak ingat perihal rawatan kesuburannya di sana.
IUI Oktober 2010 di PHKL - tak hamil.
Beliau kemudian menyepi sebelum datang semula pada 2012 dan menjalani pembedahan 'membuka' pangkal tiub falopian dan ovarian drilling serta pembedahan endometriosis di PHKL.
Saya susuli dengan suntikan GnRH analog selepas itu.
Mei 2013 : IUI menggunakan pil dan suntikan - pun tak hamil.
Kemudiannya beliau bersedia untuk IVF.


Saya gunakan Antagonist Protocol dan Agonist Triggering.
OPU Jun 2013 : dapat 11 telur (10 MII dan 1 MI).
ICSI atas 10 telur MII : 8 'fertilized' (ICSI fertilization rate embriologist saya 'maintained' bagus iaitu 8/10 = 80%.
ET 5 hari kemudiannya : eSET gred 3BB.
Single blastocyst transfer - tak hamil.
Freeze 5 embrio sahaja (3BB, 3BB, 3BB, EB, morula) manakala 2 lagi embrio menunjukkan 'degradation' dan dibuang.
Beliau berehat beberapa bulan sebelum menyambung untuk buat FET.


2 blastocyst : yang kiri tengah 'hatching' dan yang kanan pula sedang 'mechanical hatching'.

FET 16.12.2014
Embriologis 'thawed' 2 embrio.
Kedua-dua embrio tersebut memang cantik (usianya kan hanya 32) maka kali ini saya masukkan 2 embrio.
Semestinya blastocyst. Gred 5BB dan 4BB (gambar di atas).
3 lagi embrio masih tersimpan beku.


Gambar ini mereka ambil sewaktu hari FET. Saya edit/tutup pada bahagian leher. Di sebalik keseronokan mereka (macam tengah holiday pula) , semua tahu akan 'kerisauan' dan 'harapan penuh' di dalam hati mereka.


Dipendekkan cerita - belau hamil kembar dan lahirlah si kembar ini pada Ogos 2015. Dapatkah anda bezakan kedua kembar ini? Mereka kembar tidak seiras (dizygotic twins).


Yang menakjubkan saya ialah kandungan beliau dapat bertahan sehingga 38 minggu!
Betul. Cukup bulan i.e. 38 minggu walaupun kembar.
Walaupun saiz badan beliau kecil, ketinggian pula hanya 155cm sahaja.



Sewaktu hamil 5 bulan, ibu beliau pula ditimpa kejadian kebakaran. Mujurlah jiran-jiran di kampung berjaya selamatnya ibunya yang melecur. Saya kenal juga ibunya kerana ada menemankan beliau dari sewaktu di Pusrawi lagi, terasa kesedihan apabila pesakit saya ini berkongsi kisah kebakaran tersebut. Semuanya hangus. Banyaknya dugaan mereka.


Ini gambar Raya 2015, tengah sarat betul tu. Kalau tiada 'pengantin lelaki' di sebelahnya, mesti ramai akan ingat si comel ni 'remaja ter-pregnant'.



Beliau bersalin di Hospital Putrajaya, di bawah rawatan Dr Azmi, Pakar Obstetrik dan Ginekologi.
Bersalin Caesarean, berat kembar tu 3.1kg dan 2.6kg. Dapatlah ibu dan ibu mertua memangku tanpa berebut.



Sekarang dah 5 bulan. Seronok ada baby ni. Kami bermain-main agak lama di klinik semalam. Nampak macam kami bekerja di nurseri pula, main-main dengan bayi-bayi, mula-mula saya dukung 'Kakak' (panggilan untuk Raja Maryam Zalfaa) dan kemudian bertukar mendukung 'Adik' (panggilan untuk Raja Maryam Zulfaa). Ramai bayi IVF memang pandai dan cepat 'developmental milestone' mereka. Kembar ini telah meniarap pada usia 90 hari! Cepat tu!


Kami juga sempat berbual sedikit mengenai perbelanjaan membesarkan kembar.
Mujurlah susu ibu masih banyak untuk menampung kedua-duanya.
Exclusive breastfeeding!
Lampin pakai-buang? Banyak.....
Pakaian .... rezeki kembar. Ramai saudara-mara yang membantu.
Besar berganda membesarkan kembar ni.
Penat.....memanglah penat.
Kembar ini dijaga oleh nenek mereka dan dibantu oleh bapa mereka yang jadi bos sendiri. Si ibu bekerja pada siang hari.


Pasangan kembar ini 'popular' apabila dibawa keluar. Ramai orang menegur, mereka pun 'excited' juga tu melihat kembar. Seronoklah kedua ibubapa ini.
Apa pun,
Walaupun ada yang bergurau/berpendapat ;
"Buy one (kos sekali IVF) , free one (terus dapat kembar 2)",
Matlamat saya masih sama : seorang bayi yang sihat/normal dan dilahirkan selamat serta cukup bulan.

'eSET blastocyst : the way forward' 
masih pilihan utamaku.


Tahun 2015 (untuk data sehingga suku ketiga/September), untuk 'fresh cycles', bilangan kes SET melebihi bilangan kes 2embrio ET dan hanya 15% kes sahaja yang dimasukkan 3 embrio. Tiada langsung kes yang dimasukkan 4 embrio atau lebih. Sebolehnya, saya nak kurangkan risiko kembar yang boleh memberi kesan kepada ibu (hypertension, placenta praevia, preterm labour/delivery, Caesarean delivery, post-partum haemorrhage dll) dan juga janin-janinnya (prematurity dll). Mujurlah pesakit ini selamat melahirkan mereka cukup bulan, sesuatu yang jarang berlaku dalam kelahiran kembar (yang lebih lazim pramatang).



Sekian.

Alhamdulillah (All praise is due to Allah).

4 comments:

  1. Allah best nyeee tengok! Jumpa doctor minggu depan! #eSET ;)

    ReplyDelete
  2. Hai doc..masih ingat saya?azuraida ni.slalu follow blog doc.seronok baca kisah2 kejayaan mereka...sy masih mngumpul kekuatan n kewangan tuk mulakan rawatan kembali..masih kuat berdoa n menaruh harapan harap2 adanya miracle tuk diri ini tanpa perlu jalani ivf kembali...huhu..pray for me doc ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingat 😃. Ada seorang je patient nama Azuraida J.

      Delete
    2. tq masih sudi igt sama saya :)

      Delete