Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Friday, 8 January 2016

IUI kali ke-4

Bismillahirrahmanirrahim
(In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful).


(mood rajin menulis)


Disember lepas, kami berkereta ke Singapura.
Sepanjang jalan pulang dari TUAS ke Air Hitam (nak singgah beli kerepek pisang), baru saya perasan jalannya lurus kecuali di kawasan ini (rupa-rupanya ada bukit di situ).


Motivasi kehidupan.

If you are faced with a mountain hill, you can choose either:

A - to climb it (errrr.....how high?).

B - go through it   dig under it (buat terowong la tu).

C - fly above it (hmm....kurang praktikal).

D - go around it (macam dalam peta ni).

E - blow it up (haaa? Hmm...mulalah ni, saya merapu).

F - turn around and go back the way you came from (Abort mission! Abort mission!) U-turn la tu.

G - stay there, be happy and make it your destination.

H - pinjam ayat ya ;)  -  mati akal, guna telefon dan 'Houston! We have a problem!'

.
.
.

Topik kali ini : Berapa kali nak buat IUI?

Dah lama tak menulis mengenai IUI.
Kerana kebanyakannya nampak macam tak ada 'challenge' malah 'straight forward' sahaja.

Kali ini saya kongsikan mengenai kes ini.

Usianya 33 tahun.
Berkahwin Januari 2008 (dah 7 tahun).
Pertama kali berjumpa saya Februari 2015.
Tempoh rawatan bersama saya sehingga hamil = 10 bulan.


Sebelum itu, 
Beliau pernah menjalani pembedahan laparoskopi pada tahun 2010 kerana penyakit endometriosis dan disusuli dengan suntikan GnRHa selama 4 bulan.
Suami hanya mempunyai sedikit masalah sperma 'lemah' pergerakannya. Walaupun bilangan sperma sungguh banyak, hanya 26% sahaja yang mempunyai motility/pergerakan bagus. Jika dikira secara keseluruhannya, OK lagi.
Tahun 2012 : beliau mengambil pil subur dan menjalani IUI : tidak hamil.
Tahun 2013 : beliau mengambil pil subur dan menjalani IUI : tidak hamil.


Februari 2015, beliau berjumpa saya.

Scan : ada 'adhesion bands' di bahagian pelvis terutamanya di bahagian belakang pelvis.

AMH beliau rendah untuk umur beliau, hanya 5.34 pmol/L sahaja. Mungkin kerana penyakit endometriosis dan pembedahan melibatkan ovari.

Mac 2015 : saya suruh buat HSG. Kedua belah tiub falopian tidak tersumbat tetapi ada 'suspicion' perlekatan pelvis.

April 2015 : saya beri pil subur (atas faktor harga) dan buat IUI. Dengan 2 folikel besar di ovari kiri, beliau tidak hamil.

Disember 2015 : saya tukar kepada suntikan FSH sebanyak 150 IU untuk 5 hari. Pun dapat 2 folikel telur sahaja yang besar (daripada jumlah keseluruhan 5 telur sahaja - ingat - AMH beliau rendah), 1 di ovari kanan dan 1 lagi di ovari kiri, tetapi hanya telur di ovari kanan sahaja yang 'ovulated'. Buat IUI (kali ke-4 untuk beliau). Luteal support menggunakan pil progestin sahaja. Kali ini, IUI ke-4 beliau, baru 'pregnant'.


Semalam (Khamis), beliau datang. Baru nampak kantung kecil, baru 5 minggu pun. Apabila dah nampak kantung di dalam rahim, lega saya. Maklumlah, dengan 'suspicion' perlekatan pelvis, ada kemungkinan kandungan ektopik di dalam tiub falopian (luar rahim).

.
.
.

PERBINCANGAN (saya tanya sendiri, saya jawab sendiri)

a. Apa yang berbeza?
1. Kali ini saya gunakan suntikan FSH menggantikan pil Clomiphene Citrate.
2. Kali ini ovulation dari ovari kanan. Mungkin selama ini tiub falopian kiri beliau bermasalah/ tidak aktif untuk mengambil telur. Jika dibandingkan, dengan 1 sahaja telur, peluang kehamilan hanyalah sekitar 10% sahaja.
3. Kali ini, saya ubahsuai/tambah cara 'monitoring' folikel telur.
4. Mungkin tiada sebab berkaitan pun, tak 'challenged grey matter' saya sangat pun. Hanya kali ini, ada rezeki beliau hamil. Saya pun tak jangka kerana masalah 'pelvic adhesion' beliau. Sebenarnya saya dah 'counseled' untuk pilih sama ada IUI vs pembedahan vs IVF. Mereka memilih untuk buat IUI sekali lagi sebelum bertukar kaedah. Jelas terbukti ini semua bukanlah perancangan/kerja saya. 


b. Maka, berapa kalikah saya patut mencuba IUI?
Hmm....susah nak bagi jawapan secara am/'blanket' untuk semua orang.
Kajian menunjukkan 'cumulatif pregnancy rate' meningkat untuk 4 kali percubaan sahaja. IUI ke-5 dan seterusnya menunjukkan garisan graf hampir mendatar.


c. Sesuaikah saya menjalani IUI?
Bagi saya : anda masih boleh mencuba IUI selagi :
- tiub falopian tidak tersumbat sepenuhnya
- sperma suami ada dan tidak termasuk dalam kategori 'severe OAT' atau 'cryptozoospermia' atau 'azoospermia'.


d. Berapakah peratus kehamilan dengan IUI?
Secara amnya, peluang kehamilan IUI hanyalah sekitar 10-20% sahaja (bergantung kepada jenis ubat/bilangan telur). Peratusannya bukanlah tinggi kerana kehamilan secara ini masih sangat bergantung kepada keupayaan tiub falopian untuk 'mengambil' telur masuk ke dalamnya. Tiub falopian yang berpenyakit (walaupun tidak tersumbat) mungkin tidak dapat berfungsi baik untuk ini.
Kalau telur tak diambil masuk ke dalam tiub falopian, macamana sperma nak jumpa dan senyawakan?
Kalau sperma terlalu rendah kualiti, macamana ia nak berenang sampai ke dalam tiub dan macamana ia nak menembusi 'kulit' telur?
Ini yang ramai kurang faham.
Untuk IUI, faktor tiub falopian dan sperma juga sangat penting, bukan setakat telur dan ketebalan endometrium sahaja.
Itu sebabnya, lebih ramai pesakit doktor yang 'rosak' tiub falopiannya atau 'kualiti sperma rendah' dll, lebih rendahlah peratus kehamilan IUI. Bukannya sebab doktor itu tak bagus.
Lebih berusia wanita itu, peluang kehamilan juga semakin rendah, maka lebih sesuai menggunakan teknologi IVF yang memberikan peluang yang lebih tinggi daripada IUI.


Saya galakkan cuba sehingga 3 kali.

Tetapi, kalau nak juga buat IUI sehingga berkali-kali selepas itu, saya turutkan sahaja. Cuma saya akan ingatkan kembali bahawa peluang kehamilan selepas itu sangat kecil (dan kadang-kala, saya akan tunjukkan slaid graf kajian tersebut)


e. Mengapakah saya turutkan juga permintaan nak buat IUI melebihi 3 kali?
Pada saya, lebih elok buat IUI daripada tak buat apa-apa.
Rawatan kesuburan ini berbeza dengan rawatan penyakit lain. Ia lebih kepada kemampuan kewangan. IUI jauh lebih murah daripada IVF. Prosedur IUI (tanpa ubat) hanya sekitar seribu sahaja berbanding prosedur IVF (tanpa ubat) sudah melebihi 10 ribu.

Lagipun, perancangan Allah lah yang tepat sama ada adakah pesakit itu akan hamil dan bilakah pesakit itu akan hamil. Siapa tahu 'pregnant' seperti pesakit di atas ini. Lama dahulu di PHKL, saya pernah didatangi pesakit yang terus minta nak buat IUI (kali ke-8 untuk beliau rupanya). Ditakdirkan beliau hamil dengan sekali mencuba kaedah IUI saya. Saya selalu beritahu alasan ; "Kebetulan, nak jadi sebab je ni" atau "Nak bertukar angin/doktor je ni rupanya" tetapi pada masa yang sama, jari telunjuk saya akan tunjukkan ke atas (Yang Maha Berkuasa) sambil saya angkat kening. Saya bukan Tuhan. Ada juga pesakit yang tidak hamil dengan rawatan saya, maka saya cadangkan bertukar doktor/hospital. Manalah tahu.....



Tetapi, janganlah minta buat IUI sekiranya kedua belah tiub falopian telah tersumbat sepenuhnya. Macamana telur nak masuk ke dalam tiub falopian?
Macamana sperma nak berjumpa telur?
Kan kan kan?


.
.
.

Sekian.

Alhamdulillah (All praise is due to Allah)

5 comments:

  1. Lebih kurang macam kes saya. Ada adhesion band tu and sperm prob tu. Saya dah dua kali buat IUI. Now rehat kejap dari rawatan. Nak loose weight dulu baru start balik rawatan. Sambil tu duk fikir-fikir nak buat rawatan apa seterusnya. InsyaAllah will see you soon.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Dr Cantik dan juga untuk Prof Hatta. :)
    Kalau doktor tengok visitor blog..kalau dari Australia yang kerap jengah tu..saya la. ehehe.
    Saya tulis sini sebab seronok tengok aura doktor menulis. 1st week january, nampaknya doktor marathon menulis blog dah 4 kali post ni. Kalau ikut purata tahun lepas, ada 30 post, puratanya 2.5 post sebulan, tapi ini secara kasar kiraan. Saya tak masuk statistik lagi. :) hehe, saja nak usik doktor.

    Terima kasih doktor kerana sentiasa memberi semangat pada pesakit, tidak lupa juga selalu mengingatkan to have faith to HIM. Ada ganjarannya di situ dari Allah walau tanpa doktor sedar. InsyaAllah.
    Take care doktor. Till we meet again InsyaAllah. Saya masih berharap untuk to have another one (ada 3 lagi embies), biiznillah, dengan izin Allah jua once I completed my PhD. InsyaAllah.

    Take care Doktor. Salam to Prof Hatta and Iman. Perjalanan saya panjang dengan doktor, Dari tawakkal, ke pusrawi dan ke Pantai. :) Alhamdulillah

    Love,
    Mama Ziyad (FET April 2008, Pantai) dan Mama Sa'ad (Fresh transfer, Julai 2014, Pantai)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya senyum seorang2 baca berita dari orang 'Down Under' ni. Dah lebih 10 tahun rasanya kita berkawan di hospital. Terima kasih mendoakan kami. Peluk cium untuk 'Justin' saya terutamanya dan juga untuk Sa'ad. Bertuah anak dapat belajar di sana, seronok dengar cerita di sana, Ziyad tak sabar nak ke sekolah setiap hari. All the best! Habiskan PhD ya.

      Delete
  3. Salam Dr Adilah. Saya nak tnye, teratozoopermia termasuk dalam severe OAT?

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum dr. Saya dah pernah makan clomophine citrate utk 4 cycles..masih belum ada rezeki...lepas ni saya akan cuba iui pula...masalah saya tahap hormon progesterone sy sgt rendah..dibawah 2mol.. masih ada harapan x utk preg?

    ReplyDelete