Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya.

Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. Segala pujian bagi Allah (peringatan ini untuk diri sendiri) . Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Tuesday, 27 January 2015

Al-Fatihah

Bismillahirrahmanirrahim


Al-Fatihah
The greatest surah in the Quran 



In the name of Allah, Most Merciful, Most Compassionate.
(All) praise is (due) to Allah, Lord of the worlds.
Most Merciful, Most Compassionate.
Sovereign of the Day of Recompense.
It is You we worship and You we ask for help.
Guide us to the straight path.
The path of those of whom You have bestowed favour, not of those who have evoked (Your) anger and not (of) those who are astray.


.
.
.

Kali ini, bukannya saya minta baca untuk disedekahkan pada seseorang yang telah meninggal dunia.
Tetapi untuk tujuan lain.

.
.
.

Mengenai al-Fatihah.

Sebelum ini, dari zaman dia kanak-kanak, saya ada mengingatkan anak saya untuk sedekahkan al-Fatihah kepada saya. 

"Jangan lupa baca Fatihah untuk ma lepas solat"

Dalam nada bergurau, saya bagitau dia;

"Nanti bila ma masuk kubur, awal-awal lagi (dalam) kubur ma dah cantik dah. Takkan ma dah mati, baru nak sedekah Fatihah?"

.
.
.

Besar sungguh mukjizat al-Fatihah ini.

.
.
.

Hari ini saya nak berkongsi satu lagi kisah mengenai al-Fatihah.


Usianya baru 31 tahun
Telah 3 kali menjalani pembedahan 'severe endometriosis', AMH beliau juga rendah.
Pernah menjalani IUI - tidak berjaya
ICSI pada bulan November 2014.
Antagonist (short) Protocol
Memandangkan bilangan telur AFC (antral follicle count) dan AMH rendah, saya berikan suntikan FSH setinggi 300IU setiap hari, dan disambung sehingga 10 hari
Banyak tu, (300x10 = jumlah 3000 IU FSH)
Hanya 10 folikel walaupun dengan usia itu dan dos ubat yang tinggi.
Dapat 9 telur - kesemuanya matang (M II) tetapi kesemuanya menunjukkan bentuk yang tidak normal.


Selepas proses denudation - inilah rupa kesembilan telurnya.

Lihat dengan magnifikasi lebih besar, nampak ketara bentuknya yang lonjong dan tidak sekata. Menerusi mikroskop, lebih jelas kelihatan pandangan 3D sehingga embriologis sukar melakukan prosedur ICSI.

Seperti biasa, ICSI ke atas kesemua telur MII.
Keesokannya, 8 jadi embrio!


Pada Day 3, ini pula gambar sebahagian embrio-embrio (kecuali yang paling atas adalah telur yang tidak berjaya menjadi embrio). Embriologis meneruskan kultur sehingga Day 5 sebelum melakukan embrio freezing (memang dah dirancang sebelum itu untuk 'freeze all').


Gambar yang ini pula selebih 5 embrio yang beliau ada.
Keseluruhannya : 2 embrio pada tahap 8-cell, 2 embrio pada tahap 7-cell, 2 embrio pada tahap 6-cell, 1 embrio pada tahap 4-cell, 1 embrio 'arrested at 1-cell' dan 1 lagi telur 'lysed'.


Inilah gambar yang di-whatsapped oleh embriologis saya.
Saya dah lama tak tengok embrio Day3 secara 'live' kerana telah bertahun tidak melakukan ET pada Day3.
(tetapi saya masih lihat beberapa embrio yang serupa ini pada Day5 atau Day6 - i.e. embrio yang lambat atau terhenti pembesarannya)

Pada Day5, dah ada blastocyst tetapi dalam bentuk yang tidak sfera, malah lonjong dan tidak sekata.

Ada juga yang masih dalam fasa 4-sel 

 Morula


 Morula dan blastocyst


.
.
.

Baru-baru ini, dalam bulan Januari 2015, beliau pun menjalani prosedur FET.
Seperti biasa, suntikan antagonist, pil hormon digunakan sebagai persediaan.

Dapat 2 blastocyst!
Ada lagi lebihan embrio yang masih dibeku-simpan (cryo-preserved).
FET dilakukan pada 20 Januari Selasa minggu lepas.
Luteal support menggunakan hormon yang dimasukkan ke dalam vagina
Bersama suplemen : multivitamin dan asid folik.
Tadi beliau menjalani ujian BhCG - 142 IU/L
Beliau hamil
Dengan paras setinggi itu 7 hari selepas ET, ada kemungkinan kedua-dua embrio menjadi!
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.

Saya pun bertanya apakah doa dan amalan yang boleh dikongsi dengan pesakit-pesakit IVF lain.


Ini jawapan beliau.


Rupanya, menurut beliau lagi, beliau mendapat panduan ini dari seorang lagi pesakit IVF yang kini telahpun selamat melahirkan. Mereka rakan group whatsapp. Saya masukkan satu embrio blastocyst dalam fresh cycle IVF, tetapi beliau tidak hamil. Dalam cycle FET, saya masukkan 2 embrio, pun blastocyst.


Ini embrio rakan beliau, saya buat FET pada bulan Mei 2014. Kedua-dua blastocyst ini sedang hatching pun.



Terima kasih kepada mereka berdua ini yang berkongsi doa dan amalan serta petua.
Baca al-Fatihah untuk embrio.
Baca dengan penuh memahami isi/maknanya dan semestinya dengan penuh pengharapan.
Bukan baca sepintas lalu.


Semasa kita membaca untuk diri sendiri juga sebanyak 17 rakaat kali sehari tu, bacalah dengan penuh pengharapan meminta hanya padaNya.

Al-Fatihah.

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Mengasihani
Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam
Maha Pemurah, Maha Mengasihani
Yang Menguasai Hari Pembalasan
Hanya kepada Mu hamba menyembah dan hanya kepada Mu hamba meminta pertolongan
Tunjukkan kami jalan yang lurus
Jalan orang-orang yang Engkau beri nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau murkai dan bukan (jalan) mereka yang sesat.

.
.
.

Mulai sekarang, saya pohon kepada pesakit IVF saya untuk mengingatkan saya supaya kita sama-sama membaca al-Fatihah sebelum prosedur ET. Kita masukkan agenda ini ya.


Kemudian, seperti biasa, pada saat embrio hendak ditolak masuk ke dalam ruang rahim, kita akan sama-sama baca Bismillahirrahmanirrahim dan La haula wa la quwwata illa billah dan tanamkan niat, seperti yang diajar oleh pesakit saya di atas.

Monday, 26 January 2015

(selingan) From Taiping With Love

Bismillahirrahmanirrahim.

Mereka yang sama generasi dengan saya mungkin pernah baca tagline 'From Taiping With Love' ini.



Taiping dalam sejarah kehidupan saya

Pertama kali menjejakkan kaki ke Taiping adalah pada tahun 1985 atau 1986 sewaktu rombongan sekolah menengah ke Pertandingan Akhir Perbahasan Bahasa Ingeris di antara sekolah kami dan siapa lagi - MRSM Taiping lah. Memandangkan saya tidak lancar berbahasa Inggeris, maka saya tidaklah dapat menjadi wakil pembahas tetapi hanyalah sebagai penyokong sahaja, heheh. Kami hanya duduk semalam sahaja di sana, menumpang tidur di asrama. Setahun kemudian, rakan se-batch MRSM Taiping membuat kunjungan balas ke Jasin 

Tidak ku sangka, diri ini akan bermukim di Taiping untuk tempoh lebih lama lagi….

Ceritanya begini;


Selepas tamat menjalani housemanship di Hospital Seremban, saya diarahkan melapor diri di Pejabat Kesihatan Negeri Ipoh sebelum ditempatkan bertugas di Negeri Perak Darul Ridzuan. Sewaktu itu, saya berumur 26 tahun. Di alam kedoktoron, usia itu masih 'poyo' lagi, buat kerja pun belum pandai mana pun.

Pada hari yang sama melapor diri, barulah saya tahu di mana saya ditempatkan : Hospital Taiping. Abah emak menemani saya ke Taiping, kami tiada saudara dekat di sana, hanyalah adik kepada ipar emak saya, itupun beliau tidaklah selalu duduk di rumahnya di situ. Dalam kebuntuan, rupanya ada jiran setaman beliau yang sangat baik hati menumpangkan saya di rumah mereka sehinggalah saya dapat mencari rumah sewa. Duduklah saya di sana, dengan percuma (malunya saya dengan mereka), malah menumpang kereta ke hospital pula. Mereka berdua memang bekerja di hospital Taiping itu.

Kerana malu menumpang lama tanpa sebarang bayaran, selepas beberapa minggu, saya kemudiannya berpindah menumpang di Asrama Jururawat sebelum menyewa rumah kedai di seberang jalan hospital itu, bersama 2 lagi staf Hospital Taiping - seorang pegawai farmasi dan seorang lagi kerani pentadbiran. Itu pun, Kak Norsiah masih lagi menghantar bekalan makanan dan buah-buahan termasuklah tempoyak kegemaran saya…mmmmm…sedapnya. Saya juga kadang-kala mengunjunginya di bahagian Farmasi tempat beliau bekerja bertanya khabar. Saya ber'musafir' di Taiping selama setahun.


Itu 19 belas tahun yang lepas. Saya tidak kembali lagi ke sana selepas itu.


Sehinggalah semalam, saya ditemani room-mate saya berkunjung ke rumah Kak Norsiah dan Abang Idrus.

Kebetulan, room-mate saya memberikan ceramah 'Early Endometrial Cancer : Role of Adjuvant Therapy' di Persidangan ESMO-MOS (European-Malaysian Oncology Societies bla bla bla) di Batu Ferringhi, Penang pada hari ini. Kali ini, dia mencadangkan kami berkereta ke Penang. Cadangan disokong! Saya pun menyelitkan program ke Taiping.


Sesi lawatan ke sekolah My Clone pula ditukar kepada hari sebelumnya, Jumaat. Seperti tahun-tahun sebelumnya, saya mengambil cuti pada hari kelahirannya untuk membuat lawatan mengejut (dah setiap tahun ni, bagi dia bukanlah kejutan pun). Tahun ini, room-mate saya juga mengambil cuti meraikan harijadinya! Happy birthday, Iman. Telah 16 tahun sejak saya 'dilahirkan' sebagai seorang ibu. Banyak lagi yang perlu dipelajari. 

Ya Allah. Siapa yang boleh lupa rupa ni. Mereka yang di LPPKN dan Pusrawi kenal benar perangai My Clone. Dia akan jelir lidah pada sesiapa sahaja yang dia tak suka. Main sana-sini sampaikan rambut bertepek-tepek di dahi sebab banyak berpeluh. Pakaian pula ala-ala boy, hanya seluar pendek dan t-shirt tanpa lengan termasuklah pada Hari Raya pertama, seluar dan baju berlainan warna pula tu, colour block sungguh! Sekarang dia dah banyak berubah. alhamdulillah.



Dah lama betul tak lalu terowong di Gua Tempurung ini. 



Kami gunakan exit Changkat Jering. 
Banyak sejarah Taiping rupanya (saya langsung tak ingat apa yang saya belajar waktu sekolah dahulu kecuali tajuk topik eg Perjanjian Pangkor, landasan keretapi Taiping-Port Weld). Saya memang tak suka subjek Sejarah (sebenarnya beberapa subjek lain juga tetapi nanti nampak sangat saya tak suka dipaksa belajar masa sekolah dulu).


Masuk sahaja bandar Taiping, kami terus masuk ke kawasan hospital.

Ini kawasan parkir kereta di hadapan bahagian O&G Hospital Taiping. Di sebelah kanan ada Bilik Bersalin dan Wad Antenatal. Di sebelah kiri (tak nampak dalam gambar) ada Klinik O&G. Masih sama.



Sekarang, berhadapan kawasan tadi, sudah siap bangunan baru untuk O&G (masih belum dibuka).

Ini pula deretan rumah kedai yang pernah saya sewa dahulu.


Rasanya yang di Tingkat pertama atas kedai 7-11 itu ataupun di atas kedai buku sebelahnya tempat saya menyewa. 

Unit kami rasanya tak sampai 400kps pun, muat 2 bilik, 1 ruang tamu, dapur dan 1 bilik mandi
/ tandas. Perabotnya hanyalah tilam span dan almari plastik berzip. Rakan serumah telahpun membeli peralatan memasak dan television sebelum saya masuk. Dengan gaji bulanan sebanyak tidak sampai RM1800, ansuran kereta, emak abah, kos membaiki kereta (maklumlah, kereta second-hand, hampir setiap bulan ada sahaja kerosakan), berapalah sangat yang berbaki. Inilah kediaman yang saya mampu pada waktu itu. Yang penting, dekat dengan tempat kerja. Sehingga kini, saya masih mengamalkan memilih rumah yang berdekatan dengan tempat kerja.


Setelah itu, kami berjalan-jalan sekitar bandar, kaki Bukit Larut, Taman Tasik dan mengunjungi Galeria Pertama.



Pernah dengar lagu Perak Darul Ridzuan?
Panjang lagunya.

Perak Darul Ridzuan
Negeri indah permai
Penduduknya hidup aman damai
Dinaungi keadilan Sultan

….Bukit Larut
Waktu malam…berkerlipan
Udaranya sejuk nyaman menyegarkan
Indahnya ciptaan Tuhan


Kalau cerita 'Winter Sonata' ada laluan dengan deretan pokok di kanan dan kiri, di Taman Tasik Taiping cuma perlukan sebelah deretan sahaja dan dahan pokok pula menjangkau ke seberang jalan sehingga hampir mencecah air tasik. Sungguh cantik.



Bijih timah. Masa sekolah dahulu, Cikgu suka suruh kami lukis gambar kapal korek di lombong bijih timah.

Hmm...bukan Hamburg di Jerman sahaja pernah terbakar teruk. Taiping juga.




Inilah Bandar Taiping
Di Galeria Pertama, ada seorang staf yang membawa kami dari satu bahagian ke satu bahagian memberi penerangan. Lagipun, pada masa itu, hanya kami berdua sahaja pelawat di situ. Di hujung tangan kirinya adalah Hospital Taiping. Jalan di bandar ini dalam bentuk segi-empat, memang senang. Berhampiran tangan kanannya pula adalah Galeria Pertama dan Zoo terkenal : Zoo dan Night Safari Taiping. Bukit di sebelah atas gamabr ini adalah Bukit Larut, juga berhampiran Taman Tasik.

Ada juga kawasan Tentera Darat di sini, menempatkan Batalion ke-9 RRD (RRD - Rejimen Renjer Diraja)

Teringat kerusi di rumah aruah Datuk saya, kami suka cungkil lubang-lubang tu :))





Kenapa bunyi semakin Jerman? Ada Tembok Berlin Taiping pula.

Inilah pasangan Kak Norsiah dan Abang Idrus.
Kebaikan hati mereka bukanlah pada saya sahaja. Selain saya, mereka juga pernah menumpangkan sekitar 20 orang di rumah ini. Di belakang adalah gambar anak-anak mereka dan idolanya iaitu adik Abang Idrus. Intan, Suzi, Irfan, Hafiz dan Hakim : kesemuanya berjaya di bidang masing-masing. Kebaikan Kak Norsiah dan Abang Idrus dilimpahi dengan kejayaan anak-anak mereka.





Gambar ini diambil sewaktu kami ingin beredar. Sebenarnya sewaktu sampai, hati saya mejadi terlalu sebak sehingga airmataku jatuh jua, mengenangkan kebaikan hati mereka dari dahulu menumpangkan saya. Seolah-olah cerita Melayu zaman dahulu, musafir menumpang di rumah orang.



Walaupun beliau bekerja pada hari itu, Kak Norsiah sempat memasak awal pagi. Kami dihidangkan dengan lauk sebanyak ini, sedap sungguh. Ada ikan, ayam panggang, kambing kurma, sayur campur dan acar buah jeruk. Kami makan bertambah-tambah.

Hampr waktu kami nak balik, anak sulung mereka, Intan pula sampai. Dah besar, memang saya tak kenal kalau terjumpa di tengah jalan.


Inilah bilik yang saya tumpang dahulu, memang besar. Ada bilik air sendiri. Bilik ini dihias sebagai bilik pengantin - Hafiz akan berkahwin mingu hadapan.


Saya bertuah dikelilingi oleh ramai orang baik-baik belaka.
Semoga Allah melimpahkan rahmatNya ke atas mereka ini.


Abang Idrus sempat berseloroh ;

"Ni 20 tahun baru sampai, tak tahu pula bila lagi nak sampai sini"

Haaa....kena sebiji!

.
.
.


Kami meneruskan perjalanan ke Penang.


Berangan cerita The Hunger Games.
Sebenarnya ini siling Hotel tempat Persidangan Onkologi diadakan di Penang.



Saya cuba juga meninjau kot-kot ada nampak pokok Pinang.
Tak ada pun.
Pokok kelapa adalah.

Sempat berjumpa pakar se-PHKL (Dr Paul Ng - dia pakar gynae-onkologi, dahulunya pensyarah saya di HUKM), rakan se-batch undergrad Mary J (pun pakar gynae-onko) dan senior setahun sewaktu program kepakaran HUKM serta di Hospital TAR Klang (Dr Viji - pun pakar gynae-onko). Inilah masa untuk saya berjumpa sesiapa yang berkaitan dan mengucapkan terima kasih di atas tunjukajar mereka dahulu. Seperti alam profesional lain, kami belajar dari senior dan rakan sebaya, malah mereka yang lebih junior juga kadangkala memberikan idea serta berkongsi pengalaman yang berguna, bukan hanya dari guru/pensyarah sahaja. Selain itu, saya juga mendapat tips dari para jururawat. Maklumlah, mereka membantu ramai doktor, semestinya ada sahaja petua daripada doktor itu atau doktor ini dsb yang boleh ditiru diikuti. 


Balik KL, kami singgah Bidor beli petai, ulam kegemaran saya sewaktu hujung minggu.
Sebelum balik ke rumah, kami singgah di sebuah rumah di Selayang untuk bagi separuh petai-petai itu (banyak sangat).

Di hadapan rumahnya itu ada pokok bougainvillae (saja nak bagi nama glamer, nama Melayunya bunga kertas).

Dalam rumah pula ada bunga ni. 
Dia bagitau ada orang bagi...ehem. Saya balas - ala....kat klinik saya pun orang tu bagi bunga juga.

Tepi rumah ada kucing.
Saya tengok dari jauh sebab saya tak reti nak suka kucing.

Dah banyak clue dah ni

Siapa lagi, Kak Faudziah la.
Salah seorang staf sewaktu saya di LPPKN dahulu. 
Beliau dan ramai lagi di LPPKN banyak membantu kerja saya dan mengajar bab pentadbiran.
Dah lebih 10 tahun saya tak datang rumah ni.
Dah bertukar wajah!

Kak Faudziah ni, sama sahaja rupanya dari mula-mula saya kenal dia pada tahun 2002, awet muda betul! Dia pun sehingga sekarang masih menjaga saya. Kalau nak nasihat jujur, dialah orangnya, saya akan tanya dia (walaupun pahit untuk ditelan, heheh). Dialah yang mengajar saya membuat kulit karipap yang sangat sedap. Banyak kadang, dia akan menghantar makanan ke rumah saya. Hmm...saya sahaja yang sombong sibuk tak sempat pergi ke rumah dia.

Semoga beliau dikurniakan rahmatNya termasuk kesihatan yang berkekalan.







Wednesday, 7 January 2015

Forum IVF 7hb Februari 2015.










Sesi yang pada awalnya dirancang 24hb Januari terpaksa ditunda kepada 7hb Februari kerana saya ada program di negeri lain pada hujung minggu itu.

.
.
.

Seperti sesi-sesi sebelumnya :

1. Hanya kepada pasangan suami-isteri yang ingin mengetahui mengenai IVF atau yang ingin menjalani IVF sahaja, tidak kira di hospital/pusat IVF mana pun. Ini bukanlah sesi pengenalan, saya akan menggunakan istilah-istilah dan singkatan yang lazim digunakan dalam rawatan kesuburan. Maka silalah buat 'homework' mengenai 'general infertility' sebelum itu.

2. Datang secara berpasangan suami dan isteri, yang mempunyai masalah kesuburan. Penyertaan bagi pihak ie oleh wakil eg rakan atau ibubapa atau saudara-mara mungkin akan diterima HANYA jika ada kekosongan.  Ini kerana tempat adalah terhad kepada 20 pasangan sahaja, selebihnya adalah di atas budi-bicara penganjur. 

3. Sila Telefon nombor di atas untuk tempahan pendaftaran. Kami tidak mengambil 'on-site registration'.


Yang berubah:

1. Sesi dimulakan lewat sedikit setelah mendapat maklumbalas peserta-peserta terdahulu. Seperti selalunya; waktu bermulanya ceramah masih tepat. 9.30am waktu tempatan. walau bagaimanapun, anada masih digalakkan datang lebih awal untuk mengelakkan masalah ketiadaan slot parkir kereta, maklumlah, Sabtu memang ramai orang yang datang ke hospital.

2. Ujian darah percuma (anti-Mullerian hormone dan 25(OH) Vit D yang bernilai RM500) kini telah terhad.



Dah namanya sesi interaktif, pasangan-pasangan digalakkan bertanya, berkongsi cerita (yang berkaitan masalah atau rawatan kesuburan sahaja ya) dan sekiranya saya ada tersilap, silalah betulkan.