Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Saturday, 3 October 2015

Antara 'cucu-cucu' IVF saya

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah, Most Compassionate, Most Merciful.


.
.
.

Hari ini Sabtu, hari rehat saya.

Sempat mengimbas kembali gambar-gambar yang dikirimkan oleh pesakit-pesakit IVF saya dahulu.

Maka, post kali ini adalah mengenai gambar-gambar bayi-bayi IVF yang ada dikirimkan oleh pesakit-pesakit saya, malah ada yang rajin meng-update keadaan dan perkembangan bayi mereka. Saya selalu teruja, kadang-kala saya tersenyum seorang-seorang apabila membaca dan melihat gambar mereka, hahah..

Terima kasih kepada yang memberi kebenaran untuk gambar-gambar ini dimasukkan ke dalam blog ini. Saya menyanjungi sikap terbuka mereka yang sudi berkongsi dengan masyarakat mengenai bayi IVF. Anda tahu anda dan suami bukanlah mandul, anda cuma ada penyakit berkait kesuburan. Itu sahaja. WHO telah meng-klasifikasi masalah kesuburan sebagai satu penyakit, sama seperti apabila seseorang mempunyai penyakit lain. Lagipun, kesemuanya menggunakan telur sendiri dan sperma sendiri. Tiada kes sperma atau telur dari penderma, mahupun pengunaan ibu tumpang. Tiada apa yang hendak dimalukan. Malah, ada juga yang selepas mendapat baby IVF, hamil D.I.Y. pula. Rezeki kehamilan kita semua sama ada hamil atau tidak, sama ada lelaki atau perempuan, semuanya Allah yang tentukan. Masih ingat lagi ayat ini ?

Ada juga yang memberi kebenaran secara 'verbal' tetapi kini saya dah lupa/tidak pasti, maka lebih elok saya tidak masukkan. Silalah update kebenaran, nanti saya akan masukkan (dah alang-alang tu, kirimlah gambar terbaru anak/anak-anak anda).

Kepada yang tidak bersedia untuk gambar bayinya dikongsi di sini, 'no worries', saya faham dan tidak berkecil hati.

Kepada yang masih belum hamil, teruskan usaha dan percaya kepada doa dan rezeki.

Mmmmm....
Bila tengok gambar-gambar ini, saya teringin pula nak hamil.
Masih adakah rezeki kehamilan untuk saya pula? (sambil mencongak usia kami 7 tahun dari sekarang - usia persekolahan anak)
Doa-doakanlah apa yang terbaik ya.


Gambar-gambar ini tidak mengikut apa-apa turutan ya.

.
.
.

Nota tambahan mengenai cucu seterusnya (yang baru diberi kebenaran untuk gambarnya disiarkan. Kepada pesakit-pesakit IVF saya yang terbuka hati ingin berkongsi kegembiraan/pengalaman di sini serta memberi harapan/sokongan kepada yang lain, bolehlah menghubungi saya).



Terima kasih kerana sudi berkongsi kisah di sini. Cuba teka usia ibunya, 10 tahun lebih muda daripada usia sebenar. Ibunya menjalani IVF pada Jun-Julai 2013. Masuk fresh embrio ET tetapi hanyalah biochemical pregnancy. Tahun lepas, buat FET, saya masukkan 3 embrio pula (atas faktor usia dan juga kegagalan IVF dulu). Mohammad Noah Arief Ng (Arief bermaksud cerdik). Noah dilahirkan cukup 40 minggu secara Caesarean dengan Dr Idora pada Februari 2015, selepas 3 hari percubaan 'induction of labour' tidak berjaya. Pada tahun ini, seperti di dalam gambar, usia ibu Noah 40 tahun. Kan dah kata, ibunya kelihatan 10 tahun lebih muda!
.
.
.


Gambari kiri dan kanan adalah gambar kembar yang sama. Gambar di kiri sewaktu usia sehari pada Ogos baru-baru ini, gambar di kanan pula sewaktu 1.5 bulan : Raja Maryam Zalfaa (kakak) dan Raja Maryam Zulfaa (adik). Fresh ET masuk 1 blastocyst tetapi tak hamil. FET masuk 2 blastocyst. Bersalin kembar di Hospital Putrajaya, cukup bulan 38 minggu! Sungguh tak sangka sebab saiz ibunya kecil sahaja.

.
.
.


 
Ini pun kedua-dua gambar adalah kembar yang sama. Boy : Mohamad Ayyash (yang terpuji dan rajin berusaha) dan girl : Nurul Aysyah (cahaya kehidupan/kebahagiaan) . Sempena Hari Raya Haji, saya dikirim gambar di sebelah kiri. Comel sungguh! Pandai tengok kamera. Gambar di kanannya pula, memang kuasa tarikan ibu itu kuat., saya dukung Ayyash pun, dia masih nak tengok ibunya. OPU awal Januari 2014. 15 telur (9 MII, 1 MI, 1 GV, 4 telur tak normal). ICSI on all 9 MII eggs - all 9 fertilized. Fresh ET Januari 2014 : masuk 2 embryo blastocyst (beliau pun masih ingat kami 'tidak sependapat' mengenai bilangan embrio yang nak dimasukkan - saya cadangkan 1, dia pilih 2 - tak hamil. FET April 2014 : masuk 2 blastocyst : baru hamil dan bersalin Disember 2014 (36 minggu dan 6 hari) secara Caesarean dengan Dr Idora di PHKL.

.
.
.



'Kes Transporter' saya pada Disember 2013 dah besar pun. Dilahirkan pada Ogos 2014 (lebih sedikit 10 tahun selepas perkahwinan ibubapanya) secara Caesarean dengan Prof Nik Mohd Zaki di HUSM, Farrah Mardhiyya kini dah pun setahun 3 bulan. Seminggu selepas harijadinya, ibunya membawa beliau ke PHKL untuk berjumpa saya.

.
.
.


video
Siapa lagi kalau bukan triplets dari 2 blastocysts (Hanis dan Husna kembar seiras ie monozygotic twins). Nama penuh mereka Ahmad Yassir, Hanis Sumaiyah dan Husna Syamimi. IVF November 2013. Fresh ET : Bersalin pada usia kandunagn 29 minggu sahaja pada Jun 2014 secara Caesarean dengan Prof Hatta di HUKM. Bayi-bayi masuk NICU selama hampir sebulan setengah. Ibunya aktif dalam kumpulan whatsapp berkongsi pengalaman dan memberi sokongan kepada TTC group ini. Saya baru tahu makna istilah TTC (Trying To Conceive).

.
.
.

Kembar lagi. Kali ini, Ismail dan Ishaq. OPU Ogos 2014 : 6 telur (5 MII, 1 MI). ICSI : all 5 MII fertilized. Masuk 2 blastocyst, dapat kembar, bersalin pada usia 36+ minggu secara Caesarean April 2015 dengan Dr Idora di PHKL.  

.
.
.



video
Ammar (Muhammad Ammar Rifqi) dah beberapa kali melawat saya. Kisahnya ada di sini , kes ketiga dalam kisah itu.  Masuk 2 embrio, hamil kembar pada mulanya tetapi 1 daripadanya berhenti membesar pada usia kandungan 7 minggu. Tinggal Ammar seorang. Bersalin secara normal dengan Dr Idora di PHKL Oktober 2013. 

.
.
.



Kembar Ilman Harazz dan Imna Imani pun bayi IVF, masuk 2 embrio. Mereka dilahirkan pada Februari 2015 secara Caesarean dengan Dr Zamri di DEMC. Ilman Harazz bermaksud ilmu yang warak manakala Imna Imani bermaksud ketenangan imanku.

.
.
.


Wafa Khadeeja juga hasil eSET tetapi tidak dimasukkan dalam statistik eSET kami kerana beliau kes FET (kami masih mengikut jadual/graf yang telah ditetapkan untuk proses MSQH). Ibunya menjalani OPU kemudiannya konsep 'freeze-all-transfer-later'. Sewaktu FET saya masukkan 1 blastocyst sahaja. Ada lagi embrio beku yang disimpan. Wafa Khadeeja dilahirkan pada usia kandungan 39 minggu dengan dr Zanariah di KPJ Perdana KB secara Caesarean. 

.
.
.

video
Kembar Muhammad Haaris dan Muhammad Haadif. OPU akhir Januari, fresh ET awal Februari 2014. Masuk 2 embrio ; 1 blastocyst dan 1 morula. Bersalin pada usia kandungan 38 minggu 5 hari  pada bulan November 2014, secara Caesarean dengan Prof Azurah di HUKM. 

.
.
.


Muhammad Afif Zarif dilahirkan May 2015 pada usia kandungan 38 minggu dengan Prof Azurah di HUKM secara Caesarean . Ibunya menjalani OPU pada November 2013, fresh ET masuk 2 embrio, hamil kembar sewaktu 9 minggu. FET September 2013 masuk 2 juga embrio - blastocyst juga, jadi seorang. Bila saya tanya makna nama anaknya, ibunya memberitahu Afif maknanya yang menjaga kehormatan diri, Zarif pula maknanya pelawak/jenaka, sebab bapanya mahu dia happy dan menghiburkan hatinya nanti. Bila tengok senyuman bapanya dalam gambar di atas, sah lah Afif ni seorang yang menghiburkan. 

.
.
.



Ini Puteri Zahra Aisya. Saya masukkan 2 embrio sewaktu fresh ET, dapat seorang. Cik Aisya (panggilan untuk beliau) dilahirkan pada usia kandungan 38 minggu secara Caesarean dengan Dr Idora di PHKL. Bapanya seorang jurugambar profesional, maka banyaklah gambar Cik Aisya yang menarik tangkapannya.

.
.
.






Seorang lagi cucu IVF saya dengan nama Puteri. Kali ini, Putri Ayu Dilmisa yang bermakna puteri ayu yang bijaksana. Rupa-rupanya, ibunya mengumpul kekuatan bertahun dari bertanya kepada saya melalui ruangan Q&A di Harian Metro pada tahun 2008. Hanya pada April 2014 ibunya menjalani OPU, fresh ET masuk 2 embrio (blastocyst juga, apa lagi?), dapat seorang. Putri Ayu Dilmisa dilahirkan pada usia kandungan 38 minggu secara Caesarean dengan Dr Idora di PHKL. Kini lengkaplah keluarga ini dengan 2 putera dan 2 puteri.

.
.
.

Ini Shah Reza (putera kesenangan). Saya masukkan 2 embrio juga sewaktu fresh ET, jadi seorang. Shah Reza dilahirkan 38 minggu di Hospital Pantai Batu Pahat. Cute sungguh gambar muka comot ini.

.
.
.


Dari fresh ET 2 blastocyst, kembar Abdullah Mouaz dan Abdullah Mouiz dilahirkan pada April 2014, hanya 30 minggu, secara Caesarean dengan dr Paul Tay di PCMC. Ibunya mengalami komplikasi hyper-thyroidism sewaktu hamil walaupun sebelum kehamilan ujian profil tiroidnya normal. Melalui beliau, saya belajar mengenai tanda-tanda hyperthyrotoxicosis yang boleh di-trigger oleh stress pembedahan seperti OPU.

.
.
.


Naurah Rayyani (bunga syurga rayyan) adalah seorang lagi kes 'transporter'. Beliau dilahirkan pada Julai 2013 secara normal dengan Prof Zainul di HUKM.

.
.
.


Irham Idrees (Irham bermakna rahmatilah, Idrees pula adalah sempena nama Nabi dan sifat-sifatnya)dilahirkan pada Julai 2015 pada usia 36+ minggu secara Caesarean dengan Prof Hashim di HUKM. Sewaktu fresh ET pada November 2014, saya masukkan 2 embrio (1 daripadanya blastocyst) pada day-6 kerana pada day5 embrionya masih belum menjadi blastocyst.

.
.
.


video
Ingat lagi kisah OPU yang mengalami komplikasi pendarahan dahulu sehingga saya terpaksa melakukan pembedahan laparoscopy untuk menghentikan pendarahan tersebut? Saya tidak masukkan embrio pada kitaran tersebut. Pesakit kemudiannya menjalani FET pada September 2014, masuk pada usia day-6 baru menjadi blastocyst, masuk 1 embrio sahaja. Bersalin Mei 2015 secara Caesarean dengan Prof Lim di HUKM. Avery Loke nama 'miracle baby' ini.

.
.
.

Nuh Rizqi dilahirkan secara Caesarean dengan Dr Idora di PHKL pada usia kandungan 37+ minggu. OPU pada May 2014 dan fresh ET saya masukkan 2 blastocyst, dapat seorang bayi.

.
.
.

Bayi ini dinamakan Fayyadh Auf Qusyairi (bermakna dermawan yang kuat berusaha, Qusyairi adalah seorang tokoh Islam). OPU saya buat pada April 2014 dan fresh ET masuk 2 embrio, jadi seorang. Dilahirkan secara normal oleh Dr Idora di PHKL Disember 2014. 

.
.
.

Nur Arissa Alma dilahirkan pada Januari 2015. IVF pada April 2014. AMH ibunya sangat rendah kurang daripada 1, saya terpaksa gunakan suntikan rangsangan FSH berdos tinggi (jumlah keseluruhan 3300 IU). Saya masukkan 3 embrio, fresh ET. Kesemuanya blastocyst tetapi berlainan gred. Bayi ini dilahirkan pada usia kandungan 39 minggu secara normal dengan Dr Idora di PHKL.  

.
.
.


Hannah juga seorang bayi eSET pada November 2013. Ada 8 lagi embrio beku. Hannah dilahirkan Julai 2014 pada usia kandungan 37 minggu secara Caesarean dengan Dr Premitha di PHKL. 



Muhammad adalah seorang lagi survivor. Saya masukkan 3 embrio atas pilihan ibunya yang inginkan kandunagan kembar. Usia ibunya pada ketika itu 39 tahun. Mulanya ketiga-tiga kantung kelihatan, tetapi memasuki 7 minggu hanya tinggal 2 sahaja dan apabila 9 minggu tinggal satu sahaja. Muhammad dilahirkan pada usia kandungan 38 minggu secara Caesarean dengan Dr Idora di PHKL.   

.
.
.



video
Ingat lagi cerita satu lagi kes triplets (Marissa Mirza, Mardhia Mirza dan Maiza Mirza) hasil dari fresh ET 2 blastocyst? Bersalin November 2013 pada usia kandungan 33 minggu secara Caesarean di Hospital Putrajaya. Ibunya sudah selamat melahirkan seorang lagi bayi. Kali ini bayi lelaki - Mirza Syaamil. Kali ini DIY. Begitulah. Bila dah sampai waktu rezeki, sendirian berhad pun boleh hamil.

.
.
.


Megat Anas Ayden (di dalam bahasa Turki, Anas Ayden bermakna Anas yang cerdik) adalah kes yang paling mencabar 'grey matter' saya di antara kesemua kes IVF dalam post ini. Mujurlah ibunya bersama-sama membuat kajian mentelaah. Walaupun beliau bukan seorang doktor perubatan, tetapi ilmu perubatan kesuburan beliau boleh mengalahkan pengetahuan saya. Begitulah kesungguhan beliau dalam usaha ingin hamil. Beliau bersama memberi input mengenai apakah protokol yang sesuai untuk percubaan IVF berikutnya, sehinggalah beliau hamil.

Cara rawatan beliau juga berbeza dengan kesemua yang lain. Memang unik. Apabia beliau berseloroh ingin hamil lagi, saya terus masuk 'panic mode' kerana saya masih tidak pasti akan protokol yang paling sesuai untuk dia. Selepas berminggu-minggu menginap di hospital, Ayden dilahirkan pada usia kandungan 34 minggu dengan Prof Hatta secara Caesarean di HUKM. 

.
.
.

Begitulah kisahnya.
Banyak yang saya pelajari dari pesakit-pesakit saya ni.
Bukan sahaja mengenai ilmu perubatan kesuburan, tetapi juga mengenai kehidupan; hubungan suami isteri, pelancongan, memasak dll.
Bab membesarkan bayi, mereka lebih pandai dan cekap daripada saya.
Pesakit-pesakit saya adalah 'guru' saya juga.


Alhamdulillah
All praise is due to Allah.



Terkejut saya, walaupun 'bertopi putih', selepas urusan pemeriksaan selesai, mereka berjalan ke belakang dan pusing semula ke arah kapalterbang serta tunduk memberi hormat sewaktu kami ingin berlepas pulang dari Narita Airport. Inilah antara kejutan budaya yang saya alami di sana.

Bukan setakat itu, selepas itu mereka melambai-lambai kepada kami (sob, sob).

Pada pendapat saya, alangkah bagusnya kalau Dasar Pandang ke Timur diteruskan. Kami mengalami 'culture shock' apabila di sana baru-baru ini. A very humbling experience learning from their behaviour.

6 comments:

  1. Comel2 belaka babies. Rasa bersemangat tuk terus berusaha.😍
    InsyaAllah moga ada rezeki untuk saya dan rakan2 yang lain pula untuk menimang cahaya mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. آَمِيـٍـِـنْ يَآرَبْ آلٌعَآلَمِِيِنْ

      Delete
  2. Comel semuanya..semoga saya pun berjaya akhirnya...dgn baki embies di phkl.aamiin..

    ReplyDelete
  3. Thank you very much Dr. Adilah. Tak sangka dengan kepakaran doc, akhirnya usaha kami untuk menimang cahayamata dimakbulkam Allah. Tak terbalas rasanya jasa doc, semoga Dr. Adilah@Dr Cantik sentiasa success dan berada dibawah rahmat Allah selalu 😘

    ReplyDelete
  4. Seronok tgk gambar anak-anak syurga ini. Saya juga melahirkan bayi IVF/ICSI pada Jan 2012. Prosedur di HUKM dgn Prof Zainul. Inshaallah nak go for another fresh cycle next Jan for our 2nd baby... tq doc atas semangat ini.. :) dan terima kasih kepada parents yang berkongsi gambar bayi mereka yg comel... May Allah bless us all dan jadikan kami ibubapa yang terbaik amiiiin

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum. Dr. Saya izzati.. saya ada beberap kemusykilan berkenaan dgn kitaran haid, kuantiti ,kekerapan dan waktu kedatangan haid saya. Saya masih belum berkahwin. Klw boleh.. saya mahu berhubung dengan dr. Melalui emel ..ini emel saya : atismkhc@gmail.com . Saya agak risau sebenarnya bila melihat pattern kitaran haid saya sejak 2 thn kebelakangan ini.. saya mahu meminta jasa baik pandangan doc. Terlebih dahulu sebelum saya ke hospital bertemu gynae atau doktor lain untuk rwtn atai pemeriksaan lanjut.

    ReplyDelete