Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Wednesday, 30 September 2015

eSET lagi

Bismillahirrahmanirrahim


Sementara saya rajin menulis, mari kita kaji satu lagi kes eSET.
Terima kasih kepada beliau yang membenarkan kisah dan gambar-gambar ini disiarkan.
Terima kasih juga kepada pesakit-pesakit saya yang lain sebelum ini.

.
.
.

Semalam (Selasa) saya berjumpa dia.

Usianya masih muda, baru 27 tahun (ini faktor yang penting dalam rawatan kesuburan).
Berkahwin pada Disember 2011.

Sebelum ini, beliau telahpun menjalani pembedahan (pada Oktober 2014) di hospital lain: myomectomy (buang fibroid) dan ovarian drilling (PCOS).

Beliau juga telah mencuba kaedah IUI pada Disember 2014 - tidak hamil.

.
.
.

Pertama kali berjumpa saya pada bulan Januari 2015.

Penilaian awal : 

1. PCOS tetapi 'ovulating' (maka PCOS bukanlah faktor penyumbang masalah kesuburannya).
2. Cyst endometriosis sebesar 2cm di ovari kanan (tetapi Ca125 masih rendah, cuma 10.8 U/ml). Lagipun kajian terkini mencadangkan tidak perlu dibuat pembedahan dahulu dalam cyst saiz sebegini kerana ia tidak mempengaruhi peluang kejayaan rawatan kesuburan.
3. HSG : Tiub kiri tiada masalah tetapi tiub kanan seolah-olah sempit kerana aliran cecair tidak sebanyak dari tiub kiri. Juga, ada kesan perlekatan lebih pada sebelah kanan.
4. Sperma suami tiada masalah.

Bersama saya, beliau mencuba IUI 2 kali lagi, namun masih tidak hamil.

Pada bulan Julai 2015, beliau bersedia untuk IVF.
'Cycle programming' dilakukan pada kitaran Jun.
Rangsangan FSH bermula pada kitaran Julai, selepas Raya Aidilfitri.
Saya gunakan Protokol Antagonist (short protocol).
Dengan ketinggian 153cm dan berat 61kg, BMI beliau adalah 26kg/m2 ('overweight'). 
AMH beliau walau bagaimanapun tinggi (40 pmol/L).
Maka saya gunakan dos rangsangan FSH yang rendah, 150 IU setiap hari selama 9 hari. 
Jumlah rangsangan FSH (150 x 9 = 1350IU).
'Triggering' menggunakan GnRH agonist.

OPU dilakukan pada 6.8.2015



Dapat 9 telur. Bolehkah anda lihat telur-telur tersebut? 7 di gambar kiri dan 2 lagi di kanan muka ini.
Bintik hitam itulah telur yang di selaputi cumulus oophorus.
Pada waktu OPU juga, selepas kesemua folikel dibuat aspirasi, saya cuba 'sedut' kandungan cyst endometriosis di dalam ovari kanannya menggunakan jarum OPU tetapi tidak berjaya. Mungkin darah endometriosis tersebut terlalu likat sehingga tidak dapat disedut masuk jarum OPU yang kecil rongganya,

Setelah dibuat denudasi, kesemua 9 didapati telur matang ie MII (tiada dalam gambar).
Embriologis buat ICSI ke atas semua 9 telur MII itu.




Bolehkah anda kenal yang mana satu telah berlaku fertilization (2pro-nucleus dan 2 polar bodies)? Mungkin sukar melihatnya kerana ini gambar 2-dimensi.
Daripada 9 telur MII, 7 jadi embrio (fertilization rate 7/9 x 100 = 77.8%).
A good embryologist should maintain ICSI fertilization rate >70% 



Day-3 embryos. Walaupun ada 'fragmentation', embriologist teruskan lagi proses kultur embrio untuk peringkat blastosyct.



Pada pagi hari ke-5 selepas OPU (11.08.2015), embriologis whatsapp saya gambar ini. Dah ada beberapa embrio yang telah menjadi peringkat blastocyst.




Sebelah petangny apula, saya masukkan 1 sahaja embrio peringkat blastocyst.
Embriologis pilih 'the best embryo'.
eSET = elective single embryo transfer.
Gred 3BC, walaupun kurang bagus (berbanding gred AA atau BB atau BA atau AB) tetapi sedang hatching.

Selebih 6 embrio (3 blastocysts dan 3 morula) dibekusimpan menggunakan teknik vitrification.

'Luteal phase support' menggunakan ubat gel vagina dan pil.


video

Semalam, beliau datang follow-up. Dah masuk 10 minggu. 
Cyst endometriosis beliau masih pada saiz yang sama. Saya tidak bercadang untuk membuat apa-apa pun selain daripada 'monitor' saiz cyst tersebut.
Beliau akan berjumpa saya sekali lagi selepas 3 minggu, lawatan terakhir sebelum saya 'pindahkan' beliau utuk antenatal follow-up seterusnya dan bersalin di hospital lain di kawasan Ampang (berdekatan dengan rumah beliau).

.
.
.

Kesimpulannya, dalam kes beliau : 

1. Mungkin selama ini beliau tidak hamil (termasuk dengan IUI x 3) disebabkan oleh masalah tiub falopian. Bukan ovari, bukan rahim, bukan juga sperma.


2. Pada usia muda, kualiti telur masih cantik, peluang embrio normal (kromosomnya) dan berjaya implantasi (hamil) adalah lebih tinggi. Maka eSET adalah satu pilihan yang sesuai dalam matlamat mengurangkan risiko kehamilan kembar. Bagi pusat-pusat IVF yang berjaya mencapai peratus kehamilan yang tinggi, amalan eSET mungkin boleh dipertingkatkan bagi memperolehi kehamilan seorang janin (lebih peluang diahirkan cukup bulan berbanding kembar) yang sempurna dan sihat.


3. Mempunyai cyst endometriosis sebesar 2cm bukanlah penghalang IVF. 

.
.
.

Di PHKL amalan eSET memang kerap.

Dalam tahun 2013:
- 27.4% kes fresh ICSI-ET kami menggunakan 1 embrio sahaja. Ini bermakna 1:4 pesakit IVF menjalani 'single embryo transfer'
- Majoriti (61.3%) masih dimasukkan 2 embrio.
- Manakala selebih 11.3% pesakit pula dimasukkan 3 embrio.
- Tiada kes dimasukkan 4 embrio.

Dalam tahun 2014:
- 11.1% kes fresh ICSI-ET dimasukkan 1 embrio.
- Majoriti (72.2%) masih dimasukkan 2 embrio.
- Selebih 16.7% pesakit pula dimasukkan 3 embrio.
- Tiada kes dimasukkan 4 embrio.
Pada tahun ini, kami memperolehi peratus kehamilan kembar yang lebih tinggi. Kesemuanya dengan kemasukan 2 embrio.

Maka, dalam tahun 2015 ini, saya semakin 'tegas' dalam memujuk pesakit :
- Lebih kerap/ majoriti (44.4%) kes fresh ICSI-ET dimasukkan 1 sahaja embrio. Ini bermakna 2:5 pesakit IVF menjalani 'single embryo transfer'.
- 38.9% kes dimasukkan 2 embrio
- Baki 16.7% kes dimasukkan 3 embrio (kesemuanya berumur 40 tahun ke atas)
- Tiada kes dimasukkan 4 embrio

Apa pun, keputusan mutlak mengenai berapakah embrio yang nak dimasukkan terletak di tangan pasangan.

Motto saya pada tahun ini masih sama :

eSET blastocyst transfer : the way forward.

All praise is due to Allah



3 comments:

  1. Assalam Dr.
    Berapa kos IVF di PHKL under Dr Adilah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kos berbeza mengikut pilihan ubat (banyak bergantung kepada usia wanita dan kesuburan ovarinya)

      Delete
  2. Hmm. Seronok kalau dapat twins tetapi risiko tinggi. Perlu fikir kebajikan baby juga. :) Hope to see you soon Dr. Last cycle miss dah sebab cuti sekolah.

    ReplyDelete