Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Monday, 6 July 2015

Rancang Jadual IVF Anda

Bismillahirrahmanirrahim.



Cuba teka corak ini dihasilkan dari apa?


Musim rawatan kesuburan secara IUI dan IVF akan bersambung kembali selepas Hari Raya ini.
Maklumlah, dalam bulan puasa, takkan si suami nak keluarkan air mani pada siang hari untuk diproses IUI atau IVF kan?
Sebelum itu pula, saya bercuti sekolah.


(ambil mood dahulu)
.
.
.

Pesakit ini ada saya tulis sedikit mengenainya dalam post klik sini
Ada 9 embrio (gambar kiri).
Sewaktu fresh cycle, saya masukkan satu sahaja blastocyst (gambar kanan).
eSET - elective single embryo transfer.
Beliau tak hamil.
Saya masih ingat lagi beliau datang bersama ibunya...serta airmata beliau sewaktu menerima berita 'tak pregnant'. Itu dalam bulan Januari 2014.

Pada bulan April 2014, beliau memulakan rawatan FET. Saya masukkan 2 pula embrio - kedua-duanya blastocyst juga,

 Dapat kembar sepasang, bersalin secara Caesarean dengan Dr Idora di PHKL pada Januari lepas.

 Comel sungguh!

Semalam saya dikirim gambar ini. Dah besar!
Terima kasih kepada pasangan ini yang memberi kebenaran menyiarkan gambar bayi kembar FET mereka - Mohamad Ayyash dan Nurul Aysyah. Ayyash dah nampak rupa boy dan Aysyah sungguh cantik. 

Tetapi bila merenung gambar ini, ternampak 2 'bouncinette' tu, terus terbayang akan besarnya perbelanjaan membesarkan anak, apatah lagi kembar. Semoga mereka dikurniakan rezeki melimpah berterusan. Seperti pesakit-pesakit saya yang lain, mereka juga tidak lupa mendoakan saya. Terima kasih tidak terhingga kerana mendoakan saya. Dah hampir setahun ucapan/doa ini rupanya.

.
.
.

Mari kita mulakan topik kali ini

.
.
.

TAJUK : RANCANG JADUAL IVF ANDA

Panduan Rawatan IVF ini disediakan untuk anda merancang jadual kerja dan cuti anda kelak.

Ini adalah untuk Protokol Antagonis (lebih dikenali sebagai Short Protocol).
Dalam kebanyakan kes (>95%) semenjak lebih 3 tahun kebelakangan ini, saya kini mengamalkan protokol antagonis.

Bagi mereka yang belum pernah berjumpa saya atau telah lama tidak menjalani pemeriksaan > 6 bulan;


1. Appointment pertama adalah sekitar hari ke-12 kitaran sebelum kitaran IVF i.e. sama ada hari ke-11 atau ke-12 atau ke-13 mengikut kesusuaian anda dan juga hari bekerja saya. Sila telefon seawal hari-1 untuk membuat appointment.

Contohnya; jika anda ingin menjalani IVF pada bulan Ogos ini:
- appointment anda adalah pada sekitar hari ke-12 kitaran Julai.

Hasil ujian darah terdahulu (berkaitan IVF dan kesuburan) akan disemak. Jika belum dilakukan, anda akan diminta menjalaninya.


2. Appointment berikutnya (appointment kedua) adalah seminggu selepas itu iaitu pada sekitar hari ke 19 i.e. sama ada hari ke-18 atau ke-19 atau ke-20 kitaran. 

Pada waktu ini, anda akan memulakan pengambilan ubat berbentuk pil untuk dimakan, jenis dan kekerapannya serta tempohnya bergantung kepada hasil pemeriksaan scan. 

Pada waktu ini juga, anda sepatutnya telah saya berikan nombor hp saya untuk komunikasi lanjut secara percuma (tetapi hanya yang perlu sahaja).

Anda juga mungkin akan diberikan sehelai kertas mengandungi jadual suntikan IVF anda (belum mula lagi tau) serta diberitahu jangkaan tarikh period anda, tarikh jangkaan OPU dan tarikh jangkaan ET.

Anda akan diberikan senarai ubat-ubatan yang perlu dibeli, serta beberapa maklumat/arahan awal mengenai jenis serta dos suntikan rangsangan akan ditulis di dalam jadual itu. Sila teliti kerana setiap pesakit mempunyai bentuk jadual yang sama tetapi waktu, jenis dan dos suntikan yang berbeza.

Arahan seterusnya yag perlu dipatuhi: 
- tunggu period datang
- whatsapp saya beritahu tarikh period mula
- whatsapp saya akan perkara-perkara yang saya suruh beritahu serta yang saya suruh tanya
- saya akan berikan arahan mengenai bilakah anda perlu datang untuk scan, kemudiannya anda perlu telefon nurse saya untuk mengesahkan appoitment ketiga tersebut.
- pil yang anda sedang makan itu, saya akan beritahu bilakah perlu dihentikan.
- bersedia, anda juga mungkin akan memulakan suntikan (jika diberitahu)

Ingat, patuh satu per satu ya.

Patuhi juga:
- cara membancuh ubat
- cara menyuntik ubat
- kepentingan menjaga suhu ubat (cold chain) untuk memastikan keberkesanannya.

.
.

Maka bermulalah ataulah hampir bermulalah anda mengambil suntikan IVF selepas ini.


3. Appoitment seterusnya (appoitment ketiga) adalah sama ada pada awal kitaran haid (sebelum memulakan suntikan) ataupun selepas anda memulakan suntikan rangsangan selama 4-6 hari. 

Sekiranya anda diminta datang pada awal kitaran haid, ini bermakna saya perlu lebih maklumat sebelum membuat keputusan mengenai dos suntiakn rangsnagan anda.

Sekiranya sewaktu appointment kedua, anda telahpun diberitahu mengenai jenis dan dos suntikan rangsangan, maka appointment ketiga adalah untuk mengetahu bilakan saya perlu memulakan suntikan kedua pula. 

Suntikan pertama tadi (suntikan rangsangan) adalah untuk merangsang pembesaran kantung-kantung telur dalam jumlah yang dikehendaki, bagi saya, memadai sekitar 8-14 kantung.

Suntikan kedua adalah suntikan menghalang 'premature ovulation'. Ia mengandungi bahan GnRH antagonis (nama protokol antagonis diambil sempena penggunaan ubat ini).

Ini bermakna anda perlu menyuntik 2 kali setiap hari kerana suntikan rangsangan masih perlu diteruskan.

Bermula suntikan antagonis juga, anda diminta mengurangkan aktiviti fizikal lasak serta aktiviti tertentu di atas sebab yang logik : kedua-dua ovari anda semakin membesar (kerana kantung-kantung telur di dalamnya sedang membesar dengan banyak) maka ia mendedahkan risiko ovari terbelit tangkai/pedikel (twisted ovary) sehingga terpaksa memerlukan pembedahan kecemasan pula serta risiko-risiko lain.

Contoh aktiviti adalah :
- berlari
- perubahan posisi secara mendadak termasuk mengeliat.
- berenang
- membongkok eg memakai tali pada kasut atau perbuatan sujud dalam solat

Suami akan diberitahu mengenai bilakah beliau perlu mengeluarkan air mani serta bilakah beliau perlu mula tidak lagi mengeluarkan air mani sebagai persediaan.


4. Appointment berikutnya (appointment ke-4) adalah selepas 3-4 hari kemudian.

Ini untuk menentukan bilakah anda telah bersedia untuk menjalani prosedur OPU (penyedutan kantung telur untuk mendapatkan telur).

Jika anda telah bersedia, anda akan diberitahu mengenai tarikh akhir suntikan rangsangan, tarikh serta waktu suntikan antagonis, serta tarikh dan waktu suntikan triggering untuk OPU.

Ambil perhatian mengenai waktu-waktu suntikan tersebut.
Ingat!
Waktu suntikan anda tidak semestinya sama dengan rakan-rakan anda yang pernah menjalaninya bersama saya.
Begitu juga denga kekerapan suntikan.
Begitu juga dengan dos suntikan.

Anda juga akan menjalani ujian darah : saringan jangkitan kuman HIV, Hepatitis B antigen, VDRL serta ujian saringan lain.

(Suami hanya perlu menjalani saringan ujian HIV, HepB Ag dan VDRL)

Anda akan diberi penerangan mengenai apa yang perlu dilakukan untuk prosedur OPU serta menandatangi surat kemasukan wad, kebenaran prosedur OPU, borang akuan amalan pengambilan ubat.

Anda akan diberi maklumat mengenai pembayaran yang perlu dilakukan pada hari kemasukan OPU. 

Keseluruhan bilangan hari suntikan adalah sekitar 9 hari (8-10 hari) sahaja. Ini untuk kebanyakan kes.

Seterusnya, anda datang pada hari OPU (dijangka 2-3 hari selepas appointment ke-4) manakala fresh ET pula 5-6 hari selepas itu.

Insya' Allah.


Saya berhenti dahulu setakat ini.


All praise is due to Allah.


(jawapan bagi soalan di atas)
Sebenarnya itu adalah beribu kepingan chewing gum yang dilekatkan pada tinggalan Tembok Berlin sehinggakan My Clone geli nak berdiri berhampirannya untuk saya ambil gambar kenangan, haha. Ingat lagi tak cerita bangunan Stadthuys di Melaka dahulu diludahi dengan air kunyahan sireh ? 

Lain kali kita cerita mengenai ini ya.

6 comments:

  1. Doktor..kalau ada masalah dengan suami, boleh jumpa doktor juga ke

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Dr. Selamat Hari Raya.
    Buat masa ini atau akan datang, ada promosi atau harga pakej IVF terbaru di Hosp. Pantai tak?

    ReplyDelete
  3. Doktor, saya plan buat ivf dgn doktor. Tapi call hospital pantai kuala lumpur, xdpt sambung utk appointment fertility;( nabila_abdulrazak@yahoo.com

    ReplyDelete
  4. As Salam,

    Dr, saya akan menjalani laparoscopic pada minggu depan kerana didapati rahim dan ovari saya melekat di sebelah kanan. adakah sesuai untuk saya buat rawatan IVF pada bulan Oktober?

    terima kasih

    ReplyDelete
  5. Assalam dr..sy nk buat appoinment dgn dr..cmne sy nk hubungi dr ya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Di ruang kanan muka lan ini ada disertakan nombor telefon

      Delete