Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Tuesday, 30 June 2015

Salam Ramadhan

Musim durian di kampung.

Gambar ini bukanlah di kebun kami, terlalu kemas, hahah. Ini di dusun kawasan sekolah My Clone. Seronok pelajar-pelajar makan buah-buahan apabila tiba musimnya. Pelbagai jenis pokok itu ditanam oleh mereka sewaktu minggu orientasi Tingkatan 1. Setiap tahun, jenis pokok buahan adalah berbeza. Apabila tiba giliran My Clone dan rakan sebayanya, mereka menanam anak pokok langsat. Saya bukanlah penggemar durian sangat. Rambutan.....anytime.



Jangan lupa minum air mencukupi ya.

.
.
.

Bismillahirrahmanirrahim


Kita sedang menghampiri pertengahan Ramadhan.

Secara kebetulan, cuti sekolah pertengahan tahun, bulan puasa dan Hari Raya saling berturutan/berdekatan.
Hmm....lama sungguh saya bercuti kali ini.
Seronok :)

Seperti tahun-tahun sebelumnya, klinik saya tidaklah dibuka setiap hari sehinggalah selepas cuti Hari Raya nanti.
.
.
.

Hanya dua atau tiga kali seminggu sahaja.
Hari Isnin dan Rabu sahaja.
Kadang-kala Jumaat juga.

.
.
.

Selebihnya, saya menjadi surirumah.

Semoga kita semua mendapat keberkatan Ramadhan.
Memohon keampunan di atas banyak dosa yang dilakukan serta rahmatNya.

2 comments:

  1. Selamat menunaikan ibadah di bulan Ramadhan ni doctor. Smg Allah terima amalan kita dan kita dapat istiqamah walaupun habis ramadhan nanti.

    ReplyDelete