Saya masih memilih untuk menulis di alam siber secara percuma walaupun sesekali ada yang mencadangkan agar saya menulis buku mengenai infertiliti. Sebelum mencedok atau memetik 'ilmu' dari laman ini, anda tidak perlu meminta kebenaran tetapi diingatkan membuat semakan sendiri terlebih dahulu dengan doktor anda atau guru anda sebelum mem'forward'nya kepada orang lain dan memikul tanggungjawab akibatnya. Pohon doa kesejahteraan dan limpahan rahmat Allah ke atas guru-guru saya dan juga pesakit-pesakit saya yang banyak mengajar saya bidang ini. (peringatan untuk diri sendiri) Segala pujian bagi Allah. Mudah-mudahan, taubat saya diterimaNya dan segala dosa saya diampunkanNya serta saya terus dilimpahi rahmatNya. Sekiranya ada kesalahan, pohon dibetulkan, saya terbuka kepada teguran.

Sebarang percubaan berbentuk komen atau soalan bertujuan mengiklankan apa sahaja perniagaan atau blog sendiri tidak akan disiarkan. Blog ini bukanlah untuk iklan menjual barang. Peace.....

Tuesday, 2 June 2015

Cuti Sekolah

Bismillahirrahmanirrahim
In the name of Allah, the Most Compassionate, the Most Merciful

.
.
.

Seperti biasa, apabila cuti sekolah, saya juga akan mengambil cuti mulai esok sehinggalah 14hb Jun demi menemani My Clone dan menepati janji saya sewaktu ingin menghantarnya ke sekolah berasrama dahulu. Inilah masanya untuk kami berdua melakukan aktiviti mother-'dotter' bonding session (termasuk bergaduh).

My Clone sedang bersukaria 'snorkeling-paddleboarding-kayaking-scubadiving' di Pulau Tioman bersama rakan-rakan setingkatan sekolahnya dari Jumaat yang lepas.
Itu sebab saya masih bekerja hari ini.

Tang 'outdoor activiies' ni, dia bukanlah My Clone sebab saya jenis yang kurang cergas. 
Masa saya kecil-kecil dahulu, saya ada diberi nama gelaran 'Lembik'. Bukan setakat lembik (tak berani melawan kalau bergaduh dgn adik-beradik); saya juga kememe (cepat menangis bila diusik), dan penakut jarum suntikan. Nak telan ubat pil pun susah, asyik keluar balik je, hahah.

.
.
.

Sepanjang saya bercuti, seperti biasa, ada doktor pakar O&G lain yang 'cover' saya.

Nurse saya Kak Salina pun bercuti dari 05.06.15 - 09.06.15 (ramai yang masih memanggilnya Salina sahaja kerana beliau kelihatan awet muda, cergas pula tu, sebenarnya beliau 3 tahun lebih tua daripada saya).
Sebarang persoalan bolehlah diajukan kepada beliau selepas itu, ataupun terus datang ke klinik doktor yang 'cover' saya.
Di luar waktu pejabat pula, bolehlah ke Unit Kecemasan hospital. Anda akan diperiksa oleh M/O on-call di sana dan mungkin dirujuk kepada doktor yang cover saya, jika perlu.

Klinik saya akan dibuka semula pada 15hb Jun.

.
.
.

Selamat bercuti sekolah. 
Bagi saya, inilah masanya untuk mengeratkan hubungan My Clone dengan sepupu-sepupunya. Kami dah plan untuk ronda-ronda KL hujung minggu hadapan - melawat Muzium Negara, makan nasi lemak T... L..g , lunch di warung ikan bakar B.....y dll.

Esok pula ada persidangan AOCOG di Sarawak selama 3 hari. Ramai doktor pakar O&G ada di sana. 
Saya tidak dapat meluangkan masa ke sana.



Antara kegemaran masa lapang saya adalah membuat jigsaw puzzle. Yang ini telah berlarutan selama 10 hari. Anggota keluarga lain juga akan 'dipaksa' membantu saya menyiapkannya. Bonding session lah katakan. Bilalah agaknya dapat dibawa ke Jepun (hint, hint kat seseorang), dapat gambar bunga sakura ini pun jadilah.....





No comments:

Post a Comment